Wednesday, June 24, 2009

Apple and Berry 6

Keesokan paginya, apbila masuk ke kelas, Berry terkejut apabila Lucy, Carmeen dan Tuchee tiba-tiba menerpanya. Sangkanya gadis-gadis itu ingin mumukulnya. Rupa-rupanya tidak. Bersungguh-sungguh mereka meminta maaf.
"Er... sorry but my forgiveness is not free!" Tolak Berry sambil cuba berlagak kejam walaupun dia dah mula kasihan kepada gadis bertiga itu.
Kemudian dia menapak ke tempat duduknya dan menjeling Apple yang tersenyum nipis sambil membuat kerjanya.
Thanks for you idea, Apple. Tapi aku takkan maafkan kau sebab paksa aku basuh semua kasut kau semalam. Tak guna!!!
Setelah mendengus Berry menarik nnafas seketika. Tetapi dia tak sempat nak menhembuskan nafasnya kembali apabila Lucy, Tuchee dan Carmeen, sekali lagi menyerbunya kembali.
"Berry, please forgive us or our parent wont let us enter the house!" Rayu Lucy.
"None of my bussiness." Berry memeluk tubuhnya.
"Please Berry!! Kami sanggup buat apa saja!"
Saat itu, Berry tiba-tiba tersenyum. "Sanggup buat apa saja?" Berry memandang ketiga-tiga gadis itu. Mereka cepat-cepat mengangguk.
"Then..." Berry mendekatkan wajahnya degan gadis itu. "Bagitahu semua orang tentang apa yang sebenarnya terjadi. Jangan bohong walaupun satu patah perkataan!"
"Aa.." Saat itu Lucy, Carmeen dan Tuchee kelihatan seperti kematian kata-kata. Permintaan Berry lebih teruk daripada apa yang mereka sangkakan.
"Kami lebih rela berbogel pusing kawasan sekolah daripada beritahu hal sebenar."
"Ooooh, kalau macam tu, berbogellah. Erm... waktu perhimpuanan nanti okay jugak. Ramai orang sikit, kan?"
"Tak nak, tak nak! Kami akan beritahu perkara sebenar!" Lucy mengoncang lengan Berry.
"Ish, apa kau buat ni! Kau gila ke nak bagitahu perkara sebenar." Tuchee menghalang.
"Habis tu kau naklah berbogel depan orang ramai!"
"Er.. tak nak jugak."
Berry hanya tersenyum puas hati mendengar pertelingkahan. Padan muka, tersiksalah buat sementara waktu ni.
"Okay, korang bincanglah dulu. Aku ada kerja nak buat." Berry bangun dan keluar dari kelas.
"Eh, ada kerja? Berry!" Panggil mereka tapi tak diendahkan oleh Berry.
"Apa nak buat ni..."
"Malulah kita kalau kita bagitahu hal sebenar dekat semua orang."
"Tapi lagi malu kalau berbogel depan orang ramai."
"Habis tu apa nak buat!!" Mereka bertiga mula serba tak kena.
"Hei.." Dalam keadaan yang kalut itu, mereka tiba-tiba di tegur seseorang. Lantas pandangan mereka beralih ke arah Apple.
"Kalau kau nak rasa penyepak aku, bisingla lagi. Pergi masuk kelas sendiri tak boleh ke!" Gertak Apple. Sepantas kilat mereka berlari keluar daripada kelas 4 Pheonix.
Buat seketika Akia dan Aria rasa seolah-olah mereka langsung tak faham apa yang terjadi.
"Perkara sebenar apa?" tanya Akia kepada adiknya.
"Entah. Maknanya Berry tak buat salahlah."
Buat masa ini mereka berdua hanya mampu bermain dengan teka-teki.






Kerana mulut Akia dan Aria, perkara ini telah heboh di merata tempat. Tak kiralah dalam atau luar sekolah. Thanks to them. Sekurang-kurangnya ada juga khabar angin yang mengatakan Berry tak bersalah dan difitnah walaupun Berry memang menolak gadis itu ke dalam kolam.
Manakala Berry dan April selalu terserempak sejak kebelakangan ini. Dan itu membuatkan Berry serba salah dan tak tahu apa yang mesti dia lakukannya. Dia selalu mengelak daripada memandang April walaupun dia tahu lelaki itu selalu memandangnya.
Buat masa ini, pleaselah. Aku betul-betul tak tahu apa nak buat dengan kau. So sorry April.
Dengan Apple pula. Kadang kala lelaki itu tersenyum ke arahnya dan kadang kala lelaki itu menjeling seolah-olah dia dan Berry bermusuhan. Ada kalanya pula dia memandang Berry seolah gadis itu adalah lalang yang ditiup angin di tepi jalan. Memang seorang lelaki yang membencikan.
Walaupun Berry masih keseorangan kini, dia tak setertekan dulu. Sekurang-kurangnya dia boleh berjalan di depan orang ramai tanpa perasaan geram dan marah lagi. Cuma dia benar-benar rasa seperti terbelah dua apabila terserempak dengan Apple yang suka menyakitkan hatinya.
Majlis bagi meraikan anak-anak yatim atau dipanggil, Cheer With Smile Party akan berlangsung esok. Malam ini, semua pelajar yang terlibat bertungkus lumus menyediakan apa yang dirancang. Pentas, makanan, persembahan, dekorasi dan segala-galanya nampak meriah.
"Er.. Apple. Boy group tu macam mana?"
"Sibuk jelah." Balas Apple yang sedang menyusun atur cara untuk esok hari. Mendengar jawapan Apple, Berry benar-benar marah.
"Orang tanya je."
"Kalau au bagitahu pun, kau bukan boleh buat apa."
"Ala, aku nak tahu je. Tak pelah. malas aku nak cakap dengan kau."Jeling Berry.
"Kalau malas jangan cakap."
"Aku tak cakap la ni."
"Tak cakap apanya, berdesing telinga aku dengar suara kau." Kemudiannya lelaki itu tertawa kecil. Berry pula semakin geram. Aku memang tak boleh masuk dengan dia ni. Rasa macam nak penggal kepala dia pun ada. Geramnya aku!!!
Dalam keadaan yang tak habis-habis geram, Berry tiba-tiba tersedar yang April sedang memandangnya. Dengan tidak sengaja dia terbalas pandangan lelaki itu. Pandangan mata lelaki itu sangat sayu, seolah-olah dia ingin memberitahu Berry yang di amat kesal dengan apa yang dia telah lakukan. Saat itu Berry mula tak thu nak buat apa. Ah, senyum jelah dekat dia.
Tetapi belum sempat Berry nak senyum, April terlebih dahulu menundukkan pandangannya dan berlalu pergi.
Ah? April!!!! Giliran Berry pula tertunduk.
"Berry!!!" Sekali lagi dan secara tiba-tiba, Lucy, Carmeen dan Tuchee tiba-tiba menyerangnya.
"Please..! Ayah kami dah tak bagi duit belanja."
"Tolonglah kami!"
Berry mula mencekak pinggang. "Baiklah. Disebabkan kau datang pada waktu mood aku tengah tak baik. Aku gandakan keseksaan korang. Bagitahu semua orang esok yang aku tak tolak kau Lucy. Kau je yang buat-buat jatuh. Dan bagitahu dirang yang aku tak pernah ugut korang. FAHAM!" Jegil Berry sebelum beredar dari situ. Kali ini dia langsung tak memberikan pilihan kepada tiga gadis itu.
Rasakan apa yang aku rasa!

3 comments:

  1. Betul! skali skala jd jahat xpe!

    ReplyDelete
  2. walawehhh chill seh bler bace cerpen nie...
    next plz!!!

    .::+RogayahVogue+::.

    ReplyDelete