Wednesday, February 16, 2011

Live + Love = Life (Teaser)

Bell


Icey



Unona





Princess




Kiko



Matahari

Here.. the colaboration between Matahari & Milord Marrianne.. Nantikan hasil karya Matahari pada esok hari. Hahahhaa... (asal macam kelakar je ayat ni.)

Matahari atau nama sebenarnya *********** ... is my bestfriend. We enjoy writing and talking like it was the best thing we can do in our life.
And we hope... you enjoy our writing too.. please...

Live+Love = Life (ONE)

"Aku kira 7,7,7...kau msuk senyap2 tau..." Bell mula mengira.
"Wait a second!!" Unona mengintefere dan dibalas dengan pandangan daripada semua yang bersubtitle 'apa lagi ni?'
Tapi tak diendahkan gadis itu. "Apasal ko nak kira 7 7 7 lak??"
"Ceitt.... dah aku minat no 7......" dgn perasaan xbersalah, Bell mnjawab. Berkerut muka Unona untuk sekali lagi memprotes, tp pemprotesan dia xmnjadi apabila tengkuknya tiba-tiba dicekam oleh tgn seseorg.
Huuuu~~seram sejuk panas dia memandang belakang.
"OMG!!!"
Bagai beterbangan semangat berkobarnya melihat Icey dibelakangnya. Bell kedengaran sdg berkukik dgn Kiko n Princess apabila melihat Unona tertiarap dalam keterkejutan.
"Kau apahal????" Unona berbisik keras sambil bngun. Penat je aku kecut perut. Ingatkan Miss Sally!
"Ko lak apahal??" Icey pelik.
"Aku..kau....*Sigh*...." Xjadi Unona nak menyembur amarahnya disebabkan keadaan mereka skrg amat lah tidak mengizinkan. Lagipun,mana ada thrill marah bisik2!!
Tiba2, dia ditolak lagi.
"Cepat la wei...budak 2 org tu dah nak smpai tu..."Icey yg mmg sengaja menolak Unona, secara tak langsung menolak Bell yang tersengih sekali. Akibatnya, dalam posisi mencangkung kedua mereka hampir2 tersembam ke depan. Mujur sempat dipampan oleh tangan. Dah la posisi ni xlawa sgt ni. Kalau org nmpk ni kan malu!
"CISS!!!" Bell n Unona berpadu suara.Mereka memandang ke belakang melihat Icey yg sdg bersembunyi di sebalik pintu itu senyum sambil mengedip2kan matanya. Nak mintak maaf la tu kononnya. Ceh! Maafmu xku terima!!
Tetapi dalam sibuk2 mereka saki hati..."EHEM!!"
Baru saja nak mengorak langkah kecil sambil mencangkung tu, tiba2 skali lagi Unona n Bell seram sejuk berpeluh memandang ke hadapan.
"Where do you think you're going huh??"
Bell n Unona berpandangan. Oh sh*t!!
"Now, come to me dear..."
Unona memandang Bell. "Weh,dia panggil kau tu...tunggu apa lagi...pegi la.."
"Ciss,dia panggil kau sama la..." Bell mencebik.
"Eh,nama aku Unona la..."
"Apa kena mengena lak nama kau lam hal ni??"
"Ye la...Dia kan cakap tadi, 'Now,come to me deer'...Ko kan 'deer'...pegi la..."
Bell speechless. Err,leh x aku nak ketok2 kepala kau wahai sahabatku Unona wei?? APA KENE PLAK AKU DGN DEER!
"Nauferal Fauna Nazela and Issabelle Edora Auki....both of you come..." Miss Sally mengawal suaranya. Klu x kerana mengontrol ayu, mmg disekeh budak berdua ni...'ada ke pulak ak ckp 'dear' jd 'deer'?? apa,igt ak ni pekak BI ke??huh!!' Rungut hatinya.
Dalam masa yang sama, sempat masing2 berbisik. "Fuh,Dia dah hafal nama kita la.."
Dgn pasrahnya plus sengihan panjang, Unona n Bell berjalan ke hadapan. (bukan lam posisi mncangkung dah tau!!)
"Miss Sally....haiii....cantik u hari ni..." puji Unona, sekadar berbasa-basi. Harap2 dpt la pujian ni melepaskan mereka dr hukuman Miss Salimah..eh, Miss Sally ni. Akan tetapi....
"Dah! You berdua ni kan....puji xikhlas!Huh!! Now, ikut i ke head office!!" Miss Sally memalingkan mukanya utk beredar.
"Eh,tgu dulu Miss Sally...ada sorang lg ni..." Bell teringatkan Icey yg bersembunyi di sebalik pintu tadi. Alang2 nk kene denda, baik kene same2 kan!? Lagipun bdk Icey tu mmg kaki ngelat. Tak larat aku nak seligi dah!
"Hah,siapa? Siapa??" Miss Sally bertanya tidak sabar. Melihat keadaan itu, kedua Bell dan Unona berbisik. "Nampak sangat gelojoh!"
Melihat Miss Sally berdecit marah, Bell tersengih lalu jeri tlunjuknya menunjukkan ke arah belakang pintu. "Icey..." Xsempat dihabeskan ayat tu, ada suara yg mencelah.
"Miss Sally, u are damn gorgeous today!!"
Miss Sally xdpt mnyembunyikan senyumannya mndgr pujian itu. Tapi cpt2 dibuang senyumannya melihat Icey yang tersenyum memikat ke arahnya. "Icey pun dtg lewat ke?"
Bell n Unona yg tergamam itu, memandang sekilas wajah Miss Sally sebelum cepat2 kalih ke arah pintu belakang.
Hening!
Si Icey dah hilang melesap ke tepat duduknya. Sedang tersenyum pura2 sambil berbalas jawapan-soalan dr Miss Sally, mengatakan dia datang tepat pada waktunya.
"Ok...you two, come, follow me..." Setelah puas hati ngn jawapan Icey, Miss Sally mula mengorak langkah kembali.
"I think we're doomed." Bisik Bell.
Unona mengangguk. Mereka melihat muka2 pengkhianat durhaka yg melambai "bye2" ke arah mereka dan disertakan muka yg sob sob sob.... muka sob sob sob yang sah2 kepura puraan!
Kelihatan Icey membisikkan sesuatu dari jauh ke arah Bell yang menjeling melalui tingkap.
"Jeez.." Dia menyiku Unona. " You know what Icey said....."
"What?"
"Thank u for being our black horse!" bgtau Bell.
Unona mengetap giginya rapat. dan disertakan Bell yang menarik nafasnya dalam sambil matanya dipejam rapat hingga membuatkan dia hampir2 tersadung anak kaki tangga.
"Weh, cover r kau ni. Kita tgh marah ni, jgn r wat mlu!" Unona yang memaut lengannya sempat berbisik.
"Bukan salah akulah! Kaki ni.. aku pjam mata sekejap pun boleh tersadung."
"Ish..." Unona berdecit. "Kaki tu kaki sape?"
"Er... kaki aku..." Bell mula tersengih manja dan dibalas dengan jegilan daripada Unona.
Apa-apa pun.... 'They are a dead meat tonite!!!!!'









Princess, Kiko n Icey beriringan menuju ke Home Sweet Home Villa mereka.
"Urghh...lapar gila..." Icey memegang perutnya.
"Kau tu lapar x abes2.." Princess menempelak. Senak perut tau dgr budk ni asyik merungut LAPAR LAPAR LAPAR!
"Ko tu...kenyang x abes2!" Balas Icey.
Mereka memandang satu sama lain,tajam. macam harimau nak bertarung tu. Cuma bezanya harimau2 ni berjantinakan perempuan, jd pertarungan mereka hanyalah berbalas pandangan sapa yg plg menggerunkan...
"Eh,korang...." Suara Kiko membantut kan pertarungan mata diorang. "Rasa2nya apa denda yg budak 2 tu kena ek hari ni??"
Icey n Princess mula ketawa macam toknek. Skejap pnjg,skejap pendek.. Camni bunyinya..ahaaahaaa ehee eheee ehheeee uhuuu hu!
"Mesti extra class!!" Princess bet.
"X..budak2 tu dah genius,xguna wat xtra class... ak rasa diorg kena cuci jamban!!" Yakin Icey meneka.
"No..no..no... Jamban kat skolah kita tu dah 10star la....xpenat pun nak cuci nya....ak rasa xtra class on morale values as a student tu la...kan slalu kita dpt xtra class yg tu..." Princess menambah evidencenya.
"Emmm...i dont think so...." Icey memikir2. "Eh,meh duduk dulu..kita bersidang berbincang dulu apa hukuman yg budak2 tu kena...meh sini meh!!" Icey dgn selambanya melabuhkan punggung di bawah pohon rendang di tepi jalan tu sambil tersengih yakin.
Kiko yang mengetap bibirnya memandang Princess yang tergeleng perlahan.
"Lets go, Kiko..." Princess memegang tgn Kiko n teruskan perjalanan balik ke villa kesayangan mereka. Meninggalkan Icey yg masih elok duduk bersila sambil tgn diletakkan di dagunya,berfikir.
"Aku rasa kan............................................eh????????????? .............WEIIIIIIII!!!!!!" Terjerit Icey apabila menyedari dia ditinggalkan. Ceh,kwn tgl kwn btol la diorg ni...huh!!!
"Weiiii......Wait for me!!!!!!" Jerit Icey lagi. Dia berlari mendapakan budak berdua tu.
Kiko n Princess mula berlari smakin laju bila melihat Icey seakan mengejar mereka.
"KIKO!!!!"
"PRINCESS!!!!"
Icey menjerit lagi. Berlari dia mengejar budak berdua tu. Wlaupun mereka berlima adalah ratu pecut skolah,tp dlm keadaan lapar cmni, dia terpaksa mengalah. Nampak saja bumbung putih villa Home Sweet Home tu, mereka bertiga berhenti berlari.
"Ciss!! tglkan ak nmpak...." Icey menempelak bila dia seiringan masuk ke villa tu bersama budak berdua tu.
Princess ketawa.
"Exercise..."Kiko tersenyum lembut.
Excercise??? Tgh hari rembang cmni?? Lama2 leh jd sleeping beauty ak...pengsan tgh jalan.. Klu jd cmtu kan susah,nak kena cari putera kacak lak nak kiss2 bagai...ahahhahahah...
"Hah! Tgh hari rembang mcm ni still nak brangan lagi!"
"Eh... mne kau tau aaa?" tanya Icey kehairanan sambil mencerlung Princess tajam.
"Macamlah aku baru sehari dua kenal kau!"





Dalam masa yang sama...
Bell n Unona berjalan pulang dgn suasana diam dan senyap.
Klu ditengok dr belakang, dpt sense aura blackness menyelubungi mereka sehinggakan burung yang kebetulan hinggap di ranting pokok berdekatan terkejut beruk kerana aura itu. Tupai2 pun sampai terpaksa mkn panadol!

Kini dalam otak mereka hanya ada 3 nama.
ICEY. PRINCESS. KIKO.
m.a.m.p.u.s.l.a.h k.o.r.a.n.g!!!!!!!
Dan kita bakal saksikan perang dunia ketiga berlaku lagi selepas ni....

Wednesday, October 6, 2010

Apple and Berry 16

Everything feeling so fine. So peace... Mereka diturunkan di kawasan banglo asrama Apple di Empty Soul High School. Apple hanya berjalan melulu tanpa langsung menunggu Berry yang masih dalam keadaan tersenyum.
So, Apple love me. Berbunga-bunga hatinya mengakui kenyataan itu. Dia terasa begitu gembira. Lebih gembira daripada Snow White yang terselamat dari kekejaman ibunya, dan lebih bahagia daripada Ariel si ikan duyung yang bertemu dengan putera idamannya. Dia sungguh bahagia. Dalam keadaan angin bayu bertiup lembut ke seluruh tubuhnya, dia menilik susuk tubuh Apple yang kelihatan begitu sempurna. Lelaki bijak yang memiliki jiwa lelaki yang begitu utuh itu membuatkan hatinya terasa berdebar-debar setiap kali dia mendampingi lelaki itu. Tak tahu kenapa, tetapi dia seperti terlupa akan peristiwa yang baru terjadi tadi. Akhirnya mereka sampai di asrama banglo milik Apple. Seperti biasa, Tryst Fixity tersergam indah dihadapan banglo itu. Cantik menyimpan seribu misteri. "Masuklah." Terkejut Berry apabila tiba-tiba terdengar suara Apple mempelawanya masuk ke rumah. Berry hanya menjawab dengan mengangguk.
Walabagaimanapun, Berry tiba-tiba mendapat kesusahan untuk menanggalkan butnya dalam keadaan dia memakai gaun penganting yang ketat itu. Dia memerlukan seseorang untuk menanggalkan but itu. Tapi, siapa seseorang tu? Kalau Apple, tak naklah! Lantas ekspresi wajahnya berubah. Dia mula jadi kalut dalam masa yang sama dia segan untuk kelihatan malu dihadapan Apple.
Gadis itu kembali berdiri tegak. "Er... kau masuk dululah."
Apple senyap tak menjawab. Yang dia buat hanyalah merenung wajah Berry dengan perasaan penuh musykil.
"Kau nak lari dari aku ke?"

"Taklah!" Pantas Berry menjawab apabila ditanya begitu. Dan apabila melihat wajah Apple yang tersenyum mengejek, dia lantas mencebik. "Aku tak larilah."

"Habis tu kenapa tak nak masuk?"
"Bukan aku tak nak masuk, tapi sekejaplah. Kau masuklah dulu."

"Kenapa aku nak kena masuk dulu pulak?"
Hai... budak ni banyak tanya pulak. Rungut Berry. "Alah, masuk jelah."

"Tak nak."
"Eh?" Terkejut Berry mendengar jawapan dari Apple. "Kau kenapa? Aku cakap masuk, masuk jelah."
"Dah aku cakap tak nak, yang kau nak paksa-paksa buat apa. Ni bukannya rumah kau."
"A..." Berry tak jadi membuka mulut apabila sedar yang dia hanya akan membuatkan keadaan bertambah buruk. "Tolonglah Apple, aku rayu. Masuklah."
Apple senyap seketika. "Ok, fine... tapi aku akan tengok kau through the window."
"Argh!!!" Gadis itu meraup wajahnya. Kenapa bodohnya Apple ni! "Ok, fine! Aku tak berniat nak lari pun."
"Habis tu?"
"Ish..." Berat sungguh untuk memberitahu lelaki itu tentang kasutnya. "Ok, listen here. But dont laugh."
Apple mengangguk.
"Kasut aku..."
Belum sempat Berry menghabiskan kata-katanya, Apple sudah kelihatan seperti sedang menahan tawanya. Entah apa yang membuatkan dia lucu, tak siapa tahu. Tetapi apabila melihat wajah Berry yang geram bercampur buntu itu dia bersuara. "Ok, ok. Keep on. Keep on."
Manakala Berry pula termengkalan. Tak tahu apa yang mesti diluahkannya. Dan sikap tak keruannya tadi bertukar menjadi geram apabila sedar yang Apple mungkin tahu akan kesulitan yang dialaminya. "Stupid!"
"Eh... benda apa pulak yang stupidnya?"
"Kaulah!"
"Ke engkau yang bodoh ni..." lelaki itu tersenyum mengusik membuatkan Berry bertambah geram.
"Memang! Memang aku bodoh. Bodoh sangat-sangat sampai nak bukak kasut sendiri pun tak boleh!"
"Eh?" Kedua-dua mereka terdiam seketika sebelum Apple membuka mulut untuk mendapatkan penjelasan. "So, kau tak boleh nak bukak kasut kau?"
Berry hanya mengangguk sambil pandangannya ditundukkan.
"And because of that kau suruh aku masuk rumah dulu?"
Berry mengangguk lemah.
"Sebab kau malu?"
Sekali lagi gadis itu menganguk tak berdaya.
"And... Kalau aku gelak kau marah tak?"
Berry mengangguk. Tapi kali ini anggukannya kelihatan begitu keras dan yakin. Keadaan itu membuatkan Apple terpaksa menahan tawanya walaupun isi perutnya hampir-hampir terburai kerana itu.
"Diamlah!" tiba-tiba gadis itu menjerit berang. "Menyesal aku ikut kau! Kau tak pernah nak hormat aku kan. Tak habis-habis nak sindir aku, nak ketawakan aku. Aku benci kau!"
Melihat Berry meninggikan suaranya, Apple terdiam seketika. Dalam masa yang sama tawanya sekali lagi meronta untuk keluar dari perutnya. Dont laugh Apple! Dia menahan.
Sedar mungkin Berry dah merajuk dengannya, dia mula membuka mulut.
"Kau benci aku?"
Berry tak menjawab, hanya merenung kosong Tryst Fixity dihadapannya.
"Ok, fine. Kalau kau benci aku, aku tak akan bagi kau masuk sampailah benci kau tu bertukar jadi suka." Dia tersenyum manis. "OK?" dan kemudiannya melangkah masuk dah sekali gus pintu rumahnya ditutup rapat.
Terkesima Berry seketika sambil matanya tak lepas dari merenung pintu yang beru lepas ditutup dan otaknnya ligat mentafsir kata-kata Apple.
Hei.. Siapa yang merajuk ni? Dia mula bingung. Matanya dikedipkan berkali-kali sebelum berpusing memerhati keadaan sekliling.
Dah senja. Apple betul-betul tinggalkan aku dekat luar ni ke? Dia tak takut ke kalau aku balik rumah. Er.. ataupun kalau jadi apa-apa kat aku, ke?
Dia menelan air liurnya. Dah nak gelap. Agak-agak hari ini ada hantu tak? Matanya kemudian berlari tepat ke arah pintu gerabng Tryst Fixity dan tiba-tiba pintu itu terbukak luas membuatkan Berry menjerit ketakutan.
Lantas dengan hati yang betul-betul terkejut dia mengetuk kuat pintu rumah Apple.
"APPLE!! BUKAK CEPAT. AKU TAK BENCI KAU DAH!"



"Takut?"
"Takutlah!"
"Padan muka. Lain kali jangan suka merajuk sangat!"
"Aku mana pernah merajuk sebelum ni."
"Tipu!"
"Mana ada aku tipu!"
Apple tiba-tiba tersenyum. "Kau nak aku tolong bukakan pintu tak?"
"Eh?" Sekali lagi gadis itu terkesima dan perlahan-lahan tertunduk. "Yela, aku tipu."
Dari duduk Apple berdiri sambil senyuman kemenangan masih terhias di bibirnya. Dia berjalan mendaki tangga rumahnya dan beberapa minit kemudia turun dengan satu kotak kertas berwarna putih dan tuala tersangkut di bahunya.
Lelaki itu menghampiri Berry meletakkan kotok tersebut dihadapannya, menletakkan tuala di sebelah Apple sebelum tunduk melutut dihadapan gadis itu.
"Aa.." terkejut Berry apabila Apple tiba-tiba menyentuh lembut kakinya lalu mengurai satu demi satu ikatan di butnya.
Mereka senyap seketika. Dari atas, Berry memerhati wajah tenang milik Apple. Dia memang betul-betul tertarik dengan wajah penuh muslihat itu sewaktu kali pertama melihatnya. Tetapi, mungkin kerana selalu disakat oleh lelaki itu, hilang terus minatnya.
Ketika dia asyik merenung lelaki itu, Apple tiba-tiba mendongak dan sepantas kilat Berry mengalihkan pandangannya.
Huh. Apple tersenyim nipis. "Dah tau kasut ni susah nak bukak, pakai buat apa?"
"Dah diorang yang arrange. Mana aku tau."
"Lah, kau yang nak bertunang takkan suruh orang yang arrange."
Sebelum menjawab, gadis itu mengeluh seketika. "I have no choice, ok."
"I see..." Lelaki itu siap membuka semua ikatan dikasutnya. Dan apabila but itu ditarik keluar, terasa tangan sejuk Apple menyentuh betisnya. Berry terkejut.
"Se... sejukla."
"Apa yang sejuk?"
"Tangan kaulah."
"Mana kau tau sejuk."
"Dah kau pegang be.. betis aku!" suaranya sedikit ditinggikan. Kenapa Apple ni? Macam sengaja nak menguji aku.
Kelihatan lelaki itu tertawa kecil. "Oh, aku pegang betis kau rupanya."
"Kau ni kan. Memang sengaja nak buat aku marah, kan?"
"Tak adalah. Kulit kau lembut sangat, aku ingatkan kapas tadi. Sorrylah."
"Eh?"
Apple terlalu selamba hingga membuatkan Berry mula tak keruan. Dia kata apa?
Kapas? Matanya mula turun merenung betus sendiri dan skeali lagi dia tertanya-tanya. Kapas?
Apple bangun, menghulurkan tuala yang diletak disisi Berry tadi dan menyambung lagi. "Dalam ni banyak baju perempuan. Pilih je yang mana kau nak. Takkanlah kau nak pakai gaun pengantin kau yang menjolok mata ni. Aku pun lelaki jugak. Ingat tu."
"Ish.." Berry cuba mencelah tetapi tak sempat apabila Apple bersuara sekali lagi.
"Kau guna bilik tu. Ok?"
"O... ok? Jap! Kau nak pergi mana?"
"Masuk bilik akulah. Kenapa? Kau nak suruh teman kau salin baju ke?" lelaki itu tertawa.
Memang pun. Jawab Berry di dalam hati. "Tapi, kau tunggu depan pintu jela."
"Lah, betul-betul nak suruh aku teman ke?"
"Aku takutla... sikit"
"Tak payah nak mengada. Pergi cepat salin baju!" Terus ditarik tangan Berry yang baru hendak mencapai kotak pakaian tadi lalu ditolak tubuh gadis itu ke depan. "Pergi cepat!"
"Sabarlah. Aku nak pilih bju dlu."
"Heh, tak payah pilih-pilih. Ambik je."
Mungkin kerana letih menunggu Berry, cepat sahaja tangan lelaki itu memunggah kotak pakaian tadi dan menarik keluar gaun tidur labuh berwarna kuning lembut dan menghulurkan gaun itu kepada Berry.
Dalam keadaan yang teragak-agak dan mencebik, dia menyambut huluran lelaki itu. Dan dia cuba untuk membuka mulut lagi. "Apple..."
Terbantut lagi langkah Apple yang baru sahaja mendaki anak tangga pertamanya. Dia mengeluh dan berpaling. "Cepat masuk. Karang sungguh-sungguh hantu datang kacau kau baru tahu."
"Hish!" Terjerit Berry mendengar kata-kata Apple. "Aku betul-betul ni. Aku mintak kau tunggu depan pintu je. Tolonglah. Tolong eh." Rayunya.
Melihat Berry sungguh-sungguh merayu, Apple mula menghampiri gadis itu dan memegang kedua bahunya. "Pergi jelah. Tak ada apa. Aku confirm. Aku penatlah Berry. Habis tu, lepas aku teman kau salin baju, tak kan kau nak ikut aku msuk bilik pulak. Kau tidurla eh kat situ. Aku betul-betul letih. Letih tau seharian larikan kau dari majlis tu. Kau pun mesti penat. Kan? pergilah."
Berry hanya menjawab dengan cebikan. "Kau nak tidur dah ke?"
"Habis tu nak buat apa?"
"Er... kita berbual ke? Tengok movie?"
Apple menggeleng penat. "Aku nak tidur." Kemudian dia terus melangkah tanpa mempedulikan Berry yang betul-betul mengharapkannya.
"Apple.."
"Sekali lagi kau bukak mulut, aku cium kau!" Tak sempat Berry menghabiskan kata-katanya, Apple tiba-tiba berpaling memandangnya. Dan wajahnya kelihatan betul-betul terganggu. Matanya yang merenung tepat ke anak mata Berry membuatkan gadis itu terbisu. Bertambah takut dibuatnya.
Melihat langkah Apple diteruskan, membuatkan Berry betul-betul sedih. Aku betul-betul takut. Tadi aku nmpk macam ada lembaga dekat luar tingkap tu. Aku tak tipu. Apple...
Dan dia mula merasakan seperti sesuatu sedang bergerak di tingkap betul-betul di belakang tempat dia berdiri. Dia berlari menghampiri anak tangga dan teragak-agak untuk memanggil Apple.
Tetapi, kerana ketakutan yang menyelubungi dirinya, terkeluar juga suaranya. "Apple!"
Dan sepantas kilat terdengar bunyi kaki lelaki itu turun kembali dari tangga rumahnya dengan wajah yang betul-betul terganggu. Berry berundur setapak. Dia nak pukul aku ke.
"Tak.. tadi aku.. aku dengar.."
Perkara itu terjadi begitu pantas apabila Apple tiba-tiba memaut kasar kepalanya dan mencium bibirnya.
Oh! Berry kaku. Tubuhnya betul-betul kaku.
The unfortunate kiss?


Manakala dua mahkluk yang bertanggung jawab membuatkan Berry ketakutan betul-betul tak keruan di luar sana.
"Weh, diorang kissing!."
"Senyaplah, Akia. Nanti kalau si Apple tu perasan kita ada kat luar ni... jadi lauk makan malam dia la jawabnya kita!"
Merek berdua sedaya menekup mulut masing-masing.
"Ria, agak-agak dia nak goreng ke bakar kita nanti?"
"Rebuslah! SHHH!


Monday, September 6, 2010

Apple and Berry 15

Apple, please datang. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi ni. Aku menyesal Apple. Tolonglah datang. Rayu Berry di saat cincin pertunangan hampir-hampir tersarung di jari manisnya.
Dia mula gelisah. Teringat kekasarannya pada Apple hampir membuatkan dia menangis walaupun semua itu langsung tak meninggalkan kesan di hati Apple. Dia mula merasakan yang dia terlalu menginginkan Apple sehinggakan dia tak sanggup untuk meneruskan pertunangan ini. Walaupun ia hanyalah pertunangan yang mungkin boleh diputuskan pada bila-bila masa.
Tetapi, Berry sedar, Apple bukanlah seorang lelaki yang suka menganggu kehidupan orang lain. Harga diri dan egonya lebih tinggi daripada Menara Eiffel. Ya, menara eiffel. Tak cukup menara Eiffel, KLCC pun boleh. Dan mungkin kerana itu jugalah Apple tidak menghadirkan diri ke majlis pertunangannya hari ini dan menipu semua orang tentang perasaannya.
Aku kagum dengan harga diri kau Apple, tapi tolonglah. Sekali ni saja aku mintak kau datang dan hentikan majlis ni. Aku tak sanggup Apple.
Tersentap Berry apabila April mengangkat tangannya dan menyentuh jari manisnya. Terasa bagai disimbah sebaldi air sejuk, Berry menggeletar. Terasa seluruh tubuhnya begitu dingin. Dia memejamkan matanya pabila terasa kesejukan cincin emas itu menyentuh hujung jarinya.
"No!" tiba-tiba Berry menarik tangannya dan itu membuatkan seisi tetamu yang hadir terkejut. Tetapi, berlainan pula dengan pasangan kembar Akia dan Aria, mereka hanya tersenyum melihat situasi itu.
"Im sorry but no!"
"Berry!" sekali lagi April terkejut apabila gadis tu terus berlari meninggalkannya. "Ha..." dalam masa yang sama, dia terkesima. Betul-betul sama dengan apa yang aku mimpikan semalam. Ti....dak...
Terus terduduk lelaki itu. Berat tubuhnya dan begitu sesak nafasnya.
"April, calm down!" ibu Apple mendapatkan anaknya dan serentak dengan itu matanya meliar mencari kelibat ibu dan ayah Berry. "Apa semua ni? Kamu semua dah malukan kami tau tak?"
Marahnya.
Pengawal dan juga orang-orang yang berkerja di bawah kekuasaan ayah Berry mengejar gadis itu yang sudah hilang dari pandangan mereka. Masing-masing berpecah ke kiri, kanan untuk mendapatkan gadis itu kerana mereka tahu Berry tidak dapat lari jauh jika dia keseorangan. Persoalannya, adakah Berry keseorangan?


Berry melangkah laju. Kasut tumit tingginya dan gaun pengantin yang ketat itu menyukarkannya untuk bergerak dengan lebih laju. Tetapi air tiba-tiba mengalir dari pipinya dan pantas dikesat.
"Apa aku buat ni? Aku dah hancurkan majlis pertunangan aku sendiri. Aku dah hancurkan hati April, hati mak ayah aku?" Dia mengesat lagi air matanya dan bibirnya terjuih perlahan. Menyesal dengan apa yang dia lakukan. "Apple ni pulak. Entah ada kat mana sekarang ni. Aku perlukan dia, dia pulak tak ada. Bencinya. Apa nak buat ni? Apple, datanglah. Mana kau? A P P L E!!!!"
Sebaik sahaja dia keluar dari pintu utama banggunan itu, tangannya tiba-tiba terasa ditarik kuat dari arah tepi lantas tubuhnya terdorong ke tepi dan kini dia melekap ditubuh seseorang.
"Panggil aku ke?"
"Aa.... Apple!" Terjerit Berry melihat Apple betul-betul dekat dengannya dan tangannya kini digenggam kemas oleh lelaki itu. Saat itu, sekali lagi dia hampir-hampir menangis tetapi ditahannya. Lantas tangannya yang digenggam oleh Apple direntap dan terus memukul kuat dada lelaki itu. "Mana kau pergi! Ish, geramnya aku!"
"Eh, eh." Kelam kabut Apple cuba kembali menanggkap kedua tangan Berry. "Aku ada dekat sinilah. Weh, sakitlah bodoh!"
"Tengok tu. Dalam keadaan macam ni pun panggil aku bodoh lagi!"
"La... bodoh tu mana boleh dipisahkan dengan kau. Haram hukumnya!"
Sekali lagi Berry merentap tanggannya yang digenggam Apple. "Kutuk aku lagi." Berry mencebik. "Menyesal aku lari. Kau bukan boleh harap pun. Dah tu, panggil aku bodoh. Tak romantik langsung."
"Eh?" Lelaki itu kehairanan sebelum dia tertawa kuat tanpa mempedulikan Berry yang masih tercebik. "Hahahahahahahha... tak romantik? Ei, geli aku. Kalau menyesal pergilah masuk balik. Aku tak kisah pun."
"Ok, aku masuk!"
"Ya, silakan." Balas Apple tanpa ragu-ragu.
"Aku masuk. kau jangan ingat aku main-main."
"Masuklah."
"Aku betul-betul masuk ni."
"Iya."
"Aku masuk betul-betul nih."
"Ish, masuk jelah." Balasnya separuh tertawa melihat wajah cemas Berry.
"Ok! Aku masuk. Farewell!" Garang Berry bersuara sebelum dia betul-betul melangkah tetapi langsung tak berjaya membuatkan Apple lekang dari senyumannya.
Apple mengeluh berat apabila Berry hilang dari pandanggan tetapi beberapa saat kemudian gadis itu muncul kembali dan kali ini wajahnya betul-betul cemas. "Lari! Diorang dah datang!" Sepantas kilat dia menarik tangan Apple hingga membuatkan lelaki itu hampir-hampir tersembam ke hadapan.
Apple menurut Berry dalam masa yang sama dia menjeling ke belakang. "Wah, ramainya orang. Kalau kena tangkap ni, masak aku!"
"Ha, tau pun. Habis tu tunggu apa lagi. Tak kan nak lari sampai South Africa kot ni."
"Maksud kau?"
"Kau tak ada bawak kereta ke? Motor ke?"
"Kau ni kalau aku cakap bodoh, marah. Kan aku ni miskin, manalah ada duit nak beli motor. Inikan kereta."
"Aku tanya je. Manalah tau kau bawak kereta ke." Berry tercungap-cungap penat. "Lagi satu, tak boleh ke kalau sehari kau tak panggil aku bodoh."
"Kan aku dah cakap, kau dan bodoh tak boleh dipisahkan. Haram hukumnya!"
"Banyaklah kau haram. Dahlah cepat lari. Aku dah tak larat ni."
Mereka berlari. Selaju mungkin, entah sampai ke mana mereka sendiri pun tak tahu.
"Weh, Berry." Tiba-tiba Apple berhenti lalu menarik Berry berlindung di sebuah kereta. "Ada orang depan tu."
Terlihat lima lelaki berkot hitam berhenti betul-betul dihadapan mereka. Mata kelima-lima mereka meliar hebat. Tanpa was-was, kesemua mereka sedang cuba mengesan Berry yang tak cukup nafas apabila berlari dalam keadaan yang begitu menyusahkan.
Tak cukup dengan itu, muncul segerombolan lelaki yang mungkin orang suruhan ayah Berry daripada arah belakang. Pantas kedua Apple dan Berry sedaya upaya mengecilkan tubuh mereka di balik kereta Audi A4 berwarna putih itu.
"Mana nak lari?"
Apple hanya menjawab pertanya gadis itu dengan berdecit perlahan.
Tetapi, kemudiannya dia bangun, berdiri lalu menggeluarkan telefon bimbitnya.
"Wes, mana korang?"
"Datanglah sini cepat?"
"Depan Wall City Building la bodoh!"
"Dah memang kau bodoh."
"Memang aku pandai pun."
"Dahlah, memebebel pulak. Tak padan dengan kecik. Aku pijak karang lagi pendek kot. Cepatlah datang!"
Dia kemudiannya mematikan telefon bimbitnya setelah mendengus dan bersandar tenang di kereta putih itu seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Berry sedikit kaget. "Wei, duduklah!"
"Kau ni bodoh, eh? Kalau aku duduk, nampak sangatlah ada yang tak kena."
Berry tercebik sambil duduk bertinggu di situ. Kemudian, dia membuka bersuara lagi. "Telefon siapa?"
"Adalah." Jawab Apple tanpa langsung memandang gadis jelita itu. Dan sebelum Berry sempat membuka mulut lagi, dia bersuara. "Jangan banyak cakaplah. nanti diorang perasan."
"Yela-yela."
Apa dia nak buat sebenarnya ni. And orang-orang ayah aku ni takkan tak perasan Apple kot. Tadikan diorang nampak aku lari dengan dia,
Kemudiannya dia terlihat jacket merah gelak di kakinya, dan memandang t-shirt putih yang dipakai Apple. Huh, patutlah. Dia bukak jaket dia rupanya. memanglah orang tak perasan.
Lima minit selepas mereka menunggu, sebuah kereta mini cooper berwarna biru langit berhenti betul-betul di hadapan kereta Audi tempat Berry sembunyi.
"Eh? Aria... Akia?"
"Dah sampai." Apple memungut jaket merah gelapnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia meletakkan telefon itu ditelinganya dan berpura-pura seperti sedang bercakap dengan seseorang di talian. "Berry, bila aku bukak pintu kereta tu nanti, aku nak kau merangkak cepat-cepat masuk dala kereta tu and tunduk. Jangan angkat kepala langsung. Cepat-cepat tau."
Sebelum sempat Berry menjawab, Apple terus melangkah lalu membuka pintu belakang kereta
itu. Kemudiannya dia membuat seperti sedang memungut sesuatu di tepi kereta itu. Dengan kesempatan yang ada, pantas Berry berlari sambil tertunduk lalu masuk ke dalam kereta itu. Sedara upaya dia cuba tertunduk untuk tidak kelihatan. Apple serta merta masuk dan menutup pintu kereta itu dan tanpa menunggu sesaat kereta itu terus meluncur laju.
"Save..." Kedua-dua pasangan kembar itu bersuara.
Apple hanya senyap dan Berry pula kelihatan begitu tidak puas hati dan kehairanan. "Apa sebenarnya ni."
"Ehm... kalau kau nak tau wahai puteriku, kami berdua ni berpakat dengan Apple untuk melarikan kau."
Berry terdiam seketika. Wajahnya kelihatan seperti dia sedang cuba untuk menelan air liurnya yang dah mungkin beku. "Aku tak faham."
Kedua pasangan kembar itu senyap seketika. Kemudiannya mereka memandang Apple yang hanya memandang ke luar tingkap tanpa mempedulikan persoalan Berry.
"Baiklah, macam ni ceritanya. Aku jumpa dengan Apple and we talk about you. And we deside to kidnap you."
"Kidnap me?"
"Yeah, kidnap you. Tapi Apple tak nak. Dia kata kau mungkin bahagia dengan April. Tetapi setelah kami ceritakan semuanya tentang kau, dia kata ok dengan plan kami ni."
"Er... semuanya tentang aku? Tentang apa?" Tanya Berry. Wajahnya kelihatan bertambah confused!
"Yang tu kami tak mau cerita. Ok, next. Mulanya kami plan nak culik kau macam biasa je. Tapi mungkin disebabkan otak Apple lebih geliga daripada kami, dia usulkan cara lain."
"Usulkan cara lain? Dan apa kene mengena pulak dengan culik. Bukan ke aku sendiri yang lari daripada majlis tu.?"
"Yela, plan Apple tu adalah dengan membuatkan kau lari dari majlis tu dengan sendirinya."
Melihat wajah tertekan dan terdesak Berry, Akia menerangkan lagi. "Kau ingat tak tentang buah Apple? Kek Apple, Gambar Apple dlm setiap photo album kau dan semualah yang berkaitan dengan Apple dalam majlis kau tu?"
Berry mengangguk.
"Bila kau tengok semua tu, kau teringatkan Apple tak?"
"Er..." Berry sedikit teragak-agak sebelum dia mengangguk perlahan.
"Itulah taktik sebenar Apple. Dia nak kami sediakan apa-apapun di majlis kau yang berkaitan dengan dirinya. Kalau kau langsung tak suka dan kisah pasal dia, kau tak akan peduli langsung pasal semua buah, kek and photo tu kan? Tapi, hasilnya macam tulah. Kau begitu terkesan dengan apa yang berkaitan dengan Apple sehingga kau sanggup melarikan diri daripada majlis tu."
Berry sedikit terkesima. "Maksudnya."
"Apple nak kau sendiri yang culik diri kau untuk bersama dengan dia."
"Tapi kenapa?"
"Yalah, tak kan kau dah lupa. Apple ni kan egoistic dan selfish, kan?"
Ketiga-tiga mereka senyap memandang Apple yang lansung tak bersama dengan mereka dalam persoalan itu. Dia kelihatan begitu serius.
Tetapi, mereka tak tahu, bertapa gemuruh dan gembiranya lelaki itu dengan melihat Berry kini berada disebelahnya dan masih belum menjadi tunangan orang.