Saturday, June 27, 2009

My Sweet Lady 5

Hari ini aku ke sekolah seperti biasa. Masih terus disindir dan dijadikan bahan ejekan. Ah, biarlah. Tangan kananku pula, walaupun masih sakit tapi sekurang-kurangnya dah boleh bergerak. Aku dapat lihat belakang bahu kananku sudah mula biru. Er... mungkin ungu. Macam mana kalau nanti tanganku akan sakit selamanya dan tak sembuh langsung? Ish, tak mungkinlah. Setiap penyakit ada ubatnya.
"Hei budak!"
Aku tiba-tiba dipanggil.
Dan seperti yang aku jangkakan, panggilan daripada Hika.
Kelihatan Hika tersenyum manis apabila melihat wajah tanpa ekspresi Bell. Gadis itu memang pandai menyembunyikan emosinya.
"Take this to my classroom and..." Dia menghulurkan sesuatu. "Take care for my violin for a little while." Kemudian dia beredar.
"Take care for my violin for a little while." Ajuk Bell kembali. Kemudian dia melangkah ke dalam kelasnya. Terpaksa membawa tiga beg sekali gus hanya dengan menggunakan tangan kiri. Memang menyakitkan
Apabila sampai di kelas, aku meletakkan begnya di tempat duduknya. Kemudian aku ke belakang kelas untuk melentakkan begku ditempat dudukku pula. Hika dan aku kini menjadi rakan sekelas. Rakan? Excuse me!
Mungkin kerana kepintaran luar biasanya, kononnyalah.. dia telah memilih untuk duduk di tempat paling hadapan bersama dengan pelajar perempuan yang paling berkarisma di sekolahku iaitu Leah. Aku dan Loki pula duduk di barisan paling belankang. Well, merendah diri.
Setelah itu, aku keluar ke bilik perpustakaan untuk berjumpa dengan Megan. Di situ aku ternampak Megan dan Armin sedang berbual. Kemudian aku di suruh oleh beberapa orang senior yang kebetulan berada di perpustakaan untuk menghantar pedang ke Fencer`s Club. Domino merupakan seorang pemain pedang paling handal dalam Fencer`s club. Jadi sudah semestinya aku akan terserempak dengannya apabila sampai di bilik Fencer`s Club nanti. Sampai di bilik itu, ketika sedang menyusun pedang, Bell terdengar perbualan Domino bersama dengan beberapa peminatnya.
"Tahu tak, nama gelaran kepada presiden persatuan pelajar, 'Estel' sebenarnya diambil daripada nama seorang pelajar yang telah dibunuh." Kata Domino dengan wajah penuh karismanya.
Peminat-peminatnya terkejut. "Betul ke? Tapi Estel bermaksuh cahaya dalam Bahasa latin. Jadi ia sepatutnya bermakna cahaya kepada pelajar Rose Hollis."
"Well, itu secara formalnya saja. Pada 100 tahun dahulu, ramai penduduk telah mati di kampung berdekatan dengan sekolah ini kerana satu wabak misteri. Jadi, untuk menghentikan bencana ini, penduduk tersebut terpaksa percaya kepada satu tilikan palsu yang menyuruh mereka mengorbankan gadis paling cantik dan murah hati di situ. Jadi mereka telah menculik Estel lalu membunuhnya dan itu menimbulkan kemarahan tuhan. Tambahan pula, Estel telah dikorbankan di dalam dewan kemahsyuran di Rose Hollis Academy. Khabar angin ada mengatakan yang roh Estel masih berkeliaran di dewan itu. Jika kamu pergi ke dewan itu, kemudian titiskan tiga titis darah kamu di tempat Estel dibunuh, permintaan kamu akan dipenuhi. Sebagai balasan..." Domino menarik dagu salah seorang gadis di hadapannya lalu merapatkan mulutnya ketelingan gadis itu. Tetapi, belum sempat dia bersuara, seseorang tiba-tiba menyampuk.
"Senior Domino, ambik pedang ni!" Jerit Bell. Kemudian dia menjeling Domino. Dalam dunia ni, aku paling bencikan hantu. Aku takut dengan semua cerita dongeng itu. Kenapa hantu tu tak mati terus. Menyusahkan orang je!
Domino terkejut, manakala gadis yang dipegangnya itu mula tersipu.
"Oh, Bell. Kau dah datang."
"Nah, ambil ni." Hulur Bell. Tetapi tiba-tiba Domino memeluk Bell.
"Wah, kali pertama kau datang sini. Do you come to cheer me." Ucapnya penuh syahdu.
"Ish, lepaslah. Tu, tadi ada senior yang arahkan aku hantar semua ni." Tolak Bell.
"Arahkan? Tiada siapa pun yang layak mengarah anak perempuan ketiga keluarga Danielle." Kata Domino sambil memeluk adiknya dari belakang. Peminat-peminatnya mula cemburu.
"Ok, ok.. come here. Duduk atas kerusi ni dan perhatikan kehebatan kakak kau yang cantik ni. OK?" Domino menarik adiknya supaya duduk di kerusi yang selalunya hanya diduduki oleh pengerusi kelab ini. Dalam pada itu, Bell terdengar suara-suara peminat memanggil nama Domino dan ada diantara mereka mula bengang. Habislah aku nanti. "Tak pelah, Domino. Aku nak lapkan pedang ni kejap."
Domino terpaksa menurut. Perlawanannya bermula.
Domino adalah pengerusi kelab pedang ini dan kerana dia jugalah, bilik di dalam kelab ini penuh dengan orang yang datang untuk melihat.
Wajah yang selalu tersenyum penuh gurauan itu menjadi serius apabila dia memegang pedang. Domino memang seorang gadis yang hebat!
"Bell, nampak tak! Aku menang!" Laung Domino sebaik sahaja tamat permainan. Manakala peminat-peminatnya mula terjerit kecil meyuruhnya menghampiri mereka tapi langsung tak diendahkan Domino. Manakala Bell mula tak keruan. Stop it Domino. Nanti aku yang kena.
"Budak nilah yang jatuh waktu majlis kemasukan hari tu." Seperti yang dijangkakan, Bell mula terdengar suara-suara mencemuhnya.
"Ish, dia ni biasa je. Kenapalah Senior Domino baik sangat dengan dia."
"Entah, bukan ada yang special pun pasal dia."
"Tengoklah cara dia ikat rambut dia, macam orang zaman batu je."
"Bodohnya."
Saat itu Bell mula berang. Melampau ni. Tetapi,
"KANG!" Tiba-tiba enam bilah pedang melayang secara berturut turut hingga menyebabkan baju dan rambut gadis-gadis yang mencemuh Bell tadi terlekat di dinding bersama dengan tusukan pedang itu.
"Sorry, my hand slipped." Domino merenung tangannya dan wajahnya sangat serius.
"Senior Domino.."
"Sampai hati. Kenapa Senior buat macam ni.." gadis-gadis itu separuh menangis.
Dan itu tiba-tiba membuatkan Domino tersenyum manis. "Lain kali, panggil saya Domino. Saya tak suka orang lain panggil saya Senior." Kemudian dia memandang Bell. "Melainkan Bell. Dont worry Bell. Kau boleh panggil aku apa saja yang kau nak. Nenek, atuk, abang.. semuanya boleh."
Manakala dua peminatnya ketakutan. Nampaknya betulah khabar angin tu. Dia ni ada masalah 'sister complex' yang kritikal dengan Bell. Tapi kenapa Bell.??!! Jerit hati masing-masing.
"Domino..." Panggil Bell setelah dia menarik pedang-pedang yang tercucuk di dinding tadi dan wajahnya serius.
"Ya?" Sahut Domino.
"Pedang ni dah tumpul." Kemudian dia tersenyum sedikit. "Kenapa kau tak tikam dekat orang dia terus je tadi?"
WAAA! Dua gadis itu terkejut manakala Domino tertawa. "Betul jugak."
Setelah keluar dari bilik Fencer`s club, Bell terus menuju ke biliknya, sepanjang dia berjalan melalui koridor yang tak pernah lengang itu, dia tak dapat lari daripada perasaan tidak enak dan kecil hati. Sememangnya apa salahnya sampaikan dia begitu dibenci oleh orang ramai. Salahkah kalau identitinya langsung tak diketahui orang lain. Very irritating!
"Oi budak loceng!"
Hmm? Budak loceng? Bukan aku, kan? Langkah Bell terhenti seketika.
"Kaulah, habis tu siapa lagi yang nama Bell."
"Stupid!" Balas Bell apabila terpandang Loki yang sedang mentertawakannya. "Nama aku Bell, bukan loceng."
"Bell means loceng, kan?"
"No! My Bell means, beautiful sound." Bell memeluk tubuh sambil menghampiri Loki.
"Huh, yeah beautiful sound." Kemudian kelihatan seperti Loki teringat sesuatu. "Bell, kau selalu menyanyi waktu kecil dulu, kan? Dah lama aku tak dengar suara kau."
Bell menggeleng sambil memejamkan matanya. "Tak nak! Suara aku tak sedap."
"Siapa kata. Ingat tak, kecil-kecil dulu, waktu aku main piano, kau akan menyanyi. You have the beautiful voice that I ever listen."
"Itu hanya kau yang cakap. Orang lain tak kata macam tu pun. Lagipun waktu tu aku kecil lagi. Usia boleh merubah segalanya."
"Yeke? Aku tengok muka kau dari kecil sampai besar tak berubah-ubah pun!" usik Loki dan kemudiannya dia tertawa apabila melihat Bell menjelingnya.
"Oh, what a happy moment."
Perbualan mereka tiba-tiba diganggu. Terlihat Hika dan Leah melangkah menghampiri mereka.
Habislah... satu lagi masalah. Tak, dua!
Selama ini, Leah amat menyukai Loki dan dia selalu melakukan apa sahaja untuk menjauhkan Bell daripada Loki.
Dan Hika pula, pasti dia akan terus menyusahkan hidup Bell.
"Seronok nampak Bell." Leah menegur. Hika disebelahnya hanya diam. "Hai, Loki." Kemudian dia menyapa Loki.
"Hai, Leah." Balas Loki pula.
"And you Bell, how are you? Seronok tak jatuh semalam." Gadis itu tertawa mengejek.
Bell tak menjawab dan dia sedikit bersyukur apabila melihat Hika tidak mentertawakannya mahupun tersenyum. Sekurang-kurangnya Leah akan malu sendiri kerana dia seorang je yang ketawa di situ.
"Leah..." Tegur Loki.
"Im sorry. How do you do?" Tanyanya lagi dan kemudiannya menyentuh bahu kanan Bell. Bell sedikit mengerinyit. "Dont touch me!" Tepisnya.
"As I expected. You are Barbaric Girl. Have no respect to the others." Hika bersuara. Dia merenung Bell sedalam mungkin.
"Hei, what do you mean, newcomer." Loki pula bersuara, cuba membela Bell yang hanya mendiamkan diri.
"Kau tak layak panggil aku newcomer."
"So, what can I call you? Duranta?"
"Hei!"
"Loki.. Lets go." Ajak Bell apabila melihat Hika yang mula berang.
"But.."
"Its okay.. We`re done."
Setelah mengeluh, Loki akhirnya mengangguk. Tetapi belum sempat mereka melangkah, Hika tiba-tiba merentap kuat tangan kanan kanan Bell sekaligus ianya mengeluarkan bunyi seolah-olah dahan kayu yang patah. Bell tersentak dan belum sempat untuk mengaduh kesakitan, dia tiba-tiba rebah.
"Bell!!"

5 comments:

  1. ha..suspen nyer...tp rsenye hika trying to cure tgan bell kn, btul x?

    ReplyDelete
  2. aiya.. tau mana ni... pakai tukang tilik ke?? kalau dah tahu, xyah smbung la.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. haa...jgn cam2...nak writer smbung gak...

    ReplyDelete
  4. best la cte2 kt cni..
    cpt2 smbung cte nie ea..
    ;D..

    ReplyDelete