Wednesday, December 16, 2015

Stray Your Love 4

      
     Kelas 4 pheonix kecoh. Dua pelajar baru yang masuk ke kelas mereka memang mengejutkan.

      "Hai, aku heran betul la. Budak dingin macam Diniel tu pun diorang tergila-gila. Kalau perempuan tu , boleh terimalah. Ni, lelaki pun cair bila tengok dia, Apa yang hebat sangat dia tu !?" Max mencemuh.

     "Max , cakap jelah yang kau tak boleh terima kenyataan bila Diniel ada lebih ramai peminat daripada kau ." Micky mencemuh malas.Walaubagaimanpun, Micky sudah dapat mengagak yang Diniel pasti menjadi sebutan semua pelajar. Termasuklah guru-guru. Hai,sebenarnya aku pon rasa jeles gak, Micky mengeluh, Mereka hanya mampu melihat Diniel dan Xiah yang dikeremuni peminat.

    Tiba-tiba, Houl terpandang ,Ven,Wiki,Esy,Aoriko dan Lufi yang hanya termenung memerhati Diniel dan Daiki, Selalunya kalau ada budak baru masuk kelas ,geng DM ni mestilah yang pertama menemuramah golongan tersebut. Tapi kali ini, lain la pulak.

    Houl tersenyum nakal. Dia mengoyakkan kertas di buku contengnya lalu menggumpalkan kertas tersebut. Dengan kiraan 1,2,3 Houl melontar gumpalan kertas tersebut tepat mengenai dahi Ven.

    "Uish!" Ven terkejut. Ni mesti kerja budak tak guna tu. Dengan serta merta Ven berpaling ke arah Houl yang tersengih.

    "Woi, nak mati ke ?" katanya dengan keras tapi separuh berbisik. Houl tertawa."Eleh, sikit-sikit nak marah. Hei kenapa tak pergi serbu sekali budak baru tu ?" tanya Houl. Ven hanya mencebik. "Kami ingatkan nak pergi. Tapi Wiki tak bagi kami dekat dengan budak yang namanya Diniel tu. Dia marah!"

   "Dia nak marah pasal apa pulak?"

    "Macamlah kau tak tau dia tu . Hak dia mana kita boleh kacau. " Houl mengangguk.Tamaknya !

.............................................................................................................................................

 
    Esy memandang Aisu. Aisu turut membalas pandangan Esy. Buat seketika mereka seolah-olah sedang berperang. Tapi, perang guna mata.

  Mak I , dah pedih mata aku ni .Esy cuba untuk terus bertahan walaupon matanya dah mula berair.
  
    Tiba-tiba..."Pang!"

  "Adoi! " Aisu mengaduh kesakitan apabila Ven tiba-tiba muncul dibelakangnya dan menampar kepalanya. Dia bertambah sakit apabila mendengar DM mentertawakanya. Pada waktu ini, dia cuma berharap yang Mary akan muncul dan membantunya. Tapi , mana pulak Mary ni pergi. Bulu mata pun tak nampak. Haish , lakhanat betul !

 "Woi, tunggu apa lagi? belah la !" halau Esy. Dia bersyukur yang teramat sangat apabila Ven muncul. Kalau tak, mesti dia dah kalah.

  Dengan muka yang masam Aisu menghentak kakinya pergi dari situ. Hish asyik aku je yang kalah !

   "Hoi, Wikimana?!" tanya Ven sambil menampar perlahan peha Lufi. Lufi hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

   "Alah kau ni semua tak tahu. Habis tu apa yang kau tahu !" Sampuk Esy."Hoi cik adik, macamlah kau tu tahu semua benda !"Balas Lufi pula sambil menjungkitkan keningnya.
  
   "Oh well, you know me! Memang aku tahu semua benda pun !"

   "Cis,perasan...waktu periksa pon tiru aku!"

   "Oi ! cakap baik sikit ! Aku tak tiru kau pun. Aku cuma tiru aoriko je !" Esy berdalih sambil turut menjungkitkan keningnya.
     Aoriko mengeluh. Tengok sampai nama aku pon diorang babitkan."Meniru jugak namanya tu !" Lufi menjungkitkan bibirnya. "Eh, tapi aku tak.....OH GOD! comelnya..." Esy terpaksa mengubah topik apabila dia dah tak ada idea untuk bertengkar dengan Lufi. Tapi sungguh! aku tak tipu. Budak lelaki depan aku ni memang comel sungguh !

  "Woi! Lama tak nampak budak-budak DM ni. " Tegur Houl sambil menarik kerusi lalu duduk di sebelah Ven.

   Ven mendesih. " Lama tak jumpa apanya ! Pagi tadi baru je kau baling kertas 'bedebuk' kena kepala aku. Dah lupa ke?!"

   "Oh, memang terlupa pun...." Houl tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik.

   "Tengok sini ! Ni kembar aku. Amacam, comel tak ?"
  
   "Hmmm, kembar kau tu comel la. Tapi kau tak comel.."komen lufi sambil menggulung-gulung hujung rambutnya. Manakala, Esy mengangguk laju bersetuju dengan Lufi.

Cis! Micky menjungkitkan keningnya. Lakhanat betul !

   "Er....nama apa?" Tanya Esy berpura-pura serius. Padahal dalam hatinya.....hanya tuhan yang tahu.

   "Saya ke? " Daiki terkulat-kulat.

   "Yelah, awak! Habis tu siapa lagi !"

   "Oh ,sorry....Nama saya Dai...."

   "Dah jangan bagi tahu. Nanti kalau kau bagitau nama kau dekat dia, kau akan dapat macam-macam bala." Halang Micky. Xiah bertambah tak faham.

   "Hoi, kau ni kacau daun la. Kau senyap boleh tak ? Kau tunggulah Wiki datang nanti. Dia pulas-pulas pipi kau. Hah , tu dia dah sampai..." tunjuk Esy. Mereka semua memandang Wiki yang kelihatan serius. Wiki berjalan dengan lagak seriusnya. Wiki menghampiri tempat mereak berborak lalu menepuk kuat meja disitu sehingga menyebabkan Max yang sedang minum air tersedak"





2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Agen Bola Terbaik & Agen Bonus Terbaik!
    Agen Casino Menang Kalah Dapat Bonus!
    Yuk langsung daftar!
    BBM : DDA3CD23
    WA : 085890911333
    www.agen333.net
    https://agen333bola.blogspot.com/

    ReplyDelete