Friday, May 29, 2009

Mei Elizabeth 6

Hari ini aku berazam untuk menegur Lana. Jadi aku sengaja keluar lambat dari bilik persalinan. Lama juga aku menunggunya untuk masuk.
Dia terkejut apabila melihat aku masih di bilik itu. Tetapi, dia terus melarikan pandangannya apabila mata kami tiba-tiba bertentangan. Dia nampak gugup apabila cuba melintasiku yang masih terduduk di atas kerusi.
"Lana." panggilku.
Tetapi dia tidak menjawab. Pura-pura sibuk mengemas almarinya.
Di saat itu, aku mula rasa terganggu. Kenapa dia tak mengendahkan aku.
Lantas aku bangun, lalu berdiri di belakangnya.
"Lana, seperti mana aku berusaha untuk mendapatkan cinta Leo yang mencintai kau, seperti itu jugalah kau kena berusaha untuk mendapatkan cinta Dio yang mencintai aku." Bisikku berhati-hati.
Dia berpaling memandangku. Buat seketika mata kami bertentangan.
Aku tiba-tiba jadi takut. Bagaimana kalau dia tiba-tiba menamparku.
Tetapi, ia tak seperti yang aku fikirkan. Dia tersenyum. Senyuman paling manis yang pernah aku lihat.
"Okay." katanya.
Aku sedikit terkejut. Namun akhirnya aku tersenyum juga.
Tengok, kan senang. Berbual dari hati ke hati.
Walaupun tak banyak berbicara, namun hati akan terbuka.


Petang itu, selesai latihan tenis. Aku ke kantin untuk mencari sedikit minuman.
Tetapi, sesuatu telah terjadi. Sesuatu yang telah mebuatkan aku pertama kalinya rasa terluka.
Waktu itu, aku dengan tidak sengaja terdengar perbualan Leo dan Dio.
"Dio, kau sukakan Mei?"
Aku dapat lihat Dio mengangguk.
Dan waktu itu Leo hanya tersenyum.
"Kau rasa dia akan sukakan kau?" Leo bertanya lagi. Apa sebenarnya motif Leo bertanya begitu.
"Kenapa pula tidak. Sedangkan kau yang mulanya sukakan Lana boleh berubah hati kepada Mei, takkanlah dia tidak boleh beralih kepada aku."
Aku sedikit terkejut mendengar kata-kata Leo. Tak, tak mungkin aku akan cintakan Dio. Aku hanya mahukan Leo.
Saat itu aku dapat lihat Leo tertunduk. "Aku tak berubah hati kepada Mei, cuma aku tak mahu dia merasakan apa yang dia lakukan selama ini adalah sia-sia. Dia sangat baik. Selalu menghiburkan aku. Namun itu tak cukup untuk mebuatkan aku jatuh cinta kepadanya."
Aku terkejut, mungkin apabila mendengar kata-kata Leo telah membuatkan aku berada di luar alam sedar, lalu aku terlanggar meja besi yang kebetulan ada di sebelahku.
Habislah, nampaknya mereka sedar kehadiranku.
Kedua mereka nampak terkejut apabila melihatku.
Aku pula tak tahu apa yang mesti dilakukan lagi selain tersenyum.
"Er... macam tu ke?" Aku tersenyum lagi.
"Tak apalah. Maafkan saya." Aku melarikan diri.
Aku tahu, semuanya akan jadi begini. Tetapi, aku...
Aku sangat sedih.


"Leo, betul ke kau tak sukakan Mei?" Dio bertanya lagi.
Dan pertanyaannya itu membuatkan Leo tiba-tiba melenting.
"Aku tak tahu! Tapi bila lihat kau dan Mei bersama membuatkan aku benar-benar marah!" Kemudiannya dia bangun meninggalkan Dio keseorangan.
"Bodohnya budak ni." Dio menggeleng.

No comments:

Post a Comment