Sunday, June 21, 2009

Apple and Berry 4

Berry menggaru kepalanya yang tak gatal. Sebenarnya apa yang Apple sangkakan tentangnya langsung tak tepat. Dua orang peserta pun dia tak dapat nak cari, inikan sepuluh. Aduhai...

Tinggal empat hari je lagi ni, tapi seorang peserta pun tak berjaya ditarik olehnya untuk menyertai boy group itu. Apple kata sekurang-kurangnya dua orang. Tapi....

Waktu sekolah hampir tamat. Hari ini sekolah mereka mengadakan gotong royong untuk aktiviti akan datang nanti, jadi dia mengambil masa ini untuk mengumpul peserta-peserta lelaki yang akan menyertai boy group itu nanti. Dan seperti yang dimaklumkan, dia langsung tak berjaya mendapatkan mana-mana peserta.

Sedang asyik dia termenung di kolam Lafayeeland, dia tiba-tiba ditegur oleh seseorang.

"Sorang je?" April menegur.

Berry yang terkejut itu jadi kalut apabila mengingatkan bagaimana penampilannya sekarang. Aduhai, mesti comot gila ni! "Er... sorang je.."

Kelihatan April mengangguk sebelum duduk di sebelah Berry. “Thinking of what?” tanyanya lagi.

“Thinking of some problem.”

“What problem?”

“Guess pleass.”

Jawapan Berry itu membuatkan April tertawa kecil. “Kalau tekaan aku betul, kau nak bagi apa?”

Kelihatan Berry mendongakkan kepalanya ke atas dan dia tersenyum. “Jawab dulu.”

“Ok, satu cabaran.” April terdiam seketika. Kemudian wajah Berry yang setia menungu jawapannya dipandang. “Mesti tentang tugasan untuk siapakan agenda persembahan nantikan.” Teka April dengan tepat.

Berry terkejut, namun tak dizahirkannya. Kemudian dia memandang wajah April dengan pandangan kehairanan hingga menyebabkan April serba salah. Berry berdiri. Tanpa isyarat dia tiba-tiba mencium pipi kanan April. “Hadiah untuk pemenang!” Katanya sebelum berlari meninggalkan April yang terkesima.

“Wow!” hanya itu yang mampu April suarakan.

Dalam keadaan yang tenang dan indah itu, masing-masing tak sedar yang mereka sedang diperhatikan. Oleh Tuchee, Carmeen dan Lucy.

“Perempuan tu! Siap dia.”

Seperti biasa, Apple masih sibuk tentang agenda persembahan nati. Nak uruskan pentaslah dan bermaca-macam lagi. Mengenai Berry. Hari ni satu hari dia tak nampak Berry. Dahlah dating lambat lagi hari ni, lepas tu hilang entah ke mana. Boy groups tu entah dia dah dapat cari ke belum.

Dalam kekusutan itu, dia tiba-tiba ternampak pasangan Aika dan Aria masih tak lari daripada merenungnya. Sebenarnya dari tadi dia dah perasan yang budak kembar tu tak habis-habis memandangnya bagaikan dia ini seorang pesalah, tapi tak diendahkannya. Tetapi, sekarang ini dia terpaksa menyapa kembar itu untuk bertanya tentang Berry.

“Hei budak, nampak Berry tak?”

“Apa? Budak?! Ingat kami ni budak kecil ke?!” Marah Akia dan adiknya mengangguk laju.

Mendengar kata-kata Akia, Apple serta merta mengeluh. “Korang memang macam budak kecil pun. Tak tengok cermin ke?! Dahlah kering, pendek pulak tu!”

Aduh! Serta merta Akia dan Aria tertunduk. Selama ini mereka tak pernah merendah diri tetapi hari ini Applelah satu-satunya manusia yang menyebabkan mereka dapat merasai perasaan rendah diri. Terima kasih Apple.

Apple tersenyum sumbing. Ambik kau! “Oi, nampak Berry tak?”

“Ada dekat Lafayeeland.” Jawab kembar itu masih tak mengangkat wajahnya.

“Lafayeeland? Buat apa?” tanp a menunggu soalannya dijawab oleh kembar itu, Apple terus melangkah mencari Berry. Hal pementasan tak akan selesai selagi Berry tak mengemukakan tugasannya.

Apabila sampai di Lafayeeland, dia langsung tak nampak kelibat Berry, yang dia nampak hanyalah beberapa pelajar yang ditugaskan untuk membersihkan taman dan kolam dia tapak banglo asrama itu.

Apple berjalan lagi, kali ini menuju ke Soul Society, hospital kecil milik Empty Soul High School. Nanum kelibat yang di cari tetap tak kelihatan. Akhirnya, Apple berputus asa lalu kembali ke Free Hall Garden untuk menyiapkan pentas.

Sebenarnya…

“Fuh, selamat Apple tak nampak aku.” Berry yang dari tadi asyik bersembunyi di belakang pokok melepaskan nafas lega. Sebenarnya dia bukan sengaja nak menyembunyikan diri daripada budak genius tu, tapi dia tak tahu apa yang mesti dijawabnya apabila ditanya tentang boy group itu nanti. Hah, pening, pening!

Sedang asyik dia melayan perasaan, dia tiba-tiba ditarik seseorang.

“Hei!” Berry terkejut melihat Carmeen mengheretnya entah ke mana. “Carmeen!”

“Diamlah!” jerkah Carmeen.

“Kau nak buat apa ni?”

Namun soalan itu tidak dijawab. Dia diheret ke tasik berdekatan dengan Free Hall Garden. Waktu itu dia dapat lihat Tuchee dan Lucy menunggu di situ.

Ah, sudah… Apa yang tak kena pulak ni.

Berry dibawa ke kawasan yang sedikit tersembunyi kerana dilindungi oleh rimbunan pokok sakura yang lebat berbunga.

“”Ni dia, perempuan tak sedar diri ni!” Tolak Carmeen hingga menyebabkan Berry terdorong ke hadapan.

“Apa ni?”

“Tanya lagi? Hei perempuan gatal, jangan pura-pura bodohlah. Ingat kami tak tahu apa yang kau buat?” kelihatan Lucy menggigit gerahamnya.

Perempuan bodoh? Berry termengkalan. “Apa masaalahnya ni. Cuba cakap elok-elok. Aku tak fahamlah.”

“Dahlah, tak payah cakap banyak dengan budak ni. Dia ingat dia boleh simpan Prince Snow untuk dia seorang. Jangan mimpilah. Mati hidup balik pun kami tak akan biarkan perkara ni berlaku!” Kata Tuchee keras sembil membelek kukunya tanpa langsung memandang wajah Berry yang benar-benar confuse!

Pasal April je pun. Nak marah-marah pasal apa. “Girls, calm down. Kita boleh cakap elok…”

“PAP!”

Sekelip mata dan sepantas kilat hinggakan Berry yang sedang bersuara itu tak dapat menangkap apa sebenarnya yang terjadi. Pipinya tiba-tiba ditampar kuat. Dia terpaku.

“Dia ni cakap banyak pulak. Aku tak nak dengar sepatah pun daripada mulut orang yang dah cium Prince Snow kami. Kau tak layak dengan dia. Kau memang kaya tapi itu tak bermakna kau layak bersama dengan Prince Snow. Kau tak layak langsung!”

Berry senyap. Merenung Lucy yang menamparnya tadi tanpa berkedip.

“Apa?” Lucy mengjegilkan matanya.

Berry pula masih kaku.

“Oklah, malas aku nak cakap banyak ni. Kau tengok aku sampai nak terkeluat biji mata pun aku tak hairan. Cuma aku nak bagi amaran dekat kau, jangan… Ah!!” Lucy yang cuba untuk mengugut Berry terjerit apabila dia tiba-tiba ditolak jatuh ke dalam tasik. Tuchee dan Carmeen terkejut manakala Berry kelihatan tersentak dengan apa yang dia lakukan.

Melihat Lucy yang tercungap-cungap di dalam tasik itu membuatkan dia bertambah takut, lalu tanpa mengira sesaat. Dia pantas berlari meninggalkan mereka.


No comments:

Post a Comment