Friday, May 29, 2009

Mei Elizabeth 5

Sejak hari pergaduhan itu, aku sering dipanggil Tuan Puteri oleh rakan-rakan. Aku rasa amat terganggu dengan panggilan itu tapi aku mengendahkan saja.
Malas aku nak melayan. Biarlah.
Dalam masa yang sama, aku dapati yang diriku seperti cuba melarikan diri daripada Lana. Setiap kali melihatnya, mesti aku akan bersembunyi ataupun pura-pura tak melihatnya. Aku rasa, dia juga sedang lakukan perkara yang sama seperti aku. Kami masing-masing tak tahu apa yang mesti dilakukan.
Mengenai Leo dan Dio pula. Aku layan mereka seperti biasa.
Tetapi Leo, sejak pergaduhan hari itu, wajahnya menjadi sangat serius apabila melihatku dan itu membuatkan aku sedikit takut untuk mendekatinya. Berbeza dengan Leo, Dio melayanku dengan baik dan mesra seperti biasa dan aku tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengannya.
Hari ini, aku telah memberitahu pemanduku supaya tidak mengambilku di sekolah hari ini. Aku ingin menenangkan fikiran jadi aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah. Sewaktu aku sedang berlari melintasi pagar sekolah, aku ternampak Leo dan beberapa rakannya sedang berbual. Mereka seperti melihatku. Tetapi, aku masih belum berani untuk berhenti dan menegur Leo seperti biasa. Jadi...
"Bye, Leo!" ucapku sambil berlari melintasi mereka. Mungkin Leo dan rakan-rakannya hairan kenapa aku tidak berhenti dan menyapa Leo seperti selalu. Biarlah. Cuma aku harap mereka tidak berfikir bukan-bukan dengan mengatakan yang aku sudah beralih arah ke pada Dio. Tidak! Leo masih bertakhta di hatiku.
Permandangan dari sekolah ke rumah sangatlah cantik. Sekejap aku terjumpa sebatang sungai cetek yang cantik, sekejap pula aku melalui tanaman Bunga Matahari dan kali ini aku amat tertarik dengan himpunan pelbagai warna Bunga Tulip yang terbentang luas. Lalu aku mengambil keputusan untuk berhenti dan duduk di kerusi yang disediakan di situ.
Aku mengadap bunga-bunga itu sambil tersenyum.
Dan di situ juga aku mula bertekad. Aku mesti lebih kuat untuk memenangi hati Leo. Tak boleh takut, tak boleh putus asa,
"Baiklah, aku akan berjuang bermati-matian!" laungku penuh semangat.
"Good luck." Tiba-tiba seseorang berbisik di telingaku. Cepat-cepat aku berpaling.
"Leo!" Aku tak tahu sama ada aku patut gembira atau terkejut.
Aku lihat dia tersenyum ke arahku. Alah, dia memang selalu tersenyum ke arahku tak kiralah sewaktu dia sedang mengejek aku ataupun sewaktu dia gembira. Semuanya sama.
Aku tiba-tiba terasa janggal. "Kenapa?"
Leo menggeleng dan kemudian dia berjalan dan kemudiannya berdiri di hadapanku. "Saja nak bagi ni dekat kau." dia menghulurkan se-tin minuman berperiksa coklat.
Hatiku terus meloncat kegembiraan. "Sweet! I love sweet.!" aku terus menyambut hulurannya.
Dan saat itu aku dapat lihat dia tersenyum lagi.
"Okay, aku nak balik dulu."
"Tak nak balik dengan aku?" aku bertanya lagi walaupun aku tahu apa jawapannya.
"Tak nak!" ucapnya sambil berjalan menghampiri rakan-rakannya yang sedang menunggu.
Waktu itu aku dapat dengar dan lihat Leo memberitahu rakannya yang aku sangat simple. Kemudian aku dapat lihat lagi yang rakan-rakannya meminta dia membelikan minuman kepada mereka pula dan Leo kelihatan menolak permintaan itu dengan kasar.
Aku tertawa. Tin minuman yang dihulurkan Leo tadi ku genggam. Hangatnya.
Yes, I am simple!

No comments:

Post a Comment