Saturday, November 7, 2009

Apple and Berry 10

“Selamat pagi.” Sapa Berry dengan senang hati kepada Apple sebaik sahaja dia melepasi meja budak lelaki itu.
“Gila.” Balas Apple. Sebelum ni tak pernah dia ucap selamat pagi dekat aku, hari ni tiba-tiba pulak buat perangai pelik.
Berry yang moodnya luar biasa cerianya hanya menjungkitkan bahu, mengendahkan kata-kata sadis Apple yang selalu membuatkan dia sakit hati dan geram tahap kritikal.
“Heh, kau ni kenapa? Pagi-pagi dah tersenyum macam orang hilang harapan je?” Tegur Akia pula apabila melihat kawannya itu ceria semacam.
Aria di sebelahnya mengangguk laju. “Entah. Pelik.”
“Bukan hilang harapan la. Harapan aku baru berbunga ni.” Jawab Berry yang baru sahaja membetulkan meja dan kerusinya di dalam kelas. Orang-orang yang mendengar kata-katanya hanya mnejeling, buat-buat tak dengar. Mesti ada kaitan dengan April ni. Apple pula awal-awal lagi dah tutup telinga, malas nak melayan perangai pelik anak orang kaya ni.
Pagi itu kelas mereka berlangsung seperti biasa. Ada pelajar yang dihanyut mimpi entah ke mana, ada pelajar yang masih di alam maya dan ada pelajar yang pelik daripada kebiasaan. Apple yang duduk di sebelah Berry mula tak puas hati.
Kenapa budak ni aktif semacam je? Dah tu semua soalan yang cikgu bagi dia yang jawab, aku nak tunjuk tarer pun tak sempat. Selalunya dia yang terkial-kial bila ditanya. Ish, tak puas hati ni. Lalu Apple menyepak perlahan kaki kerusi Berry.
“Hoi.” Bisiknya agak perlahan.
Berry yang masih tersenyum memandang Apple. “Hmm?”
Entah kenapa tiba-tiba aku rindukan muka bengang budak Berry ni bila aku sepak kerusi dia. Bisik hati Apple. “Kau ni kenapa?”
“Kenapa?”
Tengok tu, aku tanya dia dia tanya aku balik. “Aku tanya ni.”
“Tak ada apalah.” Jawab Berry masih tersenyum.
“Habis tu kenapa pelik semacam je?”
“Mana ada pelik.”
“Ish, aku kata pelik, peliklah!”
Berry tersenyum lagi, “Yela, pelik.”
Ish! Ni yang aku bengang ni. Apple kembali memandang hadapan. Buat kali pertamanya, dia rasa benar-benar bengang dengan Berry. Guru yang mengajarnya di hadapan di tenungnya hingga menyebabkan guru itu jadi serba tak kena.



Er... Takkan Apple suka dekat aku pulak. Bisik hati kecil guru kimia mereka, Miss Bura.


Adoi.. yang Miss Bura ni tersenyum-senyum ni pasal apa plak. Dahlah Berry buat perangai pelik hari ni, takkanlah cikgu aku ni pun nak jadi pelik jugak. Hai... pening aku. Pening!


Akhirnya kelas itu berakhir dan Apple masih dalam keadaan tak puas hati. Mulanya dia rasa macam nak hantuk je kepala Berry ke dinding supaya gadis itu kembali seperti biasa. Tetapi, bila teringat yang dia tak patut ambil tahu mengenai hal gadis itu, dia terpaksa berusaha untuk bersabar. Sabar jelah Apple. Sabar, sabar, sabar, sabar..... sabar... tapi...

"Oi, kau nak kena sepak terajang dengan aku ke, ha?!! Yang kau menyemak depan aku ni pasal pe? Tak reti nak keluar rehat ke?!" Marah Apple apabila tersedar yang Berry tak sudah merenungnya.
Berry yang ditempik meneruskan senyumannya. "Tak nak, hari ni aku nak duduk dengan kau je."
Selepas mendengar kata-kata Berry, Apple mula tak kuasa nak menjawab melainkan senyap dan mengendahkan gadis jelita itu. Lama mereka membisu begitu sehinggalah dia perasan yang Berry sebenarnya hendak memberitahu sesuatu kepadanya.
"Kau ni kenapa?" Dia memulakan bicara. Mendengar suara Apple, Berry sedikit tersentak dan wajahnya kelihatan serba tak kena.
"Nope.."
"Sudahlah." Mereka senyap lagi. Kelas itu sunyi, yang kedengaran hanyala bunyi riuh rendah di luar kelas itu. Kedang kala, beberapa orang pelajar lelaki menjengah dan menegur Berry.
Lama Apple merenung helaian notanya, namun satu pun tak lekat di mindanya.
Hai.. apa kena ni..? Lelaki itu mengeluh sendirian.
"Apple..."
Akhirnya Berry bersuara. Sepantas kilat Apple memandang wajah gadis itu.
"Sebenarnya aku ada something nak cakap dengan kau?"
"Ape? Jangan benda merapu sudah la.. aku tak ada masa nak dengar."
Berry tersenyum nipis dan kemudiannya tertunduk. "Tak, mungkin isinya dengar macam merapu, tetapi itulah yang aku cuba keluarkan dari hati dan minda aku."
Ait, puitis semacam je budak ni?
"Semalam, parent April datang rumah aku.."
"Eh... so nak bagi tahu berita gembira la ni.."
"Ish, kau ni dengar aku cakap bagi habis dulu tak boleh ke?!"
"Eh.... suka hatilah." Garang pulak minah ni. Bisik hati Apple. Tapi, muka macam sedih je.
"Parent April cakap diorang sukakan aku."
"Ha, mesti ayah dia nak kahwin dengan kau...."
BUK!
"Woi, sakitlah, sial punya perempuan!" Jerit Apple apabila kepalanya dibaling dengan kotak pensil.
"Tau pun sakit, aku cakap tak habis lagi kau dah pandai-pandai. Aku nak cerita ni, kau nak dengar ke tak nak?!"
Apple yang ditengking terkulat-kulat sambil menggosok dahinya yang masih sakit. "Er... nak..." Mak ai... menakutkan.
"Huh." Berry meniup rambut depannya. "Kau menyampuk lagi, siap kau aku kerjakan!"
Kerjakan jelah Berry, aku tabah je. Hahahahaha... Lelaki itu tersenyum sendirian.
"Aaa... aku smbung ye?"
Dan Apple mengangguk.
"Diorang nak plan majlis pertunangan aku dengan April.."
"Ha.."
Apple baru sahaja hendak bersuara apabila gadis itu sepantas kilat memotong bicaranya. "Masalahnya aku tak tau! Aku pun serba tak kena."
Kedua2 mereka diam seketika. Berry sudah pun menyembamkan wajahnya ke meja, manakala Apple masih dgn tangannya di kepala. Sedikit keliru dengan situasi Berry.
"Kau ni macam mana? Kau kata kau suka dia."
"Aku tak pernah kata pun!"
"Ish, iyela... Memang kau tak pernah kata, tapi semua orang tau kau sukakan April and April gilakan kau."
"Eh!" Lantas Berry mengangkat wajahnya. "Semua orang tau ke?"
"Itulah kau, katak betina bawah tempurung. Orang duk buat cerita pasal kau tiap-tiap hari pun kau tak tahu."
"Eh.. kata dekat aku pulak. Kau tu pondan suka gosip. Tak padan dengan rupa!" Herdik Berry sekali gus membuatkan Apple berdiri.
"Ha, tengok tu. Dia kata dekat orang tak pe. Orang kata dekat dia kerja nak marah je." Sekali lagi Berry bersuara walaupun sebenarnya dia dah kecut perut tengok April yang panas baran.
"Siapa kata aku marah?" Lantas lelaki itu duduk kembali sambil menyilangkan kakinya. Dan mukanya serta merta berubah selamba. Dan reaksinya itulah yang hampir membuatkan Berry tertawa. Rasa terhibur walaupun sebentar tadi dia dah kecut perut. "Macam orang bodoh kau ni."
"Ape!" Gertak Apple.
"Ha, tengok tu! Nak marah lagi." Berry masih tertawa dan Apple kemudiannya berusaha menarik nafasnya dan kembali bertutur dengan lembut. "Apa kau cakap, sayang..............."
Makin galak Berry tertawa. "Sayang? Buruk bunyinya bila keluar dari mulut kau!"
Oi, sabar jelah Apple. Budak Berry ni kalau tak kena buku lima dengan aku, selagi tulah dia tak reti nak tutup mulut. Fuh.. Apa lagi yang mampu Apple buat selain menghembus nafasnya berkali-kali supaya bertenang dan bertenang dan bertenang. Sial punya BERRY!
"Oi, kau gelak apa ni. Cepatla. Tadi kata nak cerita. "Apple mula menukar topik.
Berry terkedu seketika. "Aah, terlupa pulak." Gadis itu menguak rambutnye ke belakang, dan membetulkan posisi duduknye.
"Macam ni.. aaa.. aku berhenti dekat mana tadi?"
Ish, perempuan ni. "Aku pun tak ingatlah!"
"Betul jugak, kau ni apa yang ingat."
Ih, kurang ajar. Kenapa hari ni sakitnya hati aku dengan dia ni.
"Macam ni, aku nak tanya kau. Patut ke aku tunang dengan Apple.. Eh, April?" Walaupun hanya satu perkataan tersasul, tapi itu dah cukup untuk membuatkan muka Berry merah padam.
"Ikut sukalah."
"Kau ni sampai hati tau tak. Aku cuma cerita pasal hal ni dekat kau."
"Ha, siapa suruh kau cerita dekat aku?"
"Ish.." Berry mula kehabisan ayat sedangkan wajah Apple makin selamba seolah-olah apa yang diceritakan oleh Berry kepadanya langsung tak penting.
"Dahlah, Apple." Serentak denga itu, sekumpulan pelajar perempuan masuk ke kelas mereka dan terus menuju ke meja Berry.
"Hei, perempuan! Kau bangun!" Salah seorang daripada mereka menyepak keras meja Berry.
Berry terkulat-kulat dengan situasi yang tiba-tiba itu. Begitu juga dengan Apple.
"Kenapa?"
"Jangan nak cakap banyak! Aku kata bangun!"
"Kau ni siapa, ha?" Berry sedikit bengang.
"Huh.. dia tanya aku siapa?" Gadis yang menyepak mejanya tadi tersenyum sinis sambil memandang rakan-rakannya. "Hei, perempuan. Aku Mei Assori.... Adik April."

5 comments:

  1. hah...apple ni aper yg xphm?berry ske dkt dier la...

    isy mei nie msti xske dkt berry...

    ReplyDelete
  2. milord, lama sungguh menanti smbgn citer nie...
    ade sket confuse ngn citer nie but still best!
    ganbatte ne

    ReplyDelete
  3. milordddd!!!!!!! lama sungguh ku menunggu smbgn cter nie... cepat lah smbg.... cter nie BESTTTT.. sambung pleaseeeeeeex3...;p
    chayok2...gambate...aza2....berusahalah ye...;p
    sume citer milord memang mantap lah...terutama cter nie n bloody prince...emmm cter bloody prince 2 ble nak sambung??? hehehe...;D

    ~ameera~

    ReplyDelete
  4. Berry terkulat-kulat dengan situasi yang tiba-tiba itu. Begitu juga dengan Berry. sepatutnya ayat nie untuk Apple kan??

    ReplyDelete