Wednesday, June 10, 2009

Twin of Chaos 15

Malam ini, Neo dan Yora akan menghadiri majlis makan malam di istana keluarga Mistin. Sementara menunggu malam menjelma, mereka ditempatkan dibilik tetamu. Selesai mandi dan menyalin pakaian, mereka tiba-tiba di arahkan untuk pergi ke bilik bacaan kembar mistin itu.
"Hai rasa macam orang suruhan la pulak. kena buat itu, kena buat ini." Yora mengeluh.
"Kalau kau tak suka, kau boleh balik." balas Neo.
Yora yang mendengar hanya mencebik. Dia ni sama je dengan Zen.
Mereka akhirnya masuk juga ke bilik bacaan yang dimaksudkan itu. Kelihatan Zen dan Kei sedang mambaca.
Apabila melihat kehadian pengantingnya, Kei tersenyum.
"Masuklah, kalau nak duduk luar pun tak apa." kata Kei.
Neo belum sempat nak ajak dah masuk. Yora pula masih tercebik. Ajak orang masuk pun macam tak ikhlas.
Kemudian mereka diajak untuk duduk semeja dengan Zen dan Kei.
"Ok, kami dah tengok semua and bagaimana perangai korang. So as a conclusion, lets fix some problem."
"Korang dah tengok? Macam mana?"
"Ala, nak hairan apa. Kitorang dah pasang kamera dalam rumah tu." Zen yang masih merenung bukunya tiba-tiba menyampuk.
Tersirap darah Neo apabila mendengar kata-kata Zen. Habislah, dahlah aku langsung tak buat kerja. Kemudian dia tertunduk. Nak balik rumah! Nak balik rumah.
"Ok, firstly. My wife." Kemudian dia tersenyum ke arah Yora yang takut nak memandang wajahnya.
"Please smile."
Apa? Cepat-cepat Yora memandang Kei. "What?"
"Senyum. Tu je. Ok, cuba senyum."
Yora menggeleng.
"Senyum je pun. Mengada-ngada." Sampuk Neo.
Yora menjeling tetapi langsung tak diendahkan Neo. "Suka hati akulah nak senyum ke tak nak."
"Oh... ada kena mengena dengan aku ke?" Balas Neo masih tak memandang wajah kakaknya.
"Ish!"
"Okay, okay. No fight. Yora.. Just smile." Suruh Kei lagi. Kali ini Yora terpaksa senyum. Kalau tak habislah.. Dia pun tak tahu apa yang Kei akan buat.
Perlahan-lahan dia cuba tersenyum. Serentak dengan itu tersembur tawa daripada mulut Neo. Manakala Kei kelihatan cuba menahan tawa.
"Buruknya!" Neo tertawa.
Aku dah agak dah. Sial betullah Neo ni. Kei pun sama je! Yora mencebik.
"Fine. Nice smile." Kei mengetap bibirnya. Apabila melihat Yora yang semakin mencuka, dia cuba untuk serius. "Baiklah. Nampaknya senyuman kau perlu dibaiki. Sekarang ni, Neo pulak."
Gulp! Habislah. Aku gelakkan Yora sangat. Sekarang ni time aku pulak. Malunya.
"Neo... kau.."
"Wait. Dia bakal isteri aku, so biar aku sendiri yang betulkan dia. Come here!" Zen menutup bukunya, lalu bangun membawa Neo ke meja paling hujung di bilik itu.
Neo tersenyum. Selamat.
"Heh, behave yourself." Bisik Zen perlahan dengan wajah bosannya.
"Ok, bos!" balas Neo.
Setelah itu, keadaan tiba-tiba jadi senyap. Kei tak habis-habis menentang anak mata Yora dengan nakal sehingga menyebabkan Yora tertunduk malu. Manakala Zen hanya menongkat dagu sambil mengeluh sekali sekala membiarkan Neo tersenyum sendirian.
"Zen? Okay ke?" tanya Neo tiba-tiba. Tetapi kemudiannya dia berdecit. Apasal tak okay pulak? Tengok, nanti dia mesti marah aku balik.
"Kenapa kau ni suka tanya soalan bodoh?!" tengking Zen perlahan.
Tengok, kan aku dah kata. Hai... aku saja je tanya. "Erm... kenapa Kei nak kahwin dengan Yora?" Tanya Neo lagi. Sebenarnya dia sendiri pun tak faham kenapa dia tanya macam tu.
Zen mengerling tajam sebelum menjawab. "Kau tanyalah dia sendiri."
Kena lagi. Memang tak boleh diajak berbual betullah budak cantik ni. Mereka berdua diam lagi. Sekali sekala Neo dapat rasakan yang Zen merenungnya seolah-olah dia adalah banduan.
"Zen, sebelum ni kau ada girlfriend tak?" tanya Neo lagi setelah lama memikirkan idea untuk bercakap dengan bakal suaminya.
"Kau ni sibuklah..." Seperti yang dijangka, itulah jawapan Zen. Namun nada suaranya tak sedingin tadi.
"Kei pulak? Dia ada girlfriend tak?"
"Kau ni..."
"Ok, ok, tau dah. Nanti aku tanya dia sendiri." Potong Neo sebelum sempat Zen nak marah. Tetapi kemudiannya dia tersenyum apabila melihat Zen mengerlingnya semacam.
Pipi Zen mula kemerahan, untuk mengelakkan Neo ternampaknya dalam keadaan begitu, pantas Zen mengalihkan wajahnya ke arah lain.
Mereka diam lagi.
Kelihatan Yora hampir-hampir menangis kerana diusik Kei.
"Kei.. dia okay tak?" Neo bertanya lagi. Zen diam, menentang pandangan. Dia kehairanan. "Okay..." kerana malas nak bertengkar dengan Neo, dia menjawab.
Neo pula. Akhirnya.. dia cakap elok elok dengan aku.
"Okay je?" Neo cuba memancing. Sebenarnya dia suka tengok Zen marah.
"Kau ni kenapa?! Aku cakap okay, okaylah!"
Tengok, dia dah mula dah. Memang hot temper. Hai, Zen. Tahukah kau, yang kau sedang diuji oleh aku??
"Ala, aku tanya je. Lagipun aku tengok kau cuma bergaul dengan dia pun. Kau tak pernah sembang dengan orang lain dekat sekolah."
"Aku akan berbual dengan orang yang okay je." Zen memeluk tubuhnya lalu menjawab soalan itu tanpa memandang wajah si penyoal.
Neo tersenyum. "Jadi, aku ni okay tak?"
"Okay apanya! Kau tu dah K.O tahap kritikal tahu tak!" Herdik Zen. Neo mencebik.
Ini yang membuatkan aku rasa macam nak merajuk ni.
"Habis tu, kenapa kau sembang dengan aku?" tanya Neo dalam keadaan masih tercebik.
Zen kelihatan sedikit terkejut dengan pertanyaan Neo. Tetapi kemudiannya dia memeluk tubuh dan diam tak berkata apa.
"Zen?" Neo tercengang.
"Zen, aku tanya ni!" Neo menyepak kaki Zen.
apabila kakinya disepak, muka Zen berubah macam nak marah. Tetapi apabila dia teringat falsafah hidupnya yang dia tak akan bercakap dengan orang yang tak 'okay', dia terus diam membisu.
Neo yang melihat pula tak puas hati. "Zen, macam budak-budaklah kau ni. Zen!" Neo bangun dan terus menarik lengan Zen, Memaksanya untuk bercakap.

1 comment: