Monday, June 1, 2009

Twin of Chaos 6

Hari ini Empty Soul High School digemparkan dengan berita bahawa pasangan kembar Mistin adalah pewaris kepada kerajaan Mistin. Sekolah kini berada dalam keadaan yang benar-benar sibuk apabila terpaksa melayan panggilan daripada pihak media dan sesetengah mereka terpaksa menghalang para wartawan daripa menceroboh masuk ke dalam kawasan sekolah.
"Fuh, hangat gila!" Rido berdesis. Kini mereka semua tak berani nak mendekati kembar itu. Kei dan Zen pula berlagak macam tiada apa yang berlaku. Mereka hanya duduk membaca buku tanpa mengendahkan keadaan di sekeliling mereka yang mula panas membakar.
Pelajar perempuan pula sedang membuat kelompok masing-masing dan mula memberi ulasan tentang apa yang mereka baru tahu ini.
Ada yang menyesal kerana melayan kembar itu secara sembarangan dan ada yang risau akan dihukum dan apa-apa lagi.
Pelajar lelaki melahirkan rasa lega apabila mengingatkan yang mereka langsung tak sentuh pasangan kembar itu sepanjang mereka berada di sekolah ini.
Tetapi, berlainan dengan Houx, sepanjang hari ini dia hanya tersenyum sambil merenung Kei dan Zen.
"Oi, gila ke apa?" tegur Rido.
"Gila apa? Tengah seronok ni!"
Rakan-rakannya mula hairan. "Jangan-jangan kau yang dedahkan berita pasal diorang ni?"
Cepat-cepat Houx memandang Rido. "How you know?" tanyanya.
Serentak dengan itu rakan-rakannya yang lain terjerit terkejut. "Gila kau!"
Houx kemudiannya tertawa, langsung tak gentar dengan kenyataan yang baru dibuatnya. "Tengok? Betul tak cakap aku. Diorang ni mesti ada kaitan dengan kerajaan Mistin sampaikan apa yang diorang buat semuanya cikgu tak berani nak masuk campur. Wahahaha! Im a genius ever."
"Weh, slowlah sikit. Kalau diorang dengar nanti, mati kau."
"Aku peduli apa! Macamlah aku takut sangat."
Kei dan Zen hanya diam.
"As I though, he is the man behind this." bisik Zen sambil matanya langsung tak berganjak daripada kalimah-kalimah yang tersusun di dalam buku yang dipegangnya.
Kei tersenyum. " 'As I though' memang magic word kau, kan?"
Kemudian keduanya tersenyum.
"Tapi kan, aku sedikit tak puas hati. Diorang nampak macam tak kisah tentang berita ni." Houx mengeluh.
"Baguslah kalau diorang tak kisah. Kau ni pelik-pelik la Houx."
"Bukan pelik, tapi.."
"Tapi apa?" tiba-tiba Kei menutup bukunya lalu bangun merenung tajam ke arah Houx. Tetapi, sesaat kemudian dia tersenyum pula. Zen hanya memusingkan badannya mengadap kelompok yang diketuai oleh Houx tadi.
"Wohoho.. marah ke?" sindir Houx. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia tak boleh nak ngam dengan kembar ni. Rasa menyampah semacam je.
"Yes." jawab Kei selamba. Zen pula kembali membaca bukunya.
"Im sorry man. But im the computer hacker. Memang tak boleh nak duduk senyap."
"Same." kali ini Zen pula yang menjawab. Buat kali pertamanya mereka melihat Zen tersenyum. Saat itu, mereka tak tahu sama ada mereka patut rasa kagum atau pun gerun. Walaupun senyuman yang dihadiahkan Zen tadi memang menarik, namun ianya seolah-olah tersirat seribu sumpahan. Memang menakutkan.
Dari duduk Zen bangun pula. Apabila sampai tepat-tepat di depan Houx, dia mengoyak dua bahagian dua buku ensiklopedia yang dibacanya lalu dilempar tepat-tepat mengenai kepala Houx.
Houx terkejut. Tersirap darahnya. Pelajar-pelajar lain yang melihat tak berani nak bergerak.
Zen kemudiannya menghentak tangannya ke meja milik Houx lalu mendekatkan wajahnya dengan lelaki itu. "War is begin." Bisiknya keras.
Dalam keadaan yang dingin dan menggerunkan itu, mereka tiba-tiba diganggu oleh ketukan di pintu.
Terlihat Neo tersenyum di muka pintu. Kemudian matanya meliar mencari kelibat orang yang dicarinya.
Setelah jumpa... "Hai, Zen. Come on. I had something to discuss with you bout the contest."
Mulanya Zen sedikit hairan. Dia memandang wajah abangnya untuk mendapatkan kepastian tentang apa yang dia dengar.
Kei hanya menjungkitkan bahunya.
"Fine." jawab Zen. Kemudian dia menghampiri Neo. Sebelum beredar, Neo berkata sesuatu kepada Kei.
"Kei, aku rasa kau patut jumpa Yora. Sebab aku yakin dia takkan cari kau walaupun dia ada sesuatu untuk dibincangkan. Believe me."
Kei mengangguk. "Thanks, fairy!" dia mengejitkan matanya dan kemudiannya dibalas dengan kejitan daripada Neo.
Zen tertanya-tanya, ke mana Neo nak membawanya.
Tetapi dia tiba-tiba tersenyum. Nak discuss formal thing sampai naik atas bumbung sekolah.
Tetapi, tiba di tengah-tengah kawasan bumbung sekolah itu, Neo tiba-tiba berhenti.
Dia berpaling ke belakang. Melihat Zen yang tenang tanpa secalit senyuman di bibirnya, membuatkan Neo tersenyum.
"Zen..." Panggilnya. "I love you."
Dan kemudian dia pengsan lagi.
"What? Shit!" Sekali lagi Zen terpaksa mencempung gadis itu ke bilik rawatan.
"What with her? I love you? Hell!" Zen semakin bengang tetapi tanpa sedar wajahnya mula berubah merah.

1 comment: