Saturday, July 4, 2009

Apple and Berry 7

Akhirnya, Cheer With Smile Party berlangsung juga dengan usaha sama para pelajar Empty Soul High School. Malam itu semuanya berlangsung dengan lancer. Majlis pembukaan sudah cukup memeriahkan. Pentas yang gilang gemilang dan hiasan yang sempurna membuatkan pesta itu kelihatan sangat menggembirakan. Kelihatan kanak-kanak tertawa di merata-rata. Orang ramai turut di jemput menghadiri pesta itu. Buat masa ini, keadaan memang sesak.

Berry seperti biasa, kostum tentera perisikan yang dipakainya membuatkankan dia tak lepas daripada menjadi perhatian orang ramai. Akia dan Aria pula sudah kembali bersama dengan Berry. Sekarang ini, bagi pelajar perempuan yang menguruskan atur cara pentas, mereka dikehendaki memakai pakaian ajen perisikan. Manakala pelajar lelaki yang menguruskan aturcara pentas pula dikehendaki memakai pakaian tentera amerika. Bagi yang menyediakan makanan, mereka dikehendaki memakai pakaian pelayan kelas atasan dan itu semestinya sangat menarik. Buat masa ini, April yang menguruskan bahagian hiasan memakai sut hitam lengkap bertali lehar yang turut berwarna hitam. Walaupun itu biasa baginya, tetapi dia kelihatan sangat menawan hari ini. Dan seperti biasa juga dia pasti akan membuatkan mana-mana gadis yang melihatnya menjadi gila. Lebih gila daripada biasa.

Lucy, Tuchee dan Carmeen pula kelihatan tak bersemangat hari ini dengan memakai sut hitam. Mungkin mereka sedar apa yang terpaksa mereka hadapi selepas taman pesta ini nanti. Padan muka!

Apple pula masih tak kelihatan, walaupun dia dibenci ramai, namun masing-masing tak sabar untuk melihatnya dalam pakaian tentera amerika. Ada yang mengatakan dia kini sedang sibuk diserbu oleh kanak-kanak. Nampaknya budak-budak memang sukakan Apple.

Hai.. tak faham betul. Macam manalah budak-budak boleh terpikat dengan orang yang tak berhati perut macam dia tu.

Tetapi apa yang membuatkan Berry tak senang hati buat masa ini adalah mengenai boy group itu. Dia telah bertanya kepada ahli atur cara pentas yang lain, tetapi tak seorang pun yang tahu tentang acara itu.

“Habis tu, macam mana ni?” Berry mula buntu.

“Ala, relaks la. Apple mesti ada rancangan tu. Takkanlah dia nak lepas acara tu macam tu je.” Kata Akia. Adiknya disebelah hanya mengangguk laju.

Mereka kembali senyap. Sesekali mereka tertawa melihat lakonan daripada pelajar tahun dua. Memang lucu sungguh! Kanak-kanak kelihatan benar-benar terhibur. Well, acara pentas yang berjaya.

Dan… sekali lagi pandangan April dan Berry bertembung. Tetapi kali ini, belum sempat Berry nak fikirkan apa yang mesti dibuatnya, kelihatan April melepaskan senyuman kepadanya. Dan secar automatic senyuman itu berbalas senyuman sebelum kedua-duanya kembali tertunduk.

“Amboi.. tak tahannya aku tengok korang ni.” Sindir Akia.

“Kitorang tahulah yang kau teringin nak jumpa April, kan? Pergi jelah… Tak ada siapa yang nak haling.”sambung Aria pula dan itu membuatkan Berry terjerit kecil.

“Hei, bila masa aku cakap aku nak jumpa dia?! Pandai-pandai je.” Kemudian dia menjeling.

Menganggu ketenteraman perasaan orang betulah budak kembar ni. Berry mendengus.

Kemudian tiba pula acara permainan. Kanak-kanak berpusu-pusu ke mini funfair yang disediakan di situ. Melihat mereka tertawa membuatkan semua orang berpuas hati.

Dan walaubagaimana pun Apple tetap tak kelihatan. Dia dikira sebagai orang yang penting dalam pasta ini kerana dialah pengaturcara bagi pesta ini. Tetapi, bayangnya pun langsng tak kelihatan. Dan yang menghairankan, April turut hilang. Ait? Main hide and seek ke?

“Mana pergi Putera Apple and Prince Snow kau tu, Berry?”

“Eh, ada ke pulak Putera Apple aku.”

Akia tersengih. “Yela, bila dia ada masalh kau tolong, and bila kau ada masalah pulak, dia yang tolong. Saling Bantu-mambantu… So Sweet.” Berry hanya menjeling. Malas nak layan.

Akhirnya pesta itu berlangsung hinggalah hampir ke acara penutup. Pengacara telah mengumumkan acara seterusnya iatu persembahan boy group.

Dan keadaan menjadi senyap. Tiada sesiapa pun yang muncul di atas pentas. Penonton mula saling berpandangan. Dan Berry berakhir dengan susah hati.

“Tengok, tak ada apa pun.” Katanya kepada kembar Akia dan Aria dan pasangan kembar itu menjungkitkan bahu mereka.

“Tak tahu.”

“Aduh…” Berry mengeluh.

Tiba-tiba lampu terpadam. Buat seketika keadaan gelap gelita dan itu membuatkan penonton sedikit panik.

Kelihatan seseorang muncul di atas pentas. Dan lampu yang malap mula terpancar ke arahnya. Kelihatan seorang lelaki yang memakai t-shirt lengan panjang berwarna putih sedang tertunduk di atas pentas. Keadaan kalut tadi berubah menjadi satu keadaan yang menerujakan.

Apabila lelaki itu mengangkat wajahnya, automatic seisi pentas terjerit.

“APRIL!”

“What? April?”

Muzik mula berkumandang seolah-olah tak mengendahkan perasaan penonton yang masih dalam keadan tertanya-tanya.

Muzik sentimental yang beralun dan diikuti dengan suara merdu April membuatkan penonton seperti berada dalam alam khayalan buat seketika.

“Wow.. so beautiful”

“As expected from Prince Snow.”

Masing-masing terpesona.

Muzik yang tadinya perlahan semakin lama semakin laju dan rancak. Keadaan yang senyap dan damai tadi terus berubah riuh dicampur pula dengan tepukan gemuruh daripda penonton.

April tiba-tiba membuka mengangkat tangannya ke atas dan menjerit.

“Lets the party begin!!”

Dan entah dari mana muncul tiga orang lelaki yang memakai singlet putih dan tiga orang lelaki yang memakai t-shirt lengan panjang berwarna hitam. Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai singlet hitam dan seluar askar muncul di sebelah April. Mereka mula bertambah teruja.

Pancaran lampu yang berselerak itu membuatkan penonton susah untuk melihat apa yang berada di pentas, tetapi setelah lampu itu mula seragam penonton mula terkejut.

“That guy. Apple?”

“Oh my god! He`s Apple!” Akia dan Aria mula terjerit manakala Berry hanya mampu menekup mulutnya. Terkejut.

Kesemua yang berada di pentas mula menari. Dan…

“Wow! Breakdance!”

Mereka seolah-olah tak percaya melihat Apple dan April berkerjasama di atas satu pentas.

Kalau tadi April mencuri semua tumpuan penonton, tetapi kali ini penonton seolah-olah tak dapat mengalihkan pandangan mereka daripada Apple. Dia menari dengan sangat hebat. Tak pernah sesiapa menyangkakan yang ulat buku ini begitu hebat.

Muzik berhenti seketika dan ia kembali dimulakan dengan ‘rapping’ daripada Apple.

Memang bertenaga dan itu membuatkan penonton mula meloncat-loncat.

Apple yang dingin, Apple yang sinis dan Apple yang kasar telah merubah pandang orang mengenainya. Dia sememangnya hebat.

“Totally a Dark Prince!” Jerit gadis-gadis yang berada di situ.

“Dark Prince?”

Fikiran Berry mula kosng. Keriuhan di pentas itu langsung tak kedengaran. Apa yang ada di fikirannya kini hanyalah Apple. Apple yang sedang menyanyi dan menari penuh bertenaga.

Tetapi... Kenapa masti Apple? Berry bertanya pada dirinya.

I don’t know…

5 comments:

  1. sweet Apple..hihi
    cool babeh!

    ~~silent_readerz~~

    ReplyDelete
  2. Kalau tadi April mencuri semua tumpuan penonton, tetapi kali ini penonton seolah-olah tak dapat mengalihkan pandangan mereka daripada April.

    kali ini penonton seolah-olah tak dapat mengalihkan pandangan mereka daripada April.

    i think is should be apple right?

    ReplyDelete
  3. semak balik da salah ejaan... best!!!

    ReplyDelete