Tuesday, August 4, 2009

Twin of Chaos 23

"Selamat pulang." Ucap Neo yang sedang menonton tv apabila melihat Yora masuk ke rumah. Yora hanya memandang sekilas sebelum kembali menutup pintu.
Kayu betullah kakak tiri aku ni! Neo mencebik.
"Oi, Zen aku mana?"
"Zen dengan Kei kena denda."
"Denda? Padan muka." Mulanya Neo tertawa tetapi kemudiannya menekup mulutnya apabila melihat wajah masam Yora.
"Kenapa?" tanyanya.
"Tumbangkan semua rak buku dekat perpustakaan."
"Ha?" Neo cuba menapis dan mentafsir jawapan Yora. Tumbang? Semua Rak buku? dekat perpustakaan.
Rak buku tu, dua kali tinggi aku pun belum tentu dapat mencapai ketinggian rak buku tu. Dahlah rak buku tu banyak sampai aku pun tak larat nak kira. Apalah yang bijak sangat dua beradik tu pergi tumbangkan semua rak buku tu.
"Tapi, kenapa diorang tumbangkan rak buku tu?" Neo yang beru bertanya tiba-tiba rasa geram melihat Yora yang masam mengalahkan cuka berdiri macam robot di depannya. Melayang entah kemana, tak siapa yang tahu. Lalu tanpa banyak cakap dia melontarkan alat kawalan jauh yang dipegangnya tadi tepat mengenai dahi Yora.
"Hei?!"
"Hei, hei apa? Hari ni aku baling remote tv, sekali lagi kau buat perangai macam tu, sekali dengan tv aku baling dekat kau! Lain kali tumpukan perhatian semasa aku tengah bercakap. Berangan apa entah. Kenapa? Kalau kau rindu sangat dekat Kei tu pergilah jemput dia balik. Hish, merosakkan mood aku betul lah." Neo bangun dari sofa lalu berjalan sambil mencekak pinggang. Dia berhenti seketika dan memandang kakaknya. "Ha, nanti tolong cari orang gaji baru. Aku dah pecat orang gaji lama tu. Mengada-ngada. Ada hati nak mengorat suami aku..." Kemudiannya gadis itu kembali berjalan sambil merungut yang bukan-bukan.
Yora termengkalan. "Kenapa hari ni aku asyik rasa macam nak bunuh orang je?"







Apabila mendengar cerita Zen, Neo tak tahu sama ada dia patut ketawa ataupun hairan. Lalu dengan automatik tangannya diangkat dan menampar perlahan dahi Zen.
"Macam budak-budak."
Zen hanya senyap walaupun sebenarnya dia hampir-hampir mengangkat tangannya untuk menampar Neo. Apabila Neo merenungnya dengan pandangan yang seolah-olah mencemuh, Zen bertambah geram. Muncul perasaan menyesal kerana terpedaya dengan pujuk rayu Neo supaya menceritakan tentang insiden di perpustakaan itu.
"Apa?!" bentaknya perlahan apabila Neo masih tak mengalihkan pandangannya.
Neo menggaru kepalanya. "Aku macam tak percaya, korang tumbangkan rak buku sebab berebut buku Marie Antoinette
."
"Aku dah kata, kitorang tak sengajalah. Dia tarik buku tu dari aku and than aku lepaslah. Tak sangka pulak dia nak jatuh."
"Oh, kau tak sangka dia nak jatuh?" Neo menjungkitkan keningnya. "Habis tu yang kau tumbuk dia kenapa?"
"Sebab dia sepak aku!" Jawab Zen separuh melenting.
"Yelah, dah kau tolak dia, mestilah dia balas balik. Yang kau pergi tumbuk dia kenapa?"
"Aku tak tolak dialah!"
"Kalau kau tak tolak dia, dia takkan jatuh."
Zen mengeluh keras. "Aku cakap aku tak tolak dia. Dah dia nak jatuh, manalah aku nak tau."
"Yalah tu. Kau ni semuanya nak betul dekat kau."
Saat itu, Neo sedang seronok tertawa di dalam hati. Seronok melihat wajah bengang Zen apabila dituduh bukan-bukan. Tetapi dia jadi kelu apabila melihat pandangan Zen tiba-tiba jadi tajam.
"Seronaklah bila salahkan aku. Sejak bilalah kau ada hati dekat Kei ni." Suara Zen seolah-olah menyindir, tapi Neo tahu, lelaki itu dah mula marah.
"Eh?"
"Pergilah, kalau kau nak jumpa dia. Dia ada dekat bilik dia. Dengan kuasa veto yang ada dekat kau ni aku rasa tak ada masalah kalau kau nak halau Yora keluar dari bilik tu, kan."
"Zen.." Tiba saat Neo pula yang termengkalan. Rasa seronok mempermainkan Zen tadi berubah takut apabila melihat Zen benar-benar menakutkan.
"Zen, aku gurau je."
"Aku tak nak tengok muka kau. Keluar!"
"Tak.. aku.."
Tetapi dah terlambat, Zen tak mahu mendengar sepatah ayat pun keluar dari mulut Neo, lalu dia menarik gadis itu dah menolaknya keluar dari bilik.
"BAM!"
Dan pintu dihempas kuat di depan wajah Neo.
"Apa salah aku?"
Rasa nak menangis pun ada. Tapi apa boleh buat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Saat itu dia mula teringat pesanan Kei, "Zen adalah seorang lelaki yang panas baran dan sangat dasyat apabila marah. Dia boleh pukul kau sampai mati ataupun buat kau merana seumur hidup kalau kau cari pasal dengan dia. So, hati-hati."
Tapi aku saja-saja je. Tak terniat nak buat dia marah pun. Habis tu, macam mana ni?
Tulah, pandai sangat.
Kerana tiada langsung idea yang terlintas di fikirannya untuk memujuk Zen, terpaksalah dia mengetuk pintu itu sampailah Zen membukaknya.
"Zen, Im sorry!"
Er.. kita tengok sama ada Zen akan bukak pintu tu ataupun tak.
Malangnya dia langsung tak peduli ruangan Neo yang dari tadi asyik menahan diri daripada menangis. Akhirnya, Neo terlena di situ.




Keesokan paginya Zen keluar dari bilik untuk ke sekolah seperti biasa, dia kelihatan seperti terlupa yang dia telah menghalau isterinya keluar dari bilik semalam.
Apabila dia turun ke dapur, dia hanya ternampak Kei di situ, saat itu dia mula teringat apa yang telah berlaku semalam.
Tapi, dia mengabaikan semua itu lalu duduk bersarapan di depan Kei.
Kei pula kelam kabut bersuara walaupun roti dalam mulutnya masih belum ditelan. "Knae ngan .."
"Kalau ye pun, telah la dulu roti tu." Zen mencelah dan Kei menurut.
"Aku nak tanya, kenapa dengan Neo?"
"Neo? Tak tahu." Jawab Zen tenang walaupun hatinya rasa bergelora apabila mendengar nama itu disebut.
"Aku jumpa dia pagi tadi depan pintu bilik korang. Dan tertidur. And then aku angkat dia masuk bilik aku"
"Dia tidur depan pintu? Dan kau angkat dia masuk bilik kau?"
Kali ini Kei menelan dahulu makanannya sebelum bersuara. "Yela, aku angkat dia masuk bilik." Jawab Kei pendek. Sebenarnya ia cuba menduga Zen dengan menjawab soalannya menggunakan jawapan yang akan membuatkan adik lelakinya itu tak puas hati dan sangkaan Kei tepat, wajah Zen mula merah.
"Aku angkat je. Tak buat apa pun." Ops, cukuplah sikit-sikit. Nanti kalau dia marah, aku yang bahaya.
"Sekarang ni mungkin dia tengah siap-siap nak pergi sekolah." Kei bersuara lagi.
"Aku pergi dulu." Malangnya, Zen langsung tak berniat nak bercakap tentang Neo dan itu membuatkan Kei terkejut.
"Eh, kau nak pergi dah? Tunggulah aku."
"Tak nak. Aku nak pergi sendiri."
Kei bangun. "Tapi, kenapa?"
"Sebab aku tak nak tengok muka Neo."
Neo baru sahaja turun dari tangga apabila Zen mengucapkan kata-kata itu. Gadis itu terkedu, terkejut dan tiba-tiba rasa serba tak kena.
"Zen..."
Buat seketika pandangan mereka bertaut. Melihat Kei yang berang, Neo tertunduk dan terus memeluk Yora disebelahnya. "Yora.." Gadis itu merengek.
Selain memaut bahu Neo, Yora tak tahu apa yang mesti dilakukannya. Dia hanya memandang kosong ke arah Kei yang masih duduk dengan makanannya. Tetapi apabila Kei melepaskan satu flying kiss kepadanya, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.
Tak guna betul. Aku tengok dia sebab nak suruh di buat sesuatu pasal Zen, bukannya suruh dia buat yang bukan-bukan.
Apabila melihat Zen hilang dari pandangan, Neo melepaskan pelukannya.
Kemudian dia memandang ke arah Kei. "Kei..."
Seperti tahu apa maksud panggilan itu, Kei tersenyum simpati. "Tak tahu, Neo. Aku pun tak tahu nak buat apa."
Sudahnya, sekali lagi Neo terpaksa menahan dirinya daripada menangis. Dia memang tak akan menangis didepan sesiapa pun terutama kakak tirinya. Tapi, menahan diri daripada menangis adalah satu perkara yang menyakitkan.
Zen, you make me up side down!


2 comments:

  1. gosh....kejamnye Zen tp mmg kirenyer Zen btol2 la ske dkat Neo kan??

    ReplyDelete