Wednesday, July 29, 2009

Depressed?

Hi...
Ehm.. Macam mana nak mula ye?
Ah, macam-macamlah!
Sambungan cerita asal My Sweet Lady yang dirujuk oleh saya masih belum keluar di pasaran. Jadi saya tak dapat menyambung cerita itu mengikut jalan cerita yang original. Oleh kerana My Sweet Lady dah lama tertangguh sambungannya, so terpaksalah buat ikut kepala otak sendiri. Menyimpang terus jalan ceritanya. Huhuhu.. (T_T)
Sewaktu menulis My Sweet Lady, saya mendapat sedikit tekanan kerana apabila saya baca balik apa yang saya tulis, saya dapati semuanya terlalu skema!!
Hai...
Tapi, nak buat macam mana? Padam dan tulis semula? Sia-sia je.. Apa pun, maaf atas sebarang kesilapan. Saya akan cuba untuk menulis dengan lebih baik nanti. Ok!
Adios!

My Sweet Lady 6

"Selamat pagi."
"Selamat..." Bell terdiam. "Apa kau buat dekat sini?!" Dan kemudiannya terjerit apabila terlihat Hika tersenyum ke arahnya.
Hika yang dibaling bantal ke arahnya hanya mampu menahan geram dalam senyuman. Memang perempuan kasar. Berani dia baling bantal dekat aku!
"Maaf ye Bell kerana benarkan Hika masuk bilik kau. Tapi, dia kata dia benar-benar nak mintak maaf."
Kata Megan yang baru masuk dengan membawa sedulang makanan. Tak tahulah sama ada untuk dihidangkan kepada Bell ataupun Hika.
Apabila ternampak Megan, secara automatik terukir senyuman di bibir Bell.
Walaupun Bell lebih rapat dengan Domino, tetapi Megan adalah kakak yang paling mengambil berat tentangnya.
Bila Megan dah cakap macam tu, apa lagi yang mampu Bell buat. Lalu dengan berat dia melepaskan keluhannya.
"Eh, tangan aku?"
Kini baru dia sedar yang separuh bahu kanannya sudah pun berbalut. Buat sejenak, Bell cuba mengimbas kembali tentang kenapa bahu dan tangannya berbalut?
Hika?! Dengan pantas dia kembali menjeling Hika.
"Sorry." Ujar Hika tiba-tiba seolah-olah faham maksud jelingan itu.
Kalau boleh, Bell tak nak maafkan lelaki bongkak itu, cuma... tiba-tiba dia rasa macam semua ini bukan salah lelaki itu. Dia sendiri yang berkeras untuk rahsiakan kecederaannya daripada pengetahuan sesiapa. Salahnya jugak. Secara jujurnya, dia berterima kasih kepada Hika. Kalau bukan kerana lelaki itu, dia tak tahu bagaimana dia harus memberitahu kakak-kakaknya tentang kecederaannya.
Sekali lagi Bell mengeluh.
"Maaf diterima. Kalau tak ada apa, kau boleh balik."
"Er.. jangan balik dulu, kakak dah sediakan sarapan untuk kamu berdua. Jadi, kalau boleh..." Megan terdiam dan Bell faham maksud 'diam' itu.
"Oklah, tapi lepas makan kau kena balik cepat. Kalau tak, tahulah apa aku nak buat." Sambung Bell lagi dan kemudiannya meratah wajah Hika seolah lelaki itu adalah hidangan makanan paling lazat di muka bumi ni.
Ugut aku pulak.. Aku tak tahulah mana dia belajar perangai macam ni. Kakak dan adik dia semuanya anggun belaka. Tapi dai, macam buruh kasar.
"Oi, kalau nak makan, makan jelah. Yang nak kutuk aku kenapa?" Tiba-tiba Bell berbisik.
"Ha?" Hika yang mendengar terkedu seketika. "Macam mana kau tahu?"
Ooo... betullah kau tengah kutuk aku. Memang lelaki bongkak tak guna. "Aku teka je.." Bell menghirup tehnya.
Tiba-tiba Hika tertawa. "Macam manalah aku boleh tak perasan, mesti kau dah dapat agak apa yang aku fikirkan, betul tak?"
"Maksud kau?"
Saat itu, Hika tiba-tiba tersenyum sinis. "Maksud aku, sesiapa yang nampak kau mesti akan kutuk kau, kan?"
"Betul." Jawab Bell sekilas tanpa langsung memandang wajah lelaki itu. Sememangnya dia cukup terguris dengan apa yang lelaki itu katakan. Tapi, malas nak ambil peduli.
Hika pula sekali lagi terkedu."Kau tak marah?"
"Tak."
"Kenapa?"
Soalan Hika dibiarkan sepi tanpa jawapan.
Kenapa? Sebab aku tipu. Siapa yang tak marah kalau kau cakap macam tu kepada mereka.
Melihat Bell hanya mendiamkan diri, Hika tak tahu lagi apa yang mesti dia buat. Lalu dia berdiri.
"Aku balik dulu." Katanya.
"Baguslah."
Baru setapak melangkah, Hika tiba-tiba terhenti apabila mendengar gumaman Bell. Gadis itu masih tak mahu memandangnya. Biarlah, aku ingatkan nak main-main dengan dia. Tapi, sebaliknya aku yang terkena. Hai, tiba-tiba rasa tak profesional.
Hika kembali melangkah. Sebelum dia melangkah keluar dari bilik, dia terdengar Bell berkata sesuatu.
"A gentleman does not walk into a danger zone."
Dia bijak... Hanya itu yang muncul di fikiran Hika. Langsung tak kisah walaupun ayat yang keluar dari mulut Bell bertujuan untuk menyindirnya.
Dia seorang gadis yang bijak.

Tuesday, July 28, 2009

Bloody Prince 1

7 tahun kemudian...




Sejak ibu dan keluarga tiri Maria meninggal dalam satu kemalangan jalan raya dua minggu lepas, dia tidak mempunyai tempat bergantung lagi. Jadi terpaksa pulang ke rumah ayahnya semula kalau tak, dia akan mati kebuluran di Florida.
Secara jujurnya, dia sedikit sedih dengan pemergian ibunya tetapi langsung tak mempunyai keinginan untuk menangis.
Selama dia membesar di rumah ibunya, dia selalu keseorangan. Ibunya sibuk melayan suami dan anak-anaknya hinggakan Maria sedikit terabai.
Saat itu, Maria terpaksa mengaku yang dia memang rindukan ayahnya.
Sejak dari hari pertama dia kembali ke rumah banglo ayahnya, lelaki itu tak henti-henti berbual dengannya.
Maria sememangnya sangat bahagia, tetapi apabila teringatkan anak angkat ayahnya itu, dia terus tawar hati.
Biarlah...




Sejak sampai ke rumahnya, Maria jarang keluar bilik. Dia hanya akan keluar dari biliknya apabila anak angkat itu pergi ke sekolah. Berbual dengan ayahnya pun, alah-balai je. Bila teringat yang dia hanya menjawab soalan-soalan ayahnya dengan tidak sopan serta merta perasaan serba salah timbul di hatinya.
Ayahnya ingin menghantarnya ke sekolah tinggi yang sama dengan adik angkatnya.
Entah mengapa, Maria tak tahu bagaimana dia hendak membantah. Sekali lagi, hanya ayat 'biarlah' yang bermain di kepalanya.
Masuk sekolah menengah? Sekarang umurku hampir menjangkau 18 tahun. Dah membesar dan menjadi seorang perempuan yang cantik. Hahaha!
Buat masa ini, aku langsung tak dengar apa-apa cerita tentang adik angkatku itu. Yang aku tahu, namanya adalah Sky. Huh! Sky konon. Perempuan apa yang ada nama macam tu!




"Hi, Im Maria Kai."
"Maria? Aku dengar dia anak pemilik Prince Hotel."
"Betul ke? Cantiknya."
"Tapi, dengar kata dia anak luar nikah."
Pulak dah... Maria tak tahu apa lagi yang mesti dibuatknya apabila mendengar orang ramai membuat ulasan tentang hal peribadinya. Bila masa pulak aku jadi anak luar nikah ni.
Kelasnya, erm... No comment. Semuanya pelajar perempuan, lelaki seorang pun tak ada. Macam boring, tapi tak apalah.
"Er.. Hai, Maria."
Tiba-tiba seseorang menegurnya. "Hai." Balas Maria sambil merenung gadis berambut hitam pekat disebelahnya.
"Saya Nuna."
Maria mengangguk lagi. Gadis itu kelihatan takut-takut dengannya, dia menundukkan seketika pandangannya apabila melihat Maria sedang memandangnya. Mulanya Maria agak rimas dengan kelakuan gadis itu, tetapi bila di fikirkan, mungkin gadis itu takut denganya.
Lalu dia mengambil keputusan untuk bersuara, "So?"
So, je? Maria kemudiannya tertawa senyap.
"Er.. dengar kata Maria ni anak pemilik Prince Hotel, betul ke?"
"Betul sangatlah tu."
"Tapi dengar kata kau tak boleh mewarisi hotel ayah kau sebab kau anak perempuan, betul ke?"
Bila hal itu disebut, hilang terus senyuman di bibir Maria. Bukannya dia marah apabila tak dipilih sebagai pewaris, tetapi dia marah apabila mengingatkan sebab itulah ayahnya memilih seorang anak yang lain selain daripadanya. Nuna yang melihat, sedar yang dia sudah tersilap tanya. "Sorry."
"Its okay." Keadaan senyap seketika. Eh, taklah senyap sangat. Kelas manalah yang senyap sepi kalau semua pelajarnya perempuan.
Dalam keadaan yang senyap itu, Maria sedar, ada mata yang memandangnya dengan perasaan tak senang. Lumrah alam, ke mana pun kita pergi pasti ada yang tak senang dengan kehadiran kita. Tapi, macamlah aku peduli sangat.
Kelas berlalu seperti biasa dan buat kali pertamanya, Maria terasa seperti dia akan menjadi mangsa buli di sini. Pelajar yang duduk di belakangnya tak habis-habis menendang kerusinya. Apabila Maria beralih memandangnya, pelajar itu akan menjungkitkan keningnya seolah-olah mencabar Maria.
Ish, Aku tumbuk karang! Getus Maria geram.
Sekali lagi pelajar itu menendang kerusi Maria. Maria cuba bersabar. Tak nak mencetuskan masaalah di hari pertama persekolahannya di sini.
Sabar jelah.


Waktu rehat akhirnya tiba, Maria telah diperlawa oleh Nuna untuk keluar rehat bersamanya. Dari apa yang Maria dengar sewaktu dia sedang termenung di dalam kelas, Nuna adalah ulat buku yang telah dicabar oleh rakan sekelasnya untuk berkawan dengan Maria. Maria tak kisah, cabaran ataupun tak, dia tak minta ada kawan pun sewaktu dia tiba di sekolah itu.
Sewaktu Maria dan Nuna pulang dari kantin, mereka jadi kalut apabila ternampak beberapa pelajar tahun tiga sedang bergaduh.
Seorang budak lelaki kelihatan dipukul teruk oleh seorang pelajar. Ramai pelajar yang mengerumuni tempat kejadian tetapi tak ada seorang pun yang menolong.
Melihat pelajar itu tak melawan walaupun dipukul, Maria menekup mulutnya. Rasa kasihan mula bertandang. Kemudian dia memerhati sekeliling.
"Tak ada orang nak tolong ke?"
"Kalau ada yang tolong, memang dia cari nahaslah." Jawab Nuna.
Maria yang mendengar masih tak faham.
"Pelajar senior pun tak berani nak sentuh budak tu."
Nuna memandang Maria. Tetapi, gadis cantik itu seolah-olah tak mendengar apa yang dikatakan Nuna. Wajahnya terperit-perit melihat pelajar itu dipukul.
"Biar aku panggilkan cikgu." Maria berlari tetapi dihalang oleh Nuna.
"Jangan!"
"Kenapa?"
"Dengarlah cakap aku, Maria. Jangan cari pasal dengan budak tu."
Maria akur. Tapi, dia mula serba salah.
Kejamnya!
Dia tak tahu apa yang mesti dibuatnya kini. Seorang lelaki dipukul di depan matanya dan dia langsung tak buat apa-apa walaupun kaki dan tangannya masih berfungsi dengan baik.
Lalu tanpa menghiraukan amaran Nuna, dia berlari meredah orang ramai lalu melutut dan memeluk pelajar yang dipukul tadi.
"SUDAHLAH!"
Dengan mata yang terpejam, Maria menjerit.
Keadaan senyap seketika. Tiada tumbukan atau sepakkan yang menyentuh tubuhnya seperti yang dia bayangkan. Perlahan-lahan Maria membuka matanya.
Lelaki itu hanya merenungnya seolah-olah terkejut. Apabila melihat Maria memandangnya, lelaki itu mula mengeluh.
"Aku tak pukul perempuan cantik." Dan kemudiannya dia beredar dengan tangan yang menggosok belakang lehernya. Masih tak percaya dengan apa yang baru terjadi.
Orang ramai yang mengerumuni kejadian itu turut terkejut.
"Maria!" Nuna menghampirinya. "Okay?"
"Ha? Aku okay, yang tak okaynya budak ni!"




Jadi popular dalam masa sehari. Maria memang beruntung. Itu pendapat orang, bagaimana pula dengan pendapat Maria.
"So annoying!" gadis itu membentak perlahan.
Kemudian dia mengeluh. Pemandunya hanya mengerling. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu, cik."
Maria menggeleng.
Sampainya di rumah, Maria sedikit terganggu apabila melihat kasut sekolah Sky ada di depan pintu. Dia akan mengelak sebaik mungkin daripada terserempak dengan Sky. Tetapi hari ini mungkin dia terpaksa memandang muka adiknya kerana dia dapat mendengar suara ayahnya berbual dengan seseorang di dalam rumah. Pasti Sky.
Lalu dengan langkah perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Langsung tak mahu memandang ruang tamu di sebelah kirinya kerana dia tahu ayah dan Sky pasti berada di situ.
"Maria." Ayahnya tiba-tiba memanggil.
Ah, sudah... Maria mengetap bibirnya.
"Jangan bagitahu ayah yang kau langsung tak pernah tengok adik kau." Suara ayahnya seperti marah.
"Adik? Maria tak ada adik. Ayah dah lupa, ke?"
Ayahnya tak menjawab, sebaliknya hanya mengeluh. Dan tujuh tahun berlalu, namun Maria masih tak dapat menerima kehadiran adik angkatnya di rumah itu.
"Oh, so this is my sister."
Maria terkejut! Suara dia? Lantas Maria memandang ke arah budak yang bernama Sky itu.
"Lelaki?!"
Sky turut terkejut. "Lelaki? Hei.."
Dan kejutan berganda apabila mereka sudah saling bertemu ketika insiden pergaduhan di sekolah tadi.
"Kau!?"

Bloody Prince [Prolog]

Hidup aku bermula dengan sesuatu yang biasa dan beransur menjadi satu kisah yang luar biasa. Aku sendiri tak pernah menjangkakan semua ini akan terjadi. Bagaikan aku sedang melangkar satu mimpi yang tak masuk akal. Walaupun aku berharap ia adalah mimpi, tetapi semuanya sudah terlambat.
Aku telah jatuh cinta padanya.



Namaku, Maria. Aku adalah anak perempuan tunggal kepada pemilik hotel terkemuka dunia, Prince Hotel.
Ibuku dan ayahku berpisah setelah aku dilahirkan. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu.
Ada khabar angin mengatakan yang aku bukan anak kandung ayahku. Tetapi itu sangat menghairankan apabila ayahku berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan ke atasku.
Sejak itu, aku dibesarkan bersama ayah. Aku diberitahu yang ibu kini mentap di Florida bersama dengan keluarga barunya manakala ayahku masih bersendirian begitu.
Satu hari, ketika aku pergi ke hotel ayahku, aku terdengar lelaki itu berbual bersama beberapa orang kakitangannya di pejabat. Dia mengatakan hotelnya tidak boleh diwarisi olehku kerana aku merupakan seorang anak perempuan. Sudah menjadi tradisi sejak turun-temurun, Prince Hotel hanya akan diwariskan kepada anak lelaki sahaja.
Kenyataan itu langsung tak memberi apa-apa kesan kepadaku tetapi apa yang melukakan hatiku adalah, ayahku mengambil keputusan untuk mengambil seorang anak angkat.
Aku langsung tak mahu bertemu dengan adik angkatku itu. Aku benci padanya. Begitu juga ayahku, aku tak pernah bercakap lagi dengannya selepas itu. Satu hari, ketika aku berumur 10 tahun, aku terserempak dengan adik angkatku yang empat tahun lebih muda dariku ketika aku pulang dari sekolah.
Aku lihat dia turun dari limousin ayahku dan... dia adalah seorang budak perempuan! Kenapa bukan lelaki? Bukankah ayahku mahukan seorang anak lelaki untuk mewarisi hotelnya. Sewaktu itu aku terasa seperti diriku dikhianati.
Dia sangat kecil. Berambut keemasan dan memakai perhiasan seolah-olah dialah pewaris kepada semua harta ayahku. Dia juga mewarnakan kukunya dan memakai pakaian serba hitam. Memang budak jalanan!
Dan aku lihat dia tersenyum ke arahku. Senyuman lebar dan lambaian tangan darinya membuatkan aku rasa tersindir. Aku benci. Benci semuanya!
Apabila umurku menjangkau 11 tahun, aku dijemput oleh ibuku untuk tinggal bersamanya di Florida. Tanpa berfikir panjang, aku terus menerima pelawaan itu. Aku langsung tak menghiraukan rayuan ayahku untuk tidak meninggalkannya.
Maaf ayah. Maria sayangkan ayah, tetapi Maria tak dapat terima kehadiran budak itu. Maafkan Maria.

Lalala..

Firstly... Ehm!
Sejak kebelakangan ni.. [kebelangan konon, padahal dah lama dah] asyik buat cite pasal budak sekolah je.. Korang tak boring ke?
Milord tak boring pun tapi... hahaha.
Rasa macam tak best je. So, ingat nak buat cite baru. Tapi, bukan pasal budak sekolah.
Baru-baru ni, bila makin sibuk, makin banyak idea yang keluar. Hah, apa-apa jelah.
Sebagai seorang penulis, ianya normal bila kadang-kadang kita rasa macam boring apabila mengarang cerita kita. Dan kadang kala rasa macam tak sabar nak sambung penulisan kita. Sifat nilah yang buat pembaca kadang-kadang rasa bengang dan tertanya-tanya. "Kenapa dia ni tak sambung lagi cerita ni."
Well, sebagai seorang penulis, saya juga seorang pembaca.
Jadi, mintak maaf banyak-banyak jika saya membuatkan anda berasa sedemikian rupa. Ala, bukan apa pun. Cuma kadang-kadang tu rasa malas nak sambung. Hehehe..
Walaubagaimanapun, teruskan menyokong saya supaya saya lebih bersemangat untuk menulis.
Keep Going On, Milord JR!
Mengenai Save Your Stray Heart, cerita ini telah dah dikarang sebanyak 62 bab tetapi masih belum menemui penamatnya lagi. Hahahahaha.. Dahulunya dikenali dengan nama The Way You Are (cheh.. macamlah cerita ni popular sangat). Sebenarnya cerita ini mula dikarang apabila seorang daripada kawan yang saya lebih suka gelarkannya sebagai Xiahya mengajak saya menulis satu cerita dan cerita itu mestilah dihabiskan sebelum hari terakhir persekolahan kami selepas SPM. Mula dari bulan 8 tahun 2007, kami mula menulis cerita masing-masing. Tapi hampeh, dah habis SPM, sampai sekarang pun tak habis-habis. Janji melayu. Hahaha...
Saya memang seorang penulis yang tak tahu di mana ceritanya perlu berhenti. Kerana kalau boleh saya nak saat-saat gembira yang tertulis dalam cerita saya terus terlakar tanpa henti. Tetapi...
Hmm, bukannya satu perkara yang senang. Kan?
OK... nak cakap tu je! Hehehe... Bye! Astalavista!