Thursday, November 26, 2009

Bloody Prince 3

Akhirnya Maria kembali juga ke sekolah setelah satu minggu menyepikan diri di rumah. Luka di bibirnya dah tak kelihatan, tapi luka di hati siapa tahu...
"Kenapa Sky tak suka engkau?" tanya Maria ketika sekali lagi dia dan Kiwi keluar rehat bersama. Sky yang dari tadi merenungnya tak diendahkan. Mampusla kau Maria, kena tumbuk lagilah lepas ni.
"Dia kata sebab Kiwi bodoh, lemah."
"Heh?" Maria sedikit terkejut. "Kenapa macam tu pulak? Macamlah dia kuat sangat."
Kiwi tersenyum dihujung bibirnya. "Memang dia kuat pun kakak."
Huhuhu... Sejuk hati dengar dia panggil aku kakak. "Sebelum ni pun memang dia selalu buli Kiwi, eh?"
"Tak, biasa je. Tak pernah kacau Kiwi pun. Kiwi pun tak faham. Hari tu tiba-tiba je dia pukul Kiwi. Apa salah kiwi pun kiwi tak tahu."
Maria senyap. Er... tak tahulah. Aku yang tak buat salah apa-apa ni pun dah kena tumbuk.
"Sejak dari mula kau masuk sekolah ni sampailah sekarang kau asyik, selidik and soal and tanya pasal Sky je. Kenapa ek?" Nuna yang dari tadinya hanya mendiamkn diri dengan menggigit strawnya akhirnya bersuara.
"Xdela..." Maria sedikit kaget. "Aku cuma nak tahu pasal apa yang dia jahat sngat ni."
"Yela tu... at least bersyukur la sikit dapat adik comel macam Sky tu."
"Alah, comellah sangat."
Buat seketika Maria hanya mencebik, menjilat bibirnya dan menongkat dagu. Apela yang aku nak buat ni. Dalam kepala aku cuma ada soalan pasal Sky je. Nih, si Nuna dungu ni punya pasallah. Tengok, dah segan aku nak tanya pasal Sky dekat budak Kiwi ni.
Dalam keadaan dia asyik berbisik pada dirinya, tiba-tiba satu pergaduhan mencuri perhatiannya. Kali ini bukan pergaduhan yang di cetuskan oleh Sky, tetapi... "Bando." Entah mengapa, Maria sedikit lega.
"KAU BUTA KE?!" riuh kantin itu dengan lalakan gadis liar itu.
"Ma... maaf.." Dan hanya itu yang keluar dari mulut mangsa keadaan itu.
"Maaf kepala otak kau! kau ingat baju sekolah aku ni beli kat tepi jalan ke, ha?!"
Sekali lagi budak perempuan yang dimarahi itu meminta maaf. Namun, seperti yang dijangka. Makin hebat lalakan Bando sampai macam-macam benda keluar dari mulutnya yang merah menyala itu.
Buat seketika Maria bagaikan lali melirik ke setiap inci wajah Bando. Gadis itu jelita. Luar biasa kejelitaannye. Hidungnya cantik. Mungkin kacukan amerika. Maybe la... Tapi sayang. "Perangai macam anak luar nikah."
Mungkin Maria tak sedar kata-kata yan meniti di bibirnya itu api yang pasti kata-kata itu berjaya ditangkap oleh telinga Bando.
"Oi, mulut siapa longkang sangat tu!"
Semua berundur. Maria yang sedikit terkejut cuba berlagak berani. "Mulut aku. Kenapa?"
"Oh... Mulut betina ni rupanya." terlakar senyuman sinis di bibir Bando.
"Kau... Jaga sikit mulut kau tu eh."
"Heh. kaula jaga mulut kau. Kau panggil orang anak luar nikah kau ingat bagus sangatla!"
"Kalau kau tak buat perangai macam setan ni aku pun tak panggilla kau anak luar nikah! Kenapa? Kau beli baju sekolah kau kat Butik Dolce & Gabana ke? Alah, buju sekolah murah tu pun nak kecoh." Cemuh Maria masih cuba menyembunyikan rasa takutnya melihat Bando yang terbeliak merenungnya.
"Kalau memang baju aku brand Dolce & Gabana kau nak buat ape?"
"Ah, mustahillah anak luar nikah beli baju kat butik mahal."
"Woi!"
BUK!




Sayup-sayup Maria terdengar kicauan burung indah mengusik jiwa. Walaupun pandangannya masih gelap gelita Maria mencuba sedaya upaya untuk tersenyum menikmati bau rumput yang hijau mewangi. Lalu perlahan-lahan kepalanya diangkat dan dia sedikit terkejut.
"Aww.. Sakitnya.." Serta merta matanya dibuka.
Situasi seperti berulang. Sekali lagi dia bangun dalam keadaan pipinya sakit berdenyut. Cuma kali ini dia tidak berada di biliknya.
"Kat mana pulak ni..?" Dengan berlantaikan rumput segar menghijau dan berbumbungkan teduhan rimbun pohon yang dia sendiri tak tahu apa jenis pohon itu, dia duduk berseorangan.
Ah, biarlah. Aku kene tumbuk lagi ke? perlahan-lahan tanganya menyentuh pipinye. "Aduh... gila sakit. Bando..."
"Hmm.. kena tumbuk lagi." Tiba-tiba satu suara mengusiknya. Pantas dia mendongakkan kepalanya. "Sky..?"
Sky menghadiahkan satu senyuman sebelum dia terjun ke bawah. "Hai, sis. Good Morning."
"Good morning. Ish!" Maria melarikan wajahnya daripada melihat Sky yang masih tersenyum ke arahnya. "Kepala otak kau morning. Jangan main-main dengan akula."
Tak de siapa yang main-main pun. Jom, nak balik? Dah tiga jam kau tidur ni."
"Eh? Tiga jam? Aku kat mana ni?"
"Tu." Sky menjawab dengan mengarahkan jari telunjuknya ke belakang Maria. Pantas Maria beralih.
"Ha?" Gadis itu terkejut melihat jalan raya yang terbentang luas di belakangnya. "Ni kan jalan depan rumah. Kenapa aku boleh ada kat sini?"
Sky tersengih. "Driver demam hari ni. So, aku angkatla kau bawak balik rumah. But sorry sis. Dah tak larat la. Sis berat sangat. Jadi kita drop kat sini je la."
"Eh, budak ni..." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya sebelum dia mengetap bibirnya. Menahan diri daripada tertawa. Bodoh punya budak!

3 comments:

  1. plez lord tlg smbung bloody prince smpai abis..
    i can live witout it..

    ReplyDelete
  2. sbr ye... kite smbung slow2.. sbb skrang ni tgh exam.. busy skit,,,,

    ReplyDelete
  3. sambunglah cpt2....... saya tak sabar ar nak tau pe jadi selepas niie.......

    ReplyDelete