Sunday, June 21, 2009

Apple and Berry 3

“Er, cantik rumah.”

“Sudahlah. Kalau kau tak tahu nak cakap apa baik kau senyap daripada merapu yang bukan-bukan.” Tutur Apple sejurus duduk mengadap Berry.

Berry hanya tertunduk. Mana ada aku merapu. Betul pe rumah ni cantik. Mereka senyap lagi. Buat seketika Berry seolah-olah lupa tujuan sebenar dia berkunjung ke banglo asrama milik Apple. Yang dia buat hanyalah senyap sambil menunggu Apple memulakan bicara. Tetapi, malangnya Apple langsung tak bersuara.

Berry mengangkat wajahnya.

“Ah?” dia sedikit terkejut apabila melihat Apple sedang menongkat dagu dan merenungnya. Untuk menhilangkan rasa segan, dia memandang ke tempat lain sekejap sebelum kembali memandang Apple yang masih tak lari daripada merenung wajahnya.

Ish, Apple ni! Dia ingat aku ni lukisan ke ape.

“Kau memang macam lukisan.” Tiba-tiba Apple bersuara dan kata-katanya itu menyebabkan Berry terkejut.

Macam mana dia tahu! Dia baca fikiran aku ke? Bahayanya!

Ish! Apa nak buat ni. Come on, Berry! Apa tujuan sebenar kau datang sini. Ha! Boys Group tu. Macam mana boleh lupa ni.

“Apple, pasal Boys Group tu...”

“Wait.” Apple tiba-tiba berdiri. Aku nak pakai baju sekejap. Nanti tak pasal-pasal aku diserang perempuan gila seks.” Lalu dia beredar meninggalkan Berry.

“Tau pun. Ingatkan dah tak reti nak pakai......” Apa dia cakap? Perempuan gila seks?

“Jahanam kau APPLE!!!!!!!!”

Apple yang mendengar tersenyum. Kemudiannya dia terus tersenyum, tersenyum dan tersenyum.

“Apple, takkan kau nak diam je?” Tanya Berry. Nampak macam Apple tak berniat langsung nak cerita pasal Boys Group tu.

Apple tetap diam. Dia masih duduk bersandar sambil merenung syiling. Er.. at least ini lebih bagus daripada dia terus-terusan merenung muka aku yang tak bersalah ni.

Berry bertambah serba tak kena. “Apple... Cepatlah. Dah lewat ni. Nanti kalau aku balik lewat, mummy aku marah karang.”

“Ait, Tuan Puteri pun kena marah ke?”

Cis! No comment! Berry menjeling.

“Okla...” Apple mula membetulkan duduknya. “Firstly, bagitahu aku apa yang kau dengar daripada mulut aku waktu mesyuarat hari tu.” Terpaksalah aku melayan juga budak ni. Kalau aku buat tak tahu, menangis budak ni tak pasal-pasal je aku yang kena.

“Erk...” Berry mula termengkalan. Apa yang aku dengar? Eh, apa yang aku dengar ya? Yang aku dengar cumalah...

*Ehm! Cik Berry, daripada awak terus terusan merenung wajah saya yang perfect ni, baik awak uruskan bahagian boys group ni, okay?* (rujuk bab 2)

Habislah!!! Apa nak jawab ni. “Er... aku.. aku tak dengar apa!”

“Tak dengar apa! Kau ni.... sampai berbuih mulut aku cakap hari tu satu pun kau tak dengar. Kau buat apa sebenarnya ni.”

Berry memejamkan matanya. “Tak buat apa...”

“Oh, lupa pulak. Hari tu kau sibuk tenung muka aku yang perfect ni kan.” Belum sempat Berry mempertahankan dirinya, Apple terlebih dahulu memotong. Sempat dia menghadiahkan senyuman mengejek kepada Berry yang mula kalut

“Tak! Aku tak tengok pun.”

Selepas itu, Apple membiarkan keadaan senyap. Sengaja dia hendak menyiksa perasan Berry yang sedang dilanda perasaan serba tak kena. Berry pula tak habis-habis menyumpah seranah Apple. Tak cukup Apple, dirinya turut menjadi mangsa sumpah seranah. Hai, tak faham aku.

“Berry.” Panggil Apple.

Berry mengangkat wajahnya.

“Aku nak bagitahu kau sesuatu.”

Kata-kata yang baru diucapkan Apple tadi mencuri perhatian Berry. Berry mula fokus.

“Apadia?”

“Aku bagitahu kau tapi kau janji tak benci aku

“Apadia?”

“Aku bagitahu kau tapi kau janji tak benci aku."

"Ok, aku janji!"

"Er.. sebenarnya, sebenarnya aku... Ish, tak bolehlah! Nanti kau akan marah aku."

"Tak! Aku tak marahlah. Cepatlah!" Berry mula rimas apabila Apple seolah-olah bermain tarik tali dengannya.

"Betul?" tanya Apple.

"Betul!"

"Janji?"

"Janji!"

"Kalau kau marah jugak macam mana?" tanya Apple lagi dan ini benar-benar membuatkan Berry hilang sabar.

"ISSSSSSSSSSSSSSHHHH! Aku tak marahlah. Kalau aku marah jugak, kau buat je apa yang kau nak dengan aku."

Apple sedikit tersenyum mendengark kata-kata Berry. "Betul ni?"

"Betul, aku tak tipu. Ish, cepatlah bagitahu."

"Okay, sebenarnya aku dah mengantuklah."

Keadaan tiba-tiba senyap. Sepi...

1 saat berlalu...

2 saat...

3 saat...

4...

"Sial punya budak!!!!" Berry bangun lalu menghempas begnya tepat mengenai kepala Apple yang sudahpun tertawa besar.

"Berani kau main-main dengan aku ye! Bodoh!" lalu dengan amarah yang tak dpat dibendung lagi, Berry melontarkan segala-galanya yang berada di sekelilingnya. Sekelip mata sahaja ruang tamu milik Apple berubah semak.

"Apple..." dia mengeluh. "Penat tau tak." Setelah mengeluh, dia mencebik pula. Macam nak menangis pun ada.

Apple bangun menghampiri Berry yang masih terduduk dan tercungap. "Eh, jangan nangis Berry. Aku main-main je."

"Aku tak nangislah!"

"Oh, ingatkan nangis." Apple menahan tawa. Kalau dia tertawa lagi, silap hari bulan banjir rumahnya.

"Apple, cepatlah bagitahu pasal boygroup tu, aku dah penatlah."

"Ok, ok, aku bagitahu. Tapi aku cakap sekali je, kalau kau tak dengar jugak, tak tahulah. Pasal boy group tu, kau cari at least dua orang. Tapi kalau kau, aku yakin kau boleh cari lebih daripada dua orang kan? Ok, just that."

Buat seketika Berry kematian kata-kata. Itu je? AKu habiskan masa aku yang berharga hanya untuk beberapa patah perkataan tu je? "Teruknya!!!!"

No comments:

Post a Comment