Saturday, April 9, 2011

Bloody Prince 6

"Siapa orang-orang ni?" tanya Sky kepada ayahnya apabila terlihat ramai orang di luar rumahnya.
"Kontraktor."
"Kontraktor apa pulak?"
"Untuk rumah atas pokok kamu tu lah."
"Pulak." Dalam senyap Sky mengeluh. Lurus bendul pulak orang tua ni. Aku bergurau je hari tu.
"Dah pukul 8 ni, Sky. Tak pergi sekolah ke?"
"Hari ni hari sabtu."
"Oh."
Mulanya Sky berniat untuk bertanyakan tentang kakaknya yang masih senyap sepi. Tapi, kerana egonya, dia hanya mendiamkan diri.
Seminggu kakaknya itu tak ke sekolah, mengurungkan diri. Langsung tak keluar dari rumah. Ke dapur pun tidak. Rambut dia pulak... Sky tak tahu bagaimana rupa kakaknya sejak hari itu.
Kira-kira jam dua belas setengah, banglo mereka tiba-tiba menerima kunjungan dari orang yang begitu asing pada Sky.
Dia hanya memandang sepi kearah gadis itu apabila dia melangkah masuk k rumahnya sambil diiringi oleh orang suruhan keluarga Sky.
"Kau siapa?"
"Eh?" Nuna mula tergaru kepalanya. "Saya Nuna."
"Siapa Nuna?"
"Tak ingat ke?"
Wajah lelaki itu masih kelihatan kosong dan soalan Nuna itu dijawab dengan pandangan sepi darinya. Itu membuakan gadis bertubuh kecil itu bertambah segan. "Sayalah, yang panggil kau waktu Maria.."
"Oh."
'Dia dah ingat.' Bisik Nuna perlahan.
"So, nak tengok Maria? Dia dah tak ada."
"Pergi mana?"
"Pergi mati!"
"Ha?" Terkejut dia mendengar jawapan lantang daripada Sky sebelum melihat budak itu berdiri dan melangkah menghampirinya.
Bagaikan melanbung jantung gadis itu apabila Sky semkin menghampirinya. Risau jika tiba-tiba ditumbuk seperti Maria dahulu.
"Siapa Bando?" Soalan itu keluar dari mulut Sky apabila dia berdiri betul-betul di depan Nuna.
"Er... Bando... dia, yang tinggi-tinggi, rambut panjang, dia suka pakai make-up.."
"Who is Bando?"
Apabila Sky mengulang soalannya buat kali kedua, Nuna mula serba tak kena. Er... Jawapan aku tak memuaskan hati dia ke? Habis tu apa aku nak jawab?
"Ban..do. Pelajar perempuan satu kelas dengan kami. Dia duduk belakang meja Maria."
"Ok." Lelaki itu mengangguk perlahan sambil kedua tangannya memeluk tubuh menunjukkan dia menerima jawapan Nuna. "Maria ada dalam bilik. Pergilah tengok. Su, tolong bawakkan budak ni."
Pembantu rumah yang hanya berdiri kaku dari tadi mengangguk.
Budak? Siapa yang budak. Aku ke dia? Nuna sedikit merungut.
Dalam senyap Sky menunggu Nuna mendaki anak tangga rumahnya dan masa terasa begitu lambat berlalu untuk gadis itu smpai ke bilik Maria. Hampir sahaja dia menjerit untuk menyuruh Nuna berjalan dengan lebih cepat apabila dia terdengar suara Nuna menjerit terkejut dan itu membuatkan dia bertambah runsing.






"M A R I A?!"
Maria yang masih terlantar di atas katilnya hanya tersenyum sumbing apabila melihat rakannya di muka pintu. "Tak payahlah nak menjerit."
"Tak... maksud aku. Kenapa dengan kau?"
"Kenapa dengan aku?"
"Rambut kau?"
"Pendek?"
Nuna menganggu laju. "Pendek dan cantik." Akhirnya senyuman terukir di wajah runsingnya. Dia tersenyum dan tersenyum sambil menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan seolah-olah dia sedang menilik lukisan yang tergantung di dinding muzium. "Cantiknya."
Rambu pendek ala 'boyish' Maria dipandang. Rambut depannya pendek mencecah kening manakala rambut di belakang kepalanya dipotong bertingkat-tingkat dan pendek membuatkan rambut hitam keperangannya kelihatan lebih halus dan lembut. "Wah, sekali pandang kau tak ubah macam Sky versi perempuan dan suci."
Maria mendengus. "Oh, please. Sky? Apa maksud kau suci?"
"Er.. iyalah. Sky kan dah tercemar?"
"Tercemar?!"
Apabila mendengar nada suara Maria yang separuh menjerit, Nuna terseringai. "Bukan 'tercemar' tulah. Maksud aku, tengoklah dia. Rambut pun BLOND!"
Maria hanya membalas dengan senyuman. Walaupun peristiwa hari itu semakin jauh meninggalkannya, masih tercicir sisa-sisa ketakutan dihatinya. Dia tak mahu kelihatan seperti dia trauma dengan kejadian hari itu, jadi dia hanya tersenyum dan berlagak tenang sebaik mungkin. "So, how's school."
Nuna menjulingkan matanya. "Terrible."
Apabila Nuna berhenti tanpa menghurai lebih lanjut tentang ulasannya tentang sekolah, Maria menjungkitkan keningnya.
"Ok. Tak ada apa yang menarik. Serious. Aku tak tahu apa nak cerita. Dull. Sky je yang buat cerita tentang sekolah jadi lebih menarik."
Sekali lagi Maria menjungkitkan keningnya ke arah Nuna sebagai tanda dia menginginkan ulasan lebih lanjut tenang apa yang dia sedang katakan.
"Sky, macam biasalah. Bergaduh dengan cool, hot dan comelnye!"
"Tak ada apa pun yang comel tentang dia. Aku benci dia." Mendatar Maria menjawab dan itu membuatkan mata Nuna terbeliak. "Dia yang tolong kau hari tu tau tak?"
"Huh. Dia tolong aku selepas aku kena kelar sana sini and rambut aku pun dah macam hantu raya."
"Still, Maria. Be thankful."
"Okay, thank you." Dan kemudiannya dia tertawa membuatkan sekali lagi mata Nuna terbeliak.
"Aku rasa kau betul-betul dah gila."
"Yeah, thanks to Bando."
"Ah, cakap tentang Bando. Dia tu betul-betul BITCH! Geram aku dengan dia, selalu je dia tanya aku tentang kau. 'Maria apa khabar? Apa kahabr si Princess Maria? Bila dia nak daang sekolah? Tunggu rambut tumbuh balik ke? Ish. Annoying!"
Mulanya Maria agak terkejut apabila mendengar perkataan Bitch yang dikeluarkn Nuna, tak sangka pulak gadis serkap jarang macam dia akan mengeluarkan kata-kata sebegitu, tetapi kemudiannya dia mengeluh tanpa memberi apa-apa komen tentang cerita yang disampaikan kepadanya.
Buat masa sekarang dia tak mahu bersuara.


Keesokan harinya, dia diberitahu oleh ayahnya untuk ke sekolah bersama Sky. Jadi, awal-awal lagi dia sudah pun menunggu di kereta sedangkan Sky entah ke mana lambat sangat. Kelas dan nak start ni!
Sky akhirnya keluar dari pintu rumah seperti biasa dengan kuku yang berwarna hitam. Apabila dia masuk ke dalam kereta, dia kelihatan teragak-agak apabila terpandang Maria. Matanya bulat dan wajahnya jelas-jelas menunjukkan dia bingung or mungkin terpukau? Entah!
"Sis, is that you?"
"I'm not your sister!"
Sky sedikit tertawa mendengar jawapan kakaknya. Dia menutup pintu kereta dan terus menongkat dagunya menilik penampilan baru Maria.
Betul kata Nuna, Maria memang nampak cantik dengan rambut sebegini. Bukan cantik saja, tapi, cantik cantik and cantik! Ish, apa bezanya? Bezanya, cantik dia hari ni buat gigi aku lebih sakit daripada hari-hari yang sebelumnya.
Rambut pendeknya menampakkan bentuk muka dan dagunya yang cantik serta matanya kelihatan lebih bundar.
"Apa?!"
"Ops." Terkejut dia apabila Maria tiba-tiba mengherdik dan dia tak jadi nak marah balik bila melihat wajah merah padam kakaknya. "First time kot tengok muka kau merah padam macam ni."
Serta merta Maria melarikan pandangannya. "Mana ada muka aku merah."
"Muka kau, mana kau nampak."
"Aku tahulah muka aku!"
Hai, kelakarlah perempuan ni. Kadang-kadang aku rasa macam nak tarik je rambut dia ni. Perangai tak tentu hala dan tanpa sengaja dia tertawa apabila Maria menjelingnya tajam.
"Boleh tak kalau sehari kau tak kutuk aku?"
"Bila masa pulak aku cakap aku kutuk kau?" Sky membalas sambil jarinya tanpa sedar cuba menguak rambut Maria yang menutup sebahaian matanya tetapi di tepis.
"Dont touch! and aku tahu kau tengah ngutuk aku!"
"Explain sis..."
"Explain apa?"
"Macam mana kau tahu aku tengah ngutuk kau?"
"Sebab..." gadis itu terdiam seketika. Dan apabila kereta mereka berhenti dihadapan sekolah serta merta perempuan itu keluar dan sebelum menutup pintu kereta dia menjegil Sky. "Sebab kau tu bodoh!"
Tak habis-habis ngata aku bodoh. Sky turut keluar dari kereta dan tersenyum melihat kakaknya berdiri tegak di depan pintu pagar, teragak-agak untuk melangkah masuk ke sekolah mungkin masih trauma dihantui peristiwa hari itu.
Sky tertawa besar apabila Maria menjelingnya dibelakang, menjegil dan cepat-cepat melangkah masuk ke kawasan sekolah.
"Kalau takut tu cakap jelah, aku boleh temankan." Sky berbisik sendirian sebelum melangkah mengekori kakaknya dibelakang.

Maria lambat-lambat berjalan menuju ke kelas. Kawasan sekolah sudahpun senyap. Kebanyakan pelajar semuanya berada di dalam kelas memulakan pelajaran pertama untuk hari itu dan apabila Maria sampai di depan kelasnya, dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk dan apabila dia masuk seisi kelas terdiam termasuklah guru yang sedang membebel bukan-bukan tadi. Tanpa memandang Bando, dia duduk di kerusinya dihadapan perempuan liar itu dan tersentak apabila kerusinya ditendang daripada belakang.
Gurunya dihadapan kembali menulis sesuatu di papan hitam sambil suara lantangnya bergema di seluruh kelas.
"Nice hair." Dia terdengar bisikan di telinganya dan rambutnya disentuh lembut dari belakang. Sentuhan lembut itu kemudiannya menjadi kasar apabila rambutnya ditarik kuat kebelakang, "Dont dare you to tell about what happened to anybody, understand?"
Dia tak menjawab tetapi matanya kini mula berair.
Dont cry, Maria. Dia cuba untuk kuat. Sejujurnya dia masih takut dengan apa yang menimpanya hari itu. Masih terasa kakinya yang terluka dan rambutnya yang dipotong kasar oleh mereka yang tak berperasaan itu.
"Hey, faham tak?" Makin keras genggaman dirambutnya dan dia mengharap Cikgunya dihadapan sesekali beralih ke belakang menghadapnya. Nuna kaku dihadapan atau mungkin di tak perasan apa yang sedang Bando sedang lakukan kepadanya.
Apabila dia tak menjawab Bando menolak kepalanya kuat ke hadapan dan serentak dengan itu air matanya mengalir.
Dan belum sempat dia berfikir apa yang bakal berlaku seterusnya tiba-tiba meja Bando dibelakangnya disepak kuat oleh seseorang.
"Apa ni?" Pantas Maria bangun dari kerusinya dan beralih ke belakang apabila terdengar Bando menjerit dibelakang. Guru mereka turut kaget.
"Sky?" Nama itu perlahan menitip dibibir Maria.
Lelaki itu merentap kasar rambut Bando seperti mana yang Bando lakukan kepadanya tadi dan tangan kirinya mengeluarkan pisau lipat dari poketnya.
"Sky!" Bando menjerti terkejut melihat pisau ditangannya. "Apa aku buat?! Aku tak kacau kau pun!" Jeritannya semakin kuat dan matanya jelas menunjukkan dia ketakutan melihat Sky dihadapannya.
Maria walaupun sedikit bingung terasa puas hati melihat keadaan Bando sekarang. Dia kemudiannya menjeling Sky yang...
"Sky?" Matanya berang dan kalau dalam cerita anime, mungkin dah boleh nampak api dekat situ. Lelaki itu mengangkat pisaunya ke arah rambut Bando yang digenggamnya dan gadis itu semakin kalut meronta. "Jangan Sky. Aku tak buat apa-apa pun!"
"Tak buat apa-apa? Apa kau buat dekat Maria?"
Mata Bando yang semakin merah perlahan-lahan diarahkan kepada Seiren. " Kenapa de.. dengan Ma..ria...?"
"MARIA. KAKAK. AKU!" Gertaknya membuatkan Maria terkejut. Saat itu Maria kembali menangis. Dia tahu dia bencikan diri sendiri sekarang. Kenapa dia menangis? Tapi dia sedar, mungkin inilah rasanya apabila ada orang lain selian dirinya yang cuba berdiri dan melindunginya ketika dia dalam masalah. Sepanjang 16 tahun hidupnya, tak pernah seorang pun yang sanggup mempertahankannya ketika dia menghadapi masalah termasuklah ayah dan ibunya. Tak pernah! Dan apabila orang yang paling dia benci dalam dunia ni berdiri dihadapannya, mempertahankannya, dia tak tahu apa yang mesti dia buat selain menangis.
Ketika Sky mengangkat pisaunya untuk memotong rambut Bando yang terkejut dan mungkin menyesal menganggu kakak Sky the Great, Maria menghalang.
"Sky..." Hanya itu yang keluar dari mulutnya dan apabila Sky memandangnya, dia bersuara sekali lagi. "I dont want to be here, now." Tak sampai sesaat dia dia mengularkan ayat itu, dia mula menyesal. Apasal pulak Sky ni senyum!!
Lelaki itu menyimpan kembali pisaunya dipoket, menolak Bando sehingga gadis itu terjelopok di lantai dan tanpa isyarat mencempung tubuh Maria.
"Jom." Katanya sebelum melangkah. Mulanya Maria kaget, tapi sedar, dia tak mahu berdiri di hadapan Bando dan budak-budak sekelasnya yang tak mempunyai perasaan, dia cuba bertenang dan perlahan-lahan menyembunyikan wajahnya di dada Sky.
"Kau nak bawak aku pergi mana, Sky?"
"Pergi mati!"
"HA!?"

8 comments:

  1. pelik bebenor ah cter ni.. x blh dmsuk akal lngsung....

    ReplyDelete
  2. naruto pun xmsuk akal jgk. milord. lme gle koy tunggu update ni. update ler cpt2 ye. huhu

    ReplyDelete
  3. cite yg menarik...

    ReplyDelete
  4. citer yg menarik ,best dan yg seangkatan dgnnya...

    cmbg la lg citer nie...best la...

    ReplyDelete
  5. best sgt.., ske sgt2..hihihh

    ReplyDelete
  6. Best!!!
    Tapi ... Sambungan dah x ada ke???
    Please write again!!!
    I like this story...

    ReplyDelete
  7. Dah lama tunggu...
    X ape lah kalu dah x ada sambungan...
    Sedih :'(

    ReplyDelete