Monday, June 22, 2009

My Sweet Lady 2

3 minggu kemudian...


Dalam perjalanan satu jam menaiki kereta kuda ke Paddington Station, terletak sebuah akedemi swasta berprestij yang hanya menerima pelajar daripada keluarga berada sahaja. Terkenal dengan sejarah dan tradisinya, ia dipanggil Rose Hollis Acedemy.
"Akhirnya! Mereka dah sampai!" jerit seorang pelajar sembil berlari menuju ke pintu pagar Rose Hollis Academy yang tersergam indah.
"Idola kepada Rose Hollis Academy, 3 beradik Danielle."
"Yang paling bijak dalam sejarah sekolah, jelitawan Megan Danielle."
"No, I more prefer the school idol ranked no.1 popularity who made girls faint during the fencing club matches, the charismatic Domino Danielle!"
"Dan gadis comel yang mendapat pujian daripada pengkritik seni, John ruskin, dan juga merupakan adik bongsu dalam trio ini, Sara Danielle."
"Oh my god! They all gorgeous!" Para pelajar mula memuji.
"Dan... siapa pula gadis di sebelah Lady Megan tu?"
"Entah, kalau tak silap namanya Isabelle atau apa-apa jelah!"
"Dengar khabar dia mungkin anak orang gaji keluarga Danielle."
"Khabar angin mengatakan dialah yang mencatatkan rekod keputusan paling buruk dalam ujian kemasukan ke Rose Hollis Academy."
"Memang tuah dia jadi orang gaji keluarga Danielle!"
Sama ada mereka sedar ataupun tidak, kata-kata mereka telah menyebabkan Bell naik darah. Lalu dia menghempas begnya ke tanah. "Ulang sekali lagi! Mungkin aku ni tak berbakat dan cantik tapi aku manusia jugak. Hormatlah sikit... Ah!"
Malangnya dia terus di tolak ke tepi tanpa langsung mendapat perhatian daripada orang. "Bodoh punya manusia." Bell yang tersungkur tadi cuba bangun tetapi dia terkejut apabila seseorang tiba-tiba menletakkan bagasi di depannya.
"Hei, can you take this trunk to my *pension(merupakan rumah hak milik persendirian milik orang kelas atasan ataupun pelajar yang berstatus tinggi) at the west wing dorm?" Arah seorang lelaki.
Bell terkejut. "Eh... w-wait..."
"Oh, ya. My room is w-21 at west wing. Pastikan barang-baran ni diletakkan di tempat yang betul bila aku sampai nanti." Kemudiannya lelaki itu terus beredar.
Anak mata berwarna biru kehijauan, kulit yang putih bersih dan rambut seakan-akan memancarkan sinaran emas yang kelihatan lembut beralun. Siapa lelaki ini?
Aku boleh menerima kenyataan yang dia lebih cantik dariku, tapi...
"Berani dia suruh seorang gadis macam aku mengangkat semua beg-beg ini. Hei! Aku bukannya khadam sekolah!" jerit Bell geram.
Walaubagaimanapun, "Tak guna!" Dia terpaksa mengangkat semua bagasi-bagasi itu ke tempat yang di arahkan.
Aku akan buatkan dia melutut dan mintak maaf daripada aku. Dia belum kenal siapa aku. Berani arahkan aku buat itu ini sesuka hati dia. Tunggulah budak cantik tak guna!
Dalam perjalanan ke rumah agam lelaki tersebut, Bell tak sudah-sudah membebel. Dan akhirnya dia sampai.
Eh, pintu terbuka. Perlahan-lahan Bell melangkah masuk. "Excuse me!
"Dah sampai, Hika? Aku baru je nak jemput kau." Kelihatan seorang lelaki yang hanya bertuala sedang menuangkan teh di dalam rumah itu.
Bell terkejut, terus terlepas beg yang dipegangnya tadi.
Lelaki itu mula memandang ke arah Bell. "Welcome..." dia tiba-tiba kehilangan kata-kata.
Manakala Bell dengan muka yang tiada perasaannya bersuara. "Pintu terbukak."
Serta-merta lelaki itu mencapai cermin matanya yang diletakkan berdekatan lalu merenung Bell. "Eh, siapa kau?"
Bell meletakkan bagasi-bagasi itu di suatu sudut sebelum kembali mengadap lelaki itu dan menjawab pertanyaannya. tetapi dia sendiri pun terkejut lalu dengan menggunakan tangan, dia menutup sedikit pandangannya. Aku ingatkan dengan hidup bersama Loki selama ini boleh membuatkan aku tahu segala-galanya tentang lelaki. Tetapi kenapa tiba-tiba lelaki ini membuatkan aku rasa segan. "Maafkan saya. Saya Isabelle Danielle daripada Rose Hollis Academy."

No comments:

Post a Comment