Saturday, June 13, 2009

Twin of Chaos 17

5 Mei adalah tarikh yang ditetapkan untuk berlangsungnya majlis perkahwinan Kei dan Zen. Tetamu yang dijemput terdiri daripada orang orang kenamaan dan majlis ini akan berlangsung secara rahsia di dewan bawah tanah milik keluarga Mistin.
Seperti yang ditetapkan oleh perunding majlis, warna tema bagi pasangan Kei dan Yora adalah putih dan bagi pasangan Zen dan Neo adalah hitam.
Semua persiapan untuk majlis perkahwinan ini diuruskan oleh pihak berkenaan dan pengantin hanya perlu goyang kaki dan berehat sahaja.
Dalam bilik, Neo hanya mengeluh.
Yora yang sedang termenung, menjeling. "Mengeluh macam orang tua!"
"Suka hatilah!"
Setelah berbalas jelingan, mereka senyap lagi. Tak tahulah kenapa, tetapi hidup goyang kaki macam ni, memang membosankan tahap kritikal. Kadang-kadang tu Neo terasa seperti ingin mencekik kakaknya sampai mati dan Yora terasa seperti ingin bunuh diri kerana tak tahan dengan kebosanan. Aduhai.
"I hate you, Yora." tiba-tiba Neo bersuara walaupun dia dilihat masih dalam kebosanan.
"Same here." Jawab Yora pula, masih merenung tingkap.
"You are ugly?"
"You too!"
"No, Im not!"
"Yes, you are."
"Im not!
"You are!"
"Ish!" Neo mengangkat mukanya menjegil Yora. Yora hanya menjeling sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan. Dia kata orang hodoh tak pe pulak, orang kata dia hodoh, dia marah!
Mereka senyap lagi.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Dan muncul orang-orang yang mereka tak akan sangka nak datang.
"Mama!" Jerit Neo lalu menerpa ke arah ibunya. Manakal Yora tergamam. Tak tahu apa yang mesti dibuatnya.


*******



Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Majlis perkahwinan akan bermula pada jam 12 tengah hari. Tetapi kini, dewan telah pun penuh walaupun jam masih belum sampai angka 12.
Ibu bapa Neo dan Yora mungkin kini sibuk melayan tetamu. Manakala Yora dan Neo masih sedang disolek. Dah seminggu mereka tak dapat berjumpa dengan bakal suami masing-masing. Semua ni kerana adat keluarga mistin. Pasangan pengantin tak boleh bertemu hinggalah sampai tarikh perkahwinan. Hei, karut betul.
Pasangan Yora dan Kei akan dipakaikan dengan pakaian tradisional jepun berwarna lembut manakala Zen dan Neo akan delengkapkan dengan pakaian penganting daripada negara barat. Buat masa ini Yora sudahpun siap disolek kerana Kei mahukan pengantingnya disolek dengan nipis sahaja.
"Miss, Kei kata dia nak pengantinnya disolek dengan nipis je kan? So, apa Zen cakap pulak pasal pengantin dia?" Tanya Neo yang sedang disolek.
Pendandan itu kelihatan sedikit terkejut dan serba salah untuk menjawab soalan itu. "Er... Lady Neo, Tuan Zen kata... Er..." Pendandan itu tersenyum lagi. "Tuan Zen kata macam ni dekat saya, 'kau solek sampai tebal sepuluh inci pun dekat perempuan tu, tetap takkan cantik!'.." kata pendandan itu sambil mengajuk gaya dan suara Zen bercakap.
Neo yang mendengar serta merta mencebik.
"Maafkan saya, Lady Neo." Ucap pendandan itu lagi dengan penuh perasaan serba salah.
Neo mendengus. "Lepas ni kau kena ketuk ketampi seribu kali. Faham!"
"Apa? Seribu?"
"Kenapa? tak cukup? Ok, seribu lima ratus!"
"Tak.. dah cukup!" Aduhai.. tak pasal-pasal aku yang kena.
Sedang asyik tercebik di depan cermin, Neo tiba-tiba ternampak Yosh sednag terhendap-hendap di balik dinding, apa yang dia tengok, tak siapa tahu.
Neo tersenyum nakal, kemudian dia menarik nafasnya dalam-dalam. Dan kemudiannya...
"YOSH!" sekuat hati Neo menjerit hingga menyebabkan Yosh terkejut. Bukan Yosh saja yang terkejut, semua yang berada di bilik itu terkejut mendengar jeritan Neo.
Pantas Yosh mencari tuan punya suara, dan apabila melihat Neo sedang mentertawakannya, lantas suhu badannya meningkat 50 darjah. "Bodoh!!" jeritnya kembali lalu berlari meninggalkan bilik itu. Manakala Neo hanya tertawa sendiri.
"Lady Neo rapat dengan Tuan Yosh?" tanya pendandannya yang hanya dikenali sebagai Miss.
"Entah..." jawab Neo mendatar.
"Sebenarnya Yosh bukan anak kandung Lord Masher." Miss bersuara dan itu tiba-tiba membuatkan Neo membisu.
"Mustahil, muka dia macam Kei and anak mata dia warna ungu macam Zen." tiba-tiba Yora yang entah datang dari mana itu menyampuk.
Neo dan Miss terkejut.
"Sibuklah kau ni, Yora." Usik Neo lalu Yora berlalu sambil mencebik.
"Tapi, Lady Neo jangan bagi tahu orang luar pasal ni tau." Miss bersuara lagi, separuh berbisik.
"Taulah. Ingat mulut aku bocor macam kau ke." herdik Neo pula dan sekali gus wajah Miss berubah seperti tertelan biji durian. Ambik kau!





Keadaan di dalam dewan yang terhias indah itu mula riuh dengan suara-suara orang kenamaan yang hadir. Dewan yang bercampur warna putih, merah jambu hitam dan hijau muda itu memancarkan cahaya yang begitu menarik dan sejuk mata memandang. Bunga ros merah jambu dicampur dengan ros hujau yang jarang dilihat sememangnya memberikan keistimewaan kepada majlis itu ditambah pula dengan hiasan ala taman air panas jepun dicampur dengan taman bunga eropah. Segala-galanya terhias seperti yang dirancangkan dan itu memberi kepuasan kepada pihak tetamu. Dan akhirnya, majlis perkahwinan ini bermula.

Ianya dimulakan dengan upacara perkahwinan daripada pasangan Kei dan Yora. Para tetamu terkejut melihat kecantikan pengantin perempuan dalam kimono kuning cair.
Kei yang melihat hanya tersenyum. Nampaknya Yora senyum dengan sangat baik hari ini.
Kemudiaan dia tertunduk sebelum melangkah menyambut pengantinnya yang mula tersipu malu.
"Beautiful." Bisik Kei. Yora hanya diam.
"Dont want to wish me thank you?"kata Kei lagi dan itu menghairankan Yora.
"Thank you for what?"
"For called you beautiful..."
"Nonsense!" potong Yora. Dan kemudianya dia tersenyum tipis. "Thanks.."
"That`s my kitty..."
Kemudian mereka terus tersenyum bagaikan mentari yang tersenyum menghiasi pagi yang kelam. Begitu indah.
Keadaan yang riuh tiba-tiba senyap, upacara perkahwinan bagi pasangan Kei dan Yora berlangsung dengan lancar dan kini masing-masing menunggu kehadiran pasangan pengantin kedua untuk majlis kali ini. Kei dan Yora telah selamat dikahwinkan.
Para tetamu kini menunggu. Namun yang ditunggu tetap tak muncul.
Sebenarnya...
"Hahaha... seronokkan macam ni?" Neo yang duduk menyilang di atas kerusi untuk para tetamu di majlis itu tertawa. Manakala Zen disebelahnya tak habis-habis mendengus. Seronok apanya! Buat masalah je.
Sebenarnya mereka dah masuk ke dewan itu sejak awal lagi. Cuma apabila mereka mengenakan topeng, tak seorang pun mengenali pewaris kedua keluarga Mistin itu walaupun pakaian mereka luar biasa daripada tetamu-tetamu yang hadir.
Semua ni idea Neo! Dia nak tengok sangat kakak dia yang tak betul tu. Kan dah jadi macam ni. Huru hara. Semua orang dah tertanya-tanya mana pergi lagi satu pasangan pengantin. Hai...
Zen mengeluh pula. Dia menjeling lagi Neo yang tak habis-habis tersenyum. Dia ni memang tak kisahkan keadaan sekeliling. Menyusahkan betul!
Dalam keadaan yang bising itu, muzik tiba-tiba berkumandang. Mungkin untuk menangkan tetamu. Tetapi itu sedikit pun tak memberi kesan, tetamu bertambah marah.
"Zen..." panggil Neo lembut. Zen beralih memandang gadis itu. Melihat senyuman lembut terhias di bibir Neo, Zen menjungkitkan keningnya. "What now..?"
"If this is the last thing you may do for me to save me from a death, will you do it?"
Zen seolah-olah tak dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Neo lalu dia hanya menjawab pertanyaan gadis itu dengan menggeleng.
Neo tersenyum. "Stupid!"
"Wh-what! Stupid?" Zen mula menjegilkan matanya. Tetapi dia tak sempat nak marah apabila Neo tiba-tiba menariknya ke tengah-tengah orang ramai dan mengenggam tangan Zen seolah-olah mereka berada dalam posisi untuk menari.
"First, Im good in dance. Dont lose to me." Ayat yang pertama Neo bisikkan apabila dia tiba-tiba merapatkan tubahnya dengan Zen.
Zen tergamam seketika. Tetapi kemudiannya dai tersenyum sumbing. "Heh, no kidding. Are you ready?"
"Why not?"
Dan serentak dengan itu rentak tari mereka bermula. Bermula dengan tarian tango, mereka tiba-tiba memukau orang ramai dan terbentuk satu bulatan di sekeliling mereka seolah-olah tempat itu hanya untuk mereka. Para tetamu mula menumpukan perhatian seratus peratus kepada mereka berdua.
Dalam pada itu, Neo dan Zen kelihatan seolah-olah gembira dengan keadaan itu.
"Hey, beware.. Jangan pijak kaki aku." Bisik Neo. Senyuman mengujinya itu dibalas dengan senyuman sinis daripada Zen.
"Dont day dreaming!" Dan sekali gus tarian mereka bertukar kepada tarian waltz pula.
Tepukan gemuruh diberikan kepada mereka.
Muzik semakin rancak dan tarian mereka semakin memukau.
"Hey, you make me dizzy." Bisik Neo apabila Zen memusingkannya berkali.
"That`s what I wish for."
Mereka kembali kepada tarian tango dan kali ini lebih rancak.
Keadaan menjadi semakin hangat apabila Zen dan Neo menanggalkan topeng mereka dan sekali lagi mereka dihadiahkan dengan tepukan dan sorakan.
Mereka berhenti. tetapi pautan tangan dipinggang masing-masing belum dilepaskan.
"Who`s win? Me, right?" Bisik Neo.
"Huh.." kelihatan Zen tersenyum mengejek. "Only the loser will named theirselve as the winner." Kemudian pautan tangannya di pinggang Neo dilepaskan. Dia tertunduk hormat kepada orang ramai. Diikuti oleh Neo.
Mereka kemudiannya berjalan beriringan menghampiri pasangan Kei dan Yora yang hanya mampu tersenyum.
"See Yora. Kemunculan kami lebih special kan?" Neo mencekak pinggang. Yora seperti biasa, hanya mencebik.
"Yeah, very special. Nice dance." Balas Kei. Zen walaubagaimana pun kembali serius.
Mereka tak sempat untuk berbual lebih lanjut apabila Lady Keira tiba-tiba menghampiri mereka.
"Zen, Neo, what are you doing?"
Zen dan Neo saling berpandangan sebelum mereka berdua meminta maaf. "Sorry.."
"Ok, now.. lets so. Semua dah tak sabar nak tengok the second new lady."
Kemudian Lady Keira terus menarik tangan Neo beredar dari situ. Zen pula kelihatan seperti tak faham sesuatu. "What is so special about my wife?"
Mereka akhirnya dihidangkan kepada orang ramai dan ramai yang terpegun dengan kecantikan luar biasa milik Neo. Tiada seorang pun yang berani mempertikaikan kehebatan dua isteri pewaris kepada keluarga mistin. Walaupun ianya satu rahsia, tetapi saat indah baru bermula.
Happy Wedding Day!

No comments:

Post a Comment