Wednesday, June 17, 2009

Twin of Chaos 18

Selepas makan malam, pasangan pengantin baru itu berangkat ke rumah agam yang telah disediakan untuk mereka. Dalam masa yang sama, Neo telah meminta izin daripada Lady Keira untuk membawa Yosh bersamanya hari ini. Walaupun keberatan, Lady Keira akhirnya membenarkan Yosh dibawa pergi oleh Neo. Kei dan Zen pula masih tak faham-faham, kenapa mesti bawa Yosh sekali. Dan persoalan mereka itu dijawab mudah oleh Neo.
"Suka hati akulah." Itulah jawapannya.
Yosh, walaupun kelihatan masam memanjang, tapi dia kelihatan gembira kerana dapat keluar dari istana keluarga mistin itu.
Malam begitu dingin malam ini, Yora hanya tersendar di ruang tamu. Masih belum berani masuk ke bilik. Kei pula mungkin sudah tertidur.
Zen dan Neo pula, masih belum tidur. Zen mungkin kelihatan letih, tetapi dia tetap tak mahu melelapkan mata. Kenapa? hanya dia yang tahu jawapannya.
Neo termenung. "Zen..." panggilnya tiba-tiba.
Zen hanya mengangkat wajahnya.
"Kenapa kau duduk jauh dari aku?"
"Shit! What do you care?!" balas Zen. Nampak marah walaupun mukanya mula kemerahan. Neo tertawa kecil. Dari terbaring, dia meniarap pula sambil menongkat dagu merenung Zen. Dia tak tahu nak buat apa selain daripada merenung suaminya yang cantik itu. Sambil-sambil itu dia terbayangkan, apa yang sedang Kei dan Yora buat sekarang. Dan itu membuatkan dia tiba-tiba tertawa kecil.
"What now?" tanya Zen.
"Nothing. What do you think, Yora and Kei are doing now?"
"Huh..." Zen mendengaus kecil. "Kalau kau nak tahu, kau pergi tengok sendirilah."
"Okay!" serentak dengan itu Neo terjun dari katilnya lalu berlari menuju ke pintu.
"Hei!" Zen yang melihat terkejut. Pantas dia berlari memaut pinggang Neo. "Bodoh!" jeritnya.
Mulanya Neo terkejut, tetapi kemudiannya dia tertawa. "Tadi suruh orang tengok sendiri."
Zen mendengus lagi. "Kau ni otak letak dekat mana, ha? dah besar panjang pun nak sibuk hal orang lain. Jaga tepi kain sendiri tak boleh ke?"
"Jaga tepi kain sendiri?" Senyuman di bibir Neo mula pudar tetapi matanya kelihatan bersinar-sinar apabila mengucapkan kata-kata itu. Dan saat itu Zen mula mengesan sesuatu yang bahaya.
"Hei, Neo. Before you do something, think twice?" bisik Zen tak sekeras biasa. Namu wajah Neo menunjukkan yang dia langsung tak mendengar apa yang dikatakan Zen.
Buat seketika, mata bertentang mata. Keadaan sekeliling yang sememangnya sunyi menjadi bertambah sunyi.
Dan saat itu Zen mula tertanya, Neo, kenapa rambut kau berwarna hijau? Kenapa mata kau warna kuning?
Dan Neo mula bertanya pada diri sendiri, Zen, kenapa mata kau warna ungu, kenapa muka kau putih macam kapas?
Dan kerana persoalan itu, mereka tiba-tiba bersuara serentak.
"Kenapa..."
"Kenapa..."
"Kau cakap dulu?" arah Zen.
Neo menggeleng. "Kau dulu."
Apabila diarah begitu, Zen tiba-tiba mengeluh. "Sudahlah, tak payah cakap." Manakala Neo tersenyum.
"Okaylah.. Nanti aku tanya lagi. Zen, nak ikut tak?"
"Pergi mana?"
"Tengok Yosh."
"No..." Zen terus bangun menuju ke tempat dia duduk tadi dan itu membuatkan Neo hanya mampu menjungkitkan bahunya.
"Ok, fine. Aku nak tengok Yosh. Kalau kau dah mengantuk, tidurlah. Mungkin aku lambat sikit. Well, Im lolicon. (Gadis yang suka kepada lelaki yang lebih muda daripadanya)"
Neo mengejitkan sebelah matanya sebelum keluar daripada bilik itu.
Setelah Neo hilang dari pandangan, Zen mengeluh. "Nasib akulah dapat isteri lolicon."

3 comments: