Tuesday, June 23, 2009

My Sweet Lady 3

"Hero you go."
Dia menghidang kan teh kepada Bell setelah siap berpakaian. "I am Armin Lawrence third year student. Nice to meet you." "Nice to meet you too, er... Mr.."
"You can call me Armin."
Bell mengangguk, "Nice to meet you too, Armin."
Bell menghirup teh yang dihulurkan. Buat seketika aroma camomile yang menghiasi rumah itu benar-benar menenangkanya. Kemudiannya dia memandang Armin yang bersahaja di depannya. Macam mana dia boleh tenang je selepas aku nampak dia separuh bogel tadi. Tak malu betul!
"Are you, Bell? Adik Teacher Megan?"
Bell tak berkata apa.
"Bila tengok dekat-dekat, kau memang tak ubah macam dia."
Mendengar kata-kata Armin, Bell terus meletakkan cawan yang dipegangnya tadi. "Jangan cakap sesuatu yang kau sendiri tak maksudkannya hanya untuk membuatkan aku rasa gembira! Macam mana aku boleh serupa dengannya sedangkan warna rambut dan mata kami berlainan." Bell sedikit tak puas hati.
Kelihatan Armin menolak cermin matanya ke atas sedikit sebelum bersuara. "Kamu semua adalah keluarga." Dia tersenyum. "Walaupun warna mata dan rambut kamu berlainan, tetapi bentuk muka kamu yang membuatkan saya merasakan yang kamu adik-beradik."
"Jeez, penerangan yang mendalam. Adakah Senior Armin salah seorang daripada peminat Megan?" Bell menyentuh bibir bawahnya mengunakan hujung jari. Tak pernah sesiapa cakap macam tu dekat aku.
"No actually, Im a labrian. Jadi aku banyak membantu Teacher Megan di perpustakaan."
Ohh.. dalam diam Bell terangguk. Mungkin dia ada hati dengan Megan. Sampaikan perkara yang begitu teliti boleh dia perasan.
Tiba-tiba seseorang datang menganggu mereka.
"Ah, Hika. Kau dah sampai. Sinilah minum bersama kami." pelawa Armin ramah.
"Apa ni?" Dia menjeling sinis. "Aku tak suka berbual dengan khadam sekolah." Dia menghampiri Bell lalu meletakkan beberapa duit syiling di depan gadis itu. "Pergi." Halaunya.
"Hi- Hika. Ini Isabelle Danielle pelajar tahun kedua Rose Hollis Academy. Kau sepatutnya berterima kasih kepadanya kerana membawa bagasi kau ke sini."
Mungkin kerana marah, Bell tergesa-gesa bangun lalu tangannya tertepis minumannya dan tumpah mengenai kasut Hika. "Oh, no..." Bell menekup mulutnya.
Manakala Hika mengeluh. "Kenapa tak bagitahu awal-awal. Kau ketepikan maruah kau sebagai pelajar Rose Hollis Academy dan lakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh khadam sekolah." Hika meraup rambutnya kebelakang. "Tapi kelakuan kau sangat kasar dan kurang ajar. Tak macam gadis bangsawan pun."
Bell terkejut.
"Kalau kau nak minta maaf, datanglah bila kau dah bersedia dengan akibat yang bakal kau terima." Kata Hika lagi sambil tersenyum mengejek ke arah Bell.
Walaubagaimanapun, Bell kelihatan seolah-olah tak mengendahkan apa yang dikatakan Hika. Dia mengambil skarf rambutnya lalu menyarungkan ke kepala. Selesai mengikat skarfnya., dia memandang Hika dengan pandangan yang kasar. "Seorang lelaki budiman akan dituduh kurang ajar jika dia berkata demikian. Kau sepatutnya tak berhak mengkritik kelakuan orang lain."
Hika terkejut.
Bell kemudiannya mengutip duit syiling yang di berikan Hika tadi. "Nampaknya kau ada terlalu banyak duit untuk diberikan kepada orang lain." Lalu dengan bersahaja dia memasukkan kembali duit syiling tersebut ke dalam poket baju kameja yang dipakai Hika. "Apa kata kau jimatkan sedikit duit kau. Mungkin suatu hari nanti kau akan memerlukannya."
Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Hika yang terpaku kerana ditegur sebegitu rupa. Sebelum dia keluar, sekali lagi dia berpaling memangdang Armin.
"Terima kasih, Senior Armin. The tea was really delicious." Kemudian dia hilang dari pandangan.
Armin pula sedaya upaya menahan tawa.
Hika sedikit marah apabila melihat Armin. Dengan satu keluhan dia duduk di sofa berdekatan. "Apa semua ni. Muka dia nampak takut, tetapi cara dia cakap macamlah dia tu berani sangat."
Armin hanya tersenyum. Dia bangun memungut cawan dan meletakkannya ke dalam dulang. "Tuan muda nak minum?"
"Ish, aku dah kata jangan panggil aku tuan muda."
"Okla, oklah.."











Bell mengesat air matanya. Sedihnya bila dikatakan kurang ajar dan kasar. Aku berlakon macam kata-katanya tak memberi kesan kepada aku tapi aku sendiri tahu, aku bukanlah seorang gadis yang elegan dan menarik. Tapi tolonglah. Jangan menghakimi manusia dengan apa yang kamu nampak pada luarannya. Tak seorang pun berhak buat macam tu!


Selepas rehat, para pelajar diminta untuk berkumpul di dalam dewan.
"Entah pengumuman apa yang ingin pihak sekolah umumkan sampai sanggup buang masa belajar yang berharga ni." rungut Bell.
"Oh, yeah?" Loki di sebelahnya tiba-tiba tersenyum. "Berharganya masa belajar kau." Sindirnya.
Bila mendengar sindiran Loki Bell menjeling sambil tangannya mencubit kuat lengan Loki.
Seperti yang dijanjikan, mereka duduk bersebelahan di dalam kelas. Walaupun keputusan peperiksaan Bell agak teruk, namun dia tetap dapat belajar sekelas dengan Loki yang cerdik. Hai... mungkin kerana status keluarga, sebab itulah aku ditempatkan di kelas yang mempunyai rekod yang baik. Memang sebuah sekolah yang tidak adil.
Sebab budak Hika tadilah aku terlepas waktu rehat! Memang nak kena betul budak ni. Dah tu, langsung tak mintak maaf dekat aku.
Dengan niat untuk melarikan diri ke kantin, Bell bangun.
"Eh? Nak pergi mana?" tanya Loki.
"Nak berdiri dekat koridor tu. Sakit perut, tak boleh nak duduk." Bohong Bell lalu berlari meninggalkan Loki yang terkebil-kebil di tempat duduknya.
Apabila sampai di koridor, dia sedikit menyesal apabila ternampak sara. Menyesal pulak aku datang sini. Dia dapat lihat Sara sedang memandangnya, dan dia tahu apa yang Sara akan buat.
Seperti yang dijangkakan, Sara berpura-pura tidak melihatnya.
Bell bersandar di tepi koridor itu sambil menjeling ke bawah. Ternampak kantin yang terbentang luas di matanya membuatkan dia betul-betul lapar. Semakin lama, semakin ramai orang yang datang berdiri di koridor itu. Dan tanpa sedar Bell kini sudah pun berdiri di sebelah adiknya.
Dan akhirnya pengumuman bermula. Cheh, bukan pengumuman apa pun, cuma nak memperkenalkan anak saudagar paling kaya di daerah itu je.
"Hello, Im Hika Limi. The second year student. Nice to meet you."
Patutlah nampak macam kenal, budak kurang ajar ni rupanya. Bell berdecit.
Mungkin dia dah tak berselera untuk mendengar lebih lanjut tentang budak itu, lalu dia memalingkan tubuhnya. Tengok kantin ni lagi bagus.
"Tengok perempuan tu. Dia langsung tak ambil perhatian." Bell tiba-tiba terdengar suara yang kurang enak di belakangnya.
"Tak kisahlah. Lagi pun rekod sekolah dia bukan elok sangat pun."
"Macam barbaric girl! Kasar. Macam kuno pun ada."
Ish, dah melampau diorang ni. Karang jangan sampai ada yang kena pukul.
Tiba-tiba... "Ah...!"
Ianya berlaku dengan pantas sekali hinggakan Bell sendiri tak sempat nak buat apa-apa. Dia baru sahaja ingin menjeling ke arah adiknya sebelum gadis itu menolaknya jatuh dari koridor.
"Memalukan."
Mungkin itulah yang Sara katakan sambil merenung kakaknya yang sudahpun jatuh terjelopok di atas lantai.
Saat itu, Bell mengharapkan yang dia kan pengsan tak sedarkan diri. Malangnya itu semua tak berlaku. Apabila terjatuh dia sedikit pun tidak terasa seperti ingin pengsan. Cuma kepalanya yang berpinar-pinar sedikit.
"Bell!" Dia terus terdengar suara Megan memanggilnya.
"Bell, are you alright?" Megan mengangkatnya.
Bell mengangguk.
"Are you sure? Kau nampak macam akan pengsan bila-bila masa je."
Itulah yang aku harapkan. Geleng Bell. Kemudian dia ternampak kelibat Domino pula berlari mendapatkannya.
"Bell." Domino merangkulnya. "What happened?" tanyanya lagi.
Saat itu Bell hanya mampu menjeling Sara yang masih berada di koridor atas. Aku tak tahu apa yang mesti aku buat pada kau, Sara. I hate you! Dia bangun.
"Domi, Megan, Im alright." Katanya sebelum berjalan mengharungi kesesakan itu.
Orang ramai terkejut. Manusia apa tu. Jatuh dari tingkat tiga, tapi langsung tak tercedera.
Kemudian mereka tertanya-tanya pula, apa hubungan gadis itu dengan Megan dan Domino sampaikan dua gadis itu begitu risau dan takut apabila melihat Bell terjatuh.
"Domi, are sure she`s okay?" Bisik Megan yang masih tak berganjak dari tempatnya.
"I dont know but she look fine."

3 comments:

  1. eiii....

    sara is EVIL...

    me no likey EVIL girl...

    GO BELL!!!

    ReplyDelete
  2. Sara tu.. dasyat betul!
    Haha..
    Susah nak cari dua orang kakak baik macam tu..

    ReplyDelete