Showing posts with label Save Your Stray Love. Show all posts
Showing posts with label Save Your Stray Love. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

Save Your Stray Love 3

Semua pelajar di Empty Soul High School berhimpun di hadapan papan kenyataan. Sebuah poster yang besar dan cantik telah menarik perhatian mereka.
"Wah, tak sabarnya nak tunggu Pesta Soul Suprise ni." Kata salah seorang daripada mereka. Setelah lama mereka mengamati poster Pesta Soul Suprise yang akan berlangsung itu, mereka terpaksa beredar kerana loceng telah berbunyi menandakan tamat waktu rehat.
Walaubagaimanapun, masing-masing tak dapat lari daripada perasaan tak sabar menantikan pesta tersebut.
Pesta Soul Suprise adalah pesta tahunan di Empty Soul High School. Pesta ini juga selalunya mendapat sambutan yang hangat tak kiralah dari dalam ataupun luar sekolah. Acara yang paling menggemparkan dalam pesta ini adalah pertandingan nyanyian daripada kumpulan Parasite dan SLH (Stray Love Heart). Parasite merupakan kumpulan duo yang dianggotai oleh pasangan kembar, Jun Neo dan Ki Neo. Manakala SLH pula dianggotai oleh tiga putera popular di sekolah, Houl, Micky dan Max. Selama empat tahun pertandingan berlangsung, Parasite telah tiga kali memenangi pertandingan ini manakala SLH hanya memenangi pertandingan ini sekali sahaja. Walaupun kemenangan selalu berpihak kepada Parasite, tetapi kajian (kajian konon) telah menunjukkan SLH mempunyai lebih ramai peminat kerana karisma mereka yang tinggi jika dibandingkan dengan pasangan kembar Parasite yang dingin dan sinis.







"Makin lama aku tengok kau ni makin menyampah la pulak." bisik Wiki sambil merenung wajah Esy yang kehairanan.
Esy yang mendengar menjungkitkan keningnya lalu menolak kepala Wiki sejauh mungkin.
"Ven and Lufi pergi mana, ha?" tanya Aoriko. "Dari tadi aku tak nampak diorang."Katanya lagi lagi mengharapkan jawapan daripada Esy dah Wiki. "Hei, aku tanya ni."kemudian gadis itu berpaling mencari kawan-kawannya di belakang. "Ha? Dah hilang... Ish. Kurang asam betul, tinggal aku cakap sorang-sorang dekat sini. Selamat tad ada orang nampak" setelah itu Aoriko bangun lalu berlari mendapatan Wiki dan Esy yang sedang melenggang menuju ke Sweet Soul Shop. Setelah berjaya menghampiri dua gadis itu, tanpa isyarat Aoriko terus menyepak betis kering kedua gadis itu. Terloncat-loncat Wiki dan Esy menahan sakit.
"Sakitlah bodoh!" Tengking Esy sambil mengetap bibirnya.
"Sakit ke?" Dengan muka yang innocent Aoriko menjelirkan lidahnya kepada Esy sebelum berjalan meninggalkan mereka.
Dalam kegeraman menahan kesakitan, tiba-tiba muncul pula musuh nombor satu yang paling tak diingini mereka.
"Eh, kenapa? Terpijak kaki sendiri?" Sindir Mary Lily, musuh nombor satu DM. "Itulah, berlagak glamour sangat. Padan muka!"
Esy menjeling dan menjungkitkan bibirnya. Huh, malas nak layan. Kalau dilayan makin menjadi minah ni, nanti kalau ada pertumpahan darah, siapa yang susah? Aku jugak.
Tetapi, berlainan dengan Wiki, dia tak sanggup nak berdiam diri apabila berdepan dengan manusia tak sayang mulut ni.
"Kami pijak kaki sendiri pun kau nak sibuk. Tak profesional betul. Dahlah mulut busuk. Eh, dah berapa hari kau tak gosok gigi? bau dah macam petai+bawang+air longkang tau tak!" Hentam Wiki sambil mengurut kakinya yang masih sakit.
Mary terkedu, lantas dia menekup mulutnya sebelum berlari meninggalkan mereka. Wiki pula hanya mampu tersenyum dengan kemenangan yang tak seberapa tu.
"Esy, apa kata kau dukung aku?"
"BUK!"
"Auww.." Wiki tertunduk kesakitan apabila tiba-tiba Esy menumbuk perutnya.
"Ha, tu la kau punya dukung. Kaki aku pun sakit ni nak mengada-ngada pulak."
Cemuh Esy dan kedua-dua mereka tercebik.




"Jun, aku dengar SLH ada sorang lagi ahli baru. Comel budak tu."
Jun berdesis mengejek. "Huh, tambahlah sepuluh budak comel pun, tetap tak dapat kalahkan aku."
"Jangan cakap besar. Kita belum tahu apa-apa pasal budak tu. Maybe he is better than you." Tambah Ki dengan senyuman sinis yang sentiasa terhias di bibirnya.
"Aku peduli apa! Diorang tu harap muka je. Tapi langsung tak ada bakat."
"Kau ni.. Aku tengok SLH macam ada harapan nak kalahkan kita tahun ni. So, baik kau hati-hati."
"Yang kau ni asyik nak buat aku marah kenapa?" Tengking Jun. Seisi kelas memandang ke arahnya.
Ki tersenyum lalu mendekatkan wajahnya kepada abangnya. "Nak buat macam mana, dah memang hobi aku macam tu." Katanya lalu keluar dari kelas. Kalau dia terus berada di situ, mungkin dia dah tak nampak hari esok. Sadisnya...
Senyuman masih terhias dibibirnya ketika dia melangkah keluar dari kelas. Dari jauh dia dapt melihat adik tirinya, Wiki tertawa riang sambil berjalan terjengkit-jengkit. Adiknya selalu tersenyum. Selalu tersenyum hingga dia sendiri pun tak tahu bila gadis itu akan bersedih.
Dia masih ingat sewaktu dia, Jun dan ibunya pertama kali melangkah ke banglo mewah milik keluarga Wiki, waktu itu, ayah Wiki yang juga merupakan ayah mereka baru meninggal dunia. Jadi, untuk menunaikan permintaan terakhir lelaki itu, mereka terpaksa tinggal bersam-sama dangan keluarga Wiki. Sebaik sahaja kakinya melangkah ke rumah itu, Wikilah orang pertama yang dia nampak. Berdiri menyambut kehadiran mereka dengan senyuman yang manis. Walaupun begitu, wajah sembap dan matanya yang merah menunjukkan yang dia sedang bersedih. Wiki memang seorang kanak-kanak yang manis. Apabila abangnya melanjutkan pelajaran keluar negara, dia selalu dibuli oleh ibu dan abang tirinya. Ibu kandung wiki selalu sibuk kerana dia merupakan ikon fesyen terkemuka dunia dan jarang berada di rumah. Jadi watak Wiki memang hampir dengan watak Cindarella. Cuma Wiki sedikit kurang ajar dengan ibu tirinya. Tetapi dia tak pernah melawan Jun.
Well, aku pernah tanya kenapa dia tak melawan cakap Jun dan dia jawab, 'Sebab Jun hensem.'
Walaupun jawapannya tu macam bodoh je, tetapi... well, boleh diterima akallah jugak.
Apa pun, she is my sweet sister.






"Cis, berani dia halau aku! Dia ingat dia cantik!" Wiki mendengus.
"Memanglah dia cantik... tapi... aku lagi cantik!" kemudian dia menarik rambutnya pula, geram. Geram tak terkira apabila Cik kara menghalaunya keluar daripada kelas denda mereka hari ini. Dalam kelas denda pun boleh halau orang ke? Ish, tak faham aku.
Dalam sibuk melayan perasaannya, sedar tak sedar kini dia sedang berjalan di belakang kawasan banglo asrama lelaki.
"Eh, kat mana aku ni?" Walaubagaimanapun...
"Ah, lantaklah."
Tetapi, satu paduan suara tiba-tiba memukau ekspresnya. dia cuba mencari datimana arah suara itu datang dan akhirnya dia sampai ke tingkap sebuah bilk. Terbongkon-bongkok Wiki cuba mengendap.
"Daiki, rendahkan sikit tone suara kau tu. Max pulak jangan tinggi sangat. Hai... merosakkan lagu betullah. kau ni."
Wiki tersenyum melihat Micky seperti biasa hanya tahu mengarah. Siapa budak nama Daiki tu. Auww, so cute! I like...
Tiba-tiba pintu bilik air yang betul-betul mengadap ke arah tingkap tempat dia mengendap itu terbuka, Wiki terkejut apabila melihat seorang lelaki yang hany bertuala keluar dari bilik air itu. Cepat-cepat dia tertunduk menyembunyikan diri.
"Huh, macam nak tercabut jantung aku. dia namapak aku tak? Hish, suspen ni. baik aku blah sebelum berlaku kejadian yang tak diingini. Takutnya..."
Sebelum itu, Wiki menjeling ke kiri dan kanan dulu. Memastikan keadaan clear sebelum melarikan diri.
"Line clear.. Ok, 1, 2, 3.."
"Dush!"
Ternganga mulut Wiki. Memang tak disangka... "Woi! Siapa yang bagus sangat ni" jerit Wiki berang tetapi kemudiannya dia terdiam apabila sedar yang dia tak patut menjerit di situ.
Lakhanat betul. Siapa yang yang tuang air dekat aku ni. Dengan baju yag basah, dia terus berlari meninggalkan kawasan banglo asrama lelaki.
Latihan Daiki, Micky, Max dan Houl terhenti apabila mereka seolah-olah terdengar suara seperti perempuan menjerit. Serentak pandangan mereka terarah kepada Diniel yang sedang membuang air yang digunakan Houl untuk merendam kakinya semalam.
"Apa kau buat?" tanya Max yang sememangnya anti- Diniel. Diniel hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong sebelum meletakkan kembali besen itu ditempatnya dan menuju ke almari pakaian.
Hampeh betul. Dia buat tak tahu je dekat aku. "Suara siapa tadi tu. Kami dengar macam ada suara perempuan je." tanya Max lagi dengan nada tak puas hati.
Bukan seketika Diniel tersenyum sumbing sebelum mengangkat wajahnya dan memandang Max. "Suara kaulah yang macam perempuan." Dengan selamba Diniel kembali melangkah masuk ke dalam bilik air meninggalkan mereka yang tercengang.
"kau tengoklah tu Daiki! Baik konon. Baik apa macam tu!" Max bengang. Daiki yang dimarahi hanya tersenyum serba salah.
Dalam masa yang sama, MAx cuba menyanyi sekali lagi. Betul ke suara aku macam perempuan?

Save Your Stray Love 2

"Hey honey, whats up!"
"Whats up kepala otak kau! Kau duduk senyap-senyap boleh tak?!" Seorang lelaki yang kacak dan sentiasa berwajah dingin memberi amaran kepada adik kembarnya. Adiknya, Ki hanya mampu tersenyum sumbing tanpa mempedulikan abangnya.
"Jun, Jun... Aku dah hidup dengan kau hampir lapan belas tahun. Jadi kau janganlah cakap dengan aku menggunakan kata-kata yang membosankan macam tu lagi. Kalaulah aku terpaksa hidup dengan kau lebih seratus tahun lagi, memang malanglah aku."
walaupun dia langsung tak memberi reaksi kepada kata-kata adiknya, tetapi dalam hati... 'Kalau aku ada jarum dan benang dekat tangan aku sekarang ni, dah lama aku jahit mulut kau!'
Melihat abangnya hanya senyap, Ki mengeluh. "Hai apalah nasib. Ada abang pun macam kayu."
Walaupun perlahan namun cukup kuat untuk didengari Jun.
Lalu untuk mengelakkan dirinya daripada dipanggil kayu, Jun terpaksa bersuara.
"Ki, macam mana dengan adik kau yang sial tu?"
Buat seketika Ki hanya merenung abangnya seolah-olah tak percaya.
"Do you mean Wiki?"
"Habis tu siapa lagi?!" jawabnya separuh membentak. Benci betul apabila mendengar nama itu disebut.
"Oh my god, Jun. She`s hell pretty and you called her 'sial'...? What with that? Anyway, she`s fine. Kenapa? risau tentang dia?" tanya Ki dan senyaman sinis tiba-tiba terhias di bibirnya apabila melihat abangnya tiba-tiba menutup buku yang dibacanya.
"You know what? I have no time to worried a rubish like her.. so.."
Tetapi, belum sempat Jun mengahabiskan kata-katanya, Ki tiba-tiba bangun.
"Ok, ok. Take your breath and calm down my beautiful brother." Lelali itu menggaru keningnya seketika sebelum bersuara lagi. "Er... I must go now. No time to treat a lion like you. Bye, honey!" Satu flying kiss dilepaskan untuk abangnya dan dibalas dengan renungan membunuh yang memang menakutkan.
Wow.. mencemaskan!


"I believe I can fly."

"Woi, sudahlah tu. Malu aku tau tak! Kau tak nampak ke tempat awam ni. Janganlah bising ikut suka hati je. Hai, menyusahkan betul!" Bisik Max sambil menarik tangan Micky.

"Cakap baik sikit. Suara aku sedap tau!"

"Alahai... siapa pula yang cakap suara kau tak sedap? Aku cuma suruh kau berhento menyanyi je." Max mengaru kepalanya yang tak gatal. Dahlah hari ni panas semacam je, kena layan perangai tak betul budak ni pulak. Malangnya!

"Kau suruh aku berhenti menyanyi? Kau tahu tak, nyanyian ni adalah sebahagian daripada hidup aku. Kita dah bersama hampir lima tahun, Max. Aku ingatkan kau faham keinginan aku, rupanya... Aku kecewa Max!"

"Kau...? Ah, lantaklah! Malas aku nak layan." Setelah menarik nafas sedalam mungkin, Max akhirnya bangun lalu menukar tempat duduknya ke belakang. Baik aku buat-buat tak kenal dengan dia ni.

"Cis!" Micky mencebik. Eleh, aku pun tak kisahlah. Baik aku sambung menyanyi balik.

"Waiting for you...!"

"Ha, tak payah nak waiting, waiting. AKu dah sampai ni."

Tiba-tiba Houl pula yang muncul.

"Ha, ni seorang lagi. Tak habis-habis nak ganggu hidup aku!"

"Eh, siapa pula yang ganggu hidup kau? Sudahlah, jangan nak merapu. Tu.. teksi dah tunggu tu."

"La... naik teksi ke? Ish, malas betulla." Keluh Micky.

"Habis tu? Dah kau rosakkan kereta aku, terpaksalah kita naik teksi." Houl memandang wajah Micky yang buat-buat tak tahu. Kemudiannya dia menyambung lagi. "Dahlah, jom cepat. Max!"

Micky dan Max bangun serentak mengekori Houl ke teksi mereka. dalam keadaan itu, mereka tak sedar ada sesuatu yang sedang menunggu mereka di asrama.

"Eh? Kita silap masuk bilik ke?" tanya Micky apabila terlihat seorang lelaki yang teramatlah comel sedang berdiri di sebelah seorang lelaki yang tak kelihatan wajahnya.

Max keluar melihat nombor rumah banglo asrama tersebut dan setelah menggaru kepala berkali-kali, dia kembali masuk ke dalam rumah. "Betullah ni banglo asrama kita."

"Memanglah ni banglo kita! Takkanlah kau tak nampak laptop, tv, radio dan almari cd aku yang mahal tu." Seloroh Micky.

"Habis tu, tadi kau cakap kita silap bilik." Tanya Max lagi. Tercengang-cengang.

"Ish, tulah kau. Aku suruh kau mengorak Princess Lufi yang genius tu kau tak nak. Tengok, sekarang ni otak kau dah bertambah kritikal dan membimbangkan." Kata Micky sambil menujal-nujal kepala Max.

"Hoi, kau ni kurang ajar!" Max menepis tangan Micky. Tapi, apa kaitannya dengan mengorat Lufi? Entahlah...

"Er.. whoever you are, can I ask you... What are you doing here?" tanya Houl dengan penuh berhemah. Oh god... budak oii, aku suruh jawab, bukan senyum. Houl menggaru kepalanya yang tak gatal apabila melihat budak itu hanya tersenyum manakala yang seorang lagi buat tak tahu je.

"Hello." Sapa budak yang comel itu sambil melambai ke arah mereka bertiga. Max, Micky, dan Houl tersenyum sambil membalas lambaian budak itu.

"Saya Daiki Marcell. Panggil Daiki je. Yang ini abang saya, Diniel Daizi Heiro." Tunjuk Daiki kepada budak lelaki di sebelahnya.

"Oh, Daiki and Diniel... Apa korang buat dekat sini?" Tanya Houl sekali lagi.

"Kami pelajar baru dekat sini. Tadi cik tu cakap, ini banglo asrama kami."

Micky dengan pantas menyampuk. "Cik? Boleh awak bagitahu, cik yang mana satu?"

"Cik? Tak ingatlah nama dia. Ala. yang macam pondan tu."

"Macam pondan?" terkedu Max dan Houl mendengarnya. Muka comel nak mampus, tapi mulut... main lepas je. Baguslah kalau dia kawan dengan Micky nanti.

"Oh, Cik Sally..."

"Ha, Cik Sally." Daiki mengiyakan jawapan Micky.

Manakala Micky pula mendengus. Cis, aku ingatkan cik manalah tadi. Rupanya pondan empat segi tu!

"Abang kau tu, kena penyakit apa? Parkinson?" tanya Micky lagi tetapi dia terkejut apabila Daiki tiba-tiba terjerit kecil.

"Mana ada parkinson!" Wajahnya sedikit garang.

Amboi, garangnya. "Ok, ok.. Tapi, kenapa dia senyap je."

Belum sempat Daiki nak menjawab, Diniel terus bangun daripada tempat duduknya dan keluar dari bilik itu meninggalkan mereka semua yang terpegun.

"Wow, cunnya... eh?" Dengan pantas mereka menerpa Daiki.

"Kau pasti ke yang dia tu abang kau? Bukan kakak ke?"

"Tu abang aku la..."

Save Your Stray Love 1


“SEPERTI biasa bila saya masuk kelas ni, saya tak nak dengar apa-apa bunyi pun!” Tegas Cik Kara. Tetapi dia turut tercengang apabila melihat

pelajar-

pelajarnya terkebil-kebil memandangnya. Eh, budak-budak ni, buat-buat tak faham pulak. Setahu aku, aku dah ulang ayat ni hampir seribu kali sejak kali pertama aku mengajar diorang dulu.

“Ehm!” Cik Kara berdehem kuat. “Maksud saya, saya tak nak dengar bunyi orang bersembang, bunyi pensil jatuh, bunyi buku jatuh, bunyi…”

“Kalau bunyi orang jatuh cikgu?” Tiba-tiba Ven mencelah.

Mulut Cik Kara yang ternganga luas tadi kini tertutup rapat. Budak ni, tak sah kalau tak menyibuk. Ven pula hanya tersengih apabila melihat Cik Kara menjegil tepat ke arahnya.

Dalam keadaan yang sedang berusaha menahan marah, Cik Kara tiba-tiba terperasan sesuatu. “Eh?” Sepatutnya kelasnya akan jadi bising macam wad orang hilang akal. Tetapi hari ini, kenapa senyap sepi pula??? Dengan pantas mata Cik Kara berlari ke arah tempat duduk pelajar-pelajar yang disenaraikan sebagai WANTED dalam kamus hariannya. Kosong???!!

Dengan kemarahan yang meluap-luap, sekali lagi wajah Ven menjadi mangsa ratahan jegilannya. “VENUS!!!!!”

“Hah??” Ven yang baru hendak menguap itu terkejut.

“Dengar sini, Venus. Bagitahu beruk empat ekor tu, kalau diorang tak nak masuk kelas saya, JANGAN MASUK SAMPAI BILA-BILA PUN! FAHAM??!!!” turun naik dada Cik Kara yang jelas sedang menanggung amarahnya. Ven yang ditengking, terkapai-kapai.

“Ok class, that`s all for today!” Tutur Cik Kara dengan geramnya lalu melangkah keluar dari kelas 5 pheonix.

“Cheh! Tengok la tu. Harap muka je lawa, tapi tak ada budi bahasa langsung. Patutnya dia ucaplah terima kasih sebab kita bagi dia masuk kelas kita. Ini tidak, main keluar je. Hish, tak faham aku!”Ven memeluk tubuhnya sambil bibirnya tercebik.

Semua pelajar di dalam kelas itu memendang Ven dengan pandangan tak puas hati. Ini semua salah dialah, boleh salahkan orang lain pulak. Ven mula tersengih serba-salah. “Er.. bukan salah aku ye. Kalau korang nak marah, korang marahla dekat beruk empat ekor tadi.” Dalih Ven dengan harapan pelajar di situ berhenti merenungnya. Tapi, tak berhasil la pula. Kini pandangan mereka semakin tajam. “Er…” Perlahan-lahan Ven bangun dan.. “Cabut!!!”

“WEI, korang pergi mana tadi? Kenapa tak masuk kelas?” Tanya Liha, ketua kelas 5 pheonix yang terkenal kerana sifatnya yang terlebih gentleman.

“Ok, sebab kau bagi kami dua soalan, so, kau kena pilih nak suruh kami jawab yang mana satu.” Balas Lufi yang sebenarnya malas nak layan ketua kelas yang banyak mulut itu.

“Ish, aku tanya betul-betul kau jawab main-main pulak. Dahlah, malas aku nak layan otak korang yang tak betul ni. Nanti aku pun jadi tak betul jugak!” Dengan lenggang-lenggoknya pondan yang cerewek itu beredar kembali ke tempat duduknya.

“Eih, pondan ni. Ingat kita nak sembang sangatlah dengan dia tu. Selamat kita ni semula jadi lembut. Kalau tak, berjangkit penyakit selsema sotong dengan Si Liha tu. Hish, geli aku!” Tutur Ven dengan gelinya. Rakan-rakannya hanya tersenyum dan mengangguk.

Tiba-tiba pintu kelas 5 pheonix di ketuk oleh seseorang yang memang sah tak hensem.

“Perhatian kepada, Clementi Wiki Herofa, Aoriko Fantasi Mikisha, Tropicana Venus Unona, Marionina Esytari Xiahya dan Lufiminida Jupiter Maxti, sila hadir ke pejabat guru besar, iaitu yang berhormat Tuan Leonaldo De Kaprieuk, sekarang!” Huh, lelaki yang tak hensem itu tercungap-cungap kepenatan kerana nama-nama yang dipangil tadi amatlah panjang dan rumit.

“Eh, kenapa nama aku kena panggil pulak? Seumur aku, aku tak pernah dipanggil ke pejabat tau!” Wiki membulatkan matanya, berpura-pura tak bersalah.

“Dah, tak payah nak kelentong. Setakat ini kaulah orang yang terbanyak kali dipanggil ke pejabat iaitu sebanyak 77 kali termasuklah hari ini.”

Terjungkit bibir Wiki mendengar fakta yang dikeluarkan oleh mesin genius bernama Lufiminida Jupiter Maxti atau lebih dikenali sebagai Lufi. Rakan-rakan yang lain turut terkejut.

“Heh, sejak bila kau kira , ha?” Tanya Wiki lagi.

Lufi mengangguk dan menguakkan rambutnya ke belakang. “Ok, aku start kira sejak kita mula berkenalan pada minggu ketiga bulan januari pada tahun 3004. Clear?”

Sekali lagi bibir Wiki terjungkit. “Ish, menyampah aku! Dahlah, kita tak payah kawan dengan robot ni. Macamlah dia tu tahu semuanya.”

“Lufi, boleh tak kau pura-pura bodoh sehari. Kau tahu tak bertapa tersiksanya kami kerana mempunyai kawan yang berotak genius macam kau ni.” Kata Esy serius walaupun dalam hatinya terasa macam nak ketawa.

Eleh, macamlah aku tak tersiksa kawan dengan orang yang hilang akal macam korang ni. Huh, aku lagi menderita tahu tak! Lufi menjeling.

“Eh, mana Aoriko dan Ven?” Tanya Wiki. Serentak dengan itu Lufi dan Esy turut tercari-cari kelibat Aoriko dan Ven. “Eh, dah lesap..?” tambah Wiki lagi.

“Wei, diorang dan pergi pejabat guru besarlah. Itulah, meralit lagi!” jerit liha sambil terjeling-jeling.

“Cis, boleh buat tak tahu dekat kita. Ni korang punya pasallah ni. Sibuk nak bertekak sangat. Jom..” Lufi tiba-tiba terdiam apabila melihat tempat duduk Wiki dan Esy telah kosong. Aku yang ketinggalan akhirnya “Aduhai, sebaknya rasa..” Lufi menepuk dadanya sebelum berlari menuju ke pejabat sekolah mereka. Kenapalah aku selalu jadi mangsa perangai tak betul diorang ni?

“MANA kamu pergi tadi?” Tanya Sir Leo serius sambil tangannya ligat menulis sesuatu di atas kertas berwarna pink.

“Eh, Sir Leo tulis surat cinta ke?” Tanya Esy kepada Wiki. Wiki hany mengangkat bahunya tanda tak tahu. Kemudian soalan yang sama ditanya oleh Wiki kepada Aoriko. Kerana tak tahu jawapannya, Aoriko bertanya pyla kepada Lufi dan Ven. Malangnya kedua-duanya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Hai, semua tak tahu ni. Habis tu apa yang korang tau!” Bisik Esy keras. Kerana semua inginkan jawapan kepada persoalan tadi, mereka pun mengintai perlahan apa yang dikarang oleh Sir Leo.


Kehadapan adinda,

Sayang minta maaf di atas apa yang sayang lakukan kepada sayang. Sayang tahu ini semua salah sayang..


“Ooo…” Mereka semua terangguk perlahan.

“Sir!” Panggil Wiki dengan kuat. Sir Leo menggangkat kepalanya.

“Ha, kenapa?”

“Sir nak tahu tak kenapa kami tak masuk kelas tadi?” Tanya Wiki lagi. Sir Leo menggangguk hairan. Kenapa tiba-tiba sedih semacam je budak ni. Esy, Aoriko, Vend an Lufi pula kehairanan. Alasan apa pulalah yang Wiki nak bagi. Lantas kesemua mereka merenung Wiki, menunggunya bersuara.

“Sebenarnya, Ven mengalami masalah keluarga.”

“Woi!” jerit Ven. Tetapi, dia terdiam apabila Wiki mencubit pinggangnya. Rakan-rakan yang lain bertambah hairan.

“Seperti yang saya cakapkan tadi, Ven mengalami masalah keluarga. Ibu bapanya bergaduh dah ingin bercerai...” Wiki berhanti seketika. Ven bertambah tak faham, begitu juga dengan rakan-rakannya. Tetapi, Sir Leo nampak teruja untuk mengetahui kisah seterusnya. “Lepas tu?” tanya Sir Leo.

“Lepas tu...” Lepas two, three lah! Hahahaha. Ketawa Wiki di dalam hati kemudian dia menyambung lagi. “Lepas tu, kami tengok Ven selalu murung. Kadang-kadang tu nampak macam orang gila. Dia tak terurus! Tengoklah baju dia, kotorkan?” Wiki menunjukkan kesan kotoran berwarna coklat di bahagian kiri baju Ven.

Ven mengetap bibir. Kurang asam punya Wiki! Dia yang tumpahkan air milo dekat baju aku tadi, cakap aku tak terurus pulak. Jaga kau!

“Oleh sebab kami simpati dengan Ven, kami pun berjumpa dengan parent dia untuk selesaikan masalah ni.”

Ooh... Esy dan yang lain-lain mula faham agenda sebenar Wiki. Bagus betul rancangan dia ni. Kadang-kadang, kalau nak selamatkan diri, kita terpaksa mengorbankan orang lain. So, Ven adalah mangsa korban Wiki kali ini. Kesian... Mereka bertiga tergeleng serentak.

“Betul, Sir! Sebab kami simpati dekat Ven, kami pun tolonglah dia.” Tambah Aoriko.

Esy disebelahnya terangguk. “Yelah, maklumlah kami ni memiliki semangat setia kawan yang tinggi. Kalau Ven tak terurus macam orang gila, kami pun terasa bahang gila dia tu.” Lufi yang mendengar hanya tersenyum kelat dan mengangguk. Dia tak menyangka yang dia akan terlibat dalam penipuan ini. Manakala Ven semakin tak cukup nafas. Wah, wah, wah! Senang hatinya mengutuk aku.

Sir Leo terangguk-angguk seketika. Tetapi kemudiannya dia kehairanan. “Eh, bukan ke parent Ven ada dekat United Kingdom.”

“Hah?” semua tercengang-cengang.

“United Kingdom? Oh, betullah sir. Semalam parent dia beru je sampai dekat Empty Soul kingdom sebab nak bagitahu keputusan perceraian mereka dekat Ven.” Jawab Wiki terangguk-angguk dan kemudiannya mereka berempat melepaskan nafas lega apabila Sir Leo kelihatan seperti mempercayai apa yang dikatakan Wiki.

Sir Leo tersenyum. “So, macam mana hubungan parent kamu, Ven?”

“Parent saya? Er... diorang dah kembali kepada keadaan biasa. Well, asam garam rumah tangga. Suami isteri kalau tak bergaduh memang tak sah.” Balas Ven tenang dalam geram. Dia menjegilkan matanya apabila ternampak rakan-rakan yang lain mengangkat ibu jari mereka kepadanya.

“Saya kagum dengan semangat setiakawan kamu. Tapi...”

“Loh, ada tapi lagi?”

Sir Leo tertawa kecil mendengar kata-kata Wiki itu. “Kamu tetap telah melanggar peraturan sekolah. Jadi, kamu didenda membersihkan kolam Lafayeeland. SEKARANG!”

“Hah? Kena denda jugak!” penat je aku belakon tadi. Wiki mengeluh. Begitu juga dengan yang lain.

“Tapi Sir, takkan kami saja yang kena denda? Max, Micky dan Houx pun tak masuk kelas hari ni. Oh, mana aci!” Bantah Lufi tak puas hati. Tau tak betapa tersiksanya aku kerana terpaksa terlibat dalam pembohongan tak bermoral ni, tengok-tengok kena denda jugak!

Terangkat kening Sir Leo mendengar bantahan yang daripada Lufi itu. “Ehm, itu kamu tak payah risau. Awal-awal lagi saya dah dimaklumkan yang mereka terpaksa ponteng sekolah untuk menghadiri kelas vokal di Orangestep Town. Jadi, tiada bantahan, kan?”

Lufi mencebik.

“Orangestep Town? Waa... bestnya!” Esy dan Ven saling berpandangan.

“Baiklah, kalau kamu tak ada apa-apa nak dicakapkan lagi. Kamu oleh pulang. Er... bukan pulang. Kamu boleh menjalani denda kamu sekarang.”

Wiki, Esy, Ven, Lufi dan Aoriko yang dikenali sebagai Dark Magicians ataupun nama singkatannya DM, menapak keluar.

“Er.. tunggu.”

Cepat-cepat DM beralih. “Kenapa? Nak batalkan denda kami ke?”

Sir Leo menggeleng. “Tak. Cuma nak cakap, cuci kolam tu bersih-bersih ye.”

“Huh!” Kali ini DM mendengus sekuat yang mungkin untuk menunjukkan tanda protes mereka. Tapi, Sir Leo buat tak tahu je.

Mereka masuk ke kelas dengan tersenyum semanis mungkin untuk mengelakkan orang lain tahu yang mereka di denda.

“Wei, korang tak kena marah ke?” tanya Liha. Hairan melihat senyuman lima gadis jelita itu.

“Eh, siapa yang berani nak denda kami.” Aoriko terus berusaha untuk tersenyum.

“Takkanlah...”

“Miss Liha, please shut up!” Lufi bertambah tertekan mendengar suara pondan penyibuk tu. Aku nak release stress sikit pun tak boleh.. ish!