Wednesday, August 25, 2010

Apple and Berry 14

This is the day, the day my heart will blow away. I feel the breeze freaking my skin. And I feel the sunshine blocking my sense. I feel like my heart has been seal. Sealed by something that so chaos, so fascinating, so empty... "Berry?" Akia tiba-tiba menepuk bahunya. "Berangan lagi ke? Waa... cantiknya kau hari ni!" Berry tersenyum nipis sambil tertunduk mendengar pujian Akia. Baru nak tahu ke? Aku memang cantik sejak kecil lagi tau! Gurau Berry sendirian cuba menghibur hatinya.
"Dah cantik-cantik ni, kenapa muka masam pulak? Dah tawar hati dekat April ke? Kalau kau tak nak dia, bagi je dia dekat aku!"
"Tak boleh!" Tiba-tiba pintu bilik Berry berdentum kuat dan itu membuatkan Berry hampir-hampir terloncat dari kerusinya. "April bagi dekat aku!" Muncul pula Aria dengan wajahnya yang berpura-pura serius dan itu membuatkan Berry tersenyum lucu. "Apalah. Dia tu bakal tunang akula. Yang korang berebut ni kenapa?"
"La... tadi kata kau tak nak dia." Balas Aria dengan cebikan.
"Mana ada aku kata. Adik kau tu yang pandai-pandai." Setelah Berry habis bersuara, Akia hanya tersenyih memandang kakaknya yang hanya menjeling.
Berry terhibur. Tetapi belum cukup terhibur untuk melenyapkan rasa gundahnya tentang apa yang akan berlaku hari ini. "Akia, Aria, Berry dah siap ke belum?" Terdengar lagi suara laungan ibunya dari luar bilik. Saat itu, kelam kabut pasangan kembar itu menarik Berry bangun dari kerusinya untuk keluar dari bilik. "Jom, jom! Lupa pulak mama kau mintak aku tolong tengokkan kau. Cepatlah. Kan dah lama mula majlis tu. Semua nak tengok kau."
"Aah. Jom! Apple pun tunggu kau."

"Apple?!" Terus terbangun Berry dari kerusi dah wajahnya bertukar ceria. Melihat keadaan itu Aria dan Akia mula serba salah.
"Er... Silap. Bukan Apple, tapi April. Hehehe..." Sengih Akia dan dia tercebik apabila kakaknya menyigung lengannya. " Tersilaplah." Balasnya lagi. Melihat wajah murung Berry dan riak lesunya, pasangan kembar itu semakin tak keruan. "Sorry, Berry. Kami tau, kami bukan kawan yang baik. Bila kau sedih kami lari. Tak macam Apple. Dia baik... walaupun wayar dia ada putus sikit."
Akia mengangguk. "Aah, wayar putus banyakla. Tapi kau kena tahu. Hari ini kau tak perlukan Apple. Yang kau perlukan adalah April. Dia bakal jadi tunang kau. Kenapa kau nak sedih-sedih lagi?" Berry hanya mampu tertunduk mendengar kata-kata kawan-kawannya. Mereka tak faham. Walaubagaimanapun Berry tak ada masa untuk membuatkan mereka faham. Jadi dia terus bangun dan keluar daripada mendengar kata-kata kawan-kawannya yang membuatkan hatinya merintih sayu. "Jomlah." panggilnya dan hanya diikuti dengan kembar itu.




Keadaan di majlis itu begitu meriah sehingga membuatkan Berry jadi malu apabila semua orang memandang ke arahnya. Dah merah pipi aku nih.
Tetapi dia bertambah malu apabila melihat April yang tempan memikat tak lepas dari meratah setiap inci tubuhnya. Dia tak tahu apa yang mesti dilakukannya sehinggalah pasangan kembar yang setia berada disisinya menariknya ke salah satu kelompok yang terdiri daripada rakan sesekolah mereka.
"Aiya, Berry. Cunnya." Tegur Silsa rakan sekelasnya yang berbangsa cina. Berry hanya menjawab pujian rakannya itu dengan senyuman. Hanya pujian yang sama yang dia dengari apabila dia bertemu dengan setiap orang yang berada di majlis itu. Dalam masa yang sama, dia cuba melarikan diri daripada bertemu ataupun mendekati April, dia begitu takut. Takut digoda perwatakan menawan lelaki itu.
"Kau tau tak, dengar kata Apple balik ke Q-Paradise?"
"Ye ke? Eh, kenapa pulak? Examkan dah dekat ni. Takkanlah dia balik pulak."
"Entah, tapi itulah yang aku dengar."
Tiba-tiba satu perbualan menarik minat Berry. Dia sendiri terkejut dengan apa yang dia dengar. Dalam diam-diam lelaki itu pulang ke kamung halamannya. Tetapi buat apa? Dia bukannya ada mak ayah pun.
"Bila dia pulang?" tanya Berry lagi.
"Emm... sikit lagilah kot. Sekarang ni pukul berapa..." Gadis itu menjeling ke jam tangannya. "Pukul 1. Dalam pukul 2 nanti bertolak la kapal cruise tu kot. Kalau tak silap aku, dia balik sebab Empty Soul Cruise ade buat travel ke Q-Paradise. So, mungkin sebab tu dia balik."
Berry mengangguk senyap. Ikut travel? Banyak duit dia naik cruise. Huh, budak harapan, mesti semua orang hulur duit dekat dia.
"Kau tak jemput dia datang sini ke? Bukan kau rapat dengan dia ke?" Tanya mereka lagi.
"Eh?" Berry sedikit terkejut apabila ditanya begitu. Apa yang mesti dijawabnya, dia sendiri tak tahu. Kalau dia menjawab yang dia menjemput lelaki itu tetapi lelaki itu tak mahu menghadiri majlis pertunangannya, mesti mereka akan membuat spekulasi sendiri. Tetapi, kalau dia menjawab yang dia tidak menjemput lelaki itu, lain pula yang mereka fikir nanti.
"Emm... aku pun tak tahulah. Aku ada jemput and dia cakap ok dia datang. Tapi, tulah. Mana entah budak tu pergi."
Kelihatan mereka terangguk-angguk dan wajah berubah sedikit pelik. "Ooo... peliklah eh kalau dia tak datang. Betul ke kau jemput?"
"Betullah!"
"Kenapa pulak dia tak datang? Pelikkan."
Mereka terus bertanya dan itu mula membuatkan Berry rimas. "Alah, biarlah. Dah dia tak nak datang. Aku boleh buat apa."
"Mungkin dia tak datang sebab dia sedih kot tengok kau nak bertunang dengan April." Mereka berkata lagi dan itu membuatkan Berry terdiam. Senyuman dibibirnya tiba-tiba dibawa lari oleh kata-kata rakannya.
Perlahan-lahan dia cuba berundur dari perbualan yang dia sendiri mulakan tadi. Mungkin betul apa yang mereka katakan. Tapi, mungkinkah Apple sedih kalau aku bertunang dengan Apple? Tak ada kaitan dengan dia pun kan.



"Ok, ladies and gentleman those who love this girl and those who in love with this guy. Together we clap our hand to this perfect couple!" Suara Akia dan Aria tiba-tiba kedengaran di corong pembesar suara dan ini membuatkan bulu roma Berry tiba-tiba berdiri tegak. "What with 'those who love this girl and those who in love with this guy?'"
"Dah lama kita berdiri macam tunngul so this is the time to start the ceremony. First, we present the gorgeous man in this world, April Snow who will be engage with the ultimate beautiful young lady, Berry Sawrise come here to the front!!"
Terdengar lagi tepukan dan dan tubuh Berry mula terasa seram sejuk apabila terasa ada satu tangan memaut pinggangnya dan menariknya berjalan ke hadapan orang ramai. Terlihat Apple tersenyum di sebelahnya dan dengan kaku dia membalas senyuman putera idaman ramai itu. Dia ditarik ke depan dan dia cuba tersenyum ramah di hadapan orang ramai tetapi sebenarnya dia langsung tak berniat untuk tersenyum.
"Sebelum pertunangan dilansungkan, sama-sama kita mengimbas kembali saat-saat pertemuan dua merpati indah ini. Mereka mula saling berkenalan apabila kedua-duanya mendaftar masuk ke Empty Soul High School. Kedua-duanya berada di kelas yang sama ketika berada di tingkatan 1. Tetapi masing-masing belum saling menegur sehinggalah mereka berpisah apabila Berry diletakkan di kelas 4 Pheonix manakala April ditempatkan di kelas 4 Diamond. Semenjak itu sedikit demi sedikit kelihatan April cuba mendekati jelitawan ini. Mungkin kerana dia sedar yang dia tak boleh berjauhan dengan Berry." Saat itu, semua tetamu tertawa termasuklah April mendengar gurauan kembar itu. Berry pula malu sendiri. Sudahlah dia terpaksa berdiri di hadapan orang ramai, Si Kembar tu pulak tak sudah-sudah memalukannya. Cis betul!
"Tetapi, sepanjang Berry berada di kelas 4 Pheonix bersama dengan kami yang comel ni, dia telah berkenalan dengan Apple Min ataupun lebih dikenali dengan Apple the outrageous genius devil. Apple dan Berry sedikit demi sedikit menjadi sahabat yang baik walaupun mereka tidak pernha berbaik. Tetapi, setiap masalah yang menimpa diri mereka, mereka hadapi bersama-sama. Penuh rasa kasih sayang."
Apa kejadahnya pulak budak-budak ni cerita pasal aku dengan Apple pulak. Dia kurang senang dengan semua ini. Sebenarnya hatinya bertambah gelisah apabila diingatkan tentang kenangannya dengan April.
"April dan Berry pernah berselisihan faham, dan menurut berita yang tersebar luas di sekolah, Apple adalah orang yang bertanggung jawab menyatukan dua pasangan ini. Hmm... walaupun Apple seorang lelaki yang begitu tak disenangi, tetapi dia mempunyai hati yang baik. Tapi, kadang-kadang jelah dia baik hati." Gurau Akia dan Aria lagi disambut dengan tawa orang ramai. Berry cuba untuk tertawa walaupun dia sendiri dapat merasakan yang senyumannya kelihatan begitu janggal.
Kemudiannya, setelah ucapan pasangan kembar itu selesai, mereka dihidangkan dengan pencuci mulut yang sememangnya memancing selera.
"Erk... Apple?" Berry terkesima apabila terlihat kek Apple dan Jus Apple dihidangkan di depan mereka. Niatnya untuk menyuapkan makanan tersebut ke mulutnya terbantut.
"Makanlah." Namun dia terpaksa menyuapkan kek itu apabila April di sebelahnya mempelawanya makan.
Bagaikan mengunyah batu, liat sahaja tekaknya untuk menelan kek yang dikunyahnya. Dan secara tiba-tiba bayangan Apple muncul di mindanya.
Dia memejamkan matanya kembali, cuba melenyapkan bayangan Apple, tetapi tak berjaya.
Apa lagi ni? aku sedih macam nak mati ni. Hai... aku sendiri pun tak faham.
Kemudiannya, slide show tayangan tentang gambar-gambar kenangan Berry dan April ditayangkan. Yang menghairankan, Apple berada di setiap gambarnya yang ditayangkan. Gambarnya di dalam kelas, gambarnya sewaktu hari sukan, gambarnya ketika majlis makan malam dan semua gambar. Semuanya ada Apple.
Ketika hatinya hampir-hampir berapi disebabkan Apple, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia teringat tentang pebualannya tadi mengenai perjalanan Apple ke Q-Paradise. Dia mula susah hati. Apple betul-betul nak pergi ke? Kenapa dia tak nak datang sini? Adakah dia betul-betul kecewa dengan pertunangan aku? Ataupun dia dah tak nak tengok muka aku? Tetapi kenapa dia tak nak tengok muka aku? Aku ada buat salah dengan dia ke? Or... did he really love me?
Saat itu satu demi satu memorinya dengan Apple melayang di dalam mindanya. Dan yang paling meninggalkan kesan kepadanya hingga membuatkan dia hampir mengalirkan air mata adalah, wajah Apple di saat dia dan lelaki itu berpisah setelah mereka mengukir saat-saat manis di Tryst Fixity. Dia mula cuba kembali mentafsir riak wajah itu. Wajah dengan bibir yang mengukir senyuman, mata yang redup saya dan pandangan yang begitu kecewa. Entah apa yang disimpannya di dalam hatinya, tak siapa yang tahu. Tetapi Berry sedikit terusik, mungkin Apple kecewa dengan majlis pertunangannya yang mendadak.
"OK... lets start the real party." Suara Akia tiba-tiba mematikan lamunan Berry.
"The engagement start now."
"Ah? Dah start?" Berry sedikit terpampan. Tiba-tiba dia rasa seperti belum bersedia dengan semua ini.
"Diminta kedua pasangan ini untuk berdiri. Setelah keduanya saling menyarung cincin. Mereka akan diisytiharkan secara sah sebagai pasangan yang telah bertunang ang nobody can seperate them!"
Nobody can seperate them? Berry tertunduk.

Wednesday, August 18, 2010

Apple and Berry 13 [Special Dandelion Beauty`s Story]

Esoklah harinya. Hari pertunangan aku. Aku langsung tak bertemu dengan April dan aku langsung tak pernah terserempak dengannya. Sesekali aku cuba bersuara untuk memintanya menangguhkan majlis pertunangan kami. Tetapi, aku tak pernah terserempak dengannya! Macam mana ni? Aku masih belum bersedia.

Ish…

Dia tak boleh tidur petang itu. Ibunya sudah dua tiga kali menjengah ke biliknya dan menyuruhnya tidur. Tetapi gadis itu tetap tidak dapat melelapkan mata. Apa kena pulak tidur siang-siang ni. Dia sendiri hairan. Mungkin ibunya tak mahu dia kelihatan lesu untuk majlis esok.

Kerana dia betul-betul tak tahu apa yang mesti dibuatnya, jadi dia bangun dari katil dan menuju ke meja bacaannya. Membuka satu demi satu helaian buku pelajarannya. Mereka akan menghadapi final exam dua minggu lagi. Dan nampaknya Berry telah membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan tersebut. Mungkin kerana berita pertunangannya membuatkan dia gelisah, jadi dia hanya mampu untuk mengulang kaji supaya kegelisahannya dapat ditutup. Ditambah pula dengan sikap Apple yang tak masuk akal.

Sedang tangannya lembut mnyelak helaian bukunya, matanya tiba-tiba terpandang sesuatu.

“The Killer!” Buku yang pernah dipinjamnya daripada Apple.

Aah… selepas aku frust baca buku ni hari tu, aku langsung tak terfikir untuk pulangkan buku ni balik. Dia terdiam seketika, merenung kulit buku merah hitam yang dipegangnya dan kemudianya dia bangun dari kerusi. Menyarungkan jacket blue denimnya dan terus keluar dari bilik.

Apple keluar dari banglonya, cuba untuk menghirup udara segar dan nyaman di hadapan banggunan Tryst Fixity. Lagenda Tryst Fixity yang dia sendiri tak percaya dengan kebenarannya berulang tayang dimindanya. Lalu dia mula berniat untuk menghampiri banggunan itu. Banggunan itu adalah kawasan larangan dan lebih dikenali sebagai Forbidden Wall bagi penduduk Empty Soul Kingdom. Tetapi, sekeliling banggunan ini tak perah dipagar. Yang ada hanyalah pokok bongzai renek yang ditanam menghiasi sekeliling banggunan ini. Tambahan pula, aku dibiarkan tercampak duduk di asrama berhadapan dengan Tryst Fixity ni, diorang tak takut jadi apa-apa dekat aku ke?

Oleh sebab itu, Apple merumuskan, Tryst Fixity adalah dongeng belaka.

Dia sampai di depan bangunan itu. Mulanya dia cuba untuk masuk. Tetapi sedikit teragak-agak.

“Gila ke aku ni?” Dia tersenyum sendirian. Kenapa pulak tiba-tiba teringin nak masuk Tryst Fixity ni. Selama 4 tahun aku dekat sini, tak pernah pulak timbul keinginan nak masuk Forbidden Wall ni.

“Huh, aku patah hati.” Dia tersenyum lagi sebelum menghampiri pintu utama Tryst Fixity yang tersergam indah. “Orang patah hati selalunya buat kerja gila, kan?” Tangannya diangkat cuba menolak pintu besar banggunan ataupun banglo besar Tryst Fixity dan… “Eh?” Pintu itu tak berkunci. Kenapa tak berkunci? Dia mula seram untuk terus melangkah tetapi ada sesuatu yang membuatkan hatinya terpikat untuk terus masuk. Udara sejuk ditambah dengan haruman chamomile yang entah bagaimana bau itu boleh melekap di rumah tersebut membuatkannya begitu asyik untuk terus melangkah. Dan tanpa mempedulikan rasa takut yang masih bersisa di hatinya, dia melangkah masuk.

Manakala Berry yang baru sampai di depan banglo asrama Apple terkesima. Dikedipkan matanya beberapa kali. “Aku tak silap tengok, kan? Apple betul-betul masuk Forbidden Wall ni, kan?”

Setiap sudut rumah itu betul2 mengagumkan dan di seluruh lantai banggunan itu terselerak tebal bunga dandelion yang begitu comel. Apabila dia masuk, dia mula terpandang satu gambar besar seorang lelaki yang tergantung di dinding berhadapan dengan pintu besar rumah itu. Keadaan sedikit gelap cuma disinari dengan cahaya yang sedikit-sedikitnya memancar masuk. Rumah itu kelihatan lebih besar daripada apa yang dilihat dari luar. Di tingkat satu terdapat banyak bilik kalau dikira hampir sepuluh bilik tersusan di situ. Dan setiap bilik di situ semuanya dikunci. Hanya satu bilik, iaitu bilik dapar yang tidak berkunci.

Dia tak berani untuk masuk ke dapur yang luas itu, jadi dia menutup kembali pintu dapur itu dan mengambil keputusan untuk meneruskan niatnya menerokai misteri Tryst Fixity dan terus melangkah mandaki anak tangga untuk ke tingkat seterusnya.

Kalau Apple teruja dengan Tryst Fixity, berlainan pula dengan Berry. Kecut-kecut perutnya apabila melangkah masuk ke banggunan itu. Dia hampir terjerit apabila terpandang potret lelaki yang tergantung di berhadapan dengan pintu masuk. Tetapi setelah dijeling dua tiga kali potret itu, baru dia perasan, lelaki itu sungguh kacak. Hehehe… Dia tak tahu kemana dia harus melangkah. Dia tak nampak Apple langsung dan yang dia lihat dan nampak hanyalah pintu-pintu bilik yang tertutup rapat. Ei… seramnya. Dah tu, banggunan ni bau wangi pulak and what the hell with all this dandelion. Aiya… takut maa.

Sambil menggosok lengannya, perlahan-lahan dia melangkah untuk mencari Apple yang kehilangan jejak. Setiap tombol pintu di tingkat satu itu dipulasnya. Dan semuanya tak boleh dibuka. Apabila sampai di bilik dapur, dia sedikit tersentap apabila pintu itu boleh dibuka. Tetapi setelah beberapa saat pintu itu dikuak kecil, dia kembali menarik dan menutup kemas pintu itu. Tak berani. Dia tak berani untuk melihat apa yan berada di bilik itu.

Jadi dengan keadaan yang makin membuatkan Berry ketakutan, dia cuba untuk melangkah, menaiki anak tangga yang kelihatannya macam banyak je.

“Apa kata kalau aku keluar balik je.” Fikirnya. “Tapi, kalau jadi apa-apa dekat Apple, macam mana?”

Kerana hatinya berbelah bagi, dia mengambil keputusan untuk terus naik mencari Apple tanpa memandang langsung kebelakang. Habis terbayang semua cerita hantu yang pernah ditontonnya. Dia semakin kecut perut.

Macam mana kalau, tengah-tengah aku berjalan ni, hantu Ju-on tengah merangkak follow aku dari belakang? Lepas tu hantu Dark Water tengah terbang atas kepala aku?

Ei… apa ni. Dia memeluk tubuhnya. Bau yang semakin harum dan memikat itu membuatkannya benar-benar takut.

“Mana Apple ni?” Dia semakin takut apabila melihat tingkat dua yang luas itu tak terdapat sesiapa pun. Seperti tingkat satu, tingkat dua juga terdapat banyak bilik. Sekali lagi diberanikan dirinya untuk memulas satu demi satu tombol pintu bilik di situ. Tetapi, satu pun tak boleh dibuka. Untuk tidak membuang masa, dia mempercepatkan langkahnya mendaki tangga untuk ke tingkat tiga pula. Dia sendiri pun tak pasti, berapa tingkat sebenarnya rumah ini. Di tingkat ke tiga, ruangnnya sungguh luas dan hanya terdapat dua bilik sahaja. Dan ruang itu sedikit gelap kerana tingkapnya ditutupi langsir hitam.

Dia terus menuju ke bilik yang berhadapan dengan tangga itu dan memulas tombolnya tetapi pintu itu tak berjaya dibuka. Dia semakin tak sedap hati.

“Jangan-jangan semua ni perangkap. Jangan-jangan apa yang aku nampak tadi bukan Apple?” Dia sendiri cemas dengan pandangannya.

“Itulah aku. Melulu je masuk. Patutnya aku check dulu Apple ada kat rumah ke tak?” Tubuhnya mula sejuk dan menggigil. Hantu Ju-on dan Dark Water mula bermain dimindanya sehingga membuatkan dia tak berani untuk memandang ke belakang, atas, kiri dan kanan.

Dalam keadaan yang membuatkannya kaku ketakutan. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kasut orang berjalan dibelakangnya. Semakin lama bunyi itu semakin hampir dengannya.

Betul-betul Ju-on ke? Dia cemas, kaget dan bermacam lagi perasaan. Dia cuba bertindak untuk lari tetapi kakinya kaku dan beku di situ. Tubuhnya hampir-hampir tidak boleh digerakkan langsung. Rupanya, sebab itulah pelakon dalam cerita hantu tak dapat nak lari bila nampak hantu.

Apabila bunyi derapan kaki itu semakin dekat, Berry tak tahan lagi. Lantas dengan sekuat tenaga yang ada, dia menekup telinganya dan menjerit sekuat hati. Dan yang mengejutkan, lembaga dibelakangnya turut menjerit dan itu membuatkannya bertambah takut.

“Berry?” Sapa Apple setelah dia terjerit kerana terkejut tadi.

Berry yang tadinya menekup telinganya terdiam apabila mendengar suara yang begitu dikenalinya itu. Perlahan-lahan dia cuba berpaling. “Apple?”

“Betul kaulah Berry. Apa kau buat dekat sini?” wajah Apple bertukar hairan. Dan belum sempat Berry menjawab soalannya, lelaki itu kembali membuaka mulut dan wajahnya bertukar bengang. “Kau menjerit tadi kenapa ha, bodoh! Terkejut aku tau!”

“Alah, manala aku tau. Aku ingatkan hantu tadi.”

“Kau ni, kalau dah bodoh tu janganlah bodoh teruk sangat. Mana ada hantu siang-siang ni.” Tutur Apple sambil menggigit gerahamnya dan jarinya hampir-hampir diangkat untuk menujal kepala gadis dihadapannya itu.

Berry membalas dengan cebikan. “Kau tu pandai cakap je. Kau pun sama takut je.”

“Mana ada aku takut.”

“Kalau tak takut kenapa menjerit.”

“Aku menjerit sebab aku terkejutlah dangar kau menjerit, pandai!”

Berry mencebik lagi. Terkejutnya masih belum habis, apabila teringatkan banggunan yang menakutkan itu lantas tanpa sedar tangan Apple digenggamnya. “Dahla Apple. Jomlah kita keluar.”

Apple sedikit terkejut, tetapi kemudiannya dia tersenyum. “Nanti. Aku nak tunjukkan kau sesuatu.”

“Tak naklah. Aku nak balik.”

“Ish, ikut aku!” keras suara Apple membuatkan Berry terpaksa menurutnya dengan wajah yang masih mencuka.

Apple menariknya ke satu lagi bilik di tingkat tiga yang belum dihampiri oleh Berry tadi. Lantas Apple memulas tombol pintu bilik itu dan apabila pintu bilik itu dikuak, Berry tak dapat melihat apa-apa lagi apabila matanya tiba-tiba silau akibat kilauan cahaya yang begitu terang. Tetapi setelah ditarik melangkah masuk ke bilik itu. Dia mula selesa untuk membuka mata.” Cerahnya bilik ni. “

“Yelah. Tengoklah. Bumbung dan dindingnya semuanya kaca.”

Berry mengangguk. Cantik. “Tapi kalau tengok dari luar. Kenapa kita tak perasan bilik ni ha.”

“Kau tengok betul-betul, eh. Bilik ni sebenarnya besar. Kau nampak dekat luar tu ada tanaman bunga kan. Aku nak tanya kau… Kita ada kat tingkat berapa? Dekat luar Tryst Fixity ada tanam bunga Dandelion ke?”

Berry menggeleng. “Kita dekat tingkat tiga. And tak ada apa-apa pokok hiasan pun yang ditanam kat luar banglo ni.” Kemudian wajah Berry bertukar pelik. “Aahlah. Kita dekat tingkat tiga. Mana datang pulak rumput dan pokok-pokok ni.”

“Ha… tingkat tiga ni ada dua bilik je. Bilik pertama tadi kita tak tahu apa yang ada dalam bilik tu kerana ia berkunci. Dan bilik keduanya, macam nilah. Diluarnya ada taman tanaman buga dandelion dan ditengah-tengahnya dibuat satu bilik kaca. Aku rasa bilik ni berada ditengah-tengah baggunan Tryst Fixity. Jadi kita langsung tak perasan dengan tempat ni kalau dilihat dari luar.”

Berry kagum. Tempat ini betul-betul indah. Ketakutannya tadi entah melayang pergi ke mana. “Jadi, nilah yang nak tunjuk dekat aku.”

“Tak sebenarnya.” Apple menggeleng dan tiba-tiba dia berjalan menghampiri satu kerusi baldu kuning mewah yang tersusun di hujung sudut sana dan mengambil satu album gambar. “Tengok ni.” Tangan Berry ditarik untuk duduk di katil bersebelahan mereka dan album gambar itu dibukanya.

Di muka pertama album gambar itu, terdapat gambar besar lima orang gadis yang begitu jelita. Sungguh cantik sehingga membuatkan tangan Berry menutup mulutnya yang sedikit ternganga. “Cantiknya.”

“Kau kenal tak ni siapa?”

Berry menggeleng.

“Ok.” Apple berdehem seketika sembelum bersuara. “Kau pernah dengar tak pasal Dark Magicians ataupun DM?”

Berry mengagguk. “Lagenda jelitawan Empty Soul High School tu… “ Mata Berry tiba-tiba membulat. “Ini ke mereka?” Tunjuknya pada gambar yang dipegang Apple.

Apple tersenyum dan mengangguk megah. “Cantiknya mereka.”

“Yelah, cantik daripada kau!” sempat lagi Apple mengutuk dan seperti biasa Berry hanya mencebik. Helaian seterusnya di selak. Terlihat gambar lima orang gadis dan sewaktu itu mereka kelihatan seperti kanak kanak. Gadis yang berdiri paling kiri hanya memeluk tubuh dan wajahnya begitu masam. Disebelah kanannya pula terdapat seorang budak perempuan yang cantik dan di bibirnya lebam serta tangannya yang turut memeluk tubuh, berbalut. Seterusnya kelihatan budak perempuan comel yang tersenyum menampakkan gigi putihnya. Di sebelah budak perempuan comel itu, terlihat seorang budak perempuan berambut pendek dan begitu kacak tersenyum mengadap kamera. Kepalanya berbalut dan pipinya lebam-lebam dan ditempat paling kanan, berdiri seorang budak perempuan yang kelihatan anggun dengan gaun putih yang tersarung ditubuhnya. Dibawah gambar tersebut tertulis satu tulisan yang berbunyi. [Hari pertama kami cuba berbaik setelah Wiki dan Ven cedera akibat bergaduh sesama sendiri.]

Berry tersenyum sambil tangannya menyelak helaiaan seterusnya. Kelihatan mereka begitu muda waktu itu sehinggalah sampai ke helaian dimana kecantikan sebagai remaja mereka mula menyerlah. Mereka sangat cantik. Sangat-sangat cantik.

Dia mengamati gambar-gambar tersebut sehingga nama dan wajah ahli Dark Magicians tersebut dihafalnya. Mereka sangat indah, mesra dan bijak hingga membuatkan Berry sendiri hampir-hampir jatuh cinta dengan mereka. Dan, di helaian album gambar tersebut, terselit gambar mereka bersama lima orang lelaki yang kacak.

“Aku tahu. Lelaki itu mesti kumpulan S.L.H kan?”

Bibir Apple terjuih sebelum dia mengangguk.

“Kau tau tak Berry. Wiki berasal dari tempat aku. Q-Paradise. Dari kecil aku dah dengar semua orang bercerita tentang kecantikan dia.”

“Jadi, kau kenallah Clementi Wiki Herofa ni?”

Apple tersengih. “Tak pun. Aku tak pernah tengok dia pun. Cuma dengar orang cerita je.”

“Kau tau tak rumah yang aku duduk tu?” tanya Apple dan Berry hanya mengangguk. “Dulu rumah diorang. Sebab tulah rumah aku cantik pada yang lain. Dalam ramai-ramai orang yang ada dalam sekolah ni, aku rasa. Aku seorang je yang tahu kisah sebenar diorang.”

Bibir Berry sedikit terjungkit mendengar kata-kata angkuh daripada Apple. “Alah, baru tengok gambar sikit dah nak perasan.”

“Wes, aku sumbat penumbuk aku dalam mulut kau baru kau tau. Degarlah aku nak cakap bagi habis dulu!”

“Ha?” Ada ke nak sumbat penumbuk. Ingat mulut aku ni besar sangat ke. “Yelah. Cakaplah.”

Apple berdehem lagi sebelum memulakan bicara. “Aku ada terjumpa diari diorang dalam loteng banglo aku tu.”

“Shhs..” Apple menutup mulut Berry apabila gadis itu kelihatan sperti ingin melontarkan kata-katanya. “Kau senyap. Dengar aku cakap ni.”

“Aku baca setiap kisah diorang. Diorang tulis isi hati masing-masing, sejujur-jujurnya. Setiap rasa sakit hati diorang coretkan dalam diari itu. Tetapi setiap sakit hati itu, tak ada satu pun sakit hati sesama mereka. Tak ada pun. Diorang chill je. Melawak walau seteruk mana, masing-masing cuba faham mesej yang cuba disampaikan. Kisah cinta mereka, diorang luahkan. Walaupun mulut malu untuk menceritakan, tetapi tulisan berani untuk memberitahu. Kisah cinta mereka kadang-kadang rumit, kadang-kadang pelik dan kadang-kadang tu menyentuh sangat. Mungkin kau dah tahu, Aoriko jatuh cinta dengan Micky. Diorang dua-dua ni understanding, loving and caring. Ven dengan Uno pulak.. hmm.. diorang ni yang paling santai. Bergaduh bukan main kelakar, romantic diorang pun lawak. Kalau aku baca tu, aku rasa macam nak sumpah seranah je budak dua orang ni. And then Esy dengan Soul, Esy ni gadis yang paling menawan dan Soul lelaki yang begitu memikat. Jadi, tak ada masalah untuk diorang bersama melainkan sifat nakal Soul yang kadang kala cuba menimbulkan masalah. Yang paling teruk, Lufi dengan Max. Diorang ni paling teruk, ego gila tinggi. Tapi apa-apa diorang still loving each other. Tetapi, walau seteruk mana pun Lufi and Max, kisah Wiki and Niel yang paling sayu. Wiki Cuma cerita yang baik-baik je tentang Niel dalam diari tu. Tapi, kawan-kawan dia semua tahu, hati Wiki sentiasa menangis disebabkan hati batu Niel. Walaubagaimanapun, kawan-kawan dia tak pernah suruh Wiki cari orang lain. Diorang still support her sebab diorang tahu, kegembiraan Wiki hadir bila dia tengok Niel gembira. Sampai habis aku baca diari tu, aku tak tahu sama ada hati batu Niel tu dah jadi kapas ke belum. Aku tak tahu kisah cinta diorang tu berakhir dengan macam mana. Dan aku tak tahu, adakah Wiki terus gembira dengan melihat orang yang dia cinta bahagia walaupun mereka tak dapat bersama.”

Ayat terakhir Apple itu tiba-tiba memberi kesan kepada Berry. Dia tiba-tiba tertunduk. Hatinya yang terhibur mendengar kisah Apple tiba-tiba runtun. Jadi dia cuba mengalih tajuk untuk menghalau kegelisahannya. “Ha, aku nak baca diari tu.”

“Eh… mana boleh bawak keluar dari rumah aku diari tu. Haram!”

“Ish. Haram apenye! Aaa.. memandangkan hari dah nak malam ni, aku tak bolehlah nak singgah rumah kau. Tapi esok eh. Esok aku datang lagi.”

Tiba-tiba wajah tersengih Apple tadi berubah suram. Matanya kelihatan begitu sayu merenung wajah Berry yang masih tersenyum memandangnya. Lantas dengan berat hati dia bersuara. “Esok kan kau dah nak jadi milik orang, sayang.”

Terkejut Berry mendengar bisikan Apple. Dia terlupa. Esok hari pertunangannya! Macam mana dia boleh terlupa dia sendiri pun tak tahu. Dia bertambah takut, bukan takut dengan banglo Tryst Fixity ini, tetapi ada sesuatu yang membuatkan tubuhnya menjadi begitu sejuk.

Apple tiba-tiba bangun. Dia mengambil album gambar di tangan Berry dan meletakkan album gambar itu kembali ke tempatnya. Kemudiannya, dia menarik tangan Berry supaya bangun.

“Jomlah. Kita keluar. Kau dah nak kene balik ni. Bahaya pulak kalau dah gelap nanti.”

Berry hanya menurut. Mereka keluar dari bilik itu dengan keadaan tangan masih berpaut. Apple menariknya turun dari tingkat tiga itu dan saat itu Berry semakin gelisah. Tiba-tiba dia terasa seperti tak mahu keluar dari banggunan ini. Hatinya seperti merayu supaya Apple menghentikan langkahnya. Tetapi semua itu mustahil untuk terjadi apabila langkah mereka terhenti ketika mereka sampai di tingkat paling bawah. Apple melepaskan pegangan tangannya dan saat itu dia memendang sekilas wajah pucat Berry. “Jom.” Sepatah sahaja ayat yang keluar dari bibirnya sebelum dia berjalan dan menarik pintu besar banglo itu. Keadaan senja di luar sana semakin membuatkan Berry sayu. Rasanya seperti dia tak mahu meninggalkan Apple.

Apabila Apple tidak mempedulikannya lagi dan berjalan terus menuju ke banglo asramanya, parasaan Berry mula membuak-buak, ingin sahaja nama Apple dilaungkan ketika itu. Tetapi, dia tahu, Kalau dia berbuat begitu, seribu kemungkinan boleh berlaku. Kenapa pula dia mesti pergi kepada Apple. Apple mungkin tak pernah sukakannya, kerana lelaki itu mungkin hatinya sama keras dengan hati lelaki yang bernama Niel tadi. Lagipun,dia tak mahu memburukkan nama sesiapa , jadi dia terus melangkah. Melangkah ke arah yang bertentangan dengan Apple tanpa dia sedar, lelaki itu pergi dengan hati yang remuk. Lebih remuk daripada hatinya. Dia tak sedar semua itu.




Monday, August 16, 2010

Apple and Berry 12

“Apa? Minggu depan?” Waktu makan malam mereka tiba-tiba terganggu apabila Berry tiba-tiba terjerit. Jelingan kurang senang ayahnya tidak dipedulikan lagi. “Tapikan, minggu depan tu cepat sangat. Lagipun Berry ada final exam daddy, mummy.”
“Final exam tiga minggu lagi, kan?” Sahut ayahnya.
“Memanglah. Tapi, minggu depan tu kan cepat sangat. Berry tak sedia apa-apa pun lagi.”
“Kau tak payah sedia apa-apa. Daddy dan mummy dah uruskan semuanya.”
Dia tak jadi untuk terus membantah apabila melihat ayah dan ibunya terus menyuapkan makanan ke mulut tanpa mempedulikan Berry yang masih terkapai-kapai. Dia mula susah hati. Baru sahaja dia berniat untuk meminta ayahnya menangguhkan pertunangannya dengan April. Tapi, hal lain pulak yang jadi.
Berry mengeluh keras. Dengan hati yang berat, dia cuba menelan makanan yang disuap ke mulutnya. Rasa terujanya kepada April mula hilang saat itu. Yang ada hanyalah sedih dan rindu mengingatkan Apple. Apple yang selalu menyakitinya. Sakit yang meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada hatinya.





Keesokan harinya, dia pergi ke sekolah seperti biasa dan berhati-hati dengan luar biasanya. Takut terserempak dengan April. Tetapi lain pula yang jadi apabila dia tiba-tiba bertembung dengan Tuchee, Carmeen dan Lucy. Mereka kelihatan begitu marah dengan Berry. Sudah lama Berry tak melihat wajah marah itu sejak insiden ugut mengugut hari itu. Tetapi, nampaknya keberanian tiga peminat April itu mula bangkit.
“Berry! Kami nak kau terus terang. Betul ke kau nak bertunang dengan April?” Tanya Lucy. Dan dibalas dengan anggukan kecil daripada Berry.
“Mana boleh!” Serentak dengan itu mereka bertiga menjerit. Ketiga-tiganya kelihatan seperti sedang menahan air mata yang sedang bertakung.
“Sudahlah. April bukan kamu punya pun. Yang nak sedih kenapa. Dah, tepilah. Aku nak lalu.” Dia cuba untuk tidak mempedulikan raungan gadis bertiga itu dan berlalu pergi. Mereka semuanya memandangnya dengan pandangan yang luar biasa hari ini. Mungkin kad jemputan pertunangannya dan April sudah sampai ke rumah mereka. Dia mula berasa sedikit tertekan.
Apabila dia melangkah masuk ke dalam kelas, wajah pertama yang di lihat adalah wajah menawan milik Apple. Tetapi sayang. Lelaki itu langsung tidak memandangnya. Hanya kusyuk merenung mejanya. Dan niat untuk menyapa Apple terbantut apabila pasangan kembar Akia dan Aria terus menariknya ke meja.
Dan seperti yang disangkanya, berita pertunangannya dan April sudah tersebar. Alah, baru bertunang. Apa yang kecoh sangat!
“Gila kau Berry. Senyap-senyap eh.”
Berry mengeluh. “Apa yang senyap-senyapnya?”
“Alah, buat-buat tanya. Kau dengan Aprilla. Bila pulak korang bercinta. Tup tap dah terus tunang.” Kata Akia dan dibalas dengan anggukan daripada Aria. “Entah, sebelum ni tak pernah nampak pun korang lovey dovey ni.”
“Memanglah tak nampak. Kalau ada pun, takkanlah aku nak tunjuk dekat orang.”
“Iyalah. Kau kan pemalu.”Kembar itu tertawa dan dibalas dengan sengihan yang di buat-buat oleh Berry.
Alahai. Tersiksanya aku. Dalam keadaan mereka sibuk mengupas tentang kisahnya dan April, hati dan mata Berry masih tak lekang dari menjeling Apple. Lelaki itu kelihatan begitu serius hari ini. Adakah lelaki itu tahu tentang hal pertunangannya.
Tak apalah. Dia bertekad, habis kelas nanti dia akan memberitahu Apple tentang majlis pertunangannya dan akan menjemput lelaki itu untuk menghadirinya.
Dan seperti yang dirancang, dia menunggu sehingga semua keluar dari kelas sebelum dia menapak perlahan mengekori langkah Apple ke banglo asramanya.
Perlahan dia cuba melangkah untuk tidak disedari Apple. Dia sendiri pun tak tahu apa yang mesti diungkapnya dihadapan lelaki itu.
Perlahan dan perlahan. Tetapi…
“Kenapa?” Lelaki yang sedang melangkah dihadapannya itu tiba-tiba berhenti dan bersuara.
“Ha?” Berry terkesima. Tiba-tiba lelaki itu bersuara dan itu membuatkan dia betul-betul terkejut.
Apple berpaling. “Kenapa ikut aku.”
Tangan Berry yang tadi digenggamnya kemas kini naik menekup mulutnya. Wajah lelaki itu begitu menakutkan dan itu membuatkan Berry mula tak sanggup pula untuk berbicara dengannya. Lantas dia bersuara, bersuara tentang sesuatu yang tak sepadan dengan niatnya. “Tak apalah. Aku balik dulu.”
Lantas dia cuba berlari. Tetapi suara itu sekali lagi menghentikan langkahnya.
“Kau nak cakap dengan aku, kan?”
Berry diam mendenganr pertanyaan Apple. Dan dia terdengar bunyi seperti lelaki itu sedang melangkah mendekatinya. Buat seketika, Berry memejamkan matanya sebelum tangan hangat Apple meraut tangannya. “Jomlah. Ikut aku ke rumah.”
Dia hanya menurut apabila lelaki itu menariknya. Dia cuba mengamati isyarat genggaman tangan Apple. Tangannya begitu hangat, nyaman dan menenangkan. Sesekali, Berry cuba untuk menggenggam kembali tangan Apple tetapi egonya seolah-olah melarangnya daripada berbuat begitu.
Mereka sampai di hadapan banglo asrama Apple dan lelaki itu melepaskan pegangan tangnnya apabila dia menyelup poket seluarnya dan mengeluarkan kunci rumahnya.
Dia memulas tombol pintu rumah itu dan terus melangkah tanpa memperlawa Berry untuk masuk.
“Dia tak jemput aku masuk pun.” Berry mencebik. Tetapi setelah beberapa minit, Berry mengambil keputusan untuk terus masuk ke rumah itu.
Apabila dia melangkah masuk, memori kali pertama dia msuk ke banglo ini mula menyapa dan perlahan-lahan mengukir senyuman di bibirnya.
Dia duduk di sofa tempat Apple menyakatnya dulu dan tiba-tiba dia tertunduk. Hai… kenapa kenangan-kenangan macam ni buat aku tiba-tiba jadi sayu.
Apple tiba-tiba muncul. Muncul dengan baju kemeja putihnya dan tali leher yang telah dilonggarkan daripada lehernya. Rambut depannya sedikit basah. Mungkin dia baru selesai membasuh mukanya.
“Apa kau nak cakap?” tanya Apple.
Untuk menjawab pertanyaan Apple itu, Berry sedikit teragak-agak. Tetapi dikuatkan hatinya untuk bersuara. “Kau taukan, majlis pertunangan aku…”
“Minggu depan.” Pantas Apple memotong kata-katanya. Dan matanya sedikit pun tak memandang wajah Berry.
Berry sedikit terkejut namun dikawal jiwa dan hatinya. Dia mengangguk perlahan. “Jadi, aku nak jumput kau untuk datang…”
“Aku tak nak datang dan aku tak akan datang.” Jawapan ringkas Apple itu membuatkannya tertanya-tanya.
“Tapi kenapa?”
“Dah aku cakap tak nak. Maknanya aku tak naklah.”
Buat seketika, Berry hanya mampu senyap sambil wajahnya serius merenung riak degil Apple. Kenapa pulak dia tak nak datang? “Apple… datanglah. Semua kawan-kawan aku datang tau.”
“Aku kawan kau ke?”
Dan itulah satu-satunya persoalan yang membuatkan hati Berry benar-benar kecewa. Dia tak tahu kenapa, tetapi dia benar-benar mengharapkan supaya Apple hadir ke majlis pertunangannya. Dia tertunduk seketika sebelum kembali bersuara.
“Kenapa kau cakap macam tu Apple. Datanglah.” Pujuknya lagi.
Senyap. Suasana senyap tanpa jawapan. Lama Berry menunggu lelaki itu membuka mulut dan apabila dia mula kecewa dan cuba untuk mengundur diri, lelaki itu membuka mulutnya.
“Berry. Kau mengenali aku sebagai seorang lelaki yang keji. Betul tak?”
Berry teragak-agak sebelum dia cuba untuk mengangguk.
“Jadi kau tak risau ke kalau aku rosakkan majlis pertunangan kau?”
“Ha?” Berry tertegun. “Kenapa pulak?” Dia berdiri. “Apa sebenarnya yang kau cuba nak bagitahu aku Apple. Dan… ape kena pulak kau nak rosakkan majlis pertunangan aku?”
“Aku tak nak jawab soalan kau. Dan aku harap kau boleh keluar dari rumah aku sekarang.”
“Apple…”
“S E K A R A N G.” Keras dia menuturkannya.
Perlahan-lahan Berry berundur. Keluar dari rumah itu dengan hati yang kecewa dan seribu persoalan yang bermain difikirannya. Kenapa dengan Apple? Kenapa dia cakap macam tu? Dan kenapa dia tak nak datang?

Sunday, August 15, 2010

URGENT!!!

What do you think?
Hmm.. Patutkah Milord heret TOC dan Apple & Berry ke penamatnya? Ataupun korang masih belum sedia untuk menemui penamatnya. Manelah nak tau kan. Kalau Milord, Milord lebih suka kalau cerita tu tak ada ending. Tapi rasa macam terbebanla pulak. Apa pendapat korang.
Kepada yang nak baca Save your Stray Love heart. Harap maaf ye. Cerita tu dah dikeluarkan daripada blog Milord. KERANA... seperti yang diberitahu, cerita itu ditulis lama dahulunya di dalam sebuah buku sekarang ni dah mempunyai 65 atau 64 atau 73 atau 92 Bab.
Yang menjadi Masalahnya, buku tu tertinggal di Malaysia sedangkan Milord dah pun tercampak di Jordan buat masa ini. Jadi harap anda faham. Mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum buku itu sampai ke tangan saya. Huhuhuhhu...
Jadi begitulah. Banyak idea untk menulis novel-novel baru tetapi novel-novel yang lama masih tertungak. Dan itu membuatkan Milord sedikit tertekan (=.=) Hehehe... so. nak tanya itulah!. Respon cepat! Final exam semakin hampir!