Sunday, May 31, 2009

Twin of Chaos 2

"Kei, kenapa kulit awak gelap sikit daripada Zen?"
"Sebab saya suka bersukan and Zen suka duduk dalam rumah."
Dari mula waktu rehat sampailah sekarang. pelajar perempuan tak habis-habis menemuramah pasangan kembar yang baru itu. Pelajar lelaki pula hanya mampu menongkat dagu dan menonton.
"Cis, sejak kembar tu datang, populariti aku semakin menurun!" marah Houx.
Pelajar lelaki yang lain mula menjeling. "Eleh, sebelum kembar ni datang pun kau bukannya popular. Cuma terkenal sebab suka buat hal je."
"Ha, mulalah nak sebelahkan budak kembar tu. Korang ni sama je dengan budak perempuan." Houx membalas jelingan rakan-rakannya.
"Yelah, sebab budak kembar tu lebih handsome daripada kau." Balas Rido kemudian dia tertawa kecil dan diikuti oleh yang lain.
"Apa? Zen duduk dalam rumah je? Buat apa? Masak? Kemas rumah?" Mereka tertawa mengusik.
"Taklah. Zen is genius. He like to do revision in his room that`s why his skin as white as flour and me, love to do outdoor than indoor activities. That`s why my skin not as white as him." Balas Kei, tersenyum.
"Wow... genius..." pelajar lelaki yang mendengar mula membuat ulasan sendiri. "Oh, kiranya Kei hebat dalam sukan and Zen pandai dalam akedemi? Perfectlah tu!" Kemudian mereka mencebik pula. Jealous.
"Kei dan Zen, mana satu adik, mana satu abang?"
Saat itu Nikita cepat-cepat mengagkat tangannya. "Aku tau! Kei abang, Zen adik!"
Kei mengangguk. "How you know?"
"I knowla! Hahahaha!" Nikita tertawa. "Taklah, Kei nampak lebih lemah lembut dan bertolak ansur, Zen pula nampak dingin dan keras kepala. Selalunya yang keras kepala ni mestilah adik, kan?"
Mereka tertawa lagi. Tanpa mereka sedar perbualan mereka telah menyebabkan Zen rasa bagai terbelah dua. Geramnya aku dengan diorang ni. Buat kami macam makhluk asing pulak!
"Nama korang Mistin, kan? Macam nama kerajaan Mistin. Ada apa-apa kaitan dengan diorang, ke?" Tiba-tiba Houx mencelah. Soalannya itu telah menyebabkan keadaan sunyi sepi. Kerajaan Mistin adalah pemerintah awal yang membangunkan Empty Soul Kingdom. Ianya telah digulingkan oleh kerajaan Rexolution sepuluh tahun lalu walaupun masih diagung-agungkan sekarang kerana kehebatan pemerintahan mereka.
"Kalau kami betul-betul ada kaitan dengan kerajaan Mistin, adakah kau akan sujud di kaki kami kalau kami suruh?" Zen yang menyepi dari tadi akhirnya menjadi orang yang memecah kesunyian ini. Saat dia berbicara, bibirnya terhias dengan senyuman sinis.
"Mestilah tak!" jawab Houx lantang.
Mendengar jawapan Houx, automatik Kei dan Zen menjungkitkan bahunya sambil mencebik. Kemudian mereka bangun meninggalkan kelompok yang kebingungan itu.
"Tengok! Ni semua salah kau, Houx! Sibuk tanya yang bukan-bukan. Pewaris kerajaan Mistin mana pergi sekolah. Diorang belajar dekat istana diorang je! Ish, spoiled betullah!" Marah Rossis dan lain-lain.
"Aku jugak yang salah." Houx hanya mampu mencebik.
"Tak seronok pun." Zen bersuara.
Abangnya disebelah tersenyum. "Sabarlah, baru first day! Kalau tak dapat nak memerintah Empty Soul Kingdom pun, apa salahnya kalau kita conquer Empty Soul High School. Its about our world. Be patient!"
"Wait the minute! Aku tak pernah sangka yang kau akan bermanis mulut dengan diorang." Zen sedikit tersenyum.
"Well, its what we call trick. Kalau nak harapkan kau manis mulut dengan diorang... Huh, berjanggutlah!"
"Oi, torch your word! Malas aku nak senyum dengan orang tak pasal-pasal ni. Anyway, you make me look bad. Not fair!"
"Bad? Yup! But the girls look like they can`t take their eyes from you!" Kei menepuk dada adiknya.
Mulanya Zen hanya mencebik namun lama-kelamaan mereka mula tertawa. "Well, im the hottest ever!" Zen berubah ceria.

No comments:

Post a Comment