Monday, September 6, 2010

Apple and Berry 15

Apple, please datang. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi ni. Aku menyesal Apple. Tolonglah datang. Rayu Berry di saat cincin pertunangan hampir-hampir tersarung di jari manisnya.
Dia mula gelisah. Teringat kekasarannya pada Apple hampir membuatkan dia menangis walaupun semua itu langsung tak meninggalkan kesan di hati Apple. Dia mula merasakan yang dia terlalu menginginkan Apple sehinggakan dia tak sanggup untuk meneruskan pertunangan ini. Walaupun ia hanyalah pertunangan yang mungkin boleh diputuskan pada bila-bila masa.
Tetapi, Berry sedar, Apple bukanlah seorang lelaki yang suka menganggu kehidupan orang lain. Harga diri dan egonya lebih tinggi daripada Menara Eiffel. Ya, menara eiffel. Tak cukup menara Eiffel, KLCC pun boleh. Dan mungkin kerana itu jugalah Apple tidak menghadirkan diri ke majlis pertunangannya hari ini dan menipu semua orang tentang perasaannya.
Aku kagum dengan harga diri kau Apple, tapi tolonglah. Sekali ni saja aku mintak kau datang dan hentikan majlis ni. Aku tak sanggup Apple.
Tersentap Berry apabila April mengangkat tangannya dan menyentuh jari manisnya. Terasa bagai disimbah sebaldi air sejuk, Berry menggeletar. Terasa seluruh tubuhnya begitu dingin. Dia memejamkan matanya pabila terasa kesejukan cincin emas itu menyentuh hujung jarinya.
"No!" tiba-tiba Berry menarik tangannya dan itu membuatkan seisi tetamu yang hadir terkejut. Tetapi, berlainan pula dengan pasangan kembar Akia dan Aria, mereka hanya tersenyum melihat situasi itu.
"Im sorry but no!"
"Berry!" sekali lagi April terkejut apabila gadis tu terus berlari meninggalkannya. "Ha..." dalam masa yang sama, dia terkesima. Betul-betul sama dengan apa yang aku mimpikan semalam. Ti....dak...
Terus terduduk lelaki itu. Berat tubuhnya dan begitu sesak nafasnya.
"April, calm down!" ibu Apple mendapatkan anaknya dan serentak dengan itu matanya meliar mencari kelibat ibu dan ayah Berry. "Apa semua ni? Kamu semua dah malukan kami tau tak?"
Marahnya.
Pengawal dan juga orang-orang yang berkerja di bawah kekuasaan ayah Berry mengejar gadis itu yang sudah hilang dari pandangan mereka. Masing-masing berpecah ke kiri, kanan untuk mendapatkan gadis itu kerana mereka tahu Berry tidak dapat lari jauh jika dia keseorangan. Persoalannya, adakah Berry keseorangan?


Berry melangkah laju. Kasut tumit tingginya dan gaun pengantin yang ketat itu menyukarkannya untuk bergerak dengan lebih laju. Tetapi air tiba-tiba mengalir dari pipinya dan pantas dikesat.
"Apa aku buat ni? Aku dah hancurkan majlis pertunangan aku sendiri. Aku dah hancurkan hati April, hati mak ayah aku?" Dia mengesat lagi air matanya dan bibirnya terjuih perlahan. Menyesal dengan apa yang dia lakukan. "Apple ni pulak. Entah ada kat mana sekarang ni. Aku perlukan dia, dia pulak tak ada. Bencinya. Apa nak buat ni? Apple, datanglah. Mana kau? A P P L E!!!!"
Sebaik sahaja dia keluar dari pintu utama banggunan itu, tangannya tiba-tiba terasa ditarik kuat dari arah tepi lantas tubuhnya terdorong ke tepi dan kini dia melekap ditubuh seseorang.
"Panggil aku ke?"
"Aa.... Apple!" Terjerit Berry melihat Apple betul-betul dekat dengannya dan tangannya kini digenggam kemas oleh lelaki itu. Saat itu, sekali lagi dia hampir-hampir menangis tetapi ditahannya. Lantas tangannya yang digenggam oleh Apple direntap dan terus memukul kuat dada lelaki itu. "Mana kau pergi! Ish, geramnya aku!"
"Eh, eh." Kelam kabut Apple cuba kembali menanggkap kedua tangan Berry. "Aku ada dekat sinilah. Weh, sakitlah bodoh!"
"Tengok tu. Dalam keadaan macam ni pun panggil aku bodoh lagi!"
"La... bodoh tu mana boleh dipisahkan dengan kau. Haram hukumnya!"
Sekali lagi Berry merentap tanggannya yang digenggam Apple. "Kutuk aku lagi." Berry mencebik. "Menyesal aku lari. Kau bukan boleh harap pun. Dah tu, panggil aku bodoh. Tak romantik langsung."
"Eh?" Lelaki itu kehairanan sebelum dia tertawa kuat tanpa mempedulikan Berry yang masih tercebik. "Hahahahahahahha... tak romantik? Ei, geli aku. Kalau menyesal pergilah masuk balik. Aku tak kisah pun."
"Ok, aku masuk!"
"Ya, silakan." Balas Apple tanpa ragu-ragu.
"Aku masuk. kau jangan ingat aku main-main."
"Masuklah."
"Aku betul-betul masuk ni."
"Iya."
"Aku masuk betul-betul nih."
"Ish, masuk jelah." Balasnya separuh tertawa melihat wajah cemas Berry.
"Ok! Aku masuk. Farewell!" Garang Berry bersuara sebelum dia betul-betul melangkah tetapi langsung tak berjaya membuatkan Apple lekang dari senyumannya.
Apple mengeluh berat apabila Berry hilang dari pandanggan tetapi beberapa saat kemudian gadis itu muncul kembali dan kali ini wajahnya betul-betul cemas. "Lari! Diorang dah datang!" Sepantas kilat dia menarik tangan Apple hingga membuatkan lelaki itu hampir-hampir tersembam ke hadapan.
Apple menurut Berry dalam masa yang sama dia menjeling ke belakang. "Wah, ramainya orang. Kalau kena tangkap ni, masak aku!"
"Ha, tau pun. Habis tu tunggu apa lagi. Tak kan nak lari sampai South Africa kot ni."
"Maksud kau?"
"Kau tak ada bawak kereta ke? Motor ke?"
"Kau ni kalau aku cakap bodoh, marah. Kan aku ni miskin, manalah ada duit nak beli motor. Inikan kereta."
"Aku tanya je. Manalah tau kau bawak kereta ke." Berry tercungap-cungap penat. "Lagi satu, tak boleh ke kalau sehari kau tak panggil aku bodoh."
"Kan aku dah cakap, kau dan bodoh tak boleh dipisahkan. Haram hukumnya!"
"Banyaklah kau haram. Dahlah cepat lari. Aku dah tak larat ni."
Mereka berlari. Selaju mungkin, entah sampai ke mana mereka sendiri pun tak tahu.
"Weh, Berry." Tiba-tiba Apple berhenti lalu menarik Berry berlindung di sebuah kereta. "Ada orang depan tu."
Terlihat lima lelaki berkot hitam berhenti betul-betul dihadapan mereka. Mata kelima-lima mereka meliar hebat. Tanpa was-was, kesemua mereka sedang cuba mengesan Berry yang tak cukup nafas apabila berlari dalam keadaan yang begitu menyusahkan.
Tak cukup dengan itu, muncul segerombolan lelaki yang mungkin orang suruhan ayah Berry daripada arah belakang. Pantas kedua Apple dan Berry sedaya upaya mengecilkan tubuh mereka di balik kereta Audi A4 berwarna putih itu.
"Mana nak lari?"
Apple hanya menjawab pertanya gadis itu dengan berdecit perlahan.
Tetapi, kemudiannya dia bangun, berdiri lalu menggeluarkan telefon bimbitnya.
"Wes, mana korang?"
"Datanglah sini cepat?"
"Depan Wall City Building la bodoh!"
"Dah memang kau bodoh."
"Memang aku pandai pun."
"Dahlah, memebebel pulak. Tak padan dengan kecik. Aku pijak karang lagi pendek kot. Cepatlah datang!"
Dia kemudiannya mematikan telefon bimbitnya setelah mendengus dan bersandar tenang di kereta putih itu seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Berry sedikit kaget. "Wei, duduklah!"
"Kau ni bodoh, eh? Kalau aku duduk, nampak sangatlah ada yang tak kena."
Berry tercebik sambil duduk bertinggu di situ. Kemudian, dia membuka bersuara lagi. "Telefon siapa?"
"Adalah." Jawab Apple tanpa langsung memandang gadis jelita itu. Dan sebelum Berry sempat membuka mulut lagi, dia bersuara. "Jangan banyak cakaplah. nanti diorang perasan."
"Yela-yela."
Apa dia nak buat sebenarnya ni. And orang-orang ayah aku ni takkan tak perasan Apple kot. Tadikan diorang nampak aku lari dengan dia,
Kemudiannya dia terlihat jacket merah gelak di kakinya, dan memandang t-shirt putih yang dipakai Apple. Huh, patutlah. Dia bukak jaket dia rupanya. memanglah orang tak perasan.
Lima minit selepas mereka menunggu, sebuah kereta mini cooper berwarna biru langit berhenti betul-betul di hadapan kereta Audi tempat Berry sembunyi.
"Eh? Aria... Akia?"
"Dah sampai." Apple memungut jaket merah gelapnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia meletakkan telefon itu ditelinganya dan berpura-pura seperti sedang bercakap dengan seseorang di talian. "Berry, bila aku bukak pintu kereta tu nanti, aku nak kau merangkak cepat-cepat masuk dala kereta tu and tunduk. Jangan angkat kepala langsung. Cepat-cepat tau."
Sebelum sempat Berry menjawab, Apple terus melangkah lalu membuka pintu belakang kereta
itu. Kemudiannya dia membuat seperti sedang memungut sesuatu di tepi kereta itu. Dengan kesempatan yang ada, pantas Berry berlari sambil tertunduk lalu masuk ke dalam kereta itu. Sedara upaya dia cuba tertunduk untuk tidak kelihatan. Apple serta merta masuk dan menutup pintu kereta itu dan tanpa menunggu sesaat kereta itu terus meluncur laju.
"Save..." Kedua-dua pasangan kembar itu bersuara.
Apple hanya senyap dan Berry pula kelihatan begitu tidak puas hati dan kehairanan. "Apa sebenarnya ni."
"Ehm... kalau kau nak tau wahai puteriku, kami berdua ni berpakat dengan Apple untuk melarikan kau."
Berry terdiam seketika. Wajahnya kelihatan seperti dia sedang cuba untuk menelan air liurnya yang dah mungkin beku. "Aku tak faham."
Kedua pasangan kembar itu senyap seketika. Kemudiannya mereka memandang Apple yang hanya memandang ke luar tingkap tanpa mempedulikan persoalan Berry.
"Baiklah, macam ni ceritanya. Aku jumpa dengan Apple and we talk about you. And we deside to kidnap you."
"Kidnap me?"
"Yeah, kidnap you. Tapi Apple tak nak. Dia kata kau mungkin bahagia dengan April. Tetapi setelah kami ceritakan semuanya tentang kau, dia kata ok dengan plan kami ni."
"Er... semuanya tentang aku? Tentang apa?" Tanya Berry. Wajahnya kelihatan bertambah confused!
"Yang tu kami tak mau cerita. Ok, next. Mulanya kami plan nak culik kau macam biasa je. Tapi mungkin disebabkan otak Apple lebih geliga daripada kami, dia usulkan cara lain."
"Usulkan cara lain? Dan apa kene mengena pulak dengan culik. Bukan ke aku sendiri yang lari daripada majlis tu.?"
"Yela, plan Apple tu adalah dengan membuatkan kau lari dari majlis tu dengan sendirinya."
Melihat wajah tertekan dan terdesak Berry, Akia menerangkan lagi. "Kau ingat tak tentang buah Apple? Kek Apple, Gambar Apple dlm setiap photo album kau dan semualah yang berkaitan dengan Apple dalam majlis kau tu?"
Berry mengangguk.
"Bila kau tengok semua tu, kau teringatkan Apple tak?"
"Er..." Berry sedikit teragak-agak sebelum dia mengangguk perlahan.
"Itulah taktik sebenar Apple. Dia nak kami sediakan apa-apapun di majlis kau yang berkaitan dengan dirinya. Kalau kau langsung tak suka dan kisah pasal dia, kau tak akan peduli langsung pasal semua buah, kek and photo tu kan? Tapi, hasilnya macam tulah. Kau begitu terkesan dengan apa yang berkaitan dengan Apple sehingga kau sanggup melarikan diri daripada majlis tu."
Berry sedikit terkesima. "Maksudnya."
"Apple nak kau sendiri yang culik diri kau untuk bersama dengan dia."
"Tapi kenapa?"
"Yalah, tak kan kau dah lupa. Apple ni kan egoistic dan selfish, kan?"
Ketiga-tiga mereka senyap memandang Apple yang lansung tak bersama dengan mereka dalam persoalan itu. Dia kelihatan begitu serius.
Tetapi, mereka tak tahu, bertapa gemuruh dan gembiranya lelaki itu dengan melihat Berry kini berada disebelahnya dan masih belum menjadi tunangan orang.

1 comment: