Sunday, May 31, 2009

Twin of Chaos 4

Neo dan Yora menapak mengikuti Miss Luca dengan jarak yang ketara bezanya. Neo berjalan hampir di sebelah Miss Luca manakala Yora masih jauh di belakang. Cuba untuk tidak mendekati adik tirinya.
Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia begitu membenci Neo.
Mungkin kerana Neo adalah anak kepada wanita yang memusnahkan kebahagiaan keluarganya dulu.
Neo sengaja berlakon sebagai anak yang baik di rumah, tetapi sebenarnya dia sangat jahat! Sengaja mencari gaduh denganku. Dia sangat kasar. Jadi aku terpaksa memukulnya sekuat hati hingga mencalarkan pipinya.
Tetapi, ibunya tak pernah memarahiku. Sekali pun tak. Nak tunjuk baikla kononnya. Sejak ibuku meninggal dua tahun lalu, aku mula tinggal bersama Neo.
Ramai yang menyangkakan kami adik beradik kandung. Hakikatnya kami langsung tak mempunyai pertalian darah. Dan bagiku, wajahku dan Neo langsung tak serupa.
Dia mempunyai rambut panjang berwarna hijau manakala aku mempunyai rambut berwarna merah jambu. Berketinggian 170. Lebih tinggi dariku yang hanya berketinggian 167, dia mempunyai anak mata berwarna kuning cair dan aku berwarna ungu. Mungkin hanya warna kulit kami yang serupa. Yang menunjukkan perbezaan yang ketara antara kami.
Kadang-kadang aku cemburu melihatnya kerana dia mempunya potongan badan dan kaki yang cantik. Tidak, aku terperasan satu perkara lagi, susunan dan bentuk jarinya sama sepertiku. Aku tak tahu siapa ayahnya, yang pasti mesti ayahnya seorang yang kacak dan cantik kerana ibunya tidaklah begitu cantik. Jadi dari mana datangnya kecantikan yang ada pada Neo kalau bukan daripada ayahnya.
Seperkara lagi, Neo selalu tersenyum di depan orang ramai, tetapi sebenarnya dia adalah seorang gadis yang muram.
Sedar tak sedar akhirnya mereka sampai ke bilik guru. Miss Luca menyuruh mereka masuk dan tunggu sebentar. Mereka duduk di atas sofa yang disediakan tanpa langsung bersuara. Sesekali Neo tersenyum kepada guru-guru yang menanyanya tentang pipinya yang bertampal.
Kemana Miss Luca pergi tak siapa tahu. Yang pastinya Yora dah tak larat nak menunggu.
Akhirnya Miss Luca muncul juga bersama dua orang pelajar yang begitu asing dengan mereka.
Yora tertanya-tanya tetapi Neo sudahpun dapat menggagak siapa mereka.
"Maafkan saya kerana buat kamu menunggu. Mesti kamu dapat agak kenapa saya panggil kamu ke sini bukan?"
"Kuiz matematik?" Neo bersuara. Miss Luca tersenyum dan mengangguk kepadaanya. Tepat sekali.
"Okay, untuk tahun ini, kuiz ini akan bersidang di Orange Step Music Akademi. Dan sepeti yang kamu lihat, kamu akan mendapat pasangan baru. Mereka adalah pelajar baru di kelas 4 Pheonix. Harap kamu semua boleh bekerja sama."
"Boleh ke, cikgu? Bukan ke diorang ni baru lagi." Yora bertanya. Ragu-ragu dengan keupayaan dua beradik itu.
Kei dan Zen awal-awal lagi dah dapat menyangka tentang soalan ini.
Miss Luca ingin menjawab, tetapi dia terdiam apabila Neo tiba-tiba bersuara.
"Apa masaalahnya kalau diorang ni baru lagi?"
Yora sedikit terkejut. Nak cari gaduh dengan aku lagi lah tu. "Kita belum tahu keupayaan mereka."
"Belum cuba belum tahu, kan?" balas Neo lagi.
"Macam mana kalau kita kalah?"
"Serious girl, kalah menang adat permainan. Apa yang nak dirisaukan." Neo tersenyum manis. Tetapi matanya sedikit pun tak memandang kakak tirinya yang dah mula hangat hati.
Manakala Kei dan Zen mula tertarik dengan perbualan mereka. Bagus, bergaduhla lagi!
Yora terasa seperti dimalukan. "Cara kau cakap macam kau yakin kau boleh menang."
"Well, I try my best!"
"Try the best is not enough! You think you can win with that." sedikit demi sedikit suara Yora mula meninggi. Dan sedikit demi sedikit juga senyuman manis Neo bertukar sinis.
"Yora..." panggilnya. "If you think i will ruin the contest, than ask Miss Luca to reject me from this competition. I never mind that!" Kali ini dia mula memandang Yora. Apabila ditempelak begitu, Yora terdiam. Tetapi dia semakin geram melihat senyuman Neo yang tak pernah lekang dari bibirnya. Lalu, tanpa berfikir panjang dia bangun lalu merentap plaster yang melindungi luka di pipi Neo. Satu pejabat terkejut termasuklah Neo dan kembar Mistin itu. Apabila sedar tindakannya yang melulu, Yora mula tertunduk. Kenapa aku tak boleh bersabar dengan budak ni!
"Yora! What are you doing?!" Marah Mr. Robert yang kebetulan berada di situ.
Yora tertunduk. Tak ada satu perkataan pun yang keluar dari bibirnya. Manakala Neo hanya membisu sambil tangannya menekup luka akibat dicalarkan menggunakan gunting oleh Yora semalam. Doktor memberitahu yang luka itu tak akan meninggalkan parut, tetapi luka yang ada sekarang ni mencacatkan penampilan.
"Its okay, Mr. Robert." Neo bangun. "Cuma, bila hari kuiz nanti saya tak nak berpasangan dengan Yora." Kemudian pandangannya beralih kepada Zen. "Paired me with this guy." tunjuknya kepada Zen lalu beredar dari perhimpunan yang tak sempat nak bermula langsung. Setelah Neo hilang dari pandangan, Yora pula berlari meninggalkan mereka.
Guru-guru hanya mampu mengeleng. "Sorry Kei, Zen."
Kei hanya menggeleng manakala Zen pula mengangguk. Entah apa maksud gelengan dan anggukan mereka, hanya mereka yang tahu.
"Mereka tu adik-beradik tiri. Memang selalu bergaduh."
"But they are gorgeous!" Tiba-tiba, tanpa segan silunya Zen bersuara. Kei disebelahnya tersenyum.
Mulanya Miss Luca sedikit terkejut, tetapi dia tetap tersenyum juga. "Yup, undeniable. Okay Zen. Awak tak kisahkan kalau berpasangan dengan Neo?"
"Why dont you paired both of that girl with me?"jawab Zen
"Oh, come on man. Dont be too greedy. Sorry Miss Luca. So, i will be pair with the girl... what we call? Yora?" kata Kei pula.
"Yora. Okay.. tiada masalahkan. Jadi kamu boleh berjumpa dengan pasangan kamu untuk buat revision or preparation for the contest."
Kei mengangguk. "Sure."
Selepas pasangan kembar itu keluar dari pejabat. Guru-guru mula saling berpandangan. Sesaat kemudian mereka ketawa.
"Macam-macam!"

No comments:

Post a Comment