Monday, July 13, 2009

Apple and Berry 8

Hujan renyai-renyai pagi itu. Pelajar yang tinggal di asrama berpusu-pusu lari ke banggunan sekolah. Hanya sesetengah daripada mereka yang kelihatan membawa payung.
Satu fenomena yang menghairankan hari ini, ramai pelajar berkumpul di depan kelas 4 Pheonix. Dan ada juga pelajar yang menjengah keluar tingkap seperti sedang menunggu seseorang. Siapa yang hendak mereka lihat? Hanya mereka yang tahu.
"Kenapa pelik semacam je hari ni?" tanya Berry sambil menongkat dagu di tempat duduknya.
"Alah, Apple tiba-tiba je jadi popular lepas persembahan semalam. So, hari ini budak-budak tu sanggup susah payang tunggu dia depan kelas kita sebab nak tengok dia. Well, Apple tu kan misteri." Terang Aria.
Berry yang mendengar mengangguk, tetapi dia sedikit mencemuh, misteri apanya!
"Memang tak dapat dinafikan, Apple memang memukau semalam. Habislah... semakin banyaklah saingan kau, Berry."
"Oi, saingan ape pulak. Apple tu tak ada kena mengena dengan aku pun!"
"Tak ada kena mengena?" Akia menjungkitkan keningnya. "Bukan ke kau suka dekat dia."
"Aku.."
Tetapi, Berry tak sempat nak mempertahankan dirinya apabila Akia dan adiknya tiba-tiba mengisyaratkannya supaya menjengah ke luar tingkap.
Tanpa banyak bertanya, Berry membawa pandangannya ke tempat yang di arahkan.
Seperti yang semua orang nampak April sudah pun tiba bersama dengan limousinnya.
"Bukan Aprilla.." Aria menolak dagu Berry ke kiri. "Tapi, Apple..."
Apple?
Berry sedikit tersentak apabila dagunya ditolak begitu.
Kelihatan Apple berjalan ke banggunan sekolah bersama dengan payung hitamnya. Dan ada sesuatu yang sedikit menghairankan hari ini. Selalunya Apple hanya akan memakai cermin matanya apabila berada di dalam kelas sahaja. Tetapi hari ini, dia memakai cermin matanya ketika berada di luar kelas.
"Secara jujurnya aku katakan, dia nampak lebih cantik kalau pakai cermin mata."
"Yeke? Aku lebih suka kalau dia tak pakai cermin mata."
"Tapi, bila dia pakai cermin mata, dia nampak innocent sangat. Macam budak baik!"
Berry mula terdengar orang ramai membuat ulasan. Lalu dengan satu dengusan, dia kembali memandang ke hadapan. Menganggu ketenteraman awam je budak ni! Bisik Berry.
Manakala Akia dan Aria hanya mampu saling berpandangan dan menjungkitkan bahu masing-masing. "Jeles kot.."


*******



"All the world's a stage, and all the men and women merely players: they have their exits and their entrances; and one man in his time plays many parts, his acts being seven ages."


"Ahhh.. apa orang tua ni cakap ni!" Berry menggaru kepalanya apabila Sir Leo membacakan keratan sastera mengenai kata-kata daripada William Shakespeare. Walaupun aku suka sajak kau 'O Mistree Mine', tapi kadang-kadang aku langsung tak faham apa kau kata!
"Dahlah... kalau kau garu kepala kau sampai gugur semua rambut pun, tetap takkan faham." sindir Apple tiba-tiba.
"Sibuk jelah!" Balas Berry kembali. "Yang kau ni kenapa tiba-tiba je pakai cermin mata tak buka-buka dah?"
Kelihatan Apple mencatit sesuatu sebelum dia kembali mengangkat wajahnya. "Saja nak tungu kau bukakkan." Kemudian dia tersenyum sumbing apabila melihat Berry meremukkan wajahnya. "Tak adalah, mata aku makin teruk."
Berry mencebik. "Padan muka! Baca buku banyak sangat."
"Sebab aku tak nak jadi bodoh macam kau."





'A fool thinks himself to be wise, but a wise man knows himself to be a fool.'


Tiba-tiba Berry terdengar Sir Leo mengumamkan salah satu daripada kata-kata William Shakespeare dan dia terus memandang ke arah Apple. "Ha! Yang ni sesuai betul kalau aku cakap dekat kau!" Bisiknya perlahan sambil tersenyum mengejek. Mulanya Apple kelihatan seperti terpukul tetapi dia kemudiannya kembali tersenyum sinis.
"Mungkinlah aku rasa diri aku pandai, tapi aku memang pandai pun kan? Betul tak?"
Berry terdiam seketika. Dia memang pandai pun. Ah, apa-apa jelah. Malas nak layan. Setelah itu, Berry langsung tak memandang ke arah Apple lagi.
Akhirnya kelas itu terus berlangsung dan Berry pula masih belum dapat memahami apa yang sedang di ajar kepadanya.
Apabila kelas itu berakhir, Sir Leo sekali lagi bersuara. "Ada sesiapa lagi yang masih belum baca buku 'The Killers' yang saya suruh tu?"
Berry mengangkat tangannya. "Saya tak dapat jumpa buku tulah, Sir."
"Tak apa, buku terakhir dah saya lelong kepada Apple, kalau kamu nak baca, kamu boleh pinjam dekat dia."
Serta merta Berry memandang Apple yang sedang mengemas bukunya lalu menghampiri lelaki itu. "Kau dengar tak apa Sir kata?"
Apple mengangguk.
"So, kau bawak tak buku tu?"
"Nah..." Hulur Apple sambil tersenyum manis. "Tapi aku yakin, kau tak kan tahu siapa pembunuh sebenar dalam cerita ni." Ejeknya sebelum beredar.
"Eleh, aku takat buku tebal ni satu malam pun dah boleh habislah!" Jawab Berry.



Malam ini, di kediaman keluarga Sawrise...
Aku sanggup tak keluar bilik hari ni semata-mata nak habiskan buku ni. Tapi... aku memang tak tahan lagi, siapa pembunuhnya! Mendebarkan!
Dari duduk, dia meniarap, dari meniarap dia terbaring pula, dan kemudiannya dia kembali duduk, meniarap, baring dan begitulah seterusnya. Buku 'The Killer' yang dipegangnya memang amat menarik. Stiap bab membuatkan dia tak sabar-sabar untuk mengetahui siapakah pembunuh sebenar yang telah membunuh berpuluh-puluh orang gadis itu.
Hahaha... Kalau macam ni belum sempat jarum panjang nak sampai pukul dua belas pun aku dah boleh habiskan ni!
Dia terus membaca. Makan malam dilepaskannya begitu saja.
"Dan akhirnya.. Dapat jugak aku tahu siapa pembunuhnya.." Berry menyelak ke helaian seterusnya.
"Ait? Dah habis?" Malangnya, tiada lagi helaian atau tulisan yang menunjukkan sambungan cerita itu. Yang ada hanyalah kulit buku itu yang kelihatan kekuning-kuningan seperti ditumpahi air kopi. Tetapi, ia seolah-olah ada kesan koyakan di buku tersebut. Maknanya... helaian terakhir dah dikoyak!
Dikoyak?
Jahanam... "Apple!!!!!!!!!"
Akhirnya, Berry langsung tak dapat tahu siapa pembunuhnya. Sebenarnya Apple dengan tidak sengaja tertumpahkan air kopi ke atas helaian terakhir buku itu. Kerana tulisannya langsung tak dapat dibaca, Apple terus mengoyakkan helaian itu. Tak tahu pula tindakannya itu telah menyebabkan seseorang naik angin.

4 comments:

  1. hahahaha...

    very funny...

    btol la kn ape yg apple ckp...

    ReplyDelete
  2. whoa...as sweet as usual...haha...tp, rasanye hujan renai2 tu patutnye renyai2...

    ReplyDelete
  3. haah best tapi c Apple tau ker saper yg jd pembunuh??

    ReplyDelete