Tuesday, June 9, 2009

Twin of Chaos 14

Masa seminggu sudah pun tamat. Yora dan Neo dijemput oleh seorang pemandu daripada keluarga Mistin untuk dibawa berjumpa dengan ketua keluarga itu.
Mereka tak berkata sepatah pun sewaktu dalam perjalanan. Yora mungkin nampak sedikit risau dan gugup, tetapi Neo kelihatan tenang bersama dengan wajah dinginnya yang jarang-jarang dilihat.
Apabila sampai di kawasan rumah itu, mereka terpegun.
"Wah, memang betul istanalah." Kata Neo kagum.
Manakala Yora disebelahnya tersenyum. Dari jauh mereka dapat lihat Zen dan Neo berjalan menyambut kehadiran mereka.
Tiba-tiba Neo ketawa dan itu membuatkan Kei dan Zen kehairanan.
"Kenapa korang pakai baju sama, nampak macam budak-budak."
Mendengar kata-kata Neo, serta merta Zen mengangkat tangannya seolah-olah cuba untuk mengetuk kepala gadis itu. "Ish!"
Neo mencebikkan bibirnya sedikit sambil matanya sengaja dikedipkan berkali-kali. Zen yang melihat cepat-cepat menjeling. "Childish!"
"Childish? Siapa? Aku?"
"Kaulah, habis tu siapa lagi?" Balas Zen dan kemudiannya dia memeluk tubuh lalu berjalan munuju ke rumahnya.
"Hei, Im seventeen!" Neo mengejarnya.
Yora dan Kei saling berpandangan, mereka hanya mampu menjungkitkan bahu melihat perangai Neo dan Zen yang masih tak matang.
"Kita jugak baguskan, tak macam budak-budak."
Yora tak mengangguk mahu pun menggeleng. Aku memang tak macam budak-budak pun, tapi kau, kau tu tak ubah macam budak tak matang lagi! Sama je dengan adik kau!
Melihat Yora senyap, Kei seolah-olah dapat membaca apa yang ada dihatinya.
"Okay, I understand. So, shall I carry you like a princess?" tutur Kei mengusik.
"Carry.. What?" Tetapi Yora tak sempat nak terkejut apabila Kei terus mencempungnya membawanya menuju ke rumah.
"Kei, malulah!"
"Malu apa, kita kan suami isteri."
"Kei!!"
Pelayan peribadi kembar itu yang dari tadi memerhati mereka hanya menggeleng sambil tersenyum. Yang Zen macam tu, Kei pulak macam ni. Macam-macam.

1 comment:

  1. mape pendek sgt,,
    br nk feeling da abis..
    next time wat la pnjg2,,
    pape pown,,nice story..

    ReplyDelete