Saturday, June 20, 2009

Apple and Berry 1

“Josh, cepatlah sikit!” Berry menjerit. Pemandunya itu hanya mengangguk. Jam ditangannya kembali dibelek. Dah nak pukul 8. Bodoh betullah driver ni. Bawak kereta lambat sangat! Berry menggigit gerahamnya. Pintu pagar Empty Soul High School yang megah berdiri membuatkan Berry sedikit lega. Dia tak mahu lambat lagi ke sekolah. Setiap hari, hanya namanya dan beberapa pelajar `loser` yang selalu di panggil ke pejabat. Dia dah tak tahu nak bagi alasan apa lagi. Dan guru disiplin yang dikenali dengan panggilan Mr. Robert , mungkin dah muak melihat wajahnya.

Apabila Mercedes Benz yang dinaikinya berhenti, tanpa menunggu sesaat dia terjun dari kereta itu lalu berlari melepasi pintu pagar Empty Soul High School yang masih terbuka.

“Yeah! I made it, I made it!” Sorak Berry kegirangan apabila akhirnya dia berjaya sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi'

Lalu, dengan langkah yang megah dia melangkah menuju ke kelasnya. Tetapi, suasana terasa senyap semacam. Macam hari tak sekolah. No way! Berry menggeleng. Hari ni hari selasa, tak mungkin cuti. But, Why it so silence?

Tiba-tiba ternampak beberapa orang lelaki yang selalu bersama didenda dengannya kerana lewat ke sekolah kini sedang berlari mengelilingi padang. Takkanlah diorang kena denda. Kan baru pukul 7.53 sekarang ni. Still seven minutes left. Jam tangan berjenama XOXO nya dibelek sekali lagi. Betullah, Baru pukul 7.54. So, what happened here?

Keadaan disekeliling diperhati lagi. Dan...

“God!” Sesuatu yang sedang dilihatnya kini, amat menyesakkan nafas. Am I a loser too? “No!!!” Jam besar Empty Soul High School telah menunjukkan angka 8.54 manakala jamnya baru menunjukkan angka 7.54. Maknanya jam aku tak betul. Dan maknanya, aku terlewat lagi!!!

Rasanya macam nak menjerit dan pengsan di d situ juga, tetapi kalau dia pengsan, punahlah reputasinya sebagai pelajar perempuan paling bergaya di Empty Soul High School. But, what should I do? Er... Ponteng sekolah? Okay. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang, matanya meliar ke kiri dan kanan dan niatnya hanya satu, keluar dari sekolah. Setelah semuanya selamat dan `aman`, dengan kiraan satu, dua, tiga, sepantas kilat Berry berlari keluar dari kawasan sekolah.

Tetapi... ERK!

“Awak nak pergi mana, Cik Berry Sawrise?” Wajah mengerikan Mr.Robert terpacul di depan pintu pagar. Bagaikan dipanah petir, Berry terpaku di situ. Matanya tepat memandang 10 kilo meter ke hadapan. Entah apa yang dia nampak, tak siapa tahu.

“Saya tanya awak sekali lagi, where do you want to go, Miss Berry?” Ulang Mr.Robert sekali lagi. Tetapi, kali ini bunyinya sedikit keras. Perlahan-lahan Berry tersengih. “Er... Well, nak ambil angin.” Sengihnya sambil terangguk-angguk.

“Oh, ambil angin.” Mr.Robert turut terangguk. “Kalau macam tu, apa kata awak ikut saya, awak akan dapat lebih banyak angin.”

“Ha?” Berry tak terdaya untuk berdalih lagi, langkah Mr.Robert yang membawanya ke padang sekolah hanya diturutnya dengan perasaan geram, geram dan geram. Kena denda lagi!!

TEBAL telinganya mendengar Apple tak habis-habis menyindirnya. Ratu pecutlah, Miss too late, Wonder girl dan macam-macam lagilah gelaran yang dikaitkan dengannya. Ratu pecut dan Miss too late tu boleh pakailah jugak. Tapi apa kaitannya dengan Wonder girl. Kenapa? Aku ni ada nampak macam Wonder girl ke?

“Hei, Apple. Kau senyap sikit boleh tak. Aku gigit kau nanti baru tahu.”

Tetapi kata-katanya hanya dibalas dengan senyuman yang manis dan memikat daripada Apple.

Serentak dengan itu, Berry terus merebahkan kepalanya ke meja. Handsomenya dia, tak terdaya aku nak melawan. Sabar ajelah, Berry. Sesungguhnya hidup kau memang penuh dengan Apple yang busuk!

“Berry, kenapa kau datang lambat lagi hari ni?”

“Semalam kau kata nak datang awal.”

Sepasang kembar yang paling menyusahkan di dunia, Akia dan Aria bertanya. Berry mengurut dahinya. Penat dan letih bercampur rasa tertekan mula menghimpit diri.

“Entahlah, jam aku rosak agaknya.” Jawabnya pendek tanpa langsung memandang wajah dua sahabatnya itu.

Akia dan Aria saling berpandangan sebelum menjungkitkan bahu. “Kau tak nak makan?” tanya mereka lagi.

“Tak naklah. Aku nak berlapar sekejap sebab nanti aku nak makan Apple ni puas-puas.”

Jelingin tajam Berry hanya di balas dengan sengihan daripada Apple.

Nak makan aku? Alright, kita tengok. Siapa makan siapa nanti. “Berry.. come."

Berry tertanya-tanya. "What?"

"Makan pie blueberry."

Pie blueberry? Belum sempat Berry nak menjawab, sekali lagi Apple memotong. “Ops, tentulah kau tak sanggup nak makan spesis sendirikan. Sorry, sorry.”

“Argh!!! Blah la kau!” dengan penuh rasa geramnya Berry bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari kelas menuju entah ke mana.

“Teruklah kau ni, Apple. Sengaja nak sakitkan hati orang.” Marah Akia dan Aria.

“Eh. Yang korang nak sibuk kenapa? Aku rendam korang dalam longkang nanti baru tahu. Banyak cakap pulak.”

Kemudian Apple turut bangun meninggalkan Akia dan Aria yang terkulat-kulat. “Kita pula yang yang kena marah."

“Sial betullah Apple tu. Dia ingat dia tu bagus sangat ke nak kutuk aku macam-macam. Dasar budak miskin. Apple busuk tak guna!!!”

“Siapa yang tak guna?”

“Ah?”

Teguran itu membuatkan Berry sedikit tersentak.

“Eh, April.” Berry mula tersipu-sipu melihat jejaka idaman ramai kini sedang tersenyum kepadanya.

“Kenapa? Kena denda lagi?”

Apabila melihat Berry tertunduk malu, April bangun menarik tangan Berry lalu duduk disebelahnya. “Relaks. Tak ada niat nak menyindir pun. Just asking. You look cute as always."

“Ah?” Sekali lagi Berry kematian kata-kata. Cute? Well, yang itu memanglah sentiasa diakui.

"So, kenapa awak marah-marah ni?” Tanya April lagi sambil jemari halusnya menguak rambut Berry ke belakang. Berry yang tersipu-sipu itu sekali lagi tak dapat menjawab apa-apa.

“Its okay. You dont need to tell me anything. Mungkin awak nak tenangkan diri. So, i leave. Good bye, beauty.”

“Er... but i didnt mean so.” Bisik Berry sambil memerhati langkah bergaya putera idaman itu pergi.

Tiba-tiba muncul tiga musuh yang paling tak diingini di depannya.

“Heh, kau buat apa dengan Prince Snow?” Gertak gadis tahun ke tiga yang dikenali dengan nama Tuchee.

“Tak ada apalah.”

Hah, aku paling benci dengan tiga langau ni. Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku. Macamlah Prince Snow tu diorang punya laki.

“Bohong! Kalau tak ada apa, takkanlah sampai di pegang-pegang rambut kau.” Kata gadis yang bernama Carmeen.

“Aku dah kata, tak ada apa. Dia just hanging around with me. Nothing special. Hai... kenapalah korang ni sibuk sangat.”

“Ok, kali ni kami percayakan kau. Lain kali, kalau kami nampak kau jumpa Prince Snow lagi, nahas kau kami kerjakan.” Gadis yang ke tiga bernama Lucy pula mengugut.

“Hah, whateverlah!” kata Berry sejurus pergi dari situ.

Sepanjang perjalanannya ke kantin, dia tak habis menggeleng-geleng mengenangkan nasib malangnya sejak hari pertama dia berada di sini. Dia adalah anak kepada datuk bandar Empty Soul High School juga merangkap kepada anak golongan bangsawan peringkat tertinggi di Empty Soul Kingdom. Sejak Empty Soul High School melonggarkan syarat berasrama kepada setiap pelajarnya, terdapat beberapa pelajar yang berulang dari sekolah ke rumah. Kebanyakan mereka tinggal di dalam Pulau Empty Soul Kingdom ini juga.

Lelaki yang dipanggil Prince Snow oleh kebanyakan gadis di sekolah tinggi ini juga merupakan anak lelaki kepada bangsawan terkemuka di asia. Dia merupakan seorang lelaki yang bijak, kacak dan berkarisma. Kerana pekej lengkap yang lahir bersamanya, dia selalu menjadi tumpuan tak kira ke mana sahaja dia pergi. Sikapnya yang ramah dan bijak berkata-kata membuatkan orang ramai senang berada di sisinya.

Apple Min, lelaki yang selalu dipanggil Apple busuk oleh Berry ini adalah lelaki miskin yang datang daripada kepulauan mewah iaitu Q-Paradise. Dia adalah satu-satunya pelajar yang mendapat biasiswa sepenuhnya daripada Empty Soul High School kerana otak geniusnya yang menjadi rebutan ramai. Walaupun wajahnya selalu menarik perhatian ramai tetapi, kerana personalitinya yang sederhana, dia tidak begitu mendapat sambutan di sekolah. Dia tidak tahu bermanis mulut dengan sesiapa yang bercakap dengannya. Apa yang terbuku di hati akan terus dilontarnya tanpa mengira dengan siapa dengan dia sedang bercakap. Lagipun, dia selalu saja bergaduh dengan April dan ini membuatkan dia amat dibenci oleh peminat April.

Manakala pasangan kembar Akia dan Aria yang selalu menyusahkan orang ramai dengan sikap banyak cakap mereka merupakan anak saudagar kaya daripada Korea. Mereka berdua menetap di banglo asrama mewah milik Empty Soul High School. Mereka berkawan rapat dengan Berry kerana berminat dengan personaliti Berry yang kaya dan cantik. Bagi mereka Berry ibarat permata yang akan bersinar walau ke mana sahaja dia pergi. Jadi, sesiapa yang berdampingan dengan Berry pasti akan turut mendapat perhatian.

Seterusnya, Tuchee, Carmeen, dan Lucy. Mereka merupakan sahabat baik sejak kecil lagi. Bapa mereka berkongsi eset dalam mendirikan sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Empty Soul Kingdom. Prince Snow adalah salah satu sebab kenapa mereka datang ke sekolah ini. Mereka tak akan membenarkan mana-mana gadis mendekati Prince Snow kerana mereka menganggap Prince Snow hanya akan berkawan dengan gadis seperti mereka sahaja. Mereka juga telah menubuhkan satu kelab untuk peminat Prince Snow iaitu `Prince Snow Fan Club.’ Dan untuk pengetahuan ramai, Prince Snow Fan Club ini mendapat sambutan yang hangat.

April memang mengancam. Semua gadis di kantin tak jadi nak makan apabile terpandang April yang sedang tertawa. Handsomenya!

Berry hanya menongkat dagu. Alahai, orang macam aku ni manalah dia nak pandang. Tapi, kalaulah aku dapat Prince Snow ni, seronoknya! Oh, April, April, April, April, April, Apple..

Apple? Eh? Aku sebut April ke Apple tadi? Eh? Eh?Eh?

“Tengoklah Berry tu, entah apa yang dia berangankan tu. Tak habis-habis berangan.”

Aria setuju dengan kakaknya. “Betul. Nak kata berangan jadi tuan puteri, dia dah memang tuan puteri pun.” Mereka berdua mengangguk lagi.

“Hei, kau buta ke?” tiba-tiba satu tengkingan memecah suasana hambar di kantin itu.

“Sorrylah, aku tak nampak.” Ucap Apple sebelum tunduk melutut mengutip dulang, pinggan dah cawannya yang terjatuh tadi.

“Sorry, not enough, man!” Lelaki berbadan besar itu menengking lagi. Pengikut-pengikutnya di belakang mengangguk keras.

Tapi, tengkingan lelaki itu tak Apple endahkan. Dia bangun dan melangkah pergi meninggalkan mereka. Lelaki berbadan besar itu terkejut.

Salah seorang pengikutnya mula kedepan, bengang kerana ketuanya diendahkan sebegitu.

“Hoi, kau jangan nak kurang ajar. Muka saja handsome tapi kalau penakut apa gunanya!”

“Betul, kalau kau anak jantan, sinilah lawan one by one!” sahat penguikut yang lain pula.

Tapi, tetap tak dilayan.

“Oh, menarik.” Komen kembar Akia dan Aria.

“Menarik kepala hotak korang. Kau tak nampak ke samseng-samseng tu badan macam gerabak kereta api, matilah Apple nanti.”

“Oh, jadi sekarang ni kau risaukan Apple la?”

“Ah?” Berry tiba-tiba termengkalan. Aku risaukan Apple? “Taklah!” hanya itu yang mampu dijawabnya.

Keadaan semakin dingin. Apple kini masih membisu sambil membersihkan kotoran di bajunya akibat perlanggaran tadi. Manakala samseng-samseng sekolah itu mula riuh. Mengutuk Apple dengan macam-macam perkataan yang tak masuk akal.

“Hoi, pengecut, macam mana mak kau ajar kau ni, ha? Jangan-jangan mak kau yang macam pelacur tu paksa kau duduk bawah ketiak dia sepanjang masa!” kemudian mereka tertawa. Terdapat beberapa orang penonton juga yang turut tertawa.

Tiba-tiba sesuatu telah menarik perhatian Apple. Dulang makanan yang masih dipegangnya, dilontar kuat tepat mengenai leher lelaki yang mencaci ibunya tadi hingga lelaki itu jatuh tak sedarkan diri. Keadaan senyap seketika sebelum samseng-samseng tadi mengamuk dan menyerang Apple.

Keadaan menjadi kaku. Mereka hanya menonton samseng-samseng itu tanpa mampu berbuat apa. Tetapi, apa yang mereka nampak, Apple sedikit pun tak menghadapi masalah untuk menumbangkan samseng tadi. Yang menjadi masalahnya kini, nampaknya amarah Apple tak dapat dibendung lagi, wajah merahnya jelas kelihatan dan samseng-samseng tadi teruk dikerjakan.

“Ah?” masing-masing terpana.

“Hei, hentikan Apple! Mati diorang tu nanti!” orang ramai mula bersahutan. Akhirnya, mereka terpaksa masuk campur dan menarik Apple menjauhi badan-badan yang dah tak berdaya itu lagi. Tetapi, cubaan untuk menenangkan Apple tak berhasil apabila Apple tiba-tiba melenting.

“Sekarang baru sibuk nak masuk campur! Tadi waktu setan-setan ni hina aku korang tak ada niat nak tolong pun kan?! Pergi mampuslah!” bentak Apple.

“Apple...” Kenapa? Kenapa dengan kau? Mata kau... kenapa terlalu sunyi? Berry menekup mulutnya. Kesayuan mula bertandang apabila dia terpandang anak mata Apple yang mula hambar.

Kantin sekali-lagi senyap. Mereka hanya tertundunk. “Apple, kami tak ada niat macam tu pun.”

“Apa?! Aku tak mintak penjelasan dari korang pun. Aku cakap pergi mampus!” dia menyepak tong sampah yang disusun berdekatan dengannya hingga menyebabkan sampah bertaburan di merata tempat.

Semuanya membisu. Tak seorang pun berani bersuara.

Akhirnya..

“Sini..” Berry menarik keras tangan Apple supaya mengikutnya.

“Eh? Berry! Cari nahas budak ni.” Akia bersuara.

“Lepas.” Arah Apple. Cuba berlembut.

“Tak nak.”

“Aku cakap lepas, lepaslah!” Apple mula meninggikan suara.

“Aku cakap, aku tak nak!” Berry nampak terkejut, namun dia tak mahu beralah. Genggaman tangannya dikuatkan. Lalu tubuh Apple cuba ditarik sekali lagi. Dan ajaibnya, kali ini Apple menurut.

Kedua-dua mereka senyap. Walaupun sedikit janggal dengan situasi yang senyap ini, namun Berry tak berani bersuara. Hanya tangannya sahaja yang bergerak membersihkan luka-luka di muka, dan tangan Apple.

“Auww!”

“Eh, sorry. Sakit ke?” tanya Berry sambil melembutkan sedikit sentuhannya.

“Nak tahu sakit ke tak, sinilah aku buat balik dekat kau!” jawab Apple sedikit bengang.

“Kau ni Apple, sorrylah. Aku bukan sengaja.”

Apple tak menjawab dan keadaan kembali senyap.

Ish, rimasnya aku. Speak something, Apple. Kutuk jelah aku ni iron woman ke, miss too late or whateverlah, but please janganlah senyap macam ni je. Too awkward!

Nampaknya aku jugak yang nak kena bersuara ni. “Er...”

"Kau nak bagi aku sakit lagi ke apa ni?"

“Ha?” Berry yang baru mula nak berkata-kata termengkalan apabila Apple memotong kata-katanya.

Kemudian dia melihat pada liha Apple pula. “Ah? Sorry, Apple!”

“Aduhai, macam mana ni. Sakit tak?” tanya Berry. Habis kuning muka Apple kerana terlalu banyak iodin yang digunakan. Apple tak menjawab, tetapi wajahnya jelas menunjukkan yang dia teramatlah bengang.

“Nak kena cuci baliklah ni.” Berry bangung tapi, tiba-tiba tangannya ditarik.

“Thanks.” Ucap Apple.

Berry tak berkata apa-apa. Ekspresi wajah Apple ketika ini telah memukaunya. Cool.. hatinya bersuara.

“Er... thanks for what?” tanya Berry kemudiannya kembali duduk di sebelah Apple.

Kelihatan Apple maraup rambutnya kebelakang, berdecit seketika dan kembali memandang Berry. “Thanks for stopped me.”

Berry tersenyum. “No hallah!”

“Sebenarnya aku terkejut juga bila kau tengking aku balik tadi.”

Terkejut? Berry kematian kata-kata.

“Yelah! Berani kau tengking aku, mak aku pun tak pernah tengking aku, tau!” sambungnya lagi dan kali ini wajahnya jelas kemerahan. Menahan malu.

Cis, pasal tu ke. Penat je aku terharu tadi. “Tau tak apa. Mak aku pun tak pernah tengking aku!” balas Berry. Mulutnya sedikit tercebik dan itu membuatkan Apple tertawa kecil.

“Apa?” tanya Berry.

“Yelah, kalau kau tak pernah kena marah tu, normallah. Kau kan tuan puteri. Siapa berani nak marah kau.”

“Kau je yang berani marah aku.”

Jawapan Berry itu membuatkan Apple terdiam. “Sorry.” Ucapnya lagi.

"Eh?"

Kedua-duanya kembali diam seribu bahasa. Masing-masing tertunduk.

“Apple.” Panggil Berry. Apple hanya mengangkat wajahnya, merenung wajah jelita milik Berry yang jelas kelihatan serba salah.

“Sorry sebab tak tolong kau tadi.”

“Apalah, aku pun tak harap kau tolong aku tadi. Well, aku tahu kau penakut!”

“Erk.” Budak Apple nilah. Selalu bagi aku marah.

“Aku bukan takut, tapi..

“Tapi apa? Kau sebenarnya suka tengok aku kena hina macam tu, kan?”

“Excuse me!” tiba-tiba Berry melenting. “Ingat aku ni jahat sangat ke? Walau seteruk mana pun kepala otak kau mentafsir peribadi aku, kau tetap kena ingat aku ni seorang perempuan yang punya hati perut dan tahu belas kasihan.”

Melihat Berry melenting, Apple hanya tertunduk. Aduh... seorang perempuan yang punya hati perut dan cepat melenting. “So, kau masuk campur tadi sebab kau ni perempuan yang punya hati perut jelah?”

Berry mengangguk. “Habis tu?”

“Aku ingatkan kau dah jatuh cinta dekat aku tadi.” Ucap Apple tanpa segan silunya sambil satu senyuman memikat dilepaskan.

Buat seketika, Berry kaku. Terasa bagai renungan Apple tadi telah membuatkannya kaku di situ.

“Oi, what are you talking about. No way!” terpaksa menafikan. Fuh, Berry mengurut dadanya. Mungkin sebab kau good looking, so kadang-kadang aku rasa macam aku terjatuh cinta dengan kau. Tapi, kadang-kadang aku benci kau sangat-sangat,

Kali ini mereka kembali senyap. Lama keadaan ini berlarutan hinggalah Apple bangun, minta diri untuk beredar.

“Nanti! Iodin tu.. biar aku bersihkan dulu.”

“Tak payah, aku bersihkan sendiri dekat asrama nanti. Harapkan kau, semua benda tak jadi.” Kemudian Apple beredar dari situ.

“Tengok tu!!! Dia sengaja sakitkan hati aku!”

2 comments:

  1. MILOOOOOOOORD!!!!
    SAYANG AWAK! HEHEHEHEHEHEHE
    TERUSKAN MENGGARAP KARYA TERBAIK.
    GANBATTE NE!

    ReplyDelete