Tuesday, July 28, 2009

Bloody Prince 1

7 tahun kemudian...




Sejak ibu dan keluarga tiri Maria meninggal dalam satu kemalangan jalan raya dua minggu lepas, dia tidak mempunyai tempat bergantung lagi. Jadi terpaksa pulang ke rumah ayahnya semula kalau tak, dia akan mati kebuluran di Florida.
Secara jujurnya, dia sedikit sedih dengan pemergian ibunya tetapi langsung tak mempunyai keinginan untuk menangis.
Selama dia membesar di rumah ibunya, dia selalu keseorangan. Ibunya sibuk melayan suami dan anak-anaknya hinggakan Maria sedikit terabai.
Saat itu, Maria terpaksa mengaku yang dia memang rindukan ayahnya.
Sejak dari hari pertama dia kembali ke rumah banglo ayahnya, lelaki itu tak henti-henti berbual dengannya.
Maria sememangnya sangat bahagia, tetapi apabila teringatkan anak angkat ayahnya itu, dia terus tawar hati.
Biarlah...




Sejak sampai ke rumahnya, Maria jarang keluar bilik. Dia hanya akan keluar dari biliknya apabila anak angkat itu pergi ke sekolah. Berbual dengan ayahnya pun, alah-balai je. Bila teringat yang dia hanya menjawab soalan-soalan ayahnya dengan tidak sopan serta merta perasaan serba salah timbul di hatinya.
Ayahnya ingin menghantarnya ke sekolah tinggi yang sama dengan adik angkatnya.
Entah mengapa, Maria tak tahu bagaimana dia hendak membantah. Sekali lagi, hanya ayat 'biarlah' yang bermain di kepalanya.
Masuk sekolah menengah? Sekarang umurku hampir menjangkau 18 tahun. Dah membesar dan menjadi seorang perempuan yang cantik. Hahaha!
Buat masa ini, aku langsung tak dengar apa-apa cerita tentang adik angkatku itu. Yang aku tahu, namanya adalah Sky. Huh! Sky konon. Perempuan apa yang ada nama macam tu!




"Hi, Im Maria Kai."
"Maria? Aku dengar dia anak pemilik Prince Hotel."
"Betul ke? Cantiknya."
"Tapi, dengar kata dia anak luar nikah."
Pulak dah... Maria tak tahu apa lagi yang mesti dibuatknya apabila mendengar orang ramai membuat ulasan tentang hal peribadinya. Bila masa pulak aku jadi anak luar nikah ni.
Kelasnya, erm... No comment. Semuanya pelajar perempuan, lelaki seorang pun tak ada. Macam boring, tapi tak apalah.
"Er.. Hai, Maria."
Tiba-tiba seseorang menegurnya. "Hai." Balas Maria sambil merenung gadis berambut hitam pekat disebelahnya.
"Saya Nuna."
Maria mengangguk lagi. Gadis itu kelihatan takut-takut dengannya, dia menundukkan seketika pandangannya apabila melihat Maria sedang memandangnya. Mulanya Maria agak rimas dengan kelakuan gadis itu, tetapi bila di fikirkan, mungkin gadis itu takut denganya.
Lalu dia mengambil keputusan untuk bersuara, "So?"
So, je? Maria kemudiannya tertawa senyap.
"Er.. dengar kata Maria ni anak pemilik Prince Hotel, betul ke?"
"Betul sangatlah tu."
"Tapi dengar kata kau tak boleh mewarisi hotel ayah kau sebab kau anak perempuan, betul ke?"
Bila hal itu disebut, hilang terus senyuman di bibir Maria. Bukannya dia marah apabila tak dipilih sebagai pewaris, tetapi dia marah apabila mengingatkan sebab itulah ayahnya memilih seorang anak yang lain selain daripadanya. Nuna yang melihat, sedar yang dia sudah tersilap tanya. "Sorry."
"Its okay." Keadaan senyap seketika. Eh, taklah senyap sangat. Kelas manalah yang senyap sepi kalau semua pelajarnya perempuan.
Dalam keadaan yang senyap itu, Maria sedar, ada mata yang memandangnya dengan perasaan tak senang. Lumrah alam, ke mana pun kita pergi pasti ada yang tak senang dengan kehadiran kita. Tapi, macamlah aku peduli sangat.
Kelas berlalu seperti biasa dan buat kali pertamanya, Maria terasa seperti dia akan menjadi mangsa buli di sini. Pelajar yang duduk di belakangnya tak habis-habis menendang kerusinya. Apabila Maria beralih memandangnya, pelajar itu akan menjungkitkan keningnya seolah-olah mencabar Maria.
Ish, Aku tumbuk karang! Getus Maria geram.
Sekali lagi pelajar itu menendang kerusi Maria. Maria cuba bersabar. Tak nak mencetuskan masaalah di hari pertama persekolahannya di sini.
Sabar jelah.


Waktu rehat akhirnya tiba, Maria telah diperlawa oleh Nuna untuk keluar rehat bersamanya. Dari apa yang Maria dengar sewaktu dia sedang termenung di dalam kelas, Nuna adalah ulat buku yang telah dicabar oleh rakan sekelasnya untuk berkawan dengan Maria. Maria tak kisah, cabaran ataupun tak, dia tak minta ada kawan pun sewaktu dia tiba di sekolah itu.
Sewaktu Maria dan Nuna pulang dari kantin, mereka jadi kalut apabila ternampak beberapa pelajar tahun tiga sedang bergaduh.
Seorang budak lelaki kelihatan dipukul teruk oleh seorang pelajar. Ramai pelajar yang mengerumuni tempat kejadian tetapi tak ada seorang pun yang menolong.
Melihat pelajar itu tak melawan walaupun dipukul, Maria menekup mulutnya. Rasa kasihan mula bertandang. Kemudian dia memerhati sekeliling.
"Tak ada orang nak tolong ke?"
"Kalau ada yang tolong, memang dia cari nahaslah." Jawab Nuna.
Maria yang mendengar masih tak faham.
"Pelajar senior pun tak berani nak sentuh budak tu."
Nuna memandang Maria. Tetapi, gadis cantik itu seolah-olah tak mendengar apa yang dikatakan Nuna. Wajahnya terperit-perit melihat pelajar itu dipukul.
"Biar aku panggilkan cikgu." Maria berlari tetapi dihalang oleh Nuna.
"Jangan!"
"Kenapa?"
"Dengarlah cakap aku, Maria. Jangan cari pasal dengan budak tu."
Maria akur. Tapi, dia mula serba salah.
Kejamnya!
Dia tak tahu apa yang mesti dibuatnya kini. Seorang lelaki dipukul di depan matanya dan dia langsung tak buat apa-apa walaupun kaki dan tangannya masih berfungsi dengan baik.
Lalu tanpa menghiraukan amaran Nuna, dia berlari meredah orang ramai lalu melutut dan memeluk pelajar yang dipukul tadi.
"SUDAHLAH!"
Dengan mata yang terpejam, Maria menjerit.
Keadaan senyap seketika. Tiada tumbukan atau sepakkan yang menyentuh tubuhnya seperti yang dia bayangkan. Perlahan-lahan Maria membuka matanya.
Lelaki itu hanya merenungnya seolah-olah terkejut. Apabila melihat Maria memandangnya, lelaki itu mula mengeluh.
"Aku tak pukul perempuan cantik." Dan kemudiannya dia beredar dengan tangan yang menggosok belakang lehernya. Masih tak percaya dengan apa yang baru terjadi.
Orang ramai yang mengerumuni kejadian itu turut terkejut.
"Maria!" Nuna menghampirinya. "Okay?"
"Ha? Aku okay, yang tak okaynya budak ni!"




Jadi popular dalam masa sehari. Maria memang beruntung. Itu pendapat orang, bagaimana pula dengan pendapat Maria.
"So annoying!" gadis itu membentak perlahan.
Kemudian dia mengeluh. Pemandunya hanya mengerling. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu, cik."
Maria menggeleng.
Sampainya di rumah, Maria sedikit terganggu apabila melihat kasut sekolah Sky ada di depan pintu. Dia akan mengelak sebaik mungkin daripada terserempak dengan Sky. Tetapi hari ini mungkin dia terpaksa memandang muka adiknya kerana dia dapat mendengar suara ayahnya berbual dengan seseorang di dalam rumah. Pasti Sky.
Lalu dengan langkah perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Langsung tak mahu memandang ruang tamu di sebelah kirinya kerana dia tahu ayah dan Sky pasti berada di situ.
"Maria." Ayahnya tiba-tiba memanggil.
Ah, sudah... Maria mengetap bibirnya.
"Jangan bagitahu ayah yang kau langsung tak pernah tengok adik kau." Suara ayahnya seperti marah.
"Adik? Maria tak ada adik. Ayah dah lupa, ke?"
Ayahnya tak menjawab, sebaliknya hanya mengeluh. Dan tujuh tahun berlalu, namun Maria masih tak dapat menerima kehadiran adik angkatnya di rumah itu.
"Oh, so this is my sister."
Maria terkejut! Suara dia? Lantas Maria memandang ke arah budak yang bernama Sky itu.
"Lelaki?!"
Sky turut terkejut. "Lelaki? Hei.."
Dan kejutan berganda apabila mereka sudah saling bertemu ketika insiden pergaduhan di sekolah tadi.
"Kau!?"

No comments:

Post a Comment