Sunday, June 7, 2009

Twin of Chaos 13

"Kan bagus kalau kita letak kamera dalam bilik air diorang." Kei mengeluh kesal. Manakala Zen di sebelahnya hanya menjeling.
"You jerk!"
Setelah ketawa, mereka kembali meneliti skrin di hadapan mereka. Kelihatan Yora terbaring di atas katilnya. Mungkin keletihan. Manakala Neo tak muncul di skrin, mungkin masih berada di dalam bilik air. Mereka menunggu.
Setelah beberapa minit, kelihatan Yora mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di bawah bantal. Setelah meneliti telefon bimbitnya beberapa minit, dia kemudiannya mengeluh.
"Betullah, aku mana ada kawan untuk dihubungi. Hai.."
Keadaan di bilik Zen dan Kei mulanya senyap, tetapi beberapa minit kemudian ketawa mereka tiba-tiba pecah.
"Bodoh! Bodohnya budak ni!" Zen ketawa bisu.
"Oi, kalau ye pun dia budoh janganlah cakap kuat-kuat! Dia bakal isteri aku tau tak. Malu aku nanti kalau orang dengar." Seloroh Kei. Mereka terus tertawa dan tertawa sampai tak larat nak bersuara.
Tetapi, mereka tiba-tiba kembali terdiam. Ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Neo akhirnya muncul di skrin hanya... hanya bertuala!
"Woi, jangan tengok!" Cepat-cepat Zen menutup mata Kei dengan tangannya. Tetapi Kei meronta.
"Kau tengok tak pe pulak."
"Tak pe la, dia isteri aku!"
"Mana pulak isteri. Kahwin pun belum lagi."
"Sama jelah! Kei. Kau ni, teruk arr! Tepi!"
"Hei, aku nak terjatuh ni... Zen.. Argh!"
Sudahnya kedua-dua mereka terjelopok di atas lantai. Mereka senyap seketika. Zen masih terbaring di atas abangnya yang masih belum habis terkebil-kebil.
Setelah beberapa minit berlalu, mereka tiba-tiba bagaikan tersentak. "Neo!"
Cepat-cepat mereka berdua bangun. Tetapi apabila melihat di skrin, Neo baru sahaja selesai memakai baju. Dia menyarungkan baju tidur ala cheongsam tanpa lengan berwarna putih serta short pant yang turut berwarna putih dan itu membuatkannya kelihatan seperti anak patung.
"Melepas.." Hanya itu yang keluar dari mulut Kei dan "PAP!" Zen terus mengetuk kepala abangnya.
"Jangan nak mengada-ngada. Tu.." Tunjuk Zen kepada skrin tv yang menunjukkan Yora yang sedang termenung. "Kau tengoklah budak tu puas-puas."
Kei membalas dengan senyuman.
Mereka senyap lagi.
"Yora nampak macam penakut." Zen tiba-tiba bersuara.
"Kenapa?"
"Tengoklah, kejap bangun, kejap baring, kejap tengok kiri, kejap tengok kanan. Apa yang dia nak buat ntah."
Kei memerhati. Kemudian dia berdecit. "Yelah.. penakut nilah yang best."
Banyaklah kau best.
Mereka senyap lagi, kemudian hujan tiba-tiba turun. Bila hujan turun, Neo yang sedang terbaring tiba-tiba terduduk. Begitu juga dengan Yora. Kemudian kelihatan Yora berlari ke pintu biliknya sambil memegang tombol. Kelihatan dia teragak-agak untuk keluar.
Tiba-tiba guruh berdentum, Neo yang mulanya terduduk terus terjun dari katil lalu keluar dari biliknya, Yora yang tadinya teragak-agak terus berlari keluar.
"Kenapa?" Kei memandang Zen. Zen pun tak tahu apa-apa, jadi dia hanya menjungkitkan bahunya.
Mereka bertembung di tengah-tengah. Wajah Yora kelihatan risau, manakala Neo nampak pucat.
Mereka hanya senyap. Tetapi setelah beberapa ketika, Neo tiba-tiba tersengih. "Kenapa Yora? Takut guruh?"
"Bodoh! Kau yang takut guruh bukan aku!" Balas Yora berang. Cis, tak guna punya budak, penat je aku risau tadi. Yora memeluk tubuhnya sambil mendengus.
Neo kembali diam. Memandang kiri dan kanan dan kemudiannya terus menarik tangan Yora ke bilik tidurnya.
"Aku tahu kau takut, jadi malam ni kau tidur dengan aku. Malam ni je tau!" Katanya selamba tanpa mengendahkan Yora yang rasa tertipu itu.
"Secara jujur aku nak cakap, bakal isteri kau mempunyai ego yang kuat." Komen Kei.
"Lantak dekat dialah!" Balas Zen.
Mereka meninggalkan skrin itu sebentar kerana perut dah tak sanggup nak tahan lapar. Tetapi apabila mereka kembali, sesuatu yang tak dijangka telah berlaku.
Kelihatan Yora terbaring di atas perut Neo sambil memeluk tubuh Neo yang masih terkebil-kebil tak dapat melelapkan mata. Mereka kelihatan begitu mesra. Perkara ajaib yang mungkin hanya dapat dilihat sekali seumur hidup. Mereka tiba-tiba tersenyum.
"Tiba-tiba aku rasa nak tidur, Zen."
Zen hanya membalas dengan jelingan. "Ingat aku tak tahu apa yang kau fikirkan?"

No comments:

Post a Comment