Sunday, August 9, 2009

Bloody Prince 2

"Budak tu!" Maria mendengus geram. Dahlah lelaki, penyangak pulak tu!
Gothic! Kenapalah ayah boleh ambil dia jadi anak angkat. Tak silap aku waktu dia kecil dulu pun dia warnakan kuku dia hitam. Ayah ni terdesak sangat ke nak anak angkat. Suck!
Dia menyembamkan wajahnya ke bantal. Walaubagaimanapun, dia sedikit lega apabila tahu yang adik angkatnya adalah lelaki. Entah kenapa? Dia pun tak tahu.





Sky, atau nama penuhnya Sky Ciel Mikaylis.
Budak lelaki yang mungkin pengemar gothic. Berpakaian hitam. Memakai rantai perak. Di kukunya terlekat pewarna kuku berwarna hitam dan rambut depannya yang panjang hampir menutup matanya. Walaubagaimanapun, semua orang tahu, pandangan matanya menakutkan. Bertubuh kecil dan agak kecil bagi umurnya. Mungkin sepuluh cm lebih rendah daripada Maria. Dia dikenali sebagai Ciel the Phantom di sekolahnya kerana sikapnya yang menakutkan. Obses kepada ilmu hitam. Dia akan menoreh pergelangan tangannya apabila dia marah atau bosan. Yang menghairankan, dia tak pernah dikejarkan ke hospital. Memang misteri. Dia pernah membotakkan kepala seorang gadis yang menyukainya. Sejak itu, tak ada seorang gadis pun yang berani untuk mendekatinya. Mempunyai seorang kawan rapat bernama Lullaby. Seorang budak perempuan yang dipanggil gila kerana sering bercakap dan ketawa secara tiba-tiba.
"Hish, macam tak normal je." Maria menutup buku catatan Nuna yang menulis semua maklumat tentang Sky. Masa yang kosong kerana ketiadaan guru ini digunakan sepenuhnya untuk menyiasat tentang adiknya, Sky.
"Menariklah." Balas Nuna pula sebelum kembali merebut buku itu daripada Maria.
"Menarik apa. Dia toreh pergelangan tangan dia bila dia bosan. Ish! Dah tu botakkan kepala orang yang suka dekat dia pulak tu."
"Ala, unikla tu. Lagipun dia macam tak ngam dengan budak perempuan. Dia cuma baik dengan Lullaby je. Aku rasalah, dia cakap dia tak pukul perempuan cantik depan kau hari tu pun sebab dia tahu kau kakak dia. Tapikan..." Nuna mendekatkan wajahnya kepada Maria. "Tak sangka pulak dia adik kau." Bisik gadis itu.
"Adik angkatlah!"
"Siapa adik angkat kau?" Seseorang menyampuk sambil kakinya menyapak meja Maria. Nuna mula berundur. Bando, gadis liar yang terkenal dengan sifat pembulinya. Dia tak akan membiarkan sesiapa yang menarik perhatiannya hidup dengan aman. Selalunya, mangsa bulinya adalah anak orang kaya, jelitawan dan budak pintar. Dan kemungkinan besar, mangsa bulinya kali ini adalah Maria. Semua orang dapat mengagaknya.
"Tak ada sesiapa."
"Oh, jadi kau nak kata aku silap dengar."
"Mungkin.."
Kalau boleh Maria tak nak jawab langsung apa yang Bando tanya padanya, tetapi entahlah, dia tak biasa berdiam diri bila diri hampir dijadikan mangsa buli.
Bando diam tak menjawab. Tapi wajahnya jelas menunjukkan yang dia hampir tebelah dua kerana geram melihat gadis di depannya ini.
"Er... maafkan saya. Tadi, Maria kata ayah dia nak ambil adik angkat."
"Oh, nak backing..." Bando tersenyum sumbing sambil matanya memandang Nuna pula. Maria pula masih di tempatnya. Memandang depan tanpa langsung mengerling wajah pucat dan bibir merah menyala milik Bando.
"Tak, Bukan macam tu.."
Selamat...
Mungkin itu yang dibisikkan oleh Nuna apabila mendengar pintu bilik darjah mereka di ketuk dan nama Maria dipanggil.
Bando pula mengeluh keras apabila melihat Maria bangun meninggalkannya dan Nuna berlari mengikutinya dari belakang.
"Kak Maria?" Tegur seorang budak lelaki yang kelihatan lebih muda darinya.
Maria senyap. Dia macam pernah tengok budak ni. Tapi, tak ingatlah. Mungkin kerana separuh wajahnya yang berbalut jadi Maria tak dapat mengecamnya.
"Ei, wait." apabila sedar yang dia baru berkenalan dengan lelaki ini semalam, tangannya secara automatik menekup mulutnya. "Kau, budak semalam tu kan?"
Budak lelaki itu menggangguk dan sedikit tersenyum. "Hi, saya Kiwi."
"Kiwi? Nama kau ke tu?" tanya Maria hairan dan dia terkejut apabila Nuna menyigung tangannya sambil mendengus. "Nama dialah!"
"Tak apa. Dah banyak orang tanya macam tu. Termasuklah Ciel the Phantom tu." Kiwi sedikit tertunduk menampakkan dahinya yang luka teruk akibat dibelasah semalam.
"Er... dah okay ke ni?"
"Ok. Doktor cakap. Luka luaran je."
Nuna dan Maria mengangguk. Kebetulan, ketika mereka bertiga senyap tak tahu nak bercakap apa, loceng rehat berbunyi.
"Kiwi, jom keluar makan." Pelawa Maria tiba-tiba.
"Keluar? Makan waktu rehat ke?" tanyanya terpinga-pinga. Tak dapat menangkap maksud gadis jelita di depannya itu.
"Kalau nak keluar date pun boleh."
Selamba Maria bersuara sebelum melangkah melintasi Kiwi yang masih terkebil-kebil. Nuna hanya tersenyum sebelum sekali lagi memperlawa Kiwi keluar rehat bersama mereka.



"Sky, tu Kiwi." Tunjuk Lullaby. Sky yang sedang makan di depannya mengangkat wajahnya sambil memandang Lullaby yang masih memandang Kiwi.
"So?"
"Dia dah keluar hospitallah." Balas Lullaby lagi apabila Sky nampak macam tak kisah langsung.
"Bagus."
"Hmm... menyampahnya cakap dengan kau ni."
Sky yang mendengar tersenyum sumbing. Aku lagilah malas cakap dengan kau.
"Tu, dia makan dengan kakak yang tolong dia semalam tu."
Serentak selepas Lullaby menghabiskan kata-katanya, Sky terus beralih mencari Kiwi.
"Bang!" Sudu dan garpu ditangannya dihentak ke meja dan itu membuatkan kantin tiba-tiba senyap. Tetapi tak seorang pun yang berani memadang ke arah Sky kecuali Maria.
Lullaby yang baru lepas terkejut jadi hairan. "Kenapa pulak?"
Tanpa mempedulikan soalan Lullaby, sky terus meluru ke arah Kiwi dan itu membuatkan Kiwi terkejut.
Tanpa isyarat dia terus mencekak kolar baju Kiwi. Maria yang melihat hampir terloncat dari kerusinya sebelum dia berlari ke arah Kiwi.
"Sky, kau ni kenapa?!" Bentaknya.
"Kau di-am-lah!" Balas Sky separuh berbisik. Tetapi keras bunyinya. Sebelum ini Maria tak pernah takut apabila melihat Ciel the Phantom ini, tetapi apabila pandangan matanya menikam pandangannya, dia mula kecut perut. "Sky..." Buat kali pertamanya kali ini, dia melihat mata Sky. Dan anak mata keemasan itu mirip dengan ibunya. Dari situ dia dapat mengagak kenapa Sky yang dipilih menjadi adik angkatnya. Entah mengapa, saat itu Maria tiba-tiba mengukir senyuman tanpa sedar yang dia membuatkan Sky bertambah berang.
Tiba-tiba sat tumbukan hinggap di pipinya dan hampir membuatkan dia terkulai layu.
"Kau tak nak aku pukul Kiwi, kan? Jadi aku pukul kau." Hanya suara itu yang kedengaran sebelum dunia Maria menjadi gelap.




Perlahan-lahan matanya dibuka. Sebaik sahaja membuka mata, dia sedar kini dia sudah berada di rumah. Perlahan-lahan dia bangun dari katilnya lalu menuju ke cermin yang terletak bertentangan dengan katilnya. Hujung bibirnya luka dan masih merah akibat kesan darah. Sebahagian pipinya hampir biru. "Biru ke ungu ha?" Dia tertanya sendiri.
"Ungu." Tiba-tiba satu suara menjawab. Maria terkejut, cepat-cepat dia beralih mencari kelibat tuan punya suara. Di muka pintu, terlihat Sky sedar berdiri memegang kain basah dan baldi berisi air. Budak lelaki itu melangkah menghampiri Maria lalu menarik tangan kakaknya itu. "Duduk sini." Arahnya sambil menekan bahu Maria supaya duduk di atas katil. Maria hanya menurut. Tak mahu lagi satu tumbukan hinggap di pipinya.
"Nak buat apa?" Dia beranikan diri untuk bertanya apabila melihat Sky memerah kain di depannya.
"Nak bersihkan luka kau."
Maria sedikit mengangguk tetapi kemudiannya dia hampir terjerit. "Nak bersihkan luka aku guna satu baldi besar ni. Kau ni gila ke apa?"
"Gilalah ni." Jawab Sky acuh tak acuh sembelum dia mendekatkan wajahnya kepada Maria.
"Nampaknya aku pukul kau kuat sangat."
Maria tak berkata apa walaupun sebenarnya dia nak mengiyakan kata-kata Sky itu. Dia rasa sakit sangat. Sakit yang tak tertanggung bagaikan seluruh kawasan sekolah akan menimpanya waktu itu. Dan luka itu rasa berdenyut apabila di sentuh perlahan oleh Sky.
"Lain kali jangan dekat dengan orang yang aku tak suka." Sky bersuara.
Maria yang mendengar tak tahu sama ada dia patut menurut amaran itu. Sedikit sebanyak dia mula suka berbual dengan Kiwi yang comel itu. "Tapi kenapa? Mungkin kau tak suka dengan dia tapi tu tak ada kena mengena dengan aku."
"Diam." Sekali lagi Maria ternampak pandangan mata itu. Dia seolah-olah cuba menghukum aku dengan pandangannya.
Mungkin Sky adalah seorang budak lelaki yang menakutkan tetapi sebenarnya dia sangat comel. Memang sangat comel. Alis matanya yang halus, hidungnya yang mancung dan mulutnya yang kecil. Memang comel.
"AUW!" Maria menjerit. "Sakitlah.
"Ala, orang baru sentuh sikit dah menjerit." Sekali lagi Sky cuba melekapkan kain basah itu di hujung bibir Maria tetapi gadis itu menepis.
"Dah, tak payah." Maria menolah Sky menjauhinya. "Keluar." Katanya lagi. Mungkin bunyinya kasar, tetapi dia tak ada niat nak menghalau. Dah memang cara percakapan Maria begitu. Kedang-kedang dia kurang beradab.
Buat seketika, Sky mengeluh. Namun wajah Maria masih tak lepas dari pandangannya.
"Come here." Bisik Sky sambil Jari telunjuknya diangkat sebagai arahan kepada Maria untuk menundukkan sedikit wajahnya. Maria sedikit tertanya-tanya dengan arahan itu namun tetap menurut. Dia menundukkan sedikit wajahnya untuk mendekati Sky.
Saat itu wajah mereka begitu dekat sehingga Maria dapat merasakan hembusan nafas Sky yang hangat. Dan dia jadi malu apabila sedar yang mata Sky sedang memerhati luka di bibirnya. Dia baru sahaja hendak menarik kembali wajahnya tetapi semuanya dah terlambat. Segalanya berlaku dengan pantas hinggakan Maria sendiri terkesima pabila tanpa isyarat Sky tiba-tiba mencium hujung bibirnya yang luka tadi.
"Kalau macam ni mungkin tak sakit kan?"
PANG!
Tanpa sedar tangan Maria diangkat lalu menampar wajah Sky. "Kurang ajar! KELUAR!"
Walaubagaimanapun, tamparan itu sedikit pun tak menjejaskan Sky. Dia masih tersenyum mengejek di depan Maria hingga membuatkan gadis itu benar-benar marah.
"Ok, fine. Bye Sis."
"Get out! Go hell with your BYE!!!"




"A kiss is a lovely trick, designed by nature, to stop words when speech becomes superfluous."


7 comments:

  1. cite nie sweet ohh
    suke sangat sangat sangat

    tapi hati ni takleh terime yg Sky pukul perempuan , KAKAK ANGKAT DEA sndiri
    X(

    ReplyDelete
  2. Haih takpe takpe
    wahai hati ebrsabar lah
    cite je pon
    haha

    Hope sambung cepat cepat
    Tapi jangan terlalu penat okeh
    Musim H1N1 nie jage kesihatan
    :D

    ReplyDelete
  3. milord, if someone offer nk publish citer u jadi sebuah novel, agak2 milord terima x?
    ramai dh bloggers yg terima twrn tu. mmgla rezeki tp sedih sbb xdpt tau ending.let say ade org sudi publish 'Twin of Chaos', milord terima ke?

    ReplyDelete
  4. cite nie prpuan mnt laki lbi mde kew??
    erm...
    tp best ar...
    ble nk smbng??
    x sabo da tggu nie...haha

    ReplyDelete
  5. OMG! syoknya cerita ni!!
    haha.. (excited)

    ReplyDelete