Tuesday, September 15, 2009

Twin of Chaos 24

"Eh, kenapa Zen naik kereta asing dengan Neo?" Stella yang dari tadi menunggu jejaka idamannya itu sampai ke sekolah sedikit tertanya-tanya. Dan apabila melihat Neo yang baru keluar dari keretanya bersama Yora tercebik dan masam dia mula dapat mengagak sesuatu. Secara tak langsung juga, dia tiba-tiba jadi gembira. "Hahaha... cantiklah! Confirm Neo and Zen bergaduh. Peluang ni." Lalu tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya yang masih diselubungi suasana pagi yang nyaman, dia terus melaungkan nama Zen dan menerpa lelaki itu. "Hi, my darling, Zen!"
Ah, sudah. Zen mula buat-buat tak dengar sedangkan Stella masih mengejarnya di belakang. Entah kenapa tiba-tiba saja Zen rasa kecut perut seolah-olah dikejar sesuatu yang menakutkannya. Dia mempercepatkan langkahnya. Manakala Neo yang terkejut apabila mendengar nama suaminya dilaungkan tadi mula menyumpah seranah.
"Si Sial Stella tu nak apa pulak ni!"
Dan apabila ternampak Stella menarik tangan Zen, Neo bertambah berang. Dia baru sahaja hendak melangkah apabila pandangannya tiba-tiba bertembung dengan pandangan mata Zen yang kebetulan beralih ke belakang. Melihat panahan mata yang dingin itu, langkah Neo tiba-tiba lumpuh. Dia terlupa yang Zen masih marahkannya.
Sebenarnya...
Sebenarnya aku tak faham langsung kenapa Zen marah sangat dengan aku. Aku cuma acah-acah dia je. And.. tak mungkinlah aku nak jatuh hati dengan Kei. Ei.. No Way! Melihat Zen hanya membiarkan Stella menyempit dengannya, Neo tak tahu lagi apa yang mesti dia buat.
Hari ini juga, kerana Zen apa yang dilakukannya menjadi serba tak kena. Mandi pun terlupa nak bukak baju, minum susu dalam mangkuk, tali kasut pun tak ikat dan... Oh my god!! Neo tiba-tiba menekup mulutnya dan itu membuatkan Kei dan Yora yang dari tadi berada disampingnya, hairan.
"Kenapa?" Yora menyigung perlahan lengan adiknya dengan perasaan tak senang melihat Neo yang kusut semacam tu.
"Matila... Aku terlupa nak hantarkan Yosh pergi sekolah." Tak, sebenarnya aku terlupa terus yang Yosh tinggal serumah dengan kami. Jerit Neo di dalam hatinya. "Macam mana ni...?"
"Jangan risaulah. Jangan-jangan budak tu bangun tidur pun belum. Cuba telefon rumah." Saran Kei dan Neo yang mula menggelabah itu hanya menurut.
"Rupanya macam ni rupa Neo bila menggelabah. Macam manalah rupa kakak dia pulakkan. Mesti lagi buruk."
Serentak dengan itu Yora menjegilkan matanya dan Neo yang masih cuba menghubungi talian rumah mereka menyepak kaki Kei yang masih tersengih-sengih. "Muka siapa yang buruk, ha?" Katanya dan kemudiannya kembali kalut apabila seseorang manjawab panggilannya. Kei hanya tertawa. Tetapi, dalam tawanya dia sempat menjeling adiknya yang masih dihurung oleh sotong jelitawan yang dia sendiri pun tak tahu apa niat sebenar gadis itu mendekati adiknya. Kemudian pandangannya teralih pula kepada Neo. Gadis itu nampak kusut.
Padan muka! Siapa suruh main-main dengan adik aku.
"Okay, Yosh kata dia pun tak teringin nak pergi sekolah hari ni." Beritahu Yora.
Neo yang gelisah, mengangguk. "Okay, jom." Gadis itu kemudiannya berjalan perlahan bagai orang hilang nyawa. Dalam hatinya sibuk tertanya-tanya sama ada dia patut menghampiri suaminya atau tak?
Tapi kalau dia marah aku lagi macam mana? Ah, memang dia tengah marah dekat aku pun sekarang ni. Ish.. nak buat macam mana ni?? Kalau aku ignore dia, mesti Si Sial Stella tu lagi tergedik-gedik dekat dia. Ah.. Minta maaf jelah.
Tetapi, sebaik sahaja Neo berpaling mencari kelibat Zen, dia dapati lelaki itu telah hilang tanpa meninggalkan jejak. Begitu juga dengan Stella. Saat itu dia betul-betul tak tahu apa yang dia sedang alami. Terasa bagaikan hatinya meronta-ronta ingin menjerit nama lelaki itu dan dalam masa yang sama jiwa membunuhnya mula membara. DAMN!
"Ok, class. Hari ini kita berhenti di sini dulu." Sir Elbert menutup bukunya. Beberapa orang pelajar melepaskan nafas lega. Inilah saat yang paling kritikal bagi mereka yang anti-matematik. "Sebenarnya saya ada sesuatu untuk dimaklumkan kepada kamu semua." Sambung lelaki itu lagi. "Beberapa minggu yang lepas, kamu semua telah dimaklumkan mengenai Summer Camp yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Dan borang penyertaan telah diedarkan kepeda semua pelajar EmptySoul High School. Tetapi sampai sekarang saya belum mendapat satu pun borang penyertaan daripada kelas kamu. Boleh kamu beritahu saya, apa sebabnya."
"Sebabnya? Saya pun kurang pastilah, Sir." Jawapan spontan Houx membuatkan seisi kelas ketawa.
Tetapi, apabila melihat wajah serius Sir Elbert, mereka kembali tertunduk dan senyap. "Saya masih ada banyak kerja untuk dibuat lepas ni, harap kau semua tak main-main dengan saya." Lelaki itu senyap seketika sambil merenung wajah seorang demi seorang anak muridnya. "Baiklah, kalau tak ada jawapan, lepas habis kelas ni saya nak tiga puluh dua borang Summer Camp tu ada atas meja saya. Faham." Katanya keras sejurus melangkah terus keluar dari kelas.
Apabila guru lelaki itu hilang dari pandangan, seisi kelas mula menjawab. "Tak faham."
"Aiya, benci betullah camp ni."
"Kalau benci janganlah pergi, yang kau bising-bising ni kenapa?" balas Zen tiba-tiba.
"Ish.." Houx hendak melawan, tetapi dia terpaksa melupakan niatnya apabila rakan-rakannya mula menyigung lengannya. Jadi, dia hanya mampu mengutuk Zen yang menyakitkan hati itu senyap-senyap je. Sial betul anak raja kuno ni!
"So, Zen. Nak pergi ke?"
"Kalau Neo tak pergi, aku nak pergi."
"La, macam tu pulak." Kei mengerutkan dahinya. "Apa kena kau dengan Neo ni. Tak faham aku. Cuba kau cerita sikit masalah kau."
"Heh, kau ni penyibukla. Yora pun tak sibuk-sibuk macam kau ni tau tak?"
Mendengar tempelak Zen, Kei mula rasa macam nak cubit-cubit je mulut adik dia ni. Yora yang suruh aku tanya kau pasal ni, tau tak??!!! Jeritnya dalam hati.

3 comments:

  1. hahaha...gler pening kpale jadi kei..hahah
    sian neo...

    ReplyDelete
  2. sweetie, naper lambat sgt upload? tenet xde kt sane eh? or busy sgt2 yer? but tq SO MUCH 4 da new entry

    ReplyDelete
  3. milord please sent the nxt n3 please....im daying here..<_>...i want next n3...i really want..this story really happening...

    gambate,chayok2,aza2....writer..

    ~ameera~

    ReplyDelete