Sunday, June 21, 2009

Apple and Berry 5

Hari ini Berry datang ke sekolah seperti biasa. Lewat dan didenda. Satu sekolah dah heboh mengenai kejadiannya menolak Lucy ke dalam tasik. Keadaan bertambah menyakitkan apabila Carmeen dan Tuchee menokok tambah cerita yang langsung tak pernah wujud dengan mengatakan Berry mengugut mereka dengan bermacam-macam ugutan supaya menjauhi April. Hal sebenarnya langsung tak siapa yang tahu melainkan Berry sahaja.

Dia tak tahu apa yang mesti dibuatnya. Akia dan Aria pula langsung tak menegurnya.

Tapi kenapa? Semua ni bukan salah aku!! Berry menyembamkan kepalanya ke meja.

Tetapi belum smpat dia menghembuskan nafasnya, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil.

“Cik Berry Sawrise, sila datang ke pejabat sebentar.” Pengumuman yang terdengar di corong pembesr suaru itu hanya mampu membuatkan Berry mengeluh. Seperti yang dijangkakan. Dia akan terus dipersalahkan.

Dengan langkah yang langsung tak bersemangat dia terus keluar dari kelas. Apple yang melihat cuma kehairanan.

“What with her?” tanya Apple separuh berbisik kepada Akia.

“Lorh, takkan kau tak tahu lagi? Satu sekolah dah heboh yang dia tolak Lucy dalam tasik tu.”

Apple terdiam. Entah betul entah tidak cerita ini, dia pun tak tahu. Lalu dia hanya menjungkitkan bahunya dan kembali merenung helaian bukunya.

*******

“Awak tahu kenapa saya panggil awak ke mari?”

Berry mengangguk lemah tanpa memandang wajah Mr. Robert dihadapannya.

“Keadaan Lucy dah stabil. Awak tak perlu risau apa-apa.” Tambahnya lagi. Berry yang mendengar hanya mengangguk.

Risau apanya?! Aku lagi senang kalau dia mati terus!

“Semalam, kita dah dapat penjelasan dari semua orang, kan? Sekarang ni saya nak tanya, kenapa awak buat semua ini? Awak tahu tak, awak seolah-olah menconteng arang di muka ayah awak. Awak seorang gadis yang berdedikasi dan cemerlang, kenapa awak boleh lakukan perkara macam ni tanpa berfikir tentang akibatnya?”

Berry hanya mampu memejamkan matanya. Bukan ke semalam cikgu Cuma dengan cerita daripada sebelah pihak je? Macam mana dengan cerita saya? Cikgu langsung tak nak dengar kan?

Melihat Berry hanya memejamkan matanya dan terdiam. Mr. Robert sedikit tak puas hati. “Berry, mendiamkan diri takkan selesakan masalah?”

“Bukan ke masaalah dah selesai. Lagipun selama ni saya kan selalu datang lambat, tak cukup lagi ke arang yang diconteng dekat muka ayah saya? Mungkin satu dunia dah tahu yang saya ni selalu datang lambat. Nak hairan apa lagi. Dan sekarang ni mungkin satu dunia pun dah tahu saya buli orang dekat sekolah. Bulilah kononnya.” Akhirnya dia bersuara juga dan jawapannya menterkejutkan Mr. Robert.

“Berry! Awak masih tak faham lagi ke apa masalah awak sebenarnya? Saya ingatkan awak dah mengaku kesalahan sendiri?”

Ish, apa pulak. Aku mengakulah ni. Berry menjulingkan anak matanya ke atas. Carmeen, Tuchee and Lucy, you make me feel really hot till I feel like I dont want to be who I am.

“Saya tak pernah sangka awak orang yang macam ni. Saya tahu ayah awak orang yang berpengarah di sini, tapi itu tak bermakna awak boleh gunakan kuasa ayah awak untuk melakukan apa sahaja.”

“Cikgu, ini tiada kena mengena dengan ayah saya. Kenapa cikgu ni, saya tak fahamlah. Saya dah mengaku semua ni salah saya, cikgu nak apa lagi? Cikgu nak saya cakap yang sebenarnya saya berniat nak bunuh Lucy pulak.”

“Berry! Saya tak nak cakap banyak. Petang ni saya nak awak bersihkan kolam di Lafayeeland! Tapi bukan itu sahaja. Esok masih ada tugasan untuk awak lagi. Sekarang ni, sebelum saya marah saya nak awak keluar dari pejabat saya.” Mr. Robert memalingkan wajahnya. Berry pula tak nak cakap banyak, dia bangun lalu beredar dari pejabat itu. Mungkin dia terlalu marah sampaikan Apple yang dari tadi berada di situ langsung dia tak perasan.

Apple memerhati langkah gadis jelita itu hingalah dia hilang dari pandangan. Segala perbualan Berry dan Mr.Robert tadi sudah didengarinya. Kenapa Berry nampak marah dan... dia kelihatan benar-benar tak senang hati kerana mengakui semua tuduhan yang dilemparkan ke arahnya.

“Apple, tolong lengkapkan borang ini sekali, ye?”

Apple terkejut apabila namanya tiba-tiba dipanggil. “Er.. baik sir.”

Tak seperti biasa, inilah kali pertama Berry keseorangan ketika makan di kantin. Selalunya dia akan ditemani Aika dan Aria, tetapi hari ini, kelihatan seperti semua orang menjauhinya. Tak macam dalam komik, selalunya kalau anak orang kaya, bila dia buat masalah sebesar mana pun orang tak akan jauhi dia. Tetapi kenapa aku tak macam tu pun. Mungkin sebab selama ini aku terlalu baik hati.

Tetapi, tiba-tiba seseorang duduk di hadapannya.

April!! Berry terkejut.

Kelihatan April tersenyum ramah kepadanya seperti biasa.

Berry sedikit hairan tetapi kemudiannya dia tersenyum. Ah, terlupa pula. Aprilkan putera kebanggaan ramai, dia sememangnya bersifat seperti seorang putera dan tak mungkin akan membenci seseorang kerana hal yang remeh macam ni.

“Alone?” tanya April dan dijawab dengan anggukan daripada Berry.

“Being alone is not cool, right?” April bersuara lagi.

Berry mulanya sedikit tertanya-tanya apa maksud kata-kata April itu, tetapi kemudiannya dia hanya membiarkan persoalan itu pergi dan mengangguk lagi.

Mereka senyap. Berry sebenarnya memang tak berselera langsung nak makan hari ini. Jadi dia hanya menguis-nguis makanannya sambil tertunduk masih dibawa perasaan muram dan sakit hatinya.

Tetapi dia terus mengangkat wajahnya apabila terdengar bunyi April meletakkan sudunya.

"Betul ke kau buat macam tu?" tanya April tiba-tiba dan soalannya itu membuatkan Berry terkejut.

"Bu- buat apa?"

"Tanya lagi? Perkara ni dah heboh satu sekolah pun kau nak buat-but tak tahu lagi!" wajah manis yang selama ini terhias di wajah April bertukar sinis.

Berry terkejut. "April..."

"Hei, betul ke kau buat semua ni?"

Walaupun ini semua soalan biasa yang akan ditanya sesiapa pun, tapi ianya telah membuatkan Berry tiba-tiba hangat hati.

"Penting ke jawapan aku?" Berry memeluk tubuhnya sambil pandangannya dilarikan daripada April.

"Mungkin penting."

"Kenapa?"

"Kau tanya kenapa?" Kini giliran April pula memeluk tubuhnya. "Satu-satunya sebab kau tolak Lucy semalam kerana aku, kan?"

Berry tak menjawab. Tetapi wajahnya tiba-tiba merah. Tak tahulah kerana marah ataupun malu. Tapi yang pasti, matanya merenung April seolah-olah dia tak mahu April berganjak sedikit pun pada waktu itu.

"Miss Berry, I asked you a simple question. But why there is no answer?"

April sedikit tersenyum di hujung bibirnya apabila sedar yang Berry kini sedang menanggung kemarahan.

Keadaan di kantin yang selalunya rumuh itu menjadi senyap. Masing-masing cuba pasang telinga supaya satu ayat pun yang keluar dari mulut April dan Berry tak tercicir daripada pendengaran mereka.

April mendongakkan sedikit kepalanya. "Dan kau ugut diorang supaya stay away from me, is that right?"

Buat masa ini, Berry tak nampak satu pun jawapan yang mesti dilontarkannya kepada April kerana fikirannya benar-benar kelam. Ditenggelami perasaan marah dan sakit hati.

"Are you trying to play with me?" Soalan April dijawab dengan soalan daripada Berry.

April tersenyum sumbing. "Play? Mungkin."

"Ok, now listen to me?" tutur Berry keras. April yang masih tersenyum sumbing mengangguk.

"Buat masa ni, percayalah apa yang kau dengar daripada orang ramai. Aku tak ada hak nak menghalang sebab semua ni sia-sia je. Tapi aku nak tanya kau satu soalan."

Berry menarik nafasnya dalam-dalam seolah-olah bersedia untuk melontarkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.

"Kenapa aku mesti ugut diorang?"

"Ha?" April menjungkitkan keningnya apabila mendengar soalan Berry.

"Kenapa aku mesti ugut diorang supaya menjauhi kau?"

Buat masa ini, tiada lagi senyuman di bibir April. Sebaliknya kelihatan dia terangguk-angguk kecil sambil matanya tak lepas memandang Berry yang jelas sedang kemarahan. "Berry, only you know the answer for that question."

"Tapi masalahnya aku tak tahu langsung apa jawapannya!" tengking Berry.

"Kenapa aku mesti ugut diorang supaya jauhkan diri daripada kau? Siapa kau bagi aku? Siapa kau dalam hidup aku? Kau langsung tak ada kena mengena dalam hidup aku. Jadi kenapa aku mesti ugut diorang to stay away from you!" Aku pun tak faham keapa aku mesti ugut diorang supaya menjauhi kau sebab kau bukan milik aku!" Lepas Berry. Mungkin terlalu berat apa yang dia cuba suarakan hinggakan dia terpaksa menengking lelaki yang selama ini disukainya.

Manakala April tergamam. Tergamam mendengar jerkahan Berry.

Siapa aku dalam hidupnya? Tanpa sedar dia tertanya soalan itu pada dirinya dan itu menimbulkan penyesalan dalam diri April.

"Berry.. aku.."

"Shut up! I hate you!" serentak dengan itu Berry terus berlari meninggalkan keadaan yang sunyi dan penuh dengan unsur yang menyakitkan hati itu.

Suasana di kantin masih senyap. Mungkin masih terkejut dengan kata-kata Berry terhadap putera idaman setiap gadis itu. Tetapi dalam keadaan yang sunyi itu, terdengar seseorang menepuk tangannya.

Mata masing-masing mula terarah kepada Apple yan sedang tersandar di kerusi sambil menghirup minumannya. Wajahnya kelihatan sangat tenang dan sinis.

Dia meletakkan gelasnya dia atas meja lalu menentang anak mata April yang sedang memandangnya. "You deserve that, moron!" ucapnya sambil tersenyum mengejek sebelum bangun mengikut jejak Berry meninggalkan kantin yang sekali lagi terkejut dengan apa yang mereka dengar dan lihat.

"Er... Berry dan mengamuklah.." Akia dan Aria saling berpandangan.

Berry menangis. Entah mengapa walaupun dia melarang diri sendiri daripada menangis, dia tetap menangis.

Sambil memeluk lututnya, Berry tersedu. Entah macam mana dia boleh pilih laman banglo asrama Apple sebagai tempat persembunyiannya, dia sendiri pun tak tahu.

"Hai, ikut punya ikut, rupanya asrama aku jugak yang dia pilih."

Berry terkejut. Cepat-cepat dia mencari kelbat tuan punya suara. Dan dia ternampak Apple berdiri tidak jauh darinya sambil meggosok belakang tengkoknya.

Apabila perasan Berry sedang memandangnya, Apple tersenyum.

Tetapi, apabila melihat senyuman Apple. Berry semakin terasa macam nak menangis. Lalu cepat-cepat dia menekup wajahnya dengan tangan.

"Eh?" Apple yang melihat terkejut. Apa salah aku. Sambil tangannya yang sedang menggaru keningnya yang tak gatal, dia menghampiri Berry lalu duduk di sebelah gadis itu.

"Kenapa ni?" tanyanya.

Melihat Berry tak menjawab, dia bersuara lagi. "Sedia ke? Sedih sebab marah lelaki idaman hati?"

"Ish, diamlah." Balas Berry tiba-tiba dan itu membuatkan Apple tertawa.

"Peliklah kau ni, tadi marah-marah, sekarang ni menangis pulak."

"Kenapa? Kau ingat aku suka ke nak marah-marah macam tu!"

"Kenapa? Menyesal ke marah dekat budak April tu tadi?" Duga Apple.

"Bukan macam tu..." Berry tertunduk.

"Habis tu?"

"Cuma... sakitnya hati bila kita marah dekat seseorang." Bisiknya perlahan namun dapat didengari Apple.

Jawapan Berry membuatkan Apple terdiam seketika. Tetapi dia kemudianya tertunduk dan tersenyum.

"Good girl." Bisiknya kembali.

"What?"

"Nothing. I said you look like a cow."

"Cow..?! You really.." Wajah sdih Berry tadi berubah menjadi geram dan itu memberikan kepuasan kepada Apple.

"Really what? Pissed you off?"

"Yeah! Mana boleh kata muka orang macam lembu!"

"Kenapa tak boleh? Kalau muka orang tu dah memang macam lembu nak buat macam mana lagi? Dah memang tak boleh nak diselamatkan lagi." Jawab Apple.

Manakala Berry mencebik. "Im so sad and then you said my face like a cow."

Keadaan tiba-tiba jadi senyap. Masing-masing tak tahu apa yang mesti disuarakan.

Tetapi Apple tiba-tiba memaut bahu Berry lalu menarik gadis itu mendekatinya.

"Pasal Lucy dan kawan-kawan dia yang amcam beruk tu, aku rasa kau patut gunakan kuasa ayah kau. Mungkin keadaan boleh dibetulkan kalau macam tu. Suruh je ayah kau gertak ayah diorang. Ha, senang cerita. Siapa yang berani melawan ayah kau kan?"

Berry yang sedang tersandar di bahu Apple sedikit terangguk. Lagipun daddy dengar je semua cakap aku.

"And... aku sebenarnya tak nak cakap pasal ni. Tapi kau nampak cantik bila marah." Ucap Apple tanpa langsung memandang wajah Berry. Manakala Berry terpana, lantas dia merenung dalam wajah cantik milik Apple.

"Betu ke Apple ni?"

"What? Ah, shut up! Aku belum habis cakap lagi. Cantik macam anak lembu." Dan kemudiannya lelaki itu tertawa.

"Ish, Apple. I hate you!"

"Ala. okay pe anak lembu daripada mak lembu."

"Okay apanya!" Walaubagaimanapun Berry turut tertawa akhirnya. Kawasan asrama itu kini hanya terdengar suara mereka berdua. Dan kelas 4 Pheonis meneruskan kelas meraka hari ini tanpa kehadiran dua pelajar penting dalam kelas itu. Seorang merupakan genius sekolah dan seorang lagi merupakan jelitawan sekolah yang menjadi pujaan ramai.

Dalam asyik mereka tertawa, Berry tiba-tiba teringatkan sesuatu. Lalu dengan serba salahnya, dia bersuara. "Apple, sebenarnya pasal boy group tu, aku tak dapat cari seorang pun."

Apple yang mendengar hanya senyap.

"Petang nanti bila kau datang cuci kolam dekat Lafayeeland tu, kau kena datang cuci rumah aku sekali." katanya serius.

"A-apa?" tanya Berry.

Apple tak menjawab. Tetapi kemudiannya dia menjeling Berry lalu mencubit kuat pipi gadis itu. "ISH, GERAMNYA AKU DENGAN KAU NI!!!"

"Sakitlah, Apple!"
"Rasakan! Siapa suruh kau tak buat kerja elok-elok!"

Dan sekali lagi, hanya suara meraka yang kedengaran di kawasan itu.

Hai.. macam-macam... (0_o)

1 comment:

  1. tolong jngan guna warna kuning sakit mta nak membaca...guna warna lebih gelap bru ok.. tapi N3 kali nie best

    ReplyDelete