Monday, June 21, 2010

Bloody Prince 4

I got nothing to do with all this. Hampir setiap hari Bando dan rakan-rakannya akan melepak di depan mejaku dan menjeling ke arahku dengan riak penuh dendam. Aku tak faham. Apa lagi yang dia tak puas hati dekat aku? Tak cukup ke dia tumbuk aku hari tu? Walaupun aku macam musykil sedikit dengan sikapnya, aku buat tak tahu je. Malas aku nak fikir banyak-banyak. Nanti aku pun jadi takut macam orang-orang yang takut dekat dia.

Sky pulak, malas nak cakap pasal dia. Tapi kene cakap jugak. Firstly, kenapa dia tak tinggi-tinggi nih? Ang secondly.. Kenapa dia manja sangat dengan ayah aku? Geram aku! Kalau dia cakap sekali je, ayah aku ikut macam orang bodoh. Ada ke patut dia kata dia nak ayah aku tanam giant tree belakang rumah kami and then dia suruh aku aku upah all kind of the best house designer, architect or what so ever untuk buat satu rumah atas pokok tu? Alasannya sebab tak nak tengok muka aku. Sampah betul dia tu!

And yang buat aku terkejut, ayah aku boleh jawab permintaan dia macam ni, “Fine, Sky. All yours.” Seolah-olah macam ayah aku tu menteri kewangan dia. Hish, benci aku!

Kalau macam tu aku pun nak suruh ayah aku buat rumah atas awan untuk aku. Heh, macam lawak je bila fikir balik pasal ni. Maria tertawa bisu.

Nuna dibelakangnya menjeling kehairanan. Tu mesti otak dah boil tuh. Selalu sangat kena tumbuk.

Maria dah mula rasa selesa dengan keadaannya di sini, walaupun Bando dan Sky selalu je menyemakkan pemikirannya. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Tak ada pun yang buat dia rasa tertekan atau stress walaupun dah dua tiga kali ditumbuk.

Pagi itu, apabila loceng rehat berbunyi, Maria dan Nuna seperti biasa keluar bersama-sama untuk ke kantin. Tetapi, apabila sampai di pertengahan jalan jalan, dia terkejut apabila tiba-tiba bajunya dipancut dengan dakwat pen hitam. Dan terdengar laungan tawa daripada beberapa orang di situ. Dia memandang bajunya yang dah mula kotor dan kemudian mengangkat wajahnya melihat siapa yang jahanam sangat buat macam ni dekat dia. And as expected, Bando and the gang.

Bando menjungkitkan keningnya ke arah Maria sambil tersenyum mengejek. “Cantik baju, Maria Kai?”

Maria hanya mampu menggigit gerahamnya. “Bitch!” bisiknya perlahan sebelum berjalan menonong ke bilik air. Cuba untuk tidak memperdulikan Bando yang masih mentertawakannya.

Binatang punya perempuan, puas hati sangatlah tu buat aku macam ni!

Habis basah baju sekolahnya apabila dia cuba menanggalkan kesan dakwat yang macam tak nak lekang dari pakaiannya. “Ish, sakitnya hati aku!”

“Sakit hati, ye?” Sahut satu suara di belakangnya.

Maria hampir berpaling untuk melihat siapakah tuan empunya suara. Tapi dia mematikan niatnya apabila sedar suara itu milik Bando. Sedaya upaya dia berlakon seperti dia tidak mendengar apa-apa pun

“Hei, pekak ke?” Sindir Bando lagi. Dan Maria masih tak mengendahkannya.

“Hei, anak haram! Kau pekak, ke?” Kali ini suara Bando mulu meninggi. Dan gadis itu mula naik angin apabila Maria masih tak mengendahkannya.

Lalu dia menghampiri Maria dan menolak belakangnya.

Maria berdecit. “Syaitan mana pulak kacau aku ni.” Maria mula berang.

“Heh, kau ni bodoh ,eh. Syaitan dengan manusia pun kau tak dapat nak bezakan?”

Maria beralih kebelakang, dia tersenyum sedikit sebelum menjawab kata-kata Bando. “Oh, manusia ke? Aku ingatkn SETAN mana tadi? Make-up tebal sangat. Sampai aku pun tak tahu nak bezakan kau ni syaitan ke manusia. Sorryla ye?”

Sedaya upaya Maria menggigit gerahamnya sambil tersenyum. Senyuman Bando pula semakin pudar dan wajahnya jelas kemerahan. Menahan marah.

Kelihatan Bando berpaling dan terdengar dia menarik nafasnya. Dia berjalan seketika ke penjuru tandas sambil tangannya menyekak pinggang. “Kau.. perempuan paling jahanam dalam muka bumi ni.” Bisik Bando perlahan. “Kali pertama aku tengok muka kau pun aku dah menyampah… Kau ni memang perempuan sundal.”

Maria tertancap. “Apa kau panggil aku?”

“Hah!” Bando berpaling mengadap Maria sambil wajahnya tersenyum. “Perempuan sundal.”

Melihat Maria menjegilkan matanya menahan geram menbuatkan Bando bertambah puas hati. “Kau ni perempuan sundal. Macam mak kau yang diorang cakapkan tu. PEREMPUAN SUNDAL!” Jeritnya.

“Kau jangan main-main nama mak aku!”

“Kenapa? Dah marah, perempuan sundal?”

Maria hanya diam. Dia betul-betul tak tahu nak buat apa sekarang. Kalau ikutkan kepala, memang rasa nak bunuh je Bando ni. Tapi kalau ikutkan hati rasa macam nak menangis. Dia betul-betul buntu. Yang dia mampu buat hanyalah melihat Bando menghampirinya dan dia langsung tak terkejut apabila Bando mencekak colar bajunya dan menolaknya sehingga dia terlanggar salah satu pintu tandas di situ.

“Heh, mana pergi mulut kau yang macam cibai tu?! Dah bisu ke?” Bando masih tersenyum mengejeknya. Kemudian Dia melihat Bando menarik salah satu getah paip air yang berdekatan dan membuka pili air tersebut. Kelihatan air deras mencurah daripada getah paip yang dipegangnya.

“Alang-alang baju kau dah basah… dan KOTOR! Apa kata aku tolong basuhkan, PEREMPUAN SUNDAL!” Lalu sambil tertawa deras dia memancutkan air yang deras mengalir seperti tawanya itu ke arah Maria yang senyap membatu. Apabila puas dia membasahkan satu badan Maria, dia berhenti. Dan apabila melihat Maria hanya terduduk melukut dan membatu merenung lantai dia mendengus lalu menghayunkan getah paip itu sehigga terpukul pipi Maria sebelum keluar dari bilik air itu dengan perasaan yang berbaur rasa.

Serentak apabila getah paip itu memukul pipinya, air matanya terus mengalir. Terkejut, sakit dan berbagai-bagai lagi perasaan menghantui Maria. Dia mula takut. Dia sedar ramai yang sedang berkumpul dia luar bilik air itu untuk melihatnya dipukul. Hanya melihat. Mereka hanya melihat!

Perlahan-lahan Maria bangun. Dia masuk ke dalam tandas di belakangnya dan mengunci pintu tandas itu. Tak sanggup nak keluar menghadapi manusia pengecut di luar sana. Dia tak salahkan mereka. Cuma dia bertambah sedih apabila memikirkan yang dia dijadikan bahan tontonan. Tak ada seorang pun yang membantu. Termasuklah…. Nuna.

Lama dia berada di situ. Loceng kelas yang berbunyi langsung tak berjaya memujuknya untuk keluar daripada situ. Sehinggala suatu masa, dia terdengar keriuhan di luar sana. Mungkin masa persekolahan untuk hari ini sudah tamat. Beberapa orang gadis masuk ke dalam tandas.

“Kau nak ikut kitorang pergi karoke tak lepas ni?”

“Mestilah nak ikot.”

“Ok. Jom.”

“Weh, korang dengar cerita tak yang Maria kena pukul dengan Bando dalam bilik air ni tadi?”

“Aah, aku ada dengar cerita jugak. Tapi aku tak tahu siapa? Maria anak pemilik Prince Hotel tu ke?”

“Aah!”
“Huh. Aku pun tak suka kat Bando tu tapi puas hati jugak Maria tu kena pukul. Padan muka dia, siapa suruh cantik sangat!” Kemudiannya mereka tertawa.

“Ish, tak baik tau kau ni. Maria tu tak kacau kau pun.”

“Tak kacau kau kata? Boyfriend aku tiap-tiap hari asyik tanya aku pasal dia je. Menyampah aku!”

“Aah, boyfriend aku pun sama jugak. Tapi aku tak kisah pun. Dah memang dia cantik. Padanlah orang ramai suka. Anak orang kaya pulak tu. Pakej arr.”

“Huh. Sudahlah. Menyampah aku dengar nama dia.”

“Jelesla tu.”

Dan terdengar lagi mereka tertawa.

Mungkin mereka sakit hati dengannya. Tetapi mereka tak sedar ada hati yang terluka mendengar kata-kata mereka.

Rasa senang hatinya pagi tadi pecah berderap begitu sahaja. Sekelip mata.

“Rupanya, jadi cantik adalah musibah yang tuhan berikan kepadaku.”

“Sky, kakak kau kenapa?”

Tanya ayahnya sewaktu mereka sedang makan malam.

“Hah? Kakak? Oh, Sis?” Sky menjeling kerusi depannya yang sepatutnya menjadi tempat duduk Maria sewaktu makan malam. “Entahlah.” Hanya itu yang dijawabnya. Ayahnya pula hanya mampu menjungkitkan bahunya. Entahlah…

Apabila pulang petang tadi. Maria langsung tak bertegur sapa dengar Ayahnya mahupun orang-orang di rumah itu. Wajahnya murung, kelihatan serabut dan suram.

Malam itu Maria hanya terbaring merenung syiling. Dia dah berhenti menangis. Tapi kesedihan masih tak pergi-pergi. Tadi, dia terkejut apabila tiba-tiba Sky membuka pintu biliknya. Untuk melindungi wajahnya daripada dilihat oleh sky dia cepat-cepat berpusing dan itu membuatkan dahinya terlanggar bucu katil. Dan keadaan itu membuatkan dia menangis dengan lebih teruk.

Dia sungguh sunyi. Nak ceritakan semanya pada ayahnya, no point. Ayahnya tak mampu berbuat apa-apa melainkan memindahkannya ke sekolah lain. Dia tak nak itu terjadi. Kerana pabila dia berpindah sekolah, itu hanya akan memuaskan hati Bando. Dia tak nak!

Tapi, dalam keadaan yang sayup-sayup dan sunyi itu. Dia terdengar petikan gitar yang merdu. Merdu hingga menyentuh hati. Dan seterusnya terdengar suara mengalunkan satu lagu yang dia sendiri tak pernah dengar…

When the world left you alone

Im the one who will always be with you

Cause I don’t want you baby

To crying there

You pretty face is gloomy

Where`s the shine that always shining me

I don’t want you to keep lonely

Cause it make you

To crying there..

Just be with me

Don’t turn back

Cause I will make you the future

That always smiling

Always shining as bright as the sunshine

The golden voice of you

Please singing the jewel song

Don’t let it keep away from me

Cause I may fade without it

Please my baby

Don’t cry

Just let it away

Just be with me…

Maris tersenyum. “Just be with you..”

Dan entah bila dan bagaimana, dia terus terlelap meninggalkan segala kegusaran yang megikat hatinya.

Bukan dia seorang je yang mengantuk. Malah, ada seorang lagi manusia yang mengantuk dengan lagu itu.

“Hai, lagu bodoh ni. Aku yang nyanyi pun boleh mengantuk.” Sky menguap lagi.

Saturday, May 29, 2010

My Sweet Lady 7

Setelah sebulan Bell berehat di rumah, akhirnya dia terpaksa pergi ke sekolah setelah tangannya yang patah kembali sembuh.
Ish, macam nak maki pun ada tangan ni. Sembuh cepat sangat pasal ape entah. Aku malas nak pergi sekolah ni.
Tetapi, itulah kenyataannya. Nak tak nak dia tetap kena pergi ke sekolah hari ini.
Sepanjang perjalanan menuju ke Rose Hollis Acedemy, Bell langsung tak bersuara. Moodnya bertambah teruk apabila Sara yang masih tak lekang dengan senyuman manisnya duduk di sebelahnya.
Penipu! Hipokrit! Talam sepuluh muka! Binatang! Semuanya bermain di hati Bell. Dia tak dapat mengelak daripada memaki hamun adiknya yang suka berpura-pura itu. Sejak pagi tadi, adiknya tak sudah-sudah mengekorinya. Konon-kononya caring la. Padahal saja nak tunjuk baik depan orang. Kalau aku ni bodoh, dah lama aku sepak kau Sara depan kakak-kakak aku. Tapi aku tak nak buat macam tu. Aku masih ada rasa sabar. Aku tak tahu macam mana nak handle kau. Tapi, tengoklah... Suatu hari nanti semua agenda kau, satu-satu akan aku rungkaikan.

Seperti yang Bell jangkakan, apabila dia sampai di sekolah, yang dia dapat hanyalah cemuhan daripada orang ramai. Kadang-kadang dia inginkan sambutan hangat seperti yang diberikan kepada adik dan kakak-kakaknya. Dia inginkan semua itu. Kemasyhuran, kecantikan... Tapi, semua itu tak mungkin ada pada dirinya yang digelar Barbaric Girl.
Cubalah untuk bersyukur Bell, oiiii. Dia berbisik pada dirinya.
Dia masuk ke kelas seperti biasa, duduk di tempatnya seperti biasa dan menunggu ke hadiran duru seperti biasa. Semuanya seperti biasa. Cuma satu perkara je yang tak biasa. Walaupun semua pelajar mencemuhnya, tapi ada seorang pelajar perempuan yang begitu asing baginya, sedang tersenyum kepadanya.
Eh, dia senyum dekat aku ke?
Kemudian pelajar perempuan itu bangun dan berjalan menuju ke arahnya.
Ah, sudah! Dia datang sini pulak. Takkanlah dia nak buat drama senyum manis macam Sara kat sini. Cukupla, aku dah tak tahan di ganggu perempuan hipokrit.
"Hai." Pelajar perumpuan itu menegurnya.
Dan Bell menjawab. "Hai."
"Nama saya Latia."
"Oh, Hai Latia. Nama..."
Bell tak sempat menghabiskan kata-katanya apabila Latia tiba-tiba memotong.
"Awak Bell kan. Saya tahu. Awak popular sekarang ni."
Eh, budak ni. tiba-tiba datang buat ayat skema lepas tu cakap aku popular. Betul ke tak?
"Ooo.." Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Bell.
"Anyway, ada apa-apa ke kau nak cakap dengan aku?"
"Ah?" Latia sedikit terkedu apabila dia ditanya soalan sebegitu rupa. "Tak ada apa. Cuma saya nak bagi tahu. Mungkin awak tak tahu yang Level exam akan bermula seminggu lagi. Dan untuk exam pertama. Awak akan bersaing dengan saya."
Bell terkejut. "Aahla, macam mana aku boleh lupa ni! Exam.. bersaing dengan kau. Exam apa"
"Aaaa.. Tea ceremony."
"Tea ceremony!" Bell sedikit terjerit. Tetapi kemudiannya dia menjeling wajah Latia yang masih terkedu melihat perangai kasarnya. Tak, buat buasa je Bell. Jangan tunjukkan kelemahan kau di depan lawan. Dia berpura-pura tertawa. "Hahahahaha... Alah, Tea Ceremony? Ingatkan apa tadi. Buat takut je. Kalau Tea Ceremony, senanglah!"
"Se... senang?"
"Yelah, senang. Kenapa? Kau tak reti ke? Kalau tak reti, sinilah aku ajarkan." Dengan bangganya Beth berkata-kata walaupun dalam hatinya, 'Sebenarnya... AKU PUN TAK TAHU TEA CEREMONY TU APA???!!'
Manakala Latia bertambah terkedu dan mula tak faham dengan situasi yang sedang dialaminya. Sangkanya, Beth hanyalah lalang yang tak tahu apa. Tapi semua jangkaannya silap. Perasaan senang hatinya apabila tahu yang dia akan bersaing dengan Bell mula melayan. Dan perlahan-perlahan perasaan takut mula merangkat ke dalam dirinya, "Aaa... tak, tak apalah. Kalau... kalau macam tu, kita jumpa nanti ye. BYE!" Sepantas kilat Latia berlari meninggalkan kelas mereka yang bakal bermual dua tiga minit lagi. Dan itu memberikan senyuman puas kepada Bell.
"Weh, apa yang kau senyumkan tuh!" Loki tiba-tiba menegur.
"Senyuman kemenangan nih... Eh, Loki."
"Yup, Im Loki."
"Lamanya tak jumpaaaaaaaaaaaa. Kau tak jenguk aku pun kat rumah eh. Benci aku." Bell pura-pura merajuk. Walaubagaimanapun, dia memang nak merajuk. Hampir saban hari dia menunggu kehadiran Loki. Tetapi, lelaki itu tetap tak muncul-muncul. Bila dia keseorangan, hanya Loki sahajalah yang boleh membuatkan dia tertawa, walaupun kadang-kadang tu, dia memaksa dirinya untuk tidak tertawa dengan lawak Loki. Ego!
Loki kemudiannya melutut di depan Bell, memulakan sandiwaranya.
"Sorryla, aku nak bagitahu kau, tapi takut kau kecewa. Aku sebenarnya ada pertunjukan magis. Jadi aku tak dapat nak teman kau walaupun sebenarnya aku memang nak teman kau. Aku nak berada bersama kau di saat kau sedih, gembira, duka mahupun lara. Aku nak menghiburkan hati kau, walaupun hanya sesaat. Aku nak menjadi orang yang berguna untuk kau. Ada di saat kau memerlukan. Aku nak... Tapi kadang-kadang tu, keadaan tak mengizinkan. Alam manghalang aku dari kekal besama kau. Kekal mencurahkan kasihku pada kau." Dia berhenti seketika memandang wajah Bell yang kelihatan bingung. "Aku nak..."
Tetapi, sesuatu yang tak dijangka berlaku, sedang Loki asyik berlakon merenung wajah Bell penuh syahdu, tiba-tiba air mata mengalir dari kelopak mata seputih kelopak lili itu.
Loki terkejut. "Bell.." Panggilnya. Tapi tidak disahut oleh gadis iu. Dengan risaunya dia mula menggoncang perlahan bahu Bell. "Bell!"
Dan.. "PANG!" Satu tamparan hinggap di pipi Loki. Bell kemudiaannya bangun dan terus berlari keluar dari kelasnya.
Seolah-olah ini satu siaran ulangan apabila Latia berlari keluar dari kelas tadi.
Satu kelas terkejut dan mula hairan. Kenapa? Mengapa dan bagaimana semua ini boleh terjadi.
Dari melutut, Loki mula bangun. Dia memandang seisi kelas yang kehairanan. "Apa salah aku?"
Apa salah aku? Aku hanya mengulangi kata-kata... Sepantas kilat bagaikan disimbah air sejuk. Loki mula tersedar. Salah aku...


Tuesday, May 4, 2010

Apple and Berry 11

"Mei Assori? Adik April?" Berry terkejut. April ada adik ke? Kenapa aku tak jumpa pun hari tu."

"Yela. Aku adik April! Kenapa? Tak percaya, ke?"

"Memang aku tak percaya. Selama aku kenal dengan April, aku tak pernah tau yang dia ada adik. Family dia pun tak pernah cakap apa-apa dengan aku."

Cis, mama dengan papa ni, takkan diorang tak pernah cerita langsung pasal aku. Mei sedikit tercebik. Tetapi kemudiannya dia kembali menjegil Berry.

"Ah, lupakan semua tu. Yang penting aku memang adik April. Aku nak bagi tahu yang aku tak suka kau bertunang dengan abang aku."

"Eh, aku bertunang dengan abang kau, bukannya dengan kau. Yang kau nak sibuk-sibuk pasal apa?!"

Mei mula rasa tercabar. Dia ni, melawan! "Ok, kalau kau dah cakap macam tu, tengoklah. Aku tak akan lepaskan kau. Aku akan buat kau merana. And kalau kau tak nak aku kacau kau, kau lepaskan Apple!"

"Huh?" Berry sedikit terkejut dan Apple pula termengkalan.

Tiba-tiba je naik nama aku. Kemudian dia memandang Berry.

"Mesti kau bagitahu semua orang yang aku ni hak milik kau, kan?" Tuduhnya tiba-tiba.

"Woih, kepala bapak kau! Bila pulak aku cakap macam tu. And bila pulak aku tak lepaskan kau?"

Balas Berry pula dan dijawab oleh Apple dengan hanya menjungkitkan bahunya.

Kedua-dua mereka kemudiannya memandang ke arah Mei yang tersenyap seketika.

Mei sedikit terkejut. "Alah, semua orang tahu, Apple ni ibarat hamba kau. Kau suruh dia buat semua yang kau nak dia buat. Kan?"

Eh, budak ni. Aku seligi jugak karang! Ni yang aku tak suka nih kalau si Apple busuk ni pun terlibat dalam kisah hidup aku ni.

Kemudian Berry menjeling Apple yang tak sudah-sudah menjelingnya dengan perasaan tak puas hati. "Kau bagitahu dia sikit."

"Bagitahu sikit apa?"

"Ish, aku cakap tak habis lagi kau dah potong. Bagitahu sikit dekat si tikus mondok ni apa hubungan kau dengan aku." Bisik Berry semakin lama semakin perlahan.

Mei di belakangnya cuba mencuri dengar.

Kelihatan Apple termenung seketika. Merenung Berry dan kemudiannya menjeling tajan ke arah Mei yang kelihatan terkejut apabila melihat Apple memandang ke arahnya. "Kau betul nak aku bagitahu budak ni tentang hubungan kita?"

"Erm, ya!" Berry mengangguk.

"Are you sure?" Tanya Apple seklai lagi. Di wajahnya terlakar satu ekspresi yang menunjukkan seolah-olah dia sedang susah hati.

"Yeah, sure!"

"Hundred percent sure?"

"Totally sure, of course!"

"No regret?" Tanya Apple sekali lagi dan ini membuatkan Berry hampir-hampir melenting.

"No regret la! Kau ni pasal apa ha? Nak malukan aku depan budak ni ke?"

Apple tersenyum. Senyuman yang paling indah dan nakal pernah Berry lihat.

Mei yang melihat turut tersampuk melihat senyuman itu. "Indahnya dunia." Gumamnya perlahan tanpa sedar.

"Kau ni kenapa sebenarnya?" Tanya Berry. "Kau nak tolong aku ke tak nak ni."

Apple tersenyum dan kemudiannya berpura-pura serius. "Aku tak kata apa pun, kan? Ok, ok... Relaks."

Apple bangun. Menghampiri Berry dan bukannya Mei.

"Mei." panggilnya tanpa langusng mengalihkan anak matanya daripada menentang pandangan Berry yang kehairanan. "Kau nak tau apa hubungan aku dengan Berry?"

Mei sedikit terkesima. "Aa.. yelah. Mestilah. Tapi kau jangan tipu."

"Tak. Aku tak tipu." Terlakar senyuman sinis di bibirnya. "Aku takkan tipu. Kan Berry."

"Aaaa..." Berry mula was-was.

Masing-masing rasa gemuruh melihat Apple kelihatan serius. Berry yang melihat mula rasa takut. Kenapa aku rasa macam tak kena je. Ada sesuatu yang akan terjadi ke ni?

"Im not her slave." Tutur Apple memecah keheningan. Berry mula tersenyum.

"But, she`s my only love. My only dear. The one I care, the one that I miss everyday and the one that very important to me."

Serta-merta pudar senyuman Berry. "My only love?" dia terkesima. Begitu juga dengan Mei. Kata-kata puitis daripada Apple tadi seolah-olah mengunci bibirnya sehinggakan dia tidak dapat mengeluarkan satu pun kata-kata daripada mulutnya.

Keadaan senyap seketika.

Apple masih tersenyum sinis sambil meratah wajah Berry yang mula merah padam.

"EH??! Love? Maknanya? CINTA TERLARANG!" Jerit Mei dan dua lagi kawan-kawannya.

"Cin.. cinta terlarang apa?" tanya Berry cuba melarikan pandangannya dari Apple.

Dari terkejut, Mei dan kawan-kawannya mula tersenyum. "Oh, aku dah faham." Dia menepuk tangannya. "Selama ni Berry dengan Apple memang saling menyintai, tetapi disebabkan darjat, korang tak dapat nak reveal kan cinta korang, kan? Waa... hebat nih?!"

Pap! Apple menampar dahinya. Lain yang aku maksudkan, lain yang dorang faham.

Berry bertambah terkejut apabila Mei tiba-tiba menerpanya dan menggenggam kuat tangannya. "Maafkan saya Berry. Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak. Tapi jangan risau! Saya akan tolong awak dan Apple. Saya akan berusaha untuk jauhkan awak dari April."

"Eh? Tak... saya.." Berry mula kaget.

"Tak apa. Jangan risau. Saya akan simpan rahsia ni." Kamudian Mei menghampiri Apple pula. "Aaa.. Maaf ye mengganggu. Saya pergi dulu tau. AAA... jaga Berry elok-elok. BYE!!!" Laungnya sejurus berlari meninggalkan mereka.

Selepas Mei pergi, keadaan menjadi kaku seketika. Kedua-dua mereka langsung tak bergerak ataupun berkata-kata.

Apple hanya tenang memeluk tubuh menunggu reaksi daripada Berry.

Berry pula sedang cuba mengemaskini perasaan dan otaknya yang tiba-tiba bersepah di sebabkan kata-kata Apple tadi.

Lima minit berlalu, tetapi mereka masih begitu.

Akhirnya, setelah penat berlagak seperti patung, Apple mengambil keputusan untuk bersuara.

"Ehm." Dia berdehem.

Berry terkejut. “Er… tak apalah. Aku keluar dulu eh.”

“Keluar ke mana? Time rehat nak habis dah ni.” Serentak selepas Apple habis berkata-kata, loceng tamat rehat terus berbunyi dan itu membuatkan Berry tiba jadi tak keruan.

“Ah!” Dia tertawa seketika dan dibalas dengan senyuman daripada Apple. “Dah bunyi pun.. Kalau macam tu, aku nak balik tempat aku la.” Gadis itu mula berpaling dan melangkah tetapi sekali lagi dia dihalang oleh Apple. “Tempat kau kat mana? Bukan tempat kau kat sini ke? Sebelah aku.”

“Oh ya. I got it!” Dia kembali dan terus duduk di tempatnya. “Apa kena dengan aku ni.” Gumamnya perlahan sambil menjeling perlahan ke arah Apple yang kelihatan hairan dengan sikapnya sebelum merebahkan kepalanya ke atas meja.

“She`s insane?” Yeah! Of course aku hairan. Tiba-tiba jadi macam orang tak betul. Apa kena? Takkanlah aku baru cakap I love you dia dah jadi… macam tu?

Kalau tadi, Berry cerdik dan aktif macam strawberry…”( Apa kena dengan strawberry?) Tapi, kali ni dia dah jadi macam orang dungu yang tak tahu apa langsung. Macam bayi yang beru keluar dari kandungan ibunya, macam putik buah raspberry yang masih tawar dan tak rasa apa langsung. Nothing in her mind. Nothing! Does she`s really go insane? Nobody know…

Kalau cikgu tanya dia sepatah, sepatah pun dia tak jawab balik. Yang dia buat hanyalah senyap merenung papan hitam seolah-olah dia dipukau ataupun maybe disantau…? Keadaannya itu membuatkan guru-guru yang melihatnya mula rasa takut. Jadi mereka hanya mampu senyap dari menyuarakan tentang perangai pelik Berry itu.

Akhirnya, tamatlah masa persekolahan yang Apple rasakan paling dungu dalam sejarah hidupnya. Keadaan pelik Berry turut memberi kesan kepadanya. “Aku tak puas hati sungguh. Kenapa dia tu? Ish, ikutkan hati aku rasa macam nak ketuk je kepala dia. Bodoh sangat! Dah tu, cikgu tanya dia, satu pun dia tak jawab. Buat malu aku je! Bodoh sungguh.”

Berry pula masih dalam lamunan. Dia masih di tempat duduknya walaupun semua orang dalam kelas tu dah balik rumah. Akia dan Aria pun dah tak tahu nak buat apa dengan Berry melainkan… hmm.. meninggalkannya sendirian di situ. “Kenapa aku jadi macam ni. Aku rasa macam aku ni baru dilahirkan, reborn? Tapi, taklah reborn sangat. Semuanya gara-gara Apple. Why did he said, ‘I LOVE YOU?’” Berry mengeluh buat kali pertamanya hari ini setalah lama dia mambatu macam Patung Juliet yang masih tersergam indah di tengah-tengah kota Rom. Rom ke? Tapi, sayangnya, tak ada seorang pun di situ untuk melihat dia mengeluh. Kalau tak mesti semua orang dah bersorak macam ni.. “HORAY!!” apabila melihat patung Juliet itu akhirnya bergerak.

“Aku rasa aku mesti cakap dengan Apple. Dia tak patut cakap macam tu. Aku just cintakan April, ok? Only April? No Apple or orange.. Yeah! Deal! Aku must talk to him!” Serta merta Berry bangun dari tempat duduknya dan terus berlari menuju ke banglo free tempat Apple menetap. Dan sekali lagi kalau ada orang di situ, pasti mereka akan bersorak “HORAY!” apabila melihat patung Juliet itu akhirnya Berjaya melarikan dirinya.

“Apple!”

Dari jauh Apple terdengar seperti seseorang sedang melaungkan namanya. Dan semakin lama, suara itu menjadi semakin kuat. Apple berhenti. Hantu mana pulak ni yang kemaruk dekat aku siang-siang hari ni. Apple menjeling banggunan Tryst Fixity yang tersergam indah disebelahnya. Takkan hantu kot? Dia mula takut.

“Apple!” Suara itu menjadi semakin kuat seolah-olah hantu itu berada di belakangnya. Betul-betul dibelakangnya. Dan terdengar seperti bunyi derapan kaki sedang belari semakin lama semakin dekat denganya.

“Ah, sudah. Hantu ni tengah marathon belakang aku ke?”

“Apple!”

PANG!

Belakangnya ditampar kuat hingga membuatkan dia hampir-hampir terloncat kerana terkejut. “Woi, Berry?!”

“Yes, me. Kenapa? Kau tak dengar ke aku panggil… and why you look so pale?” Berry masih tercungap-cungap. Cuba untuk bernafas dengan lebih tenang apabila melihat wajah Apple tiba-tiba pucat.

“Pucat? Kau tanya kenapa aku pucat? Sebab kaulah. Terjerit-jerit panggil nama aku macam hantu! Buang tabiat ke?!”

Berry senyap seketika. Cuba mentafsir kata-kata Apple tadi. Mukanya berkerut-kerut. Salah ke aku panggil dia siang-siang hari ni? Is it a problem? Ah! Ooo.. kemudian dia tertawa dan itu membuatkan Apple benar-benar sakit hati dengannya.

“Kau ni kenapa, ha? Sekejap pandai macam aku. Sekejap bodoh macam angsa. Sekejap gila macam hantu. Kau ni ada sawan ke? Kalau kau ada sawan, sini aku nak betulkan kepala kau!” Gumam Apple sambil tangannya mencapai leher Berry dan cuba untuk mencekik gadis itu. Berry yang masih tertawa, terjerit-jerit menolak Apple menjauhinya.

“Janganlah marah. Aku tak buat salah apa pun. Cuma kelakarlah, kau ingat aku ni hantu ke? Siang-siang hari ni mana ada hantu.”

“Adalah, hantu berry!” Apple menjegilkan matanya.

Apabila mendengar Apple berkata begitu, Berry tercebik seketika. Dia hampir-hampir terlupa tujuan sebenarnya datang berjumpa dengan Apple.

“Aaa.. Apple. Aku nak tanya kau satu benda ni.”

“Hmm.. Apa?”

“Tak ada apa yang penting pun, Cuma just nak tanya.”

“Hai… cakap je lah.”

“Tadi, waktu Mei datang tu. Aaa… kau kan ada cakap yang kau…” Berry terhenti seketika dan menjeling Apple yang menjungkitkan keningnya.

“And..?” tanya Apple selanjutnya.

“Yelah, kau.. kan ada cakap yang kau… kan kau yang cakap…” Berry berhenti lagi. Dia ni tak faham-faham. Takkan aku nak kene cakap pulak. “Kau tak ingat ke, kan kau ade cakap yang..”

“Oh, aku cakap I love You tu ke?”

Berry mengangguk. Ingat pun.

“Oh, yang tu kau tak payah risau, aku saja je nak diamkan budak Mei tu. Bising sangat!”

Berry terpampan, “Nak diamkan Mei?”

“Yup!” Apple mengangguk. “She`s so noisy. Annoying.”

Berry mengangguk perlahan. Tapi di wajahnya jelas terpancar riak tak puas hati. “Jadi.. you didn’t mean what you have said?”

“Aaa.. yes!”

“You…” Berry menggigit grahamnya. “You shit!” Serta merta Apple di depannya di tolak kuat hingga menyebabkan Apple terundur ke belakang.

Gadis itu kemudiannya melangkah laju meninggalkan Apple yang mula tak faham apa-apa.

“What? Aku buat apa? Huh, she`s really go insane. Aku tak faham satu benda pun yang dia buat.”


Monday, January 25, 2010

Twin of Chaos 25

Haaa... tidur kat luar lagi?? Neo terus terduduk apabila melihat bantal dan teddy bear cute beannya telah di lontar ke luar dan pintu bilik dikunci rapat!
Ish, melampau budak ni.
"ZEN BODOH!!!!!!!!!!!!!!!"


"Tak lain tak bukan Neo kena tidur luar lagi la tu. Haila, Zen. Dia tak nampak ke dah masuk musim bunga ni. Mati bini dia kesejukan aku tak tau la! Teruk betul."
"Tengokla adik siapa?" Sindir Yora pula sambil berpura-pura memejamkan matanya.
"Eh? Tak habis-habis aku yang kena. Orang lain buat salah, aku yang kena. Kalau aku buat salah pun, aku jugak yang kena. Semuanya salah aku, kan?"
"Yang kau nak emo pasal apa?"
Kei terus mencebik. "Aku kacil hati tau tak."
"Alah, besar mana sangatlah hati kau tu." Balas Yora kembali sebelum bangun menuju ke muka pintu. "Dahlah. Jangan nak buat muka buruk kau tu. Aku nak keluar tengok Neo sekejap."
Kei terkedu. Muka buruk? Kalau aku buat muka macam ni, satu dunia cair tau?! Ish, kadang-kadang aku benci cakap dengan budak Yora ni.



Apabila keluar dari biliknya, Yora hanya mampu mengelah apabila melihat Neo yang masih tak sudah-sudah menendang pintu biliknya yang dikunci Zen.
"Ei, sudahla. Pergi tidur kat bilik bawahlah!"
Neo menjeling. "Suka hatilah. Kau sibuk apa?!" tengkingnya.
"Eh, aku cakap elok-elok, takkanlah kau tak boleh nak cakap elok-elok balik."
"Ih, aku kata jangan sibuklah!!!" Kali ini makin kuat dia menendang pintu biliknya.
Yora pula menjadi semakin rimas. "Ish, sini turun." Dia menarik kuat tangan Neo namun disentap oleh gadis itu.
"Orang cakap jangan sibuklah!"
"Heh, Kenapa yang kau degil sangat nih. Kau sepaklah pintu tu sampai nak pecah pun Zen tetap tak akan buka. Sekarang ni baik kau masuk tidur dulu. Esok nak kena pergi sekolah lagi."
Neo senyap. Tetapi beberapa saat kemudian dia kembali menjeling Yora, tajam. "Habis tu, kau tak payah pergi sekolah la?"
"Hai..." Yora mengeluh. "Aku pun nak ke sekolah juga esok. Tapi, kalau kau dah memekak macam ni, macam mana aku nak tidur."
"Mana ada aku memekak."
"Kau ni cakap semua kau nak betul eh. Orang cakap langsung kau tak nak dengar. Kau ingat kau sorang je yang duduk dalam rumah ni. Tuh, Yosh tu pun nak pergi sekolah. Dah sepuluh kali budak tu tak bangun pagi. Sekolah pun tak pergi. Kalau kau bising-bising macam nih, lagilah dia tak boleh tidur!
"Biarlah dekat dia, aku tak kacau dia pun!"
"Kalau kau tak kacau dia pun, kau tetap kacau dia. Ish, aku penatlah cakap dengan kau nih. Makin besar makin bodoh!"
Neo yang sedang duduk tadi, lantas berdiri. "Kau kata aku bodoh?! Kau dengan aku kau lagi bodoh tau!"
"Heh, Kaulah! Melalak macam budak-budak!"
"Kau ulang lagi sekali, aku sepak jugak karang budak ni!"
Mereka terus-terusan bertengkar, manakala Kei yang berada di dalam bilik hanya mampu mengeluh. "Aku suruh redakan keadaan, bukannya huru-harakan lagi. Haila, kalau aku masuk campur nanti, dua-dua nahas. Sekali dengan bini Zen aku bantai. Hihihihi...




Keesokan harinya, semuanya pergi ke sekolah dengan mata yang bengkak, muka yang pucat dan perasaan yang tidak tenteram.
Semua ni Neo punya pasal! Bisik hati Yora.
Tetapi tak pula bagi Neo, Hatinya keras mengatakan ini semua salah Yora!
Berlainan pula dengan Kei, dia tak habis-habis menyalahkan Zen.
Cuma Zen saja yang nampak lebih tegang daripada yang lain. Hati kecilnya tak habis-habis menyumpah seranah. "Kalau bukan kerana beruk tiga ekor tuh, tidur malam aku tak akan terganggu! Kei pun satu, tak reti ke dia nak tutup mulut bini dia tu!"
Haila, macam tu pulak.
Dan sekali lagi, Yosh sekali lagi tersenyum gembira kerana tak berjaya menghadirkan diri ke sekolah hari ini akibat ketegangan yang berlaku semalam.


Stella mula merasakan ada sesuatu yang tak kena di antara kembar mistin itu dan adik bradik tiri Yora dan Neo. Tak tahulah ini kebetulan ataupun suratan, apabila berlaku sesuatu kepada salah seorang daripada mereka yang lain pasti akan kelihatan aneh. Diorang ni, ada kaitan ke?
Lalu, sebagai langkah pertama membongkar misteri itu, perkara pertama yang dilakukannya dalah melakukan provokasi ke atas Neo. Menurut pemerhatiannya, Neo akan menjadi sangat panas baran apabila hal peribadinya disentuh. Lalu dengan niat yang tak seberapa baik, dia mula melenggang menuju ke arah Neo yang sedang termenung macam orang mati laki.
"Hai, Neo." tegurnya.
"Hai perempuan sundal." Balas Neo tenang tanpa langsung memandangnya.
Ish, dia ni. Stella sedikit geram tetapi dia melupakan dulu geramnya lalu meneruskan niatnya.
"Aku dengar cerita kau dengan Yora adik beradik tiri, betul eh."
"Hmm."
"Mak kau kahwin dengan ayah Yora waktu umur dia 9 tahun, kan."
"Hmm.." Neo masih tak bergerak walaupun sedikit.
"Mesti mak kau yang goda ayah Yora, kan?"
Tapi, soalan Stella kali ini mengusik hati kecil Neo. "Weh, kalau kau nak tahu, ayah Yora tu, ayah aku jugak! Yang kau nak sibuk ni kenapa?!"
"Ops, sorry.." Stella tersenyum. "Aku terlupa yang dia pun ayah kau."
Dia dah mula marah. Cool Neo, ini baru permulaan. Kejap lagi, aku akan cucuk kau lagi dengan jarum aku ni. Sabar jelah, ye.
"Tak apalah, lupakan soal ayah kau tadi. Sekarang ni aku nak tanya..." Stella senyap seketika. "Aku tengok kau macam nak control Zen tu untuk kau sorang je kan."
"Kalau ya, kenapa? Kau pun lebih kurang macam aku je, sibuk terkejar-kejar Si Zen tiga suku tu. Dah kena penampar pun still tergedik-gedik. Kalau aku jadi kau, aku tak guna taktik bodoh kau yang guna badan untuk goda lelaki tu. Murah je. Kata anak orang kaya, tapi badan murah. Buat malu mak ayah je."
Zasss.. Bagai disimbah minyak panas, Stella mula terkedu mendengar jawapan dari Neo. Dia mula hangat sedangkan Neo masih tenang ditempatnya.
"Alah, a.. aku cakap pasal kau. yang kau nak kaitkan pasal aku kenapa?"
"La... tak boleh, ke? Kenapa tak cakap awal-awal. Aku cuma tak nak pisang berbuah dua kali, kan."
Sabar Stella, Neo ni sedang cuba memanipulasi kau. Cool down, cool down. "Kau tu yang kena cermin diri tu sendiri, Zen bukan suka dekat engkau pun, kau bukannya kaya sangat pun. Dia saja nak main-mainkan kau."
Neo sedikit terusik. "Heh, apa kau cakap ni?"
"Iyela, kau tengokla sekarang ni pun. Dia dah macam malas nak layan kau. Ha, cuba kau fikirkan balik apa yang aku cakap. Sah-sah Zen tu langsung tak ada hati dengan kau." Stella berhenti seketika melepaskan senyuman puas sebelum menyambung kembali. "Jadi, aku nak bagi amaran. Baik kau dengar nasihat aku ni sebelum kau nak nasihatkan aku. Zen, hak milik aku. Dan aku akan pastikan dia milik aku. Jadi baik kau undur diri."
Neo melangkah setapak menghampiri Stella. "Kalau kau nak mati, kau ulang balik apa kau cakap tadi."
"Huh, aku rasa kau belum pekak, kan. Jadi tak payahlah aku nak ulang. And, aku nak tambah sikit je. Zen, hak milik aku. Jangan cuba nak rampas dia macam mana mak kau, rmapas ayah Yora."
"BINATANG!!"
Senyuman Stella lenyap apabila Neo, tanpa isyarat menerkannya sehingga membuatkan dia terlentang ke lantai. Dia cuba menepis serangan bertalu-talu daripada Neo, namun tak seberapa nak berhasillah tindakannya tu.
"Kau ni binatang! Perempuan sundal. Kalau kau berani, kau ulang balik apa kau cakap tadi. Biar aku siat-siat mulut kau tu."
Keadaan mula riuh rendah. Tapi....
Biarlah, bagus jugak. Aku pun geram jugak dengan mulut Stella tu. Sebab aku tak dapat nk pukul dia, so biarkan jelah Neo hentam budak tu sampai lumat. OKlah, korang pun. Enjoy jela. Cheers!!