Friday, June 12, 2009

Twin of Chaos 16

"Ouch!" Yora terjerit kecil apabila dia tiba-tiba tersadung sesuatu lalu jatuh menyembah bumi. Serentak dengan itu terdengar suara orang mentertawakannya.
"Shit! Neo.." pantas di beralih ke belakang.
Tetapi, dia dapat lihat Neo memandangnya penuh innocent sambil menjungkitkan bahu. Dan terdapat seorang budak lelaki yang sedang tertawa di belakang Neo.
"Padan muka!" Ejek budak itu.
"Kau!" hanya itu yang keluar daripada mulut Yora sambil cuba menegakkan badannya.
Apabila terdengar suara budak lelaki di belakangnya, cepat-cepat Neo beralih. Bulat matanya. "Ehhhhhhhhhhh...!!"
Sepantas kilat Neo menerpa lalu memuluk budak itu. Sedar tak sedar mereka sudah pun terduduk di atas lantai.
Budak itu terkesima.
Begitu juga dengan Yora.
"Lepaslah." Budak itu mula meronta. Neo melepaskan pelukannya, tetapi selepas itu pipi budak lelaki itu dicubitnya pula.
"Ish, sakitlah! Nenek tua tak sedar diri!"
"What? Nenek.." Neo menarik nafasnya. Setelah memejamkan mata lebih kurang lima saat, dia kembali tersenyum.
"At least, lebih elok daripada budak pendek macam kau!"
Apabila diejek begitu, budak itu kelihatan marah. "Yosh budak kecik lagi, memanglah Yosh pendek."
Neo hanya menjuihkan bibirnya sambil menggeleng. "Tak, jenis budak macam kau ni memang tak boleh nak tinggi dah. Terima jelah."
"Ish, siapa kata!"
"Aku kata." Jawab Neo sambil menghadiahkan senyuman kemenangan kepada Budak lelaki itu. Kemudian dia mencubik lagi pipi budak itu. "Bye pendek."
Setelah itu dia hanya berlalu pergi tanpa mengendahkan budak lelaki yang benar-benar marah itu.
Yora masih melihat budak lelaki itu. Nampak macam Kei pun ada.
Budak lelaki yang masih marah dengan Neo itu semakin marah apabila melihat Yora hanya merenungnya. "Hei, perempuan hodoh! Tengok apa!"

Yora tersentak. Ish, budak ni.. Kemudian dia berlari mengejar Neo yang sedang menuju ke ruang makan keluarga Mistin.
Setelah malam menjelma, mereka telah disiapkan oleh beberapa orang suruhan keluarga Mistin lalu disuruh ke ruang menjamu selera apabila tepat jam 8 malam. Nampaknya mereka dah lewat sepuluh minit.
"Hei, mana diorang?" bisik Kei sambil menjeling kepada ayahnya yang mula kelihatan dingin.
"Tak tahu." Zen menjungkitkan bahunya.
"Itulah, tadi aku suruh kau jemput diorang kau tak nak. Jangan-jangan dah sesat pe."
Cepat-cepat Zen memandang abangnya. "Sesat apa. Rumah kita bukannya besar sangat!"
Kei hanya membalas dengan sengihan.
Akhirnya yang ditunggu telah tiba. Mulanya mereka sedikit kagum melihat pasangan adik beradik yang sungguh jelita ini. Kecualilah Zen. Apa pun yang Neo pakai, semuanya sama baginya.
Tetapi, apabila ketua keluarga itu berdehem, mereka cepat-cepat kembali ke alam sedar.
Neo tersenyum. Orang tua sombong! Dia dapat lihat seorang perempuan yang kelihatan agak cantik duduk di sebelah lelaki tua yang mungkin merupakan ayah Kei & Zen. Mungkin perempuan itu merupakan ibu mereka.
Kemudian, dua orang pelayan mempersilakan mereka duduk di tempat yang disediakan iaitu di depan Zen dan Kei. Yora nampaknya ditempatkan di sebelah ibu kembar itu. Hahaha.. ambil kau!
Setelah lebih kurang beberapa saat mereka duduk, budak lelaki yang bergaduh dengan Neo tadi tiba-tiba muncul lalu mengambil tempatnya di sebelah Zen. Dia menjeling apabila ternampak Neo tersenyum mengejek ke arahnya.
Majlis dimulakan. Mulanya mereka diperkenalkan satu persatu oleh Kei. Lelaki tua itu nampak terkejut apabila dimaklumkan bahawa Neo dan Yora adalah adik beradik tiri.
"Kenapa kamu lewat tadi?" akhirnya ayah kembar itu bersuara.
Neo meletakkan sudunya. "Firstly, who is this boy?" tunjuknya kepada budak lelaki yang masih tak sudah-sudah dari menjeling.
Melihat jari Neo tertunjuk kepadanya, budak lelaki itu terkejut.
"Dia..?" tanya Kei. Neo mengangguk diikuti dengan Yora. "Adik kami, Yosh Mistin."
"I see..." Neo mengangguk. Dia tersenyum lagi kepada budak lelaki itu. Tetapi kali ini dengan senyuman yang tersirat seribu makna.
"Kami lambat sebab budak ni kacau kami."
Serentak pandang Lord Masher, isterinya dan pasangan anak kembarnya tertumpu kepaa budak lelaki itu. Budak itu mula kelihatan takut-takut.
"Betul, Yosh?" ibunya bersuara. Mulanya Yosh menggeleng laju, tetapi apabila terasa yang kakinya disepak oleh Neo, dia mula mengangguk perlahan dan tertunduk. Wajahnya kelihatan seperti hendak menangis.
Oh my god! Apa yang aku buat ni! Neo tiba-tiba serba salah. "Er... actually, dia cuma nak berbual-bual and berkenal-kenalan dengan kami je. Bukan kacau apa pun."
Pandangan mereka semua terumpu kepada Neo pula.
"Ish, apa kau buat ni. Bila masa pulak dia nak berkenal-kenalan dengan kita?" Bisik Yora keras.
"Tapi dia comellah!" balas Neo pula sambil tersenyum manis.
Keadaan senyap sebelum wanita anggun yang itu bersuara. "Maaflah, sebelum ni Yosh jarang boleh jumpa dengan orang luar. Maafkan dia ya."
Neo mengangguk. Tetapi Yora serta merta memandang Kei sambil dahinya berkerut.
Ke seolah-olah faham maksud pandangn Yora lalu dia berdehem. "Maafkan saya, this is my mother. Lady Keira."
Yora sedikit terkejut. "Your honour, Lady Keira." ucapnya lembut dan penuh hormat dan dibalas dengan angukan daripada Lady Kiera.
Lord Masher kelihatan seperti tak tahu nak berkata apa. Dan dia kelihatan tersentak apabila melihat Neo menjungkitkan keningnya kepadanya.
"My Lord..." Neo tertunduk seketika. "Sememangnya kami berdua merupakan gadis yang paling biadap. Maafkan kami kerana tak bertanya khabar dengan tuan terlebih dahulu. Apa pun saya berharap tuan selalu berada dalam keadaan sihat sejahtera." ucap Neo tiba-tiba.
Kei menyigung lengang Zen.
Zen pula hanya menjeling. Memang perempuan yang paling pandai berlakon! hati Zen bersuara. Entah herdikan atau pujian.
Sekali lagi Lord Masher kelihatan seperti kematian kata-kata, dia hanya menjawab kata-kata penuh hormat daripada Neo dengan anggukan.
Mereka kembali menjamu selera. Dalam keaadaan yang sepi itu, Neo dan Yosh sempat berbalas sepakan di bawah meja.
"Your wedding ceremony, on this first may." Tiba-tiba Lord Masher bersuara.
Neo, Zen, Yora dan Kei mula saling berpandangan. Manakala Lady Keira hanya tersenyum dan Yosh cuma mampu mencebik.
"Thanks dad." Ucap Kei dan yang lain tersenyum melainkan Zen. Wajahnya serius tanpa secalit senyuman.
"Oh my god. Zen... you look unhappy. Yon dont want to marry me?" Neo bersuara sayu. Sengaja menduga Zen.
Zen terkejut, begitu juga dengan yang lain.
"What?"
Lady Keira megeluh. "Zen, do you want to marry Neo?"
"I..." Zen tak tahu nak jawab apa, tetapi kemudiaannya dia menyepak kuat kaki Neo yang tersilang kemas dibawah meja hingga menyebabkan Neo menggigit bibirnya.
Sakitnya... bisik hati Neo.
"I want to marry her." jawab Zen tetapi wajahnya kelihatan seperti dia hampir termuntah.
"Then why you look unhappy?" tanya Lady Keira lagi.
Kei yang sedang menahan tawa terdiam apabila Zen tiba-tiba menyigungnya.
Dia kembali serius. "Say something!" bisik Zen keras.
Kei menengakkan badannya. "Ibu ni macam baru kenal Zen hari ni. Takkan ibu tak tahu yang Zen ni memang masam je memanjang.
Neo tersenyum.
Lady Keira turut tersenyum mendengar kata-kata anak sulungnya.
Keadaan lucu bercampur dingin itu tiba-tiba dihalau pergi apabila Lord Masher tiba-tiba berdehem. Dia memeberitahu bahawa perkahwinan mereka mesti dirahsiakan daripada pengetahuan orang awam sehinggalah mereka berusia dua puluh tahun. Cuma orang orang tertentu sahaja yang dijemput menghadiri majlis perkahwinan itu nanti.
Walau apa pun syaratnya. Neo langsung tak kisah kerana yang pasti, Zen sudah pun berada digenggamannya.

3 comments:

  1. hai milord. really like da story. hope new entry will come soon.. what about apple and berry?
    bit dissapointed bile tgk xde kt ur blog. gambatte ne!!

    ReplyDelete
  2. sorry... apple and berry tu.. jap.. tgh pikir nak buh ke tak nak dlm ni..

    ReplyDelete
  3. ala buh jela milord. kitorang syiok bace dalam nih. na cri tmpt laen belum tntu dapat. harp2 cpt la update entry baru my sweet lady , apple & berry.

    ReplyDelete