Wednesday, July 29, 2009

My Sweet Lady 6

"Selamat pagi."
"Selamat..." Bell terdiam. "Apa kau buat dekat sini?!" Dan kemudiannya terjerit apabila terlihat Hika tersenyum ke arahnya.
Hika yang dibaling bantal ke arahnya hanya mampu menahan geram dalam senyuman. Memang perempuan kasar. Berani dia baling bantal dekat aku!
"Maaf ye Bell kerana benarkan Hika masuk bilik kau. Tapi, dia kata dia benar-benar nak mintak maaf."
Kata Megan yang baru masuk dengan membawa sedulang makanan. Tak tahulah sama ada untuk dihidangkan kepada Bell ataupun Hika.
Apabila ternampak Megan, secara automatik terukir senyuman di bibir Bell.
Walaupun Bell lebih rapat dengan Domino, tetapi Megan adalah kakak yang paling mengambil berat tentangnya.
Bila Megan dah cakap macam tu, apa lagi yang mampu Bell buat. Lalu dengan berat dia melepaskan keluhannya.
"Eh, tangan aku?"
Kini baru dia sedar yang separuh bahu kanannya sudah pun berbalut. Buat sejenak, Bell cuba mengimbas kembali tentang kenapa bahu dan tangannya berbalut?
Hika?! Dengan pantas dia kembali menjeling Hika.
"Sorry." Ujar Hika tiba-tiba seolah-olah faham maksud jelingan itu.
Kalau boleh, Bell tak nak maafkan lelaki bongkak itu, cuma... tiba-tiba dia rasa macam semua ini bukan salah lelaki itu. Dia sendiri yang berkeras untuk rahsiakan kecederaannya daripada pengetahuan sesiapa. Salahnya jugak. Secara jujurnya, dia berterima kasih kepada Hika. Kalau bukan kerana lelaki itu, dia tak tahu bagaimana dia harus memberitahu kakak-kakaknya tentang kecederaannya.
Sekali lagi Bell mengeluh.
"Maaf diterima. Kalau tak ada apa, kau boleh balik."
"Er.. jangan balik dulu, kakak dah sediakan sarapan untuk kamu berdua. Jadi, kalau boleh..." Megan terdiam dan Bell faham maksud 'diam' itu.
"Oklah, tapi lepas makan kau kena balik cepat. Kalau tak, tahulah apa aku nak buat." Sambung Bell lagi dan kemudiannya meratah wajah Hika seolah lelaki itu adalah hidangan makanan paling lazat di muka bumi ni.
Ugut aku pulak.. Aku tak tahulah mana dia belajar perangai macam ni. Kakak dan adik dia semuanya anggun belaka. Tapi dai, macam buruh kasar.
"Oi, kalau nak makan, makan jelah. Yang nak kutuk aku kenapa?" Tiba-tiba Bell berbisik.
"Ha?" Hika yang mendengar terkedu seketika. "Macam mana kau tahu?"
Ooo... betullah kau tengah kutuk aku. Memang lelaki bongkak tak guna. "Aku teka je.." Bell menghirup tehnya.
Tiba-tiba Hika tertawa. "Macam manalah aku boleh tak perasan, mesti kau dah dapat agak apa yang aku fikirkan, betul tak?"
"Maksud kau?"
Saat itu, Hika tiba-tiba tersenyum sinis. "Maksud aku, sesiapa yang nampak kau mesti akan kutuk kau, kan?"
"Betul." Jawab Bell sekilas tanpa langsung memandang wajah lelaki itu. Sememangnya dia cukup terguris dengan apa yang lelaki itu katakan. Tapi, malas nak ambil peduli.
Hika pula sekali lagi terkedu."Kau tak marah?"
"Tak."
"Kenapa?"
Soalan Hika dibiarkan sepi tanpa jawapan.
Kenapa? Sebab aku tipu. Siapa yang tak marah kalau kau cakap macam tu kepada mereka.
Melihat Bell hanya mendiamkan diri, Hika tak tahu lagi apa yang mesti dia buat. Lalu dia berdiri.
"Aku balik dulu." Katanya.
"Baguslah."
Baru setapak melangkah, Hika tiba-tiba terhenti apabila mendengar gumaman Bell. Gadis itu masih tak mahu memandangnya. Biarlah, aku ingatkan nak main-main dengan dia. Tapi, sebaliknya aku yang terkena. Hai, tiba-tiba rasa tak profesional.
Hika kembali melangkah. Sebelum dia melangkah keluar dari bilik, dia terdengar Bell berkata sesuatu.
"A gentleman does not walk into a danger zone."
Dia bijak... Hanya itu yang muncul di fikiran Hika. Langsung tak kisah walaupun ayat yang keluar dari mulut Bell bertujuan untuk menyindirnya.
Dia seorang gadis yang bijak.

3 comments:

  1. -zEe+de bubLURS's-September 27, 2009 at 4:23 AM

    best...best..best...
    [b'kta best smbil mnjrit]
    haha
    cpt ar smbng ek...

    ReplyDelete
  2. milordddddddddd!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    mane sambungan cter nie.....dah 3 bln sye tunggu smbgn cter nie......{kecewa :(}.... please smbg cter nie....PLEASEEEEEEEEEEx9

    ~ameera~

    ReplyDelete
  3. sorry2.. skarang jugak i sambung ok... huhu

    ReplyDelete