Monday, June 22, 2009

My Sweet Lady 1


Kisah ini berlaku pada abad ke-19 di kota metropolitan di England. Ia mengisahkan mengenai hidup empat adik beradik daripada sebuah keluarga berada. Anak perempuan sulung keluarga itu, Megan Danielle merupakan guru di sebuah sekolah elit yang dinamakan, Rose Hollis Academy. Megan terkenal dengan kecantikan dan kelembutannya.
Anak kedua keluarga Danielle ini pula, Domino Danielle merupakan penuntut tahun ketiga di Rose Hollis Academy. Terkenal sebagai seorang gadis yang kharisma dan pandai dalam seni mempertahankan diri. Dia disukai ramai tak kiralah lelaki ataupun perempuan.
Anak ke empat pula merupakan Sara Danielle. Beliau adalah seorang gadis yang berwajah manis dan comel seperti anak patung. Seorang gadis yang bijak, petah dan menarik.
Hanya tiga gadis ini yang menarik perhatian ramai. Buat masa ini, ramai yang masih tak sedar tentang kewujudan anak ketiga keluarga ini.
Isabelle Danielle. Merupakan penuntut tahun kedua di Rose Hollis Academy. Seorang gadis yang sederhana tinggi, kurus dan berambut panjang. Mempunyai mata yang bundar dan kulit seputih kelopak lili. Dia tidak menarik, tidak pintar dalam pelajaran, tidak berbakat dalam sukan, seni mempertahankan diri, mahupun dalam bermain alat muzik. Dia dikatogerikan sebagai gadis yang biasa saja. Walaupun dia selalu hadir ke sekolah bersama dengan Megan dan Domino, ramai yang hanya mengenalinya sebagai anak pembantu rumah keluarga Danielle. Walaupun terluka dengan kenyataan itu, Isabelle tak pernah bersuara.
Pagi sabtu itu indah disinari cahaya sang mentari. Awal-awal lagi Isabelle atau lebih dikenali dengan panggilan Bell keluar dari rumahnya. Niatnya bukanlah untuk menghirup udara segar atau menghayati keindahan pagi ini, tetapi dia sebenarnya sedang menunggu sesuatu.
Selalunya pada hari sabtu, posmen akan datang ke rumahnya untuk menghantar surat. Jadi, Bell menunggu.
Setelah posmen itu sampai, cepat-cepat Bell berlari mengambil surat yang diletakkan di dalam pei surat rumahnya. Kelam kabut dia mengoyakkan sampul surat itu lalu membaca isi kandungannya.
Setelah lebih kurang beberapa saat berlalu, Bell mendengus lalu dia mengoyakkan surat itu dan terus berlari ke dalam rumah.
"Bell..."
Apabila dia masuk, dia terkejut apabila melihat ketiga-tiga kakak dan adiknya sudahpun berkumpul di ruang tamu.
"Posmen dah sampai?" tanya Domino.
"A.. dah! Bell dah ambil semua surat." angguk Bell.
"Bell, kau sepatutunya biarkan orang gaji yang buat semua tu." Megan yang sedang menghirup tehnya bersuara sambil tersenyum kepada adik keduanya itu.
"Ada surat dari Rose Hollis Academy untuk Sara tak?" Sara pula bertanya.
Bell mula kaget. "Surat untuk Sara? Tak ada. Yang ada cuma surat untuk ayah dan ibu."
Jawapan Bell itu membuatkan Megan, Domino dan Sara kehairanan.
Domino memeluk tubuh. "Patutnya hari ni dah sampai keputusan daripada sekolah, kan?" Dia memandang Megan dan Megan mengangguk tanda mengiyakan kata-kata adiknya.
Mereka senyap seketika. Tetapi kemudiannya terdengar Sara mengeluh.
"Poor me. Mungkin Sara tak diterima masuk ke sekolah tu."
"Tunggu sekejap. Mungkin Bell salah tengok." Domino bangun menuju ke muka pintu dan itu membuatkan Bell tiba-tiba jadi kalut. Habislah, macam mana kalau Domino nampak surat tu dah terkoyak.
Lantas dia cuba menghalang Domino. "Domi.. Er.. wait.."
Tetapi belum sempat dia nak menghalang, pintu rumah mereka tiba-tiba dikuak dari luar. Kelihatan Loki tersenyum ke arah mereka. "Good morning my sweet ladies!"
Mereka semua tersenyum. "Good morning, Loki."
Loki merupakan sepupu mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah mereka. Merupakan seorang lelaki yang menarik dan mahir dalam silap mata. Dia lebih rapat dengan Bell daripada ahli keluarga Danielle yang lain.
"Nak pergi mana Domi?"
"Oh, wait ye. Nak pergi tengok surat kemasukan Sara ke Rose Hollis High School dah sampai ke belum."
Domino tak jadi melangkah keluar apabila Loki tiba-tiba menghentikannya.
"Er... sebenarnya. Tadi posmen tu silap hantar surat ni dekat rumah aku."
"Betul ke?" tanya Sara dan wajahnya berubah gembira.
Loki mengangguk. "Tapi... anjing aku dah koyakkan surat tu. Sorry ye..."
Bell terkejut! "Loki?!" Dia tiba-tiba terjerit. Kakak dan adiknya mula hairan. Apabila sedar yang dia tak patut menjerit pada saat itu, Bell terus mencekak pinggangnya, cuba berlakon.
"Loki, kau tahu tak bertapa pentingnya surat tu pada Sara. Macam mana kau boleh biarkan anjing kau koyakkan surat tu!"
Serta merta wajah Loki berubah seperti ternampak gergasi di depannya.
Manakala Domino dan Megan menggeleng. "Bell tak pernah menjaga dusi bahasanya sebagai seorang gadis bangsawan."
"Sorrylah.."
"Tak apalah, Bell. Surat tu tak penting. Yang penting keputusannya. Macam mana Loki. Aku diterima masuk ke tak?" Sara bersuara sambil tersenyum ke arah Rido.
"Oh well. Takkanlah gadis bijaksana macam kau tak diterima masuk!"
Mendengar jawapan Loki, Sara melepaskan nafas lega. Manakala Megan dan Domino tersenyum.
Tetapi lain pula bagi Bell. Dia cuba bergembira untuk adiknya, tapi tak dapat dia lakukan. "Sara. Bell gembira untuk kau.
Apabila mendengar ucapan Bell, Sara terus menerpa kakaknya itu. "Terima kasih, Bell. Sara memang nak pergi sekolah dengan kakak!"
"Oh, ye ke?" kata Bell separuh tersenyum. Tetapi dia sendiri yang sedang menahan gemuruh kerana dia hampir-hampir berkata, 'Oh, ye ke? Siapa yang nak pergi sekolah dengan kau?'.
Kemudian Bell melangkah keluar dari rumah itu. Loki pula sedaya upaya mengejar sepupunya yang nampaknya dah tak stabil lagi perasaannya.
"Bell, wait!"
Bell tak mengendahkan. Dia terus berlari.
"Bell!"
"Bell, hold on a minute!"
"I said, wait!" Kerana terlampau geram, Loki menarik rambut Bell yang selalu di ikat tocang ponytail itu.
"Auw! Loki Loris, jangan tarik rambut akulah! Kalau aku kene Alopecia (sejenis penyakit di mana semua rambut kamu akan gugur), aku bunuh kau!"
Manakala Loki dengan tangan yang masih menarik rambut Bell, dan dengan wajah yang sedih dia menarik rambut di tengah-tengah kepalanya seolah-olah menarik penutup periuk lalu menyerlahkan kulit kepalanya yang licin berkilat. "Sebenarnya aku yang mengidap Alopecia!"
Bell terjerit kecil. "Ei, stop doing those amateur magic trick!"
Loki tertawa dan kemudiannya meletakkan kembali rambut itu di atas kepalanya.
"Apapun, kenapa kau buat macam tu?" Loki bertanya.
Bell memalingkan wajahnya. Aku tak akan pernah bagitahu sesiapa pasal ni. Sara tak pernah mengaku aku kakaknya. Dia memanggilku sebagai orang gajinya apabila Domino dan Megan tiada di sisi kami. Mungkin tak siapa yang faham kenapa aku bencikan sikap berpura-pura Sara. "Yang kau tanya kenapa? Tak ada kena mengena dengan kau pun."
"Did Sara do something yang menyebabkan kau marah atau pun kau memang tak nak Sara pergi sekolah dengan kau?"
"Ini masalah aku dan keluarga aku. Tolong jangan ambil tahu. Kau jaga je happy famili kau tu"
Semua orang ada nilai yang berharga dalam setiap kelahiran mereka di bumi ini. Kecantikan dan kebijaksanaan. Kemudiannya aku tertanya-tanya, apakah nilai diriku jika dibandingkan dengan kakak-kakak dan adikku. Aku ibarat seekor itik hodoh yang sesat di dalam keluarga angsa yang cantik. Aku tak sesuai dengan mereka.
"Kau tahukan, aku yang koyakkan surat tu!"
Loki mengangguk.
"Jadi, kenapa cakap anjing kau yang koyakkan?!"
"Sebab nak selamatkan kaulah, Lady Isabelle!"
Bell mengetap bibirnya. Dan kemudiannya dia tertunduk. Loki menghampiri gadis itu lalu menyentuh kepalanya.
"Aku tak tahu kenapa kau tak suka kalau Sara masuk sekolah yang sama dengan kau tapi aku tak nak kau buat macam tu. Ini bukan Bell yang aku kenal."
Bell masih diam.
Melihat Bell tak bersuara, Loki berkata lagi. "Hei, bukak sekolah nanti, kalau kita dapat sekelas, kau duduk sebelah aku, ye!"
Bell mengangkat wajahnya. "Itu pun kalau kita sekelas." kemudian dia menjeling.
"Taulah."
Mereka terdiam.
"Loki, cara kau cakap tadi macamlah kau tu ayah aku."
"Ehm!" Loki berdehem. "Bukan ayahlah. Suami. Tau tak suami!"
Sepantas kilat Bell menjeling lelaki di sebelahnya itu. "Suami?! Siapa nak dekat kau!"
"Eleh, kalau kau tak nak masih ramai yang beraturla."
"Perasan!"


*Cerita ini di adaptasi daripada manhwa 'Dear My Girl' daripada Kim Hee Eun. Manhwa Dear My Girls juga sebenarnya diambil daripada cerita asal iaitu novel Little women hasil tulisan Louisa May Alcott. Hasil tulisanku mungkin tak sehebat lukisan Kim Hee Eun ataupun tak semegah hasil tulisan Louisa May Alcott, But please enjoy!

3 comments:

  1. Tajuk cite ni memang manhwa 'Dear My Girl atau 'dear my girl' je? komik ke? english or bm? mane na dapat? *sorry byk tnye . heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tjuk cter ni drpda manga dear my girl.. ^_^

      Delete