Monday, June 1, 2009

Twin of Chaos 5

"Kelas, take out your text book. Today we will learn about Earth and Sphere. It was a quiet tough topic. So, pay attention when im speak." Ucap Miss Anna bagi memulakan pengajarannya di kelas 4 Pride pagi ini. Suasana di kelas 4 Pride selalu tenang kerana ia cuma dihuni oleh pelajar perempuan. Itu yang meneyebabkan guru-guru senang berada di sini.


Yora mengeluarkan buku teksnya. Di papan hitam telah tertulis muka surat yang mesti di buka oleh pelajar-pelajar. Setelah meneliti nombor yang ditulis di papan hitam, Yora mula menyelak helaian buku teksnya. Tetapi...
"Auww!" Dia terjerit kecil. Darah di jarinya mula menitik. "What`s this?" perlahan-lahan dia menyelak bukunya lagi dan sekali lagi jarinya terhiris. Dia terkejut, sekeliling buku teksnya telah dilekatkan dengan pisau cukur yang halus. Lantas di beralih memandang Neo yang setia merenungnya dari tadi. Dia dapat lihat Neo sedang menongkat dagu sambil tersenyum ke arahnya.
"Pa-dan-mu-ka." terlihat bibir Neo perlahan-lahan menuturkan ayat ini. Saat itu Yora terasa bagaikan ingin menjerit. Turun naik dadanya melihat Neo yang masih bersahaja. Dia tidak tahu apa yang mesti dilakukannya lagi. Menjerit dan beritahu guru tentang kejadian ini? Pasti ia akan memburukkan lagi keadaan. Beritahu daddy? Sumpah daddy tak akan percaya! Dan sekali pun aku tak akan pernah bercakap dengan ibu Neo.
Setelah penat melayan perasaan, Yora mula tertunduk. Jari-jarinya yang berdarah teruk hanya digenggam. Sedikit pun tak mempedulikan lukanya walaupun darahnya sudah pun menitik mewarnai baju sekolah. Wajah Neo dilepaskan dari pandangannya. Dan waktu itu, dia hanya mampu menangis. Sakit di hati mengatasi luka di jari. "Benci Neo!" Bisiknya.
"Cikgu, maafkan saya. Tetapi, Yora kurang sihat sikit hari ni. Boleh saya bawa dia ke bilik rawatan?" Tiba-tiba Neo bersuara dan itu menterkejutkan Yora.
"Yora? Baiklah.." Miss Anna mengangguk.
Lantas Neo bangun lalu menarik lengan Yora yang masih terpana. Yora cuba untuk tidak bangun tetapi dia tak mempunyai pilihan lain selain menurut langkah Neo yang laju menariknya keluar dari kelas. Sepanjang perjalanan ke bilik rawatan, Neo langsung tak memandang Yora yang masih tak puas hati.
"Hei, let me go!" namun sia-sia sahaja rontaannya. Neo tetap tak melepaskannya.
Apabila sampai di bilik rawatan, tanpa isyarat Neo menendang kuat pintu bilik itu.
"Woi!" penghuni bilik itu terjerit.
Rupanya Kei dan Zen berada di dalam. Terlihat Kei sedang terduduk di birai katil sambil menekan perutnya manakala Zen berdiri di sebelahnya sambil mengurut belakang abangnya.
"Sorry, guys. Emergency." Neo melepaskan senyuman.
"Okay.." Hanya itu yang dijawab Kei. Kemudian dua beradik itu hanya melihat Neo mengheret kakak tirinya ke meja rawatan dengan perasaan tanda tanya.
"Sit down." Arah Neo.
"Dont want!" jawab Yora pula sambil tangannya cuba menolak Neo menjauhinya.
Neo berdecit seketika. Namun kelihatan dia kadang-kadang melarikan pandangannya daripada tangan Yora yang sudahpun berlumuran darah.
Kerana Yora berdegil tak mahu duduk. Neo terus mengheretnya ke sinki lalu membasuh luka itu. Yora terpaksa mengetap bibirnya menahan sakit. Agak dalam juga luka hirisan itu. Empat daripada sepulah jari Yora luka kerana hirisan itu.
Setelah dibasuh, Neo kembali menarik Yora ke meja rawatan. Dia mengambil apa yang patut untuk membersihkan luka kakaknya.
"What happened?" tanya Kei yang masih menahan sakit kerana gastrik.
Yora dan Neo tak menjawab.
Keadaan senyap. Namun Neo bersuara juga akhirnya. "I hurt her."
"As I expected." tutur Zen dan itu menyebabkan Neo tertawa kecil.
"Enough, Neo. You hurt me then you treat me, this is your motive, right! Nak tunjuk dekat semua orang yang kau ni prihatin! Kan?" tengking Yora walaupun dia membiarkan sahaja Neo merawat tangannya.
"So?" hanya itu yang dijawabnya. Walaupun hanya sepatah, namun itu sudah cukup untuk menyakitkan lagi hati Yora.
Namun Yora tak kuasa lagi untuk bertengkar hari ini. Jarinya benar-benar pedih hingga memudarkan moodnya untuk bertengkar.
"Neo, why you look pale?" tanya Kei lagi sambil memandang tepat ke wajah Neo yang dah pucat lesi.
Sebelum menjawab, Neo sempat tersenyum nipis. "You know what, Yora`s ugly voice really make me sick!" kemudian dia tertawa mengejek pula.
Yora benar-benar dah tak kuasa nak melayan. Dari berdiri dia terduduk. Tak faham dengan adiknya. Bagai ada sesuatu yang adiknya sembunyikan. Sekejap adiknya menjadi kejam dan sekejap pula... tak tahu nak ceritalah.
"Oh my god. Darah ni tak nak berhentilah." tutur Neo ringan sambil menekan luka di jari hantu Yora dengan kapas. Saat ini Yora mula memandang wajah adiknya. Benar kata Kei, wajah adiknya memang pucat. Kalau dihiris pun tentu tak berdarah.
Kenapa? dia tak sihat? nampak hantu.
Tiba-tiba Neo melepaskan tangan Yora. "I cant take it anymore!" Dia membelakangi Yora lalu menekup wajahnya.
Yora hairan. "What?"
Zen yang tadinya hanya senyap berjalan mengampiri Neo. Di bibirnya terhias senyuman mengejek. "As I thought, you afraid of blood."
"What?" kenyataan yang dikeluarkan Zen benar-benar menterkejutkan Yora.
"No kidding man."
"Kau kakak paling bodoh pernah aku jumpa. Fikirkan tentang diri kau sampai kau tak perasaan apa yang orang lain tengah rasa. Takkan kau tak perasaan dia cuma pandang luka kau sebelah mata je? Dan dia menggeletar?"
"Zen..." Kei bersuara tipis. Sakit perutnya masih tak hilang sampai dia tak larat nak bersuara.
Yora pula dah pun tertunduk. They are all stupid.
"You dont know anything. So shut up!" Kemudian Yora bangun berlari meninggalkan bilik rawatan itu.
Neo sedikit terkejut. Matanya membuntang memandang Zen yang masih tersenyum sinis.
"What? Nak tampar aku?" tanya Zen.
Mendengar kata-kata Zen, lambat-lambat Neo tersenyum. Kemudian dia menggeleng. "Good night." ucapnya dan tiba-tiba dia rebah tak sedarkan diri.
"Oh, shit!" Zen cepat-cepat tunduk mendapatkan Neo. Berkali-kali juga dia menyumpah seranah hingga menyebabkan abangnya tertawa.
"Zen, you are so funny."
"Shut up, Kei!"

No comments:

Post a Comment