Tuesday, June 23, 2009

My Sweet Lady 4

Sampai di satu sudut di mana tiada seorang pun di situ, Bell terduduk. Saat ini, apa yang dia mampu lakukan hanyalah menangis. Mungkin terdapat kecederaan di bahu kanannya kerana dia langsung tak dapat mengerakkan tangan kanannya. Walaupun tak berdarah, namun ianya amat menyakitkan. Tapi tak sesakit hatinya. Kebenciannya terhadap Sara benar-benar menggunung.

Kalau dia cakap Sara yang menolaknya, mesti tiada seorang pun yang akan percaya.
Wajah innocent Sara memancarkan sikap lemah lembut dan baik hati pada pandangan orang. Tapi sebenarnya, dia adalah syaitan kecil yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hatinya. Bell sendiri pun tak faham kenapa Sara berbuat begitu kepadanya.
Dia dah merosakkan majlis sambutan budak cantik tu dan dia juga telah menyebabkan huru-hara di kawasan sekolah. Pasti dia akan di denda nanti.



Malam itu, di rumah keluarga Danielle...
"Bell... are you alright?" Domino dan Megan masuk ke bilik. Bell yang baru nak terlelap itu terpaksa membuka matanya kembali apabila melihat dua kakaknya itu sedang menghampirinya.
"Okaylah.. ada nampak macam Bell tak okay ke?"
"Tapi, Bell tak keluar makan pun tadi. Kenapa? Ada sakit dekat mana-mana ke?" tanya Megan lagi sambil memaut kuat bahu kanan Bell.
Auww. Bell menahan sakit. "Bell tak laparlah."
"Tapi, selalunya Bell tak pernah skip dinner."
"Sekali sekala skip apa salahnya." Balasnya dan jawapannya itu telah membuatkan Domino dan Megan tertawa kecil.
"Okaylah. Sleep well. Good night my sweet lady." Domino mencium dahi adiknya sebelum beredar diikuti dengan Megan.
Sebelum Domino menutup rapat pintu itu, Bell sempat menjeling kelibat Sara yang sedang memeluk anak patungnya, merenung Bell tanpa ada perasaan serba salah langsung.
"Vanish, Sara." Bisik Bell perlahan seolah-olah itu satu permintaan sebelum dia kembali memejamkan mata.



Seperti yang dijangkakan, apabila sampai je di sekolah keesokan harinya, dia terus di panggil ke bilik guru disiplin.
"Hulurkan tangan kanan kamu!" jerkah Sir Spencer. "Disebabkan kamu, Mr. Limi tak dapat menjalani majlis sambutan kemasukan dia dengan lancar. Kamu juga telah menghuru-harakan kawasan sekolah. Kamu ingat kamu ni siapa!"
Bell tak menghulurkan tangan kanannya dan itu membuatka Sir Spencer lebih marah. Hika yang turut dipanggil ke pejabat hanya memeluk tubuh dan menjeling.
"Saya kata hulurkan tangan kanan kamu!"
Namun Bell tetap tertunduk dan membatu. Mungkin kerana terlampau geram kerana ada yang berani melawan arahannya, Sir Spencer melibaskan rotan itu kuat di lengan kanan Bell.
"Sir! Im sorry but you cant blame her!" Megan tiba-tiba masuk ke bilik.
Walau sedikit lega apabila melihat kedatangan Megan, namun dia tak dapat menahan sakit di lengannya lagi. Tanpa keinginan sendiri, air matanya menitik.
"Bell, are you okay?" Megan menghampiri adiknya. Melihat adiknya menangis, Megan tak mampu tahu apa yang dia mesti lakukan selain menentang Sir Spencer yang tegas itu. "Sir tak boleh buat macam ni dekat adik saya!"
Entah kenapa tiba-tiba Sir Spencer dan Hika terkejut.
"Di-dia adik kamu?" tanya Sir Spencer tak percaya.
"Indeed!" Jawab Megan sedikit berang. "Adik saya terjatuh dengan tak sengaja. Tuan tak patut hukum dia seolah-olah semua ini disengajakan!"
"Maafkan saya."
Dalam diam, Hika yang masih memeluk tubuhnya mengeluh. Tak sangka budak kuno ni anak keluarga Danielle yang terkenal tu. Memalukan sungguh.
Keadaan bertambah jadi tak senang apabila guru besar, Lady Amariss tiba-tiba masuk ke dalam bilik disiplin.
"What happened?" tanyanya apabila melihat Bell menangis.
"Puan, budak perempuan itu telah menghuru-harakan majlis sambutan kemasukan Mr. Limi semalam. Saya rasa dia patut dihukum."
"Mr. Spencer, jika kamu tak dapat menyeimbangkan emosi dan tubuh kamu, kamulah yang patut dihukum sebenarnya."
Sir. Spencer terkejut. "Maafkan saya, Puan!"
"adakah kamu sengaja nak mendera perasaan Lady Isabelle, Mr. Spencer?" LAdy Amariss bersuara lagi.
"A-apa maksud puan?"
"Mungkin Lady Isabelle tak mengalami kecederaan luaran, tapi luka di hatinya, siapa yang tahu." Wajah tenang Lady Amariss itu tersenyum apabila dia mengusap pipi gadis itu. Bell hanya tertunduk. Tiba-tiba timbul perasaan kagum yang tak terhingga dalam hatinya. Lady Amariss bukan sahaja cantik pada luaran, tetapi hatinya juga begitu indah menyelami perasaan orang lain.
"Mr. Hika." Lady Amariss kemudiannya berpaling mengadap Hika pula. "Maafkan saya bagi apa yang berlaku semalam."
Hika tersenyum. Dia menghampiri Lady Amaris lalu tangan jelitawan itu dikucupnya. "Pleasure, Lady Amariss."
Lady Amariss tersenyum. "Baiklah, sekarang ini, Bell hanya bersalah terhadap Hika sahaja. Jadi apa kata kita biarkan dia menolong Hika selama sebulan disekolah ini memandangkan Hika masih baru lagi di sini."
Megan tersenyum. "Cadangan yang baik, Puan."
Hika pula menganggguk. Akhirnya kau terpaksa jugak jadi khadam aku. Hahaha... Kebetulan sungguh.
"Mr. Hika, jika Bell menolak suruhan kamu, maklumkan kepada saya. Saya akan uruskan yang selebihnya."
"Of course." Jawab Hika sambil menjeling Bell yang masih tertunduk, masam.
Tetapi dia tiba-tiba terdiam. Jika dilihat betul-betul, Bell dan Lady Amariss memang mirip. Rambut hitam keperangan mereka, anak mata berwarna biru dan bentuk wajah yang sempurna. Cuma Bell kelihatan lebih cerah kulitnya dan bibirnya lebih merah. Heh, dengan kulit seputih kelopak lili dan bibir semerah helaian kelopak mawar, sudah tentu dia akan membesar menjadi wanita paling cantik di sini. Hika mula berminat. Walaubagaimana pun, otak dungu kau tu memang tak dapat diubah lagi. Terima jelah.

No comments:

Post a Comment