Saturday, May 30, 2009

Mei Elizabeth 7 *END*

Mungkin kerana aku terlalu memikirkan Leo, aku tak sedar bahawa esok merupakan cuti akhir tahun. Mengingatkan hal ini, aku bertambah sedih kerana aku tidak sempat berjumpa dengan Leo lagi selepas ini. Cuti dua bulan itu amatlah lama. Tambahan pula aku terpaksa mengikut ibu aku ke Vanice pada cuti sekolah ini. Bencinya!
Namun aku berusaha sedaya upaya untuk menghiburkan diri sepanjang aku berada di negara luar. Vanice benar-benar cantik. walaupun sedikit membosankan, namun permandangannya yang cantik benar-benar membuatkan aku melupakan segala masalahku.
Tipu! Sebenarnya aku langsung tak dapat meluapakan apa yang Leo katakan hari itu, tetapi aku cuba menerima segalanya dengan hati terbuka.

Dua bulan hampir berlalu. Esok, Lana menjemputku ke Fall Garden untuk menyambut tahun baru. AKu sedikit excited dan sedikit gugup. Katanya Leo dan Dio turut hadir. Ah, biarlah. Selepas melihat wajah Leo mungkin akan terubat sedikit rasa sedihku.

Untuk majlis hari ini, pengasuhku sudah menyediakan sehelai gaun patang untukku. Wlaupun ianya sangat cantik, tapi aku tak sukakannya. Ia akan mumbuatkan aku kelihatan seperti anak patung. Aku tak mahu menjadi anak patung, aku ingin menjadi gadis yang anggun seperti Lana. Oleh sebeb itu aku telah melarang ibu untuk memotong rambutku. Sebenarnya ibuku adalah seorang pereka gaya rambut. Dia tak suka melihat rambutku panjang.
Tetapi kali ini aku berjaya melarangnya untuk memotong rambutku dengan alasan aku ingin menjadi anggun sepertinya. Apa-apa sahajalah.
Aku sudah pun siap. Cuba tersenyum walaupun terpaksa memakai gaun petang yang aku tak suka itu. Dan yang paling membuatkan aku tak bersemangat adalah dandanan rambut yang dibuat oleh ibuku makin membuatkan aku seperti anak patung.

Apabila aku sampai di majlis itu, aku dapat lihat ianya telah dipenuhi oleh pelajar-pelajar sekolahku. Sebaik sahaja aku turun dari kereta aku cuba mencari kelibat Leo. Namun tetap tak berjaya.
Aku disapa oleh rakan-rakanku. Gelaran Doll Princess nampaknya dah memang tak boleh lekang daripadaku. Aku hanya tersenyum apabila mereka menggelarku begitu.
Akhirnya aku bertembung juga dengan Leo.
Dia nampak lebih kacak dengan kot dan kemeja dalam yang berwarna hitam.
"Selamat tahun baru!" Ucapku cuba memecahkan ingatan tentang memori lalu.
"Selamat tahun baru." Ucapkan sejurus meninggalkanku.
Apalah nasibku.
Mungkin aku masih terbawa-bawa dengan perasaanku, aku terus berjalan tanpa aku sendiri tahu ke mana arah tujunya.
Saat itu aku bertemu denga Lana. Dia nampak anggun seperti biasa. Sambil berjalan aku berbual-bual dengannya. Berbual tentang azam tahun baru.
Lana mula berbicara.
"Mula tahun baru ini, aku akan mengubah sikapku." katanya. Aku yang mendengar hanya tersenyum.
"... dan aku berharap akan mandapat cinta yang baru." sambungnya.
Aku terdiam sejenak. Aku langsung belum merancang apa-apa untuk tahun baru ni. Mendapat cinta yang baru? Tak pernah terlintas difikiranku.
"Cinta yang baru? Rasanya tak." sambil tersenyum aku menggeleng ke arah Lana. Mencintai Leo adalah sesuatu yang indah bagiku. Walaupun aku tidak mendapat balasan darinya, tetapi melihat dia tersenyum benar-benar membuat aku bahagia. Tak mungkin aku ingin perasaan ini diganti. Tak mungkin...

Setelah berfikir, aku membuat keputusan untuk bertemu dengan Leo. Aku ingin menamatkan segala kegusaran di hatinya. Dia tak perlu berpura-pura gembira atas apa yang aku lakukan padanya.
Kami berdua berjalan.. tak tahu ke mana arah tujunya.
Di saat aku melihat belakang tubuhnya, aku berasa amat sayu. Tanpa berfikir panjang aku terus berlari dan memeluknya dari belakang. Dia terkejut.
"Mei?"
"Leo... mulai hari ini. Aku tak akan ganggu kau lagi." Aku melepaskan pelukanku lalu memandang tepat ke wajahnya. Mukanya nampak kemerahan dan buntu.
Mungkin dia tak faham maksudku.
"Good bye." Aku tersenyum. "Sebenarnya itu yang aku ingin katakan."
Aku mula melangkah meninggalkannya.
"Apa yang kau main-main ni?" tiba-tiba suranya menghentikan langkahku.
Aku berpaling. "Ya?"
"Kau beritahu orang lain supaya jangan putus asa, tetapi sekarang kau pula nak putus asa."
Wajahnya bertukar garang dan berang. Aku mula takut. "Er..."
Lari!! Aku berlari cuba menjauhinya. Namun, kenapa dia mengejar aku kembali.
Bahayanya!! Kasut yang aku pakai membuatkan aku tak selesa berlari.
Aku dapat lihat orang ramai memandang kami kehairanan.
"Jangan lari!" Jeritnya.
Aku pula tak mahu berhenti. Apa yang dia akan buat kepadaku jika aku berhenti.
"Aku tak faham kau! Bukankah kalau kau cintakan seseorang kau kena bahagiakannya." sambil menjerit Leo megejarku.
"Tapi, tak guna aku buat begitu lagi. Kau bencikan aku!" Jawabku balik. Saat itu, air mataku mula menitis.
"Tak! I love you!"
Aku terkaku. Dan selepas itu yang aku rasa hanyalah kakiku yang sakit kerana tergeliat.
"Dapat pun." Leo duduk, menggenggam tanganku.
Aku pula masih tercungap-cungap. "Leo." panggilku.
"Aku tak tahulah kalau-kalau aku tersilap dengar. Tetapi, adakah kau kata I love you, tadi?"
Aku yang terbaring memandangnya yang sedang terduduk di hujung kepalaku.
"I do." jawapnya sambil tersenyum.
Mataku dan matanya berlaga. Buat seketika kami berbalas senyuman.
tetapi, tiba-tiba satu pancaran cahaya kamera mengganggu kami.
"Ops, maaf menganggu." Dio tersenyum sambil memegang kamera di tangannya.
"Moron!" Marah Leo. Wajahnya mula berubah merah.
Hari itu aku pulang dengan dicempung oleh Leo kerana kakiku terseliuh akibat dari adegan kejar-mengejar dengannya tadi.
Wah, tak sangka segalanya berubah menjadi sesuatu yang lebih indah.

Lana dan Leo pula sebenarnya saling cinta menyintai. Cuma Dio tak mahu melukankan hati Leo jadi dia telah merancang untuk berpura-pura jatuh cinta kepadaku sekaligus membuatkan Leo beralih arah kepadaku.
Cis, teruknya Dio! Aku takkan percayakan dia lagi. Tetapi kerana buah fikirannya itu aku dan Leo dapat bersama. Apa-apa pun terima kasih Dio.


Aku Mei Elizabeth.

1 comment: