Sunday, May 31, 2009

Twin of Chaos 3

Beratur adalah perkara paling leceh! Betul tak? Itu jugalah perkara paling dibenci oleh Zen. Dah hampir lima belas minit dia beratur di kantin untuk membeli makanan, namun tetap tak sampai-sampai ke kaunter.
Kebanyakan yang beratur adalah perampuan. Nak tahu kenapa? Jawapannya adalah kerana penjaga kantin itu adalah perempuan. Jadi perempuan-perempuan ini memberi keutamaan kepada lelaki dan kaum sejenis di biarkan menunggu. Ada juga yang merungut tetapi nampak macam pelayan kantin ini langsung tak mengendahkan. Seolah-oleh kantin ini bapak diorang yang punya.
Akhirnya Zen hampir sampai ke hadapan. Dia kini berdiri di belakang perempuan gemuk yang mengalami masalah dalam memilih makanan.
"Erm.. nak makan apa ya?" perempuan gemuk itu menggigit jarinya.
"Nak makan ikan ke lembu?"
"Tak tahulah nak pilih mana. Kalau makan ikan, sikit sangat. Takut tak kenyang. Kalau makan lembu... banyak lemak. Takut gemuk pulak."
Zen di belakang dah mula bengang. Karang aku bunuh juga perempuan ni. "Bagi je ikan dekat dia. Muka dah macam lembu takkanlah dia nak makan spesis sendiri kot!" Hentam Zen.
Orang disekelilingnya terkejut. Manakala perempuan gemuk itu tak dapat bersuara untuk seketika. Seolah-olah lidahnya tersimpul mati apabila mendengar kata-kata Zen tadi.
"Apa kau cakap tadi?!" seorang perempuan yang juga gemuk tiba-tiba menyampuk. Cuba membela rakannya yang diejek tadi.
Dari serius Zen mula tersenyum sinis. Dia meninggikan wajahnya manakala matanya menikam tajam wajah perempuan gemuk tadi. "Kenapa? Nak lawan?"
"Ei, wait, wait! Im sorry miss." Kei mencelah. Terpaksa mencelah oi... Adik aku ni bukan kira orang. Perempuan pun dia hentam.
"Im sorry. So sorry. Adik saya tak sihat sikit hari ini. Very sorry, okay." Kemudian Kei memandang perempuan gemuk yang sudah pun menangis kerana Zen tadi lalu bertanya. "What`s your name?"
"Inka." jawab perempuan gemuk itu tersedu-sedu.
"Maaf, Inka. Tapi saya rasa apa yang adik saya cakap tadi betul. Awak patut makan ikan. Ikan mempunyai banyak protien yang dan khasiat ang baik untuk tubuh badan. So you should prefer fish than meat. Anyway, Im sorry again."
Inka menggeleng. Wajahnya tiba-tiba bercahaya apabila melihat senyuman Kei.
Sorang lagi dan jatuh cinta. Zen hanya mampu menggeleng. Asyik-asyik macam tu. Bila abang aku senyum je, semua jatuh cinta.
"So, Zen? Nak makan apa?" Kei beralih arah kepada adiknya pula.
"Tak nak! Dah hilang selera." Kemudian dia melangkah meninggalkan kantin yang masih terkejut dengan kata-kata tak berhati perut daripadanya tadi.
Kei memaut bahu adiknya. "Hei, kalau betul pun perempuan tu macam lembu, janganlah jujur sangat. Kesian dia."
"Kesian?" Zen mengehentikan langkahnya. "So, kau pun dah jatuh cinta dekat lembu tu?"
"Hei, no waylah!"
"Berita hangat!" Neo berlari masuk ke dalam kelasnya sambil menjerit.
"Kenapa Neo?" Rakan-rakannya bertanya.
Neo berhenti di depan kelas. "Nak tahu tak? Pelajar baru dari kelas 4 Pheonix panggil Inka lembu."
Mereka semua bagai tak percaya. "Mana kau tahu, Neo?"
"Aku tahulah. Aku berdiri betul-betul belakang pelajar baru tu. Huish, gila hebat budak tu. Dari kepala sampai kaki, semuanya perfect. Dia ada abang kembar tau. Dua-dua gorgeous!"
"Betul-betul! Aku pun nampak. Adik dia rambut hitam, abang dia rambut coklatkan." Seorang palajar menyampuk. Neo mengangguk laju. Tetapi, kemudiannya dia mengeluh.
Rakan-rakan sekelasnya yang lain tiba-tiba hairan. "Eh, Neo. Selalunya kau tak ambik tahu hal-hal macam ni. Kenapa hari ni lain semacam je?" tanya Suri, ketua kelas 4 Pride, kelas kedua bagi tahun empat di Empty Soul High School.
"Sebab aku benci dekat Inka. Aku masih tak dapat lupakan yang dia curi kek hari jadi aku dulu. Dan aku takkan maafkan dia. Never!"
Mereka menggeleng. Hal sepuluh tahun lepas pun dia ingat lagi. Pelik betul.
"Ha, Neo! Kenapa pulak dengan pipi kau?" tanya Suri lagi.
Mulanya Neo hanya meraba pipinya yang bertampal sambil tersenyum tetapi kemudiannya dia mencebik lalu menjeling ke arah kakak tirinya yang langsung tak memandangnya ketika itu. "Aku bergaduh dengan sailor moon semalam."
"Dah..." pelajar-pelajar lain mendengus. Bab merapu serah dekat Neo.
"Jangan nak tipulah. Macam aku tak tahu kau bergaduh dengan Yora lagi, kan?" tutur Shana.
Saat itu Neo hanya mampu tertunduk. "Tekaan yang tepat!"
Belum sempat dia nak menjawab lebih lanjut, pintu kelas mereka tiba-tiba diketuk.
"Neo Maria and Yora Zumi, follow me please." Panggil Miss Luca.
Neo tercengang. "Er, Miss Luca panggil aku ke?"
Rakan-rakannya mengangguk. "Yup! Kau dengan Yora!"
"Aduh, mesti pasal quiz matematik tu lagi." Dua beradik tiri itu mengeluh dalam senyap.

No comments:

Post a Comment