Wednesday, August 5, 2009

Apple and Berry 9

"Heh, kau dengan April macam mana?"
"Macam tulah." Jawab Berry malas. Sebenarnya dia sendiri pun tak tahu apa yang mesti dibuatnya. Rasanya dengan senyuman pada malam pesta hari itu cukup untuk membuatkan April sedar yang Berry sudah memaafkannya.
Hari ini, Berry, Akia dan Aria tidak keluar ke kantin pada waktu rehat kerana 'diet plan' mereka. Tapi, perut dah berbunyi hampir sepuluh kali apabila melihat Apple dengan selamba makan di depan mereka tanpa mengendahkan peraturan 'Dilarang Makan di dalam Kelas'.
"Budak ni, macam tahu-tahu je yang kita tengah diet sekarang ni." Serentak pasangan kembar itu bersuara.
"Tak lain tak bukan nak menyusahkan kita la tu." Sambung Berry pula.
Kerana tak tahan dengan dugaan di depan mereka, terpaksa juga mereka keluar rehat hari ni.
Di kantin, seperti yang disangka, Berry terserempak dengan April. Apabila pandangannya berlaga dengan pandangan April, dia jadi kalut. Tambahan pula apabila dia ternampak April seperti sedang melangkah menghampirinya. Dia cuba melarikan diri tetapi dia sedar, dia tak boleh buat begitu. Jadi dia hanya senyap dan berpura-pura tak perasan April sedang menghampirinya sehinggalah lelaki itu menegurnya.
"Hai.."
"Hai.."
"Hari ni, makan dengan aku."
Pelawa April. Buat seketika Berry tak tahu apa yang harus dijawabnya." Err..." Kemudian dia memandang Akia dan Aria disebelahnya.
"Its okay, we have each other." Kata Akia tiba-tiba.
Aduh, tak memahami betullah budak dua orang ni. Aku tengok diorang sebab nak suruh jangan tinggalkan aku tapi lain pulak yang diorang buat.
"Er... oklah." Berry terpaksa mengangguk. Tetapi, apabila melihat senyuman manis daripada April, Berry benar-benar rasa lega.
Mulanya mereka hanya senyap menikmati makanan masing-masing. Walaupun sebenarnya rasa makanan itu tak penting lagi sekarang. Masing-masing rasa delisah dan saat itu Berry terasa seperti ada rama-rama yang terbang di dalam perutnya. Serba tak kena!
Dia sendiri tertanya-tanya sama ada dia patut memulakan bicara. Tetapi yang memperlawanya makan bersama adalah April, jadi lelaki itulah yang patut memulakan bicara.
Bisikan hati kecil Berry terhenti apabla melihat April meletakkan garpu dan sudunya di sisi pinggan. Kelihatan seperti dia bersedia untuk berbicara.
"Firstly..." Lelaki itu bersuara tetapi tak berani untuk mengangkat wajahnya.
Berry tersenyum. He`s so polite!
"Im sorry." sambung lelaki itu.
"Eh... kau tak payah cakap pun aku dah lama maafkan kau. Lagipun ni bukan salah kau."
"No!" Berry sedikit terkejut apabila April tiba-tiba memotong kata-katanya. "This is my fault. That day, im just planning to tease you but.. its.. Im sorry." April tertunduk lagi. Berry yang mendengar mula serba salah. Tak sangka pula yang sebenarnya April cuma bergurau dengannya hari itu. Tapi, tak pasal-pasal dia kena sound!
"Adakah kata-kata aku menyakitkan kau?"
"Erm... well, memanglah terasa sikit. Tapi, sikit jelah. Only a little bit! So, dont worry." Terang Berry, cuba tersenyum sebaik mungkin.
"Takutnya bila tengok kau marah hari tu. Sepanjang malam aku tak boleh tidur. Asyik fikirkan macam mana nak buat kau maafkan aku. Sebenarnya aku dah lama nak minta maaf dengan kau. Tapi, bila nampak kau je, aku jadi tak berani. Tambahan pula bila aku tahu kau tak bersalah sebenarnya. Hai.. kau buat hidup aku haru biru."
Haru biru? Mungkin Berry tak sedar, tetapi wajahnya sudah mulai merah. Dia sedikit terlopong apabila mendengar kata-kata April yang menawan itu.
"Jadi, aku nak mintak maaf dengan kau. Buat sahaja untuk peristiwa hari tu, tapi untuk segalanya yang aku telah lakukan kepada kau. Segalanya yang menyakitkan kau.."
"April..."
Oh, aku terharu! Berry menekup mulutnya. rasa nak menangis pun ada. Macam dalam drama tv la pulak. Seperti yang aku sangkakan, aku memang tak boleh lari daripada April. He`s so charming! Im dying...
"Ah! Anyway, thanks to Apple."
PAP! Sekaligus berkecai lamunan Berry apabila mendengar nama Apple disebut oleh lelaki pujaan ramai tu. "Ap... Apple? Apa kaitannya dengan lelaki tu?"
Sebenarnya Berry nak cakap macam ni.. 'Apa kaitannya dengan lelaki syaitan tak guna mata empat tu!' Tetapi apabila memikirkan ciri-ciri kewanitaannya yang harus dikekalkan di depan April, dia terpaksa menelan kata-kata pahit itu.
April tersenyum melihat wajah terkejut Berry. "Dia pernah datang cari aku dekat kelas. 'Dia kata, kalau kau nak Berry maafkan kau, kau join boy group aku.' And tanpa ragu-ragu aku terima pelawaan dia. Dan nampaknya, cadangan dia tu berkesan jugak. Kau asyik tersenyum dekat aku lepas persembahan tu."
"Er... ya.. diakan genius.." Berry tersenyum kelat.
Lakhanat punya Apple! Berani kau guna nama aku dan berani kau menipu April aku yang suci dan innocent ni! Ingat aku tak tahu, kau gunakan alasan tu untuk dapatkan ahli bagi persembahan tu, kan?
Tak guna!!!

2 comments:

  1. bagus la apple tue...

    hahahaha...

    kira berry ade la chance nk hook ngan april kan??

    ReplyDelete
  2. walaupun agak kejahatan (erk ? adekah ayat macam ni ?) sikit sbb na tarik orang masuk boyband dea..
    tapie mmg lawak la care apple tu .


    *sdg membayangkan muka april & apple
    tersasul pulak na sebut name due2 nih

    ReplyDelete