Tuesday, May 4, 2010

Apple and Berry 11

"Mei Assori? Adik April?" Berry terkejut. April ada adik ke? Kenapa aku tak jumpa pun hari tu."

"Yela. Aku adik April! Kenapa? Tak percaya, ke?"

"Memang aku tak percaya. Selama aku kenal dengan April, aku tak pernah tau yang dia ada adik. Family dia pun tak pernah cakap apa-apa dengan aku."

Cis, mama dengan papa ni, takkan diorang tak pernah cerita langsung pasal aku. Mei sedikit tercebik. Tetapi kemudiannya dia kembali menjegil Berry.

"Ah, lupakan semua tu. Yang penting aku memang adik April. Aku nak bagi tahu yang aku tak suka kau bertunang dengan abang aku."

"Eh, aku bertunang dengan abang kau, bukannya dengan kau. Yang kau nak sibuk-sibuk pasal apa?!"

Mei mula rasa tercabar. Dia ni, melawan! "Ok, kalau kau dah cakap macam tu, tengoklah. Aku tak akan lepaskan kau. Aku akan buat kau merana. And kalau kau tak nak aku kacau kau, kau lepaskan Apple!"

"Huh?" Berry sedikit terkejut dan Apple pula termengkalan.

Tiba-tiba je naik nama aku. Kemudian dia memandang Berry.

"Mesti kau bagitahu semua orang yang aku ni hak milik kau, kan?" Tuduhnya tiba-tiba.

"Woih, kepala bapak kau! Bila pulak aku cakap macam tu. And bila pulak aku tak lepaskan kau?"

Balas Berry pula dan dijawab oleh Apple dengan hanya menjungkitkan bahunya.

Kedua-dua mereka kemudiannya memandang ke arah Mei yang tersenyap seketika.

Mei sedikit terkejut. "Alah, semua orang tahu, Apple ni ibarat hamba kau. Kau suruh dia buat semua yang kau nak dia buat. Kan?"

Eh, budak ni. Aku seligi jugak karang! Ni yang aku tak suka nih kalau si Apple busuk ni pun terlibat dalam kisah hidup aku ni.

Kemudian Berry menjeling Apple yang tak sudah-sudah menjelingnya dengan perasaan tak puas hati. "Kau bagitahu dia sikit."

"Bagitahu sikit apa?"

"Ish, aku cakap tak habis lagi kau dah potong. Bagitahu sikit dekat si tikus mondok ni apa hubungan kau dengan aku." Bisik Berry semakin lama semakin perlahan.

Mei di belakangnya cuba mencuri dengar.

Kelihatan Apple termenung seketika. Merenung Berry dan kemudiannya menjeling tajan ke arah Mei yang kelihatan terkejut apabila melihat Apple memandang ke arahnya. "Kau betul nak aku bagitahu budak ni tentang hubungan kita?"

"Erm, ya!" Berry mengangguk.

"Are you sure?" Tanya Apple seklai lagi. Di wajahnya terlakar satu ekspresi yang menunjukkan seolah-olah dia sedang susah hati.

"Yeah, sure!"

"Hundred percent sure?"

"Totally sure, of course!"

"No regret?" Tanya Apple sekali lagi dan ini membuatkan Berry hampir-hampir melenting.

"No regret la! Kau ni pasal apa ha? Nak malukan aku depan budak ni ke?"

Apple tersenyum. Senyuman yang paling indah dan nakal pernah Berry lihat.

Mei yang melihat turut tersampuk melihat senyuman itu. "Indahnya dunia." Gumamnya perlahan tanpa sedar.

"Kau ni kenapa sebenarnya?" Tanya Berry. "Kau nak tolong aku ke tak nak ni."

Apple tersenyum dan kemudiannya berpura-pura serius. "Aku tak kata apa pun, kan? Ok, ok... Relaks."

Apple bangun. Menghampiri Berry dan bukannya Mei.

"Mei." panggilnya tanpa langusng mengalihkan anak matanya daripada menentang pandangan Berry yang kehairanan. "Kau nak tau apa hubungan aku dengan Berry?"

Mei sedikit terkesima. "Aa.. yelah. Mestilah. Tapi kau jangan tipu."

"Tak. Aku tak tipu." Terlakar senyuman sinis di bibirnya. "Aku takkan tipu. Kan Berry."

"Aaaa..." Berry mula was-was.

Masing-masing rasa gemuruh melihat Apple kelihatan serius. Berry yang melihat mula rasa takut. Kenapa aku rasa macam tak kena je. Ada sesuatu yang akan terjadi ke ni?

"Im not her slave." Tutur Apple memecah keheningan. Berry mula tersenyum.

"But, she`s my only love. My only dear. The one I care, the one that I miss everyday and the one that very important to me."

Serta-merta pudar senyuman Berry. "My only love?" dia terkesima. Begitu juga dengan Mei. Kata-kata puitis daripada Apple tadi seolah-olah mengunci bibirnya sehinggakan dia tidak dapat mengeluarkan satu pun kata-kata daripada mulutnya.

Keadaan senyap seketika.

Apple masih tersenyum sinis sambil meratah wajah Berry yang mula merah padam.

"EH??! Love? Maknanya? CINTA TERLARANG!" Jerit Mei dan dua lagi kawan-kawannya.

"Cin.. cinta terlarang apa?" tanya Berry cuba melarikan pandangannya dari Apple.

Dari terkejut, Mei dan kawan-kawannya mula tersenyum. "Oh, aku dah faham." Dia menepuk tangannya. "Selama ni Berry dengan Apple memang saling menyintai, tetapi disebabkan darjat, korang tak dapat nak reveal kan cinta korang, kan? Waa... hebat nih?!"

Pap! Apple menampar dahinya. Lain yang aku maksudkan, lain yang dorang faham.

Berry bertambah terkejut apabila Mei tiba-tiba menerpanya dan menggenggam kuat tangannya. "Maafkan saya Berry. Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak. Tapi jangan risau! Saya akan tolong awak dan Apple. Saya akan berusaha untuk jauhkan awak dari April."

"Eh? Tak... saya.." Berry mula kaget.

"Tak apa. Jangan risau. Saya akan simpan rahsia ni." Kamudian Mei menghampiri Apple pula. "Aaa.. Maaf ye mengganggu. Saya pergi dulu tau. AAA... jaga Berry elok-elok. BYE!!!" Laungnya sejurus berlari meninggalkan mereka.

Selepas Mei pergi, keadaan menjadi kaku seketika. Kedua-dua mereka langsung tak bergerak ataupun berkata-kata.

Apple hanya tenang memeluk tubuh menunggu reaksi daripada Berry.

Berry pula sedang cuba mengemaskini perasaan dan otaknya yang tiba-tiba bersepah di sebabkan kata-kata Apple tadi.

Lima minit berlalu, tetapi mereka masih begitu.

Akhirnya, setelah penat berlagak seperti patung, Apple mengambil keputusan untuk bersuara.

"Ehm." Dia berdehem.

Berry terkejut. “Er… tak apalah. Aku keluar dulu eh.”

“Keluar ke mana? Time rehat nak habis dah ni.” Serentak selepas Apple habis berkata-kata, loceng tamat rehat terus berbunyi dan itu membuatkan Berry tiba jadi tak keruan.

“Ah!” Dia tertawa seketika dan dibalas dengan senyuman daripada Apple. “Dah bunyi pun.. Kalau macam tu, aku nak balik tempat aku la.” Gadis itu mula berpaling dan melangkah tetapi sekali lagi dia dihalang oleh Apple. “Tempat kau kat mana? Bukan tempat kau kat sini ke? Sebelah aku.”

“Oh ya. I got it!” Dia kembali dan terus duduk di tempatnya. “Apa kena dengan aku ni.” Gumamnya perlahan sambil menjeling perlahan ke arah Apple yang kelihatan hairan dengan sikapnya sebelum merebahkan kepalanya ke atas meja.

“She`s insane?” Yeah! Of course aku hairan. Tiba-tiba jadi macam orang tak betul. Apa kena? Takkanlah aku baru cakap I love you dia dah jadi… macam tu?

Kalau tadi, Berry cerdik dan aktif macam strawberry…”( Apa kena dengan strawberry?) Tapi, kali ni dia dah jadi macam orang dungu yang tak tahu apa langsung. Macam bayi yang beru keluar dari kandungan ibunya, macam putik buah raspberry yang masih tawar dan tak rasa apa langsung. Nothing in her mind. Nothing! Does she`s really go insane? Nobody know…

Kalau cikgu tanya dia sepatah, sepatah pun dia tak jawab balik. Yang dia buat hanyalah senyap merenung papan hitam seolah-olah dia dipukau ataupun maybe disantau…? Keadaannya itu membuatkan guru-guru yang melihatnya mula rasa takut. Jadi mereka hanya mampu senyap dari menyuarakan tentang perangai pelik Berry itu.

Akhirnya, tamatlah masa persekolahan yang Apple rasakan paling dungu dalam sejarah hidupnya. Keadaan pelik Berry turut memberi kesan kepadanya. “Aku tak puas hati sungguh. Kenapa dia tu? Ish, ikutkan hati aku rasa macam nak ketuk je kepala dia. Bodoh sangat! Dah tu, cikgu tanya dia, satu pun dia tak jawab. Buat malu aku je! Bodoh sungguh.”

Berry pula masih dalam lamunan. Dia masih di tempat duduknya walaupun semua orang dalam kelas tu dah balik rumah. Akia dan Aria pun dah tak tahu nak buat apa dengan Berry melainkan… hmm.. meninggalkannya sendirian di situ. “Kenapa aku jadi macam ni. Aku rasa macam aku ni baru dilahirkan, reborn? Tapi, taklah reborn sangat. Semuanya gara-gara Apple. Why did he said, ‘I LOVE YOU?’” Berry mengeluh buat kali pertamanya hari ini setalah lama dia mambatu macam Patung Juliet yang masih tersergam indah di tengah-tengah kota Rom. Rom ke? Tapi, sayangnya, tak ada seorang pun di situ untuk melihat dia mengeluh. Kalau tak mesti semua orang dah bersorak macam ni.. “HORAY!!” apabila melihat patung Juliet itu akhirnya bergerak.

“Aku rasa aku mesti cakap dengan Apple. Dia tak patut cakap macam tu. Aku just cintakan April, ok? Only April? No Apple or orange.. Yeah! Deal! Aku must talk to him!” Serta merta Berry bangun dari tempat duduknya dan terus berlari menuju ke banglo free tempat Apple menetap. Dan sekali lagi kalau ada orang di situ, pasti mereka akan bersorak “HORAY!” apabila melihat patung Juliet itu akhirnya Berjaya melarikan dirinya.

“Apple!”

Dari jauh Apple terdengar seperti seseorang sedang melaungkan namanya. Dan semakin lama, suara itu menjadi semakin kuat. Apple berhenti. Hantu mana pulak ni yang kemaruk dekat aku siang-siang hari ni. Apple menjeling banggunan Tryst Fixity yang tersergam indah disebelahnya. Takkan hantu kot? Dia mula takut.

“Apple!” Suara itu menjadi semakin kuat seolah-olah hantu itu berada di belakangnya. Betul-betul dibelakangnya. Dan terdengar seperti bunyi derapan kaki sedang belari semakin lama semakin dekat denganya.

“Ah, sudah. Hantu ni tengah marathon belakang aku ke?”

“Apple!”

PANG!

Belakangnya ditampar kuat hingga membuatkan dia hampir-hampir terloncat kerana terkejut. “Woi, Berry?!”

“Yes, me. Kenapa? Kau tak dengar ke aku panggil… and why you look so pale?” Berry masih tercungap-cungap. Cuba untuk bernafas dengan lebih tenang apabila melihat wajah Apple tiba-tiba pucat.

“Pucat? Kau tanya kenapa aku pucat? Sebab kaulah. Terjerit-jerit panggil nama aku macam hantu! Buang tabiat ke?!”

Berry senyap seketika. Cuba mentafsir kata-kata Apple tadi. Mukanya berkerut-kerut. Salah ke aku panggil dia siang-siang hari ni? Is it a problem? Ah! Ooo.. kemudian dia tertawa dan itu membuatkan Apple benar-benar sakit hati dengannya.

“Kau ni kenapa, ha? Sekejap pandai macam aku. Sekejap bodoh macam angsa. Sekejap gila macam hantu. Kau ni ada sawan ke? Kalau kau ada sawan, sini aku nak betulkan kepala kau!” Gumam Apple sambil tangannya mencapai leher Berry dan cuba untuk mencekik gadis itu. Berry yang masih tertawa, terjerit-jerit menolak Apple menjauhinya.

“Janganlah marah. Aku tak buat salah apa pun. Cuma kelakarlah, kau ingat aku ni hantu ke? Siang-siang hari ni mana ada hantu.”

“Adalah, hantu berry!” Apple menjegilkan matanya.

Apabila mendengar Apple berkata begitu, Berry tercebik seketika. Dia hampir-hampir terlupa tujuan sebenarnya datang berjumpa dengan Apple.

“Aaa.. Apple. Aku nak tanya kau satu benda ni.”

“Hmm.. Apa?”

“Tak ada apa yang penting pun, Cuma just nak tanya.”

“Hai… cakap je lah.”

“Tadi, waktu Mei datang tu. Aaa… kau kan ada cakap yang kau…” Berry terhenti seketika dan menjeling Apple yang menjungkitkan keningnya.

“And..?” tanya Apple selanjutnya.

“Yelah, kau.. kan ada cakap yang kau… kan kau yang cakap…” Berry berhenti lagi. Dia ni tak faham-faham. Takkan aku nak kene cakap pulak. “Kau tak ingat ke, kan kau ade cakap yang..”

“Oh, aku cakap I love You tu ke?”

Berry mengangguk. Ingat pun.

“Oh, yang tu kau tak payah risau, aku saja je nak diamkan budak Mei tu. Bising sangat!”

Berry terpampan, “Nak diamkan Mei?”

“Yup!” Apple mengangguk. “She`s so noisy. Annoying.”

Berry mengangguk perlahan. Tapi di wajahnya jelas terpancar riak tak puas hati. “Jadi.. you didn’t mean what you have said?”

“Aaa.. yes!”

“You…” Berry menggigit grahamnya. “You shit!” Serta merta Apple di depannya di tolak kuat hingga menyebabkan Apple terundur ke belakang.

Gadis itu kemudiannya melangkah laju meninggalkan Apple yang mula tak faham apa-apa.

“What? Aku buat apa? Huh, she`s really go insane. Aku tak faham satu benda pun yang dia buat.”


5 comments:

  1. hohohooh....comeynye apple nie...isy admit je la ske dkt berry...

    milord, ad award tuk milord dkt blog nina...
    nie link die...

    http://nina-dakwatpena.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. best...menarik..............
    apapun, akak follow..........................

    ReplyDelete
  3. akak tlg sambung cite Save Your Stray Love ek kak....best arr....

    ReplyDelete
  4. Apple tur but2 bodoh ata dungu...sengaja dia kenakan Berry

    ReplyDelete