Friday, May 29, 2009

Mei Elizabeth 1

Hari ini seharian aku dapat lihat Leo hanya terus-terusan merenung Lana. Yang hairan, aku sedikit pun tak cemburu. Cuma aku rasa sedikit kasihan kepada Leo. Hari ini juga aku dapat tahu bahawa Lana suka kepada Dio, kapten pasukan bola keranjang sekolah yang juga merupakan kawan zaman kanak-kanak kepada Leo. Hai, complicated-nya...

AkuLeoLanaDio


Aku sendiri pun tak faham. Dio.. lelaki berkaca mata yang sangat menarik. Lembut dan bijak berkata. Leo dan Dio, kedua-duanya sangat sesuai dengan Lana. Aku pula? Takkan tiada orang yang sesuai dengan aku. Sebenarnya, aku pun tak kurang hebatnya. Cuma sengaja aku tak nak ceritakan kehebatan aku awal-awal kerana takut dipanggil perasan. Tetapi, nampaknya sekarang aku terpaksa mendedahkan siapa diri aku yang sebenarnya. Cis, macam permata dalam kacalah pula.

Aku ialah anak golongan bangsawan dan tarafku lebih hebat daripada Lana, Dio, dan Leo. Lana hanyalah anak seorang tukang kayu. Leo anak seorang usahawan dan Dio pula anak seorang doktor. Daripada apa yang aku perhatikan, Lana mendapat banyak perhatian. Hai... kenapalah aku tak dilahirkan sebagai anak tukang kayu.

Dari segi rupa. Aku dikira sebagai seorang gadis yang sangat comel. Mempunyai kulit seputih kelopak bunga lili, rambut pendekku yang keperangan, hidungku yang elok terbentuk, bibirku yang merah bagaikan kulit epal, mataku yang besar dan anak mataku berwarna ungu pekat. Ketinggianku hanyalah 156. Aku juga mempunyai ramai peminat tetapi minatku hanya tertumpu kepada Leo.
Tetapi, aku amat berbeza dengan Lana. Dia sangat cantik. Tinggi dan berkarisma. Rambut panjangnya berwarna hitam pekat dan terurai cantik. Kulitnya tidak terlalu putih tetapi tetap nampak menawan. Anak matanya yang berwarna coklat setiasa mencuri perhatian ramai lelaki. Sememangnya aku kalah dengannya.

Tak kisahlah. Aku tetap tak akan mengalah. Cuma aku lebih suka bersaing dengan cara yang adil. Bermusuhan dengan Lana tak pernah terlintas difikiranku. Lagipun, dia adalah seorang wanita yang amat kagumi.

Life is colourful withou hate!

No comments:

Post a Comment