Friday, May 29, 2009

Mei Elizabeth

"Aku Mei."
"Dan maafkan aku kerana membenarkan kamu semua melihat aku dalam keadaan yang memalukan." (Sebenarnya tengah mengendap seseorang.)
"I love you!"
TIDAK!! Secara tidak langsung cintaku ditolak. Leo, pemain bola keranjang kebanggaan sekolah merangkap lelaki idamanku sedang meluahkan perasaannya kepada seseorang.
"Im sorry."
Yes! Cintanya ditolak secara langsung. Lana, seniorku ataupun kapten kelab tennis yang cantik dan diminati ramai. Tetapi, kenapa dia menolak cinta Leo. Bukankah dia dan Leo sangat sesuai. Ah, pedulikan. Yang penting, aku masih mempunyai peluang.
Sebaik sahaja Lana pergi, aku mula keluar sedikit dari tempat persembunyian. Perlahan-lahan aku terduduk di atas rumput yang menghijau sambil merenung Leo yang masih membelakangiku.
"L-e-o." Panggilku perlahan.
Dengan riak terkejut Leo memandangku. "Kau?"
Aku hanya tersenyum.
"Dah dengar semuanya?"
Aku mengangguk laju. "Dont worry. Taklah teruk sangat, kan?"
Mulanya Leo kelihatan sedikit terkejut dengan kata-kataku, tetapi kemudianya dia mengeluh.
"Ini bermakna, kita berdua ada jodoh." Sambungku lagi.
"Selamanya aku takkan jatuh cinta dengan kau." walaupun dia tersenyum namun kata-kata yang dikeluarkan olehnya amat sadis.
Aku mencebik seketika, tetapi aku kembali tersenyum apabila melihat wajah sinis Leo tadi bertukar kecewa.
"Dahlah.. pergi balik. Hati-hati sikit, dah petang ni."
"Ok, bos! kalau macam tu apa kata kita balik sama-sama!"
"Tak nak! Lagipun arah rumah aku bertentangan dengan arah rumah kau." Tuturnya ringan sebelum melangkah meninggalkan aku yang masih tak kering dengan senyuman.
"Leo!" sekali lagi aku memanggil, tetapi kali ini dengan sekuat hati.
"Apa?"
"I love you!"
Dia tersengih. "Moron." kemudian dia kembali melangkah meninggalkanku.
Apa definasi cinta bagi aku?
Melihat orang yang aku cinta tersenyum.

1 comment:

  1. hai lawa lord pnuye blog...
    wakakakak
    buat cite lain plk...
    wat best2 tau....
    hahhaah

    ReplyDelete