Saturday, May 30, 2009

Twin of Chaos 1


"Stand up, class!" jerit Miss Luca selantang biasa. Kemudian mata garangnya mencerlung setiap pelajar yang ada dikelasnya.
"Kenapa kelas kotor sangat, ni?! Lipas, tikus, ulat semuanya ada! Mana ketua kelas?!"
Apabila dia dah terjerit-jerit dekat depan tu, terpaksalah seseorang bangun untuk meredakan keadaan.
"Cikgu..." Houx bangun. Dia menghampiri Miss Luca dengan wajah seolah-olah dia menyesal dengan apa yang telah terjadi hari ini.

"Cikgu, sebenarnya saya turut sesal akan kejadian ini. Tetapi, ketua kelas sendiri yang membuat semua kotoran ini, cikgu. Jadi, dia jugalah satu-satunya manusia yang bertanggungjawab ke atas kehadiran lipas, ulat dan tikus-tikus ini." Houx tertunduk.
"A-apa maksud kamu?"
Bila ditanya begitu, cepat-cepat Houx mengangkat wajahnya merenung Miss Luca. "Cikgu tak faham ke?"
Miss Luca menggeleng.
"Baiklah, kalau macam tu sini ikut saya. Biar saya buktikan kata-kata saya yang sememangnya benar lagi tepat." Houx membawa Miss Luca ke almari yang terletak di belakang kelas.
Sisa-sisa pelajar lelaki yang tinggal di dalam kelas itu terdiam. Ada di antara mereka yang sedang berusaha menahan tawa dengan berpura-pura tidur. Huh, nak pecah perut rasanya! Pelajar-pelajar perempuan pula... tak payah ceritalah. Bila dah ada lipas, tikus dan ulat dalam kelas tu, faham-faham jelah.
Apabila sampai di almari tersebut, Houx bertanya. "Cikgu dah sedia?"
Takut-takut Miss Luca mengangguk. Apa ni?
Dengan kiraan 1, 2, 3 Houx membuka almari tersebut perlahan-lahan. "Tadaa!"
"Inilah ketua kelas." ucap Houx.
Apabila melihat ketua kelas yang telah dilantiknya berubah menjadi tengkorak yang di kerumuni lipas, ulat dan tikus, Miss Luca menjerit sekuat hatinya lalu berlari keluar dari kelas tersebut.
Serentak dengan itu, kelas mula gamat dengan hilai tawa.
"Gila! Takkan dia tak ingat kaulah ketua kelas, Houx!" seseorang bersuara. Houx hanya menggangkat bahu.
"Tak tahu. Setiap hari mesti dia tanya siapa ketua kelas. Confirm dia tak ingat."
Tetapi, kesemua mereka terdiam kembali. Houx menelan air liur. "Gulp! Matila..."
"What are you thinking you are doing!" Miss Luca masuk kembali dengan wajah yang merah padam. Tak tahulah merah kerana malu ataupun marah.
"Houx, sebagai ketua kelas kamu tak patut buat semua ni. Kamu membazir masa mereka-mereka yang nak belajar!"
Cheh, cakap macam confirm je! Siapalah yang suka belajar dekat sini. Houx mencebik. "Eh, Miss Luca dah ingat rupanya yang saya ni ketua kelas."
Apabila mendengar kata-kata Houx, Miss Luca berdehem. "Tak kisahlah saya ingat ke tak..."
"Mana boleh tak kisah! Cikgu tahu tak bertapa tersiksanya saya setiap kali cikgu lupakan saya." Houx tiba-tiba memotong kata-kata Miss Luca.
Seisi kelas yang sedang melihat sandiwara Houx itu hanya tersenyum
Miss Luca terdiam. "Dah jangan nak perbodohkan saya lagi. Cepat duduk. Lepas kelas nanti kamu tak boleh balik. Bersihkan kelas. Faham!"
"Alaaaaaaaaa.... Ni yang malas ni." Mereka semua mengeluh.
"Kalau malas siapa suruh buat semak. Tengok, pelajar perempuan pun dah tak berani masuk kelas."
Houx mencebik. "Kisah apa budak-budak perempuan tu. Nampak tikus sikit, menjerit. Sikit-sikit nak menjerit. Menyampah!"
"Menyampah tak menyampah! Kamu kena kemas juga! And tengkorak tu, mana kamu dapat, Houx?!"
"Er..." Houx mula tercengang-cengang. Nak bagitahu ke tak nak ni. "Ambil dekat makmal, cikgu?"
"Ambil ke curi?!"
"Ambillah! Saya mana suka curi-mencuri ni."
Miss Luca menggeleng lagi. Dah tak larat nak layan budak ni. Ada saja jawapan dia.
"Eh?" tiba-tiba Miss Luca menepuk dahinya. "Tengok, sebab kamu saya dah lupa."
"Lupa apa cikgu?" tanya mereka.
Tetapi Miss Luca tak menjawab soalan itu. Dia terus keluar dari kelas menuju entah ke mana.
Beberapa minit kemudian, setelah dipaksa, akhirnya pelajar-pelajar perempuan masuk ke kelas. Masing-masing menjeruk wajah. Pelajar lelaki pula hanya menjeling.
"Cis, merajuk konon. Ingat kitorang heran!" Tutur Rido kuat.
"Kitorang pun tak suruh korang heran!" Balas Nikita pula.
Mata Rido mula membulat. "Eh, melawan!"
"...." Nikita baru je nak bersuara, tetapi terdiam apabila melihat Miss Luca masuk ke kelas.
"Okay, class... Hari ini kita ada pelajar baru."
Bila dengar je pelajar baru, seisi kelas mula membuat ulasan masing-masing. Well, jarang dapat terima pelajar baru masuk kelas nombor satu ni. Selalunya kalau ada pelajar baru pun, mereka akan ditempatkan di kelas kelima ataupun paling hebat kelas ketiga. Ni tiba-tiba je masuk kelas nombor satu ni apa hal?
Mereka menunggu.
Satu minit...
Dua minit...
Tiga minit...
Dan akhirnya mereka tak boleh bersabar lagi.
"Cikgu, mana pelajar barunya!?"
Serentak dengan itu juga Miss Luca tertawa. "La... patutlah saya tengok semuanya serius semacam je. Rupanya tunggu pelajar baru. Sabarlah kejap. Dia ada kerja sedikit tu.
Houx mencebik. "Cis! First day sekolah dah ada kerja. Jangan-jangan cikgu tipu kitorang ya?"
"Hish, ingat cikgu macam kamu ke. Suka tipu orang. Ha.. tu diorang dah sampai."
"Diorang? berapa ramai pelajar barunya?"
Masing-masing tertanya. Dan akhirnya persoalan mereka terjawab apabila masuk dua orang pelajar lelaki yang sangat bersinar-sinar... Cheh, bersinar-sinar.
Mereka semua terdiam. Tak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya telah terpukau oleh kehebatan penampilan dua pelajar baru itu.
"Okay, ini kawan baru kamu. Harap kamu dapat berkenal-kenalan dengan baik."
"Berkenal-kenalan? Siapa yang nak buat kawan dengan pelajar yang tinggal dalam kelas yang macam sampah ni?" Pelajar baru yang berambut hitam dan bermata ungu itu bersuara. Seisi kelas terkejut. Kurang ajarnya!
"Zen? Janganlah cakap macam tu. Er... maafkan kami. Harap dapat berkawan baik dengan kamu semua." Ucap lelaki yang berambut coklat pekat dan bermata hijau itu pula.
Pelajar-pelajar perempuan mengurut dada. Wah, sejuk hati.
Miss Luca tiba-tiba menggaru kepalanya. Tambah lagi sorang budak nakal dalam kelas ni. Dia memandang pelajar lelaki yang dipanggil Zen tadi.
"Baiklah, sila perkenalkan diri." Houx selaku ketua kelas mula bersuara.
Lelaki yang bermata hijau tadi tersenyum. "Im Kei Mistin. Nice to meet you."
"Nice to meet you too, Kei." Jawab seisi kelas.
Kemudian pandangan mereka semua beralih keapa budak bermata ungu itu pula. Tetapi, budak itu tak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan bersuara. Dia kelihatan hanya memeluk tubuh dan membuang pandangan ke luar kelas.
"Come on, Zen. Just introduce yourself. They didnt planned to eat you." Pujuk Kei lembut. Apabila mendengar kata-kata Kei, Zen serta merta mendengus. Manakala yang lain sudah pun tertawa melihat Zen yang dilayan seperti budak-budak.
"Im Zen Mistin. Go hell with your dirty class!"
Para pelajar terdiam. Er... nak jawab apa. Semua ni Houx punya pasallah.
Manakala, Kei yang berdiri di depan terus tersengih.
"Question. You are twin?"
Kei dan Zen mula fokus kepada soalan itu. Dan mereka menjawab...
"Yes, we are twin!"

2 comments:

  1. ahahaha
    okeh
    sume cite nie so FUNNY and ta abes2 uat wani tergelak !

    teruskan perjuangan !

    ReplyDelete
  2. ahaks..cam bez lark..zen tu dlm mind aq cam prince of tenis plak,soombong semacam but stil tu yg wat intresting!

    ReplyDelete