Monday, January 25, 2010

Twin of Chaos 25

Haaa... tidur kat luar lagi?? Neo terus terduduk apabila melihat bantal dan teddy bear cute beannya telah di lontar ke luar dan pintu bilik dikunci rapat!
Ish, melampau budak ni.
"ZEN BODOH!!!!!!!!!!!!!!!"


"Tak lain tak bukan Neo kena tidur luar lagi la tu. Haila, Zen. Dia tak nampak ke dah masuk musim bunga ni. Mati bini dia kesejukan aku tak tau la! Teruk betul."
"Tengokla adik siapa?" Sindir Yora pula sambil berpura-pura memejamkan matanya.
"Eh? Tak habis-habis aku yang kena. Orang lain buat salah, aku yang kena. Kalau aku buat salah pun, aku jugak yang kena. Semuanya salah aku, kan?"
"Yang kau nak emo pasal apa?"
Kei terus mencebik. "Aku kacil hati tau tak."
"Alah, besar mana sangatlah hati kau tu." Balas Yora kembali sebelum bangun menuju ke muka pintu. "Dahlah. Jangan nak buat muka buruk kau tu. Aku nak keluar tengok Neo sekejap."
Kei terkedu. Muka buruk? Kalau aku buat muka macam ni, satu dunia cair tau?! Ish, kadang-kadang aku benci cakap dengan budak Yora ni.



Apabila keluar dari biliknya, Yora hanya mampu mengelah apabila melihat Neo yang masih tak sudah-sudah menendang pintu biliknya yang dikunci Zen.
"Ei, sudahla. Pergi tidur kat bilik bawahlah!"
Neo menjeling. "Suka hatilah. Kau sibuk apa?!" tengkingnya.
"Eh, aku cakap elok-elok, takkanlah kau tak boleh nak cakap elok-elok balik."
"Ih, aku kata jangan sibuklah!!!" Kali ini makin kuat dia menendang pintu biliknya.
Yora pula menjadi semakin rimas. "Ish, sini turun." Dia menarik kuat tangan Neo namun disentap oleh gadis itu.
"Orang cakap jangan sibuklah!"
"Heh, Kenapa yang kau degil sangat nih. Kau sepaklah pintu tu sampai nak pecah pun Zen tetap tak akan buka. Sekarang ni baik kau masuk tidur dulu. Esok nak kena pergi sekolah lagi."
Neo senyap. Tetapi beberapa saat kemudian dia kembali menjeling Yora, tajam. "Habis tu, kau tak payah pergi sekolah la?"
"Hai..." Yora mengeluh. "Aku pun nak ke sekolah juga esok. Tapi, kalau kau dah memekak macam ni, macam mana aku nak tidur."
"Mana ada aku memekak."
"Kau ni cakap semua kau nak betul eh. Orang cakap langsung kau tak nak dengar. Kau ingat kau sorang je yang duduk dalam rumah ni. Tuh, Yosh tu pun nak pergi sekolah. Dah sepuluh kali budak tu tak bangun pagi. Sekolah pun tak pergi. Kalau kau bising-bising macam nih, lagilah dia tak boleh tidur!
"Biarlah dekat dia, aku tak kacau dia pun!"
"Kalau kau tak kacau dia pun, kau tetap kacau dia. Ish, aku penatlah cakap dengan kau nih. Makin besar makin bodoh!"
Neo yang sedang duduk tadi, lantas berdiri. "Kau kata aku bodoh?! Kau dengan aku kau lagi bodoh tau!"
"Heh, Kaulah! Melalak macam budak-budak!"
"Kau ulang lagi sekali, aku sepak jugak karang budak ni!"
Mereka terus-terusan bertengkar, manakala Kei yang berada di dalam bilik hanya mampu mengeluh. "Aku suruh redakan keadaan, bukannya huru-harakan lagi. Haila, kalau aku masuk campur nanti, dua-dua nahas. Sekali dengan bini Zen aku bantai. Hihihihi...




Keesokan harinya, semuanya pergi ke sekolah dengan mata yang bengkak, muka yang pucat dan perasaan yang tidak tenteram.
Semua ni Neo punya pasal! Bisik hati Yora.
Tetapi tak pula bagi Neo, Hatinya keras mengatakan ini semua salah Yora!
Berlainan pula dengan Kei, dia tak habis-habis menyalahkan Zen.
Cuma Zen saja yang nampak lebih tegang daripada yang lain. Hati kecilnya tak habis-habis menyumpah seranah. "Kalau bukan kerana beruk tiga ekor tuh, tidur malam aku tak akan terganggu! Kei pun satu, tak reti ke dia nak tutup mulut bini dia tu!"
Haila, macam tu pulak.
Dan sekali lagi, Yosh sekali lagi tersenyum gembira kerana tak berjaya menghadirkan diri ke sekolah hari ini akibat ketegangan yang berlaku semalam.


Stella mula merasakan ada sesuatu yang tak kena di antara kembar mistin itu dan adik bradik tiri Yora dan Neo. Tak tahulah ini kebetulan ataupun suratan, apabila berlaku sesuatu kepada salah seorang daripada mereka yang lain pasti akan kelihatan aneh. Diorang ni, ada kaitan ke?
Lalu, sebagai langkah pertama membongkar misteri itu, perkara pertama yang dilakukannya dalah melakukan provokasi ke atas Neo. Menurut pemerhatiannya, Neo akan menjadi sangat panas baran apabila hal peribadinya disentuh. Lalu dengan niat yang tak seberapa baik, dia mula melenggang menuju ke arah Neo yang sedang termenung macam orang mati laki.
"Hai, Neo." tegurnya.
"Hai perempuan sundal." Balas Neo tenang tanpa langsung memandangnya.
Ish, dia ni. Stella sedikit geram tetapi dia melupakan dulu geramnya lalu meneruskan niatnya.
"Aku dengar cerita kau dengan Yora adik beradik tiri, betul eh."
"Hmm."
"Mak kau kahwin dengan ayah Yora waktu umur dia 9 tahun, kan."
"Hmm.." Neo masih tak bergerak walaupun sedikit.
"Mesti mak kau yang goda ayah Yora, kan?"
Tapi, soalan Stella kali ini mengusik hati kecil Neo. "Weh, kalau kau nak tahu, ayah Yora tu, ayah aku jugak! Yang kau nak sibuk ni kenapa?!"
"Ops, sorry.." Stella tersenyum. "Aku terlupa yang dia pun ayah kau."
Dia dah mula marah. Cool Neo, ini baru permulaan. Kejap lagi, aku akan cucuk kau lagi dengan jarum aku ni. Sabar jelah, ye.
"Tak apalah, lupakan soal ayah kau tadi. Sekarang ni aku nak tanya..." Stella senyap seketika. "Aku tengok kau macam nak control Zen tu untuk kau sorang je kan."
"Kalau ya, kenapa? Kau pun lebih kurang macam aku je, sibuk terkejar-kejar Si Zen tiga suku tu. Dah kena penampar pun still tergedik-gedik. Kalau aku jadi kau, aku tak guna taktik bodoh kau yang guna badan untuk goda lelaki tu. Murah je. Kata anak orang kaya, tapi badan murah. Buat malu mak ayah je."
Zasss.. Bagai disimbah minyak panas, Stella mula terkedu mendengar jawapan dari Neo. Dia mula hangat sedangkan Neo masih tenang ditempatnya.
"Alah, a.. aku cakap pasal kau. yang kau nak kaitkan pasal aku kenapa?"
"La... tak boleh, ke? Kenapa tak cakap awal-awal. Aku cuma tak nak pisang berbuah dua kali, kan."
Sabar Stella, Neo ni sedang cuba memanipulasi kau. Cool down, cool down. "Kau tu yang kena cermin diri tu sendiri, Zen bukan suka dekat engkau pun, kau bukannya kaya sangat pun. Dia saja nak main-mainkan kau."
Neo sedikit terusik. "Heh, apa kau cakap ni?"
"Iyela, kau tengokla sekarang ni pun. Dia dah macam malas nak layan kau. Ha, cuba kau fikirkan balik apa yang aku cakap. Sah-sah Zen tu langsung tak ada hati dengan kau." Stella berhenti seketika melepaskan senyuman puas sebelum menyambung kembali. "Jadi, aku nak bagi amaran. Baik kau dengar nasihat aku ni sebelum kau nak nasihatkan aku. Zen, hak milik aku. Dan aku akan pastikan dia milik aku. Jadi baik kau undur diri."
Neo melangkah setapak menghampiri Stella. "Kalau kau nak mati, kau ulang balik apa kau cakap tadi."
"Huh, aku rasa kau belum pekak, kan. Jadi tak payahlah aku nak ulang. And, aku nak tambah sikit je. Zen, hak milik aku. Jangan cuba nak rampas dia macam mana mak kau, rmapas ayah Yora."
"BINATANG!!"
Senyuman Stella lenyap apabila Neo, tanpa isyarat menerkannya sehingga membuatkan dia terlentang ke lantai. Dia cuba menepis serangan bertalu-talu daripada Neo, namun tak seberapa nak berhasillah tindakannya tu.
"Kau ni binatang! Perempuan sundal. Kalau kau berani, kau ulang balik apa kau cakap tadi. Biar aku siat-siat mulut kau tu."
Keadaan mula riuh rendah. Tapi....
Biarlah, bagus jugak. Aku pun geram jugak dengan mulut Stella tu. Sebab aku tak dapat nk pukul dia, so biarkan jelah Neo hentam budak tu sampai lumat. OKlah, korang pun. Enjoy jela. Cheers!!


11 comments:

  1. akhirnya.....tQ milord! 4 da entry

    ReplyDelete
  2. ye lah..... sambung lah lagii...... betul3 tak sabar nak tau pe jadi kat dorang semua.........

    ReplyDelete
  3. haah la lord sambung la cepat....PLEASEx9.....chayok2..;p

    AMIE

    ReplyDelete
  4. wahhhh.................xleh baca the way u are,baca yg ni pun jadi la....
    mgubat rindu zmn skolah...
    hahahhahahahahahaa.......

    ReplyDelete
  5. yati!!!! hahahahhah... tu r... ang ble lagi.. msuk je r cte pure dureen ang dlm blog ni.. kite share...

    ReplyDelete
  6. bestnya cta nie.. appy sngt jump blog nie.. smbung ek.. x sbr nk tgu zen n neo 2 nk jd mcm ne

    ReplyDelete
  7. kakaakkkk!! sambung kakak!! sambung!!! satu malam bace cite nie dr episd 1 sampai lah episod yg nie.. sedeyh nie!!! kaka takyah smbung yg len lagy.. smbung yg nie jep.. hek2... >>alamak.. terlupe na bgy salam... assalamulaikumm!!<<

    ReplyDelete
  8. ishhh.... bila nak sambung ni, dah berbulan2 dah saya tunggu tapi still tak ada sambungan. kalu mcm tu baik takyah bace.... macam ni... ishh... cepatlah sambung... pleaseeeee!!!!!!!!!!!
    i beg for uu....

    Ain/bluebell girl...

    ReplyDelete
  9. bila nak sambung ni.best sgt cite dia.sambung please

    ReplyDelete
  10. I'M BEGGING YOU!!! SAMBUNGLAH!!!KAK,,PELEASE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete