Sunday, June 21, 2009

Twin of Chaos 19

Sebaik sahaja Neo keluar dari biliknya, dia terus ternampak
Yora yang sedang menonton telivision di ruang tamu dibawah.
"Yora?"
Yora mendongakkan kepalanya.
"Tak tidur lagi?" tanya Neo.
"Kau pulak?"
Ish, aku tanya dia, dia tanya aku balik. "Tak lagi. Zen kata dekat sini ada penunggu. So, dia suruh aku tengokkan Yosh. Manalah tahu budak tu takut. Lebih baik kau masuk bilik sekarang, kalau tak..." bohong Neo selamba sebelum melangkah meninggalkan Yora yang terkedip-kedip memandangnya.
"Cis, nak takutkan akulah tu."
Apabila sampai di bilik Yosh, cepat-cepat dia masuk lalu menghempaskan pintu bilik itu sekuat hati.
Yora terkejut hinggakan telefon bimbit ditangannya terlepas. "Neo ni...!" Dia mula berang. Tetapi, bunyi pintu yang kuat itu telah menyebabkan dia rasa seram sejuk. Sepantas kilat dia menutup television lalu berlari masuk ke biliknya.
Manakala Yosh yang berada di dalam bilik terjeit.
"Hoi, perempuan tua tak guna!"
"Apa kau cakap??" jegil Neo sambil berjalan menghampiri budak itu. Yosh pula cepat-cepat menyembunyikan apa yang ada ditangannya apabila terlihat Neo menghampirinya.
"Hish, pergilah! yang masuk bilik orang pasal apa!"
"Ha, apa yang kau sorokkan tu??"
"Tak ada apalah! Ish!" Yosh menolak tangan Neo apabila gadis itu cuba menarik apa yang disembunyikannya.
"Kau tgk majalah lucah ke?"
"Mana ada!"
"Habis tu yang nak sorok kenapa? Ha, dapat pun!" Tetapi.. "Ait, PSP je pun.. Yang nak sorok pasal apa?"
Manakalaa Yosh kehairanan. "Kau tak marah?"
"Nak marah pasal apa? Eh, kau ni tak hormat aku langsung. At least panggillah aku kakak ke? Paling tak pun, Lady Neo."
Yosh mencebik, melaupau la tu kalau suruh aku panggil dia ladi Neo. "Oklah, kakak."
Dia sedikit tersenyum apabila Neo menghulurkan PSPnya.
"Ayah and ibu akan rampas benda ni kalau dia nampak?" bisik Yosh perlahan.
"Kenapa nak marah pulak?"
"Sebab ayah kata, Yosh kena banyak belajar. Tak boleh main."
Neo terangguk kecil dan kemudiannya dia terus merebahkan tubuhnya di atas katil di sebelah Yosh. Yosh yang melihat terkejut.
"Kadang-kadang, belajr saja pun tak boleh membuatkan seseorang itu pandai. Tambah-tambah orang macam kau."
"A.. Apa? Orang macam Yosh? Ish. Kakak ni lebih teruk daripada abang Zen!" Yosh menjeling.
Aiya comelnya. Apabila mendengar Yosh memangilnya dengan panggilan 'kakak', Neo benar-benar gembira. Tanpa sedar, tanggannya terus mencubit pipi kanan Yosh. Yosh apa lagi, dia terus meronta dan meronta sambil memaki hamun Neo hinggalah Neo melepaskan cubitannya.
"Yosh, akak tidur sini ye malam ni."
Serta merta Yosh membulatkan matanya. "Buat apa!"
Neo tak menjawab sebaliknya dia hanya tersenyum sambil memejamkan matanya.
Setelah menyimpan Psp nya di dalam laci, Yosh kembali naik ke atas katil lalu baring di sebelah Neo. Dia merenung Neo yang sengaja memejamkan mata.
"Takut dengan abang Zen la tu."
Kata-kata Yosh itu membuatkan Neo serta merta mebuka matanya. "Hish, cakap slow sikit. Malu kalau orang dengar. Yosh hanya mencebik.
"Macam berani, rupanya penakut."
"Bukan takutla. Malu. Tau tak malu!" kemudian sekali lagi tangan Neo mencubit pipi Yosh.
"Ish. Sakitlah."
Yora msuk ke bilik. Seperti yang disangkakannya, Kei sudah pun tidur. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri katil supaya tidak membuatkan Kei terjaga. Mungkin agak keberatan, tetapi kerana ego, dia terpaksa tidur di sebelah.
Sebelum baring, dia ternampak satu kad diletakkan di atas bantalnya. Lalu kad itu di ambil dan di baca.
"Dear my beautiful wife. Im begging you.. Dont attack me while I sleep. Good Night!"
Yora memejamkan matanya seketika. "Ish... Ingat aku terdesak sangat ke!!" Bisik nya keras lalu menarik selimut yang dipakai Kei lalu menyelubungkan dirinya.
Kei yang berpura-pura tidur itu tertawa bisu. Amboi, garangnya. Lalu dia memusingkan tubuhnya mengadap Yora lalu tubuh gadis itu dirangkulnya.
"Hei!" Yora terjerit. Dia cuba menolak tubuh Kei namun tak berjaya.
Setelah penat mendengus, dia terpaksa membiarkan tubuhnya dipeluk. Hantu punya Kei.
Kei dalam senyap tersenyum. I win.
"Dah sah Neo ni tak habis-habis mengacau budak Yosh tu! Baguslah. Aku nak tidur dah ni. Aman sikit bila tak ada dia." Zen bangun menuju ke katilnya lalu memadamkan lampu.
"Night old house." bisiknya sebelum memejamkan mata.

1 comment:

  1. best la citer nih...truskn ye writer...chaiyo2..=)

    ReplyDelete