Wednesday, October 6, 2010

Apple and Berry 16

Everything feeling so fine. So peace... Mereka diturunkan di kawasan banglo asrama Apple di Empty Soul High School. Apple hanya berjalan melulu tanpa langsung menunggu Berry yang masih dalam keadaan tersenyum.
So, Apple love me. Berbunga-bunga hatinya mengakui kenyataan itu. Dia terasa begitu gembira. Lebih gembira daripada Snow White yang terselamat dari kekejaman ibunya, dan lebih bahagia daripada Ariel si ikan duyung yang bertemu dengan putera idamannya. Dia sungguh bahagia. Dalam keadaan angin bayu bertiup lembut ke seluruh tubuhnya, dia menilik susuk tubuh Apple yang kelihatan begitu sempurna. Lelaki bijak yang memiliki jiwa lelaki yang begitu utuh itu membuatkan hatinya terasa berdebar-debar setiap kali dia mendampingi lelaki itu. Tak tahu kenapa, tetapi dia seperti terlupa akan peristiwa yang baru terjadi tadi. Akhirnya mereka sampai di asrama banglo milik Apple. Seperti biasa, Tryst Fixity tersergam indah dihadapan banglo itu. Cantik menyimpan seribu misteri. "Masuklah." Terkejut Berry apabila tiba-tiba terdengar suara Apple mempelawanya masuk ke rumah. Berry hanya menjawab dengan mengangguk.
Walabagaimanapun, Berry tiba-tiba mendapat kesusahan untuk menanggalkan butnya dalam keadaan dia memakai gaun penganting yang ketat itu. Dia memerlukan seseorang untuk menanggalkan but itu. Tapi, siapa seseorang tu? Kalau Apple, tak naklah! Lantas ekspresi wajahnya berubah. Dia mula jadi kalut dalam masa yang sama dia segan untuk kelihatan malu dihadapan Apple.
Gadis itu kembali berdiri tegak. "Er... kau masuk dululah."
Apple senyap tak menjawab. Yang dia buat hanyalah merenung wajah Berry dengan perasaan penuh musykil.
"Kau nak lari dari aku ke?"

"Taklah!" Pantas Berry menjawab apabila ditanya begitu. Dan apabila melihat wajah Apple yang tersenyum mengejek, dia lantas mencebik. "Aku tak larilah."

"Habis tu kenapa tak nak masuk?"
"Bukan aku tak nak masuk, tapi sekejaplah. Kau masuklah dulu."

"Kenapa aku nak kena masuk dulu pulak?"
Hai... budak ni banyak tanya pulak. Rungut Berry. "Alah, masuk jelah."

"Tak nak."
"Eh?" Terkejut Berry mendengar jawapan dari Apple. "Kau kenapa? Aku cakap masuk, masuk jelah."
"Dah aku cakap tak nak, yang kau nak paksa-paksa buat apa. Ni bukannya rumah kau."
"A..." Berry tak jadi membuka mulut apabila sedar yang dia hanya akan membuatkan keadaan bertambah buruk. "Tolonglah Apple, aku rayu. Masuklah."
Apple senyap seketika. "Ok, fine... tapi aku akan tengok kau through the window."
"Argh!!!" Gadis itu meraup wajahnya. Kenapa bodohnya Apple ni! "Ok, fine! Aku tak berniat nak lari pun."
"Habis tu?"
"Ish..." Berat sungguh untuk memberitahu lelaki itu tentang kasutnya. "Ok, listen here. But dont laugh."
Apple mengangguk.
"Kasut aku..."
Belum sempat Berry menghabiskan kata-katanya, Apple sudah kelihatan seperti sedang menahan tawanya. Entah apa yang membuatkan dia lucu, tak siapa tahu. Tetapi apabila melihat wajah Berry yang geram bercampur buntu itu dia bersuara. "Ok, ok. Keep on. Keep on."
Manakala Berry pula termengkalan. Tak tahu apa yang mesti diluahkannya. Dan sikap tak keruannya tadi bertukar menjadi geram apabila sedar yang Apple mungkin tahu akan kesulitan yang dialaminya. "Stupid!"
"Eh... benda apa pulak yang stupidnya?"
"Kaulah!"
"Ke engkau yang bodoh ni..." lelaki itu tersenyum mengusik membuatkan Berry bertambah geram.
"Memang! Memang aku bodoh. Bodoh sangat-sangat sampai nak bukak kasut sendiri pun tak boleh!"
"Eh?" Kedua-dua mereka terdiam seketika sebelum Apple membuka mulut untuk mendapatkan penjelasan. "So, kau tak boleh nak bukak kasut kau?"
Berry hanya mengangguk sambil pandangannya ditundukkan.
"And because of that kau suruh aku masuk rumah dulu?"
Berry mengangguk lemah.
"Sebab kau malu?"
Sekali lagi gadis itu menganguk tak berdaya.
"And... Kalau aku gelak kau marah tak?"
Berry mengangguk. Tapi kali ini anggukannya kelihatan begitu keras dan yakin. Keadaan itu membuatkan Apple terpaksa menahan tawanya walaupun isi perutnya hampir-hampir terburai kerana itu.
"Diamlah!" tiba-tiba gadis itu menjerit berang. "Menyesal aku ikut kau! Kau tak pernah nak hormat aku kan. Tak habis-habis nak sindir aku, nak ketawakan aku. Aku benci kau!"
Melihat Berry meninggikan suaranya, Apple terdiam seketika. Dalam masa yang sama tawanya sekali lagi meronta untuk keluar dari perutnya. Dont laugh Apple! Dia menahan.
Sedar mungkin Berry dah merajuk dengannya, dia mula membuka mulut.
"Kau benci aku?"
Berry tak menjawab, hanya merenung kosong Tryst Fixity dihadapannya.
"Ok, fine. Kalau kau benci aku, aku tak akan bagi kau masuk sampailah benci kau tu bertukar jadi suka." Dia tersenyum manis. "OK?" dan kemudiannya melangkah masuk dah sekali gus pintu rumahnya ditutup rapat.
Terkesima Berry seketika sambil matanya tak lepas dari merenung pintu yang beru lepas ditutup dan otaknnya ligat mentafsir kata-kata Apple.
Hei.. Siapa yang merajuk ni? Dia mula bingung. Matanya dikedipkan berkali-kali sebelum berpusing memerhati keadaan sekliling.
Dah senja. Apple betul-betul tinggalkan aku dekat luar ni ke? Dia tak takut ke kalau aku balik rumah. Er.. ataupun kalau jadi apa-apa kat aku, ke?
Dia menelan air liurnya. Dah nak gelap. Agak-agak hari ini ada hantu tak? Matanya kemudian berlari tepat ke arah pintu gerabng Tryst Fixity dan tiba-tiba pintu itu terbukak luas membuatkan Berry menjerit ketakutan.
Lantas dengan hati yang betul-betul terkejut dia mengetuk kuat pintu rumah Apple.
"APPLE!! BUKAK CEPAT. AKU TAK BENCI KAU DAH!"



"Takut?"
"Takutlah!"
"Padan muka. Lain kali jangan suka merajuk sangat!"
"Aku mana pernah merajuk sebelum ni."
"Tipu!"
"Mana ada aku tipu!"
Apple tiba-tiba tersenyum. "Kau nak aku tolong bukakan pintu tak?"
"Eh?" Sekali lagi gadis itu terkesima dan perlahan-lahan tertunduk. "Yela, aku tipu."
Dari duduk Apple berdiri sambil senyuman kemenangan masih terhias di bibirnya. Dia berjalan mendaki tangga rumahnya dan beberapa minit kemudia turun dengan satu kotak kertas berwarna putih dan tuala tersangkut di bahunya.
Lelaki itu menghampiri Berry meletakkan kotok tersebut dihadapannya, menletakkan tuala di sebelah Apple sebelum tunduk melutut dihadapan gadis itu.
"Aa.." terkejut Berry apabila Apple tiba-tiba menyentuh lembut kakinya lalu mengurai satu demi satu ikatan di butnya.
Mereka senyap seketika. Dari atas, Berry memerhati wajah tenang milik Apple. Dia memang betul-betul tertarik dengan wajah penuh muslihat itu sewaktu kali pertama melihatnya. Tetapi, mungkin kerana selalu disakat oleh lelaki itu, hilang terus minatnya.
Ketika dia asyik merenung lelaki itu, Apple tiba-tiba mendongak dan sepantas kilat Berry mengalihkan pandangannya.
Huh. Apple tersenyim nipis. "Dah tau kasut ni susah nak bukak, pakai buat apa?"
"Dah diorang yang arrange. Mana aku tau."
"Lah, kau yang nak bertunang takkan suruh orang yang arrange."
Sebelum menjawab, gadis itu mengeluh seketika. "I have no choice, ok."
"I see..." Lelaki itu siap membuka semua ikatan dikasutnya. Dan apabila but itu ditarik keluar, terasa tangan sejuk Apple menyentuh betisnya. Berry terkejut.
"Se... sejukla."
"Apa yang sejuk?"
"Tangan kaulah."
"Mana kau tau sejuk."
"Dah kau pegang be.. betis aku!" suaranya sedikit ditinggikan. Kenapa Apple ni? Macam sengaja nak menguji aku.
Kelihatan lelaki itu tertawa kecil. "Oh, aku pegang betis kau rupanya."
"Kau ni kan. Memang sengaja nak buat aku marah, kan?"
"Tak adalah. Kulit kau lembut sangat, aku ingatkan kapas tadi. Sorrylah."
"Eh?"
Apple terlalu selamba hingga membuatkan Berry mula tak keruan. Dia kata apa?
Kapas? Matanya mula turun merenung betus sendiri dan skeali lagi dia tertanya-tanya. Kapas?
Apple bangun, menghulurkan tuala yang diletak disisi Berry tadi dan menyambung lagi. "Dalam ni banyak baju perempuan. Pilih je yang mana kau nak. Takkanlah kau nak pakai gaun pengantin kau yang menjolok mata ni. Aku pun lelaki jugak. Ingat tu."
"Ish.." Berry cuba mencelah tetapi tak sempat apabila Apple bersuara sekali lagi.
"Kau guna bilik tu. Ok?"
"O... ok? Jap! Kau nak pergi mana?"
"Masuk bilik akulah. Kenapa? Kau nak suruh teman kau salin baju ke?" lelaki itu tertawa.
Memang pun. Jawab Berry di dalam hati. "Tapi, kau tunggu depan pintu jela."
"Lah, betul-betul nak suruh aku teman ke?"
"Aku takutla... sikit"
"Tak payah nak mengada. Pergi cepat salin baju!" Terus ditarik tangan Berry yang baru hendak mencapai kotak pakaian tadi lalu ditolak tubuh gadis itu ke depan. "Pergi cepat!"
"Sabarlah. Aku nak pilih bju dlu."
"Heh, tak payah pilih-pilih. Ambik je."
Mungkin kerana letih menunggu Berry, cepat sahaja tangan lelaki itu memunggah kotak pakaian tadi dan menarik keluar gaun tidur labuh berwarna kuning lembut dan menghulurkan gaun itu kepada Berry.
Dalam keadaan yang teragak-agak dan mencebik, dia menyambut huluran lelaki itu. Dan dia cuba untuk membuka mulut lagi. "Apple..."
Terbantut lagi langkah Apple yang baru sahaja mendaki anak tangga pertamanya. Dia mengeluh dan berpaling. "Cepat masuk. Karang sungguh-sungguh hantu datang kacau kau baru tahu."
"Hish!" Terjerit Berry mendengar kata-kata Apple. "Aku betul-betul ni. Aku mintak kau tunggu depan pintu je. Tolonglah. Tolong eh." Rayunya.
Melihat Berry sungguh-sungguh merayu, Apple mula menghampiri gadis itu dan memegang kedua bahunya. "Pergi jelah. Tak ada apa. Aku confirm. Aku penatlah Berry. Habis tu, lepas aku teman kau salin baju, tak kan kau nak ikut aku msuk bilik pulak. Kau tidurla eh kat situ. Aku betul-betul letih. Letih tau seharian larikan kau dari majlis tu. Kau pun mesti penat. Kan? pergilah."
Berry hanya menjawab dengan cebikan. "Kau nak tidur dah ke?"
"Habis tu nak buat apa?"
"Er... kita berbual ke? Tengok movie?"
Apple menggeleng penat. "Aku nak tidur." Kemudian dia terus melangkah tanpa mempedulikan Berry yang betul-betul mengharapkannya.
"Apple.."
"Sekali lagi kau bukak mulut, aku cium kau!" Tak sempat Berry menghabiskan kata-katanya, Apple tiba-tiba berpaling memandangnya. Dan wajahnya kelihatan betul-betul terganggu. Matanya yang merenung tepat ke anak mata Berry membuatkan gadis itu terbisu. Bertambah takut dibuatnya.
Melihat langkah Apple diteruskan, membuatkan Berry betul-betul sedih. Aku betul-betul takut. Tadi aku nmpk macam ada lembaga dekat luar tingkap tu. Aku tak tipu. Apple...
Dan dia mula merasakan seperti sesuatu sedang bergerak di tingkap betul-betul di belakang tempat dia berdiri. Dia berlari menghampiri anak tangga dan teragak-agak untuk memanggil Apple.
Tetapi, kerana ketakutan yang menyelubungi dirinya, terkeluar juga suaranya. "Apple!"
Dan sepantas kilat terdengar bunyi kaki lelaki itu turun kembali dari tangga rumahnya dengan wajah yang betul-betul terganggu. Berry berundur setapak. Dia nak pukul aku ke.
"Tak.. tadi aku.. aku dengar.."
Perkara itu terjadi begitu pantas apabila Apple tiba-tiba memaut kasar kepalanya dan mencium bibirnya.
Oh! Berry kaku. Tubuhnya betul-betul kaku.
The unfortunate kiss?


Manakala dua mahkluk yang bertanggung jawab membuatkan Berry ketakutan betul-betul tak keruan di luar sana.
"Weh, diorang kissing!."
"Senyaplah, Akia. Nanti kalau si Apple tu perasan kita ada kat luar ni... jadi lauk makan malam dia la jawabnya kita!"
Merek berdua sedaya menekup mulut masing-masing.
"Ria, agak-agak dia nak goreng ke bakar kita nanti?"
"Rebuslah! SHHH!