Sunday, July 26, 2009

Save Your Stray Love 1


“SEPERTI biasa bila saya masuk kelas ni, saya tak nak dengar apa-apa bunyi pun!” Tegas Cik Kara. Tetapi dia turut tercengang apabila melihat

pelajar-

pelajarnya terkebil-kebil memandangnya. Eh, budak-budak ni, buat-buat tak faham pulak. Setahu aku, aku dah ulang ayat ni hampir seribu kali sejak kali pertama aku mengajar diorang dulu.

“Ehm!” Cik Kara berdehem kuat. “Maksud saya, saya tak nak dengar bunyi orang bersembang, bunyi pensil jatuh, bunyi buku jatuh, bunyi…”

“Kalau bunyi orang jatuh cikgu?” Tiba-tiba Ven mencelah.

Mulut Cik Kara yang ternganga luas tadi kini tertutup rapat. Budak ni, tak sah kalau tak menyibuk. Ven pula hanya tersengih apabila melihat Cik Kara menjegil tepat ke arahnya.

Dalam keadaan yang sedang berusaha menahan marah, Cik Kara tiba-tiba terperasan sesuatu. “Eh?” Sepatutnya kelasnya akan jadi bising macam wad orang hilang akal. Tetapi hari ini, kenapa senyap sepi pula??? Dengan pantas mata Cik Kara berlari ke arah tempat duduk pelajar-pelajar yang disenaraikan sebagai WANTED dalam kamus hariannya. Kosong???!!

Dengan kemarahan yang meluap-luap, sekali lagi wajah Ven menjadi mangsa ratahan jegilannya. “VENUS!!!!!”

“Hah??” Ven yang baru hendak menguap itu terkejut.

“Dengar sini, Venus. Bagitahu beruk empat ekor tu, kalau diorang tak nak masuk kelas saya, JANGAN MASUK SAMPAI BILA-BILA PUN! FAHAM??!!!” turun naik dada Cik Kara yang jelas sedang menanggung amarahnya. Ven yang ditengking, terkapai-kapai.

“Ok class, that`s all for today!” Tutur Cik Kara dengan geramnya lalu melangkah keluar dari kelas 5 pheonix.

“Cheh! Tengok la tu. Harap muka je lawa, tapi tak ada budi bahasa langsung. Patutnya dia ucaplah terima kasih sebab kita bagi dia masuk kelas kita. Ini tidak, main keluar je. Hish, tak faham aku!”Ven memeluk tubuhnya sambil bibirnya tercebik.

Semua pelajar di dalam kelas itu memendang Ven dengan pandangan tak puas hati. Ini semua salah dialah, boleh salahkan orang lain pulak. Ven mula tersengih serba-salah. “Er.. bukan salah aku ye. Kalau korang nak marah, korang marahla dekat beruk empat ekor tadi.” Dalih Ven dengan harapan pelajar di situ berhenti merenungnya. Tapi, tak berhasil la pula. Kini pandangan mereka semakin tajam. “Er…” Perlahan-lahan Ven bangun dan.. “Cabut!!!”

“WEI, korang pergi mana tadi? Kenapa tak masuk kelas?” Tanya Liha, ketua kelas 5 pheonix yang terkenal kerana sifatnya yang terlebih gentleman.

“Ok, sebab kau bagi kami dua soalan, so, kau kena pilih nak suruh kami jawab yang mana satu.” Balas Lufi yang sebenarnya malas nak layan ketua kelas yang banyak mulut itu.

“Ish, aku tanya betul-betul kau jawab main-main pulak. Dahlah, malas aku nak layan otak korang yang tak betul ni. Nanti aku pun jadi tak betul jugak!” Dengan lenggang-lenggoknya pondan yang cerewek itu beredar kembali ke tempat duduknya.

“Eih, pondan ni. Ingat kita nak sembang sangatlah dengan dia tu. Selamat kita ni semula jadi lembut. Kalau tak, berjangkit penyakit selsema sotong dengan Si Liha tu. Hish, geli aku!” Tutur Ven dengan gelinya. Rakan-rakannya hanya tersenyum dan mengangguk.

Tiba-tiba pintu kelas 5 pheonix di ketuk oleh seseorang yang memang sah tak hensem.

“Perhatian kepada, Clementi Wiki Herofa, Aoriko Fantasi Mikisha, Tropicana Venus Unona, Marionina Esytari Xiahya dan Lufiminida Jupiter Maxti, sila hadir ke pejabat guru besar, iaitu yang berhormat Tuan Leonaldo De Kaprieuk, sekarang!” Huh, lelaki yang tak hensem itu tercungap-cungap kepenatan kerana nama-nama yang dipangil tadi amatlah panjang dan rumit.

“Eh, kenapa nama aku kena panggil pulak? Seumur aku, aku tak pernah dipanggil ke pejabat tau!” Wiki membulatkan matanya, berpura-pura tak bersalah.

“Dah, tak payah nak kelentong. Setakat ini kaulah orang yang terbanyak kali dipanggil ke pejabat iaitu sebanyak 77 kali termasuklah hari ini.”

Terjungkit bibir Wiki mendengar fakta yang dikeluarkan oleh mesin genius bernama Lufiminida Jupiter Maxti atau lebih dikenali sebagai Lufi. Rakan-rakan yang lain turut terkejut.

“Heh, sejak bila kau kira , ha?” Tanya Wiki lagi.

Lufi mengangguk dan menguakkan rambutnya ke belakang. “Ok, aku start kira sejak kita mula berkenalan pada minggu ketiga bulan januari pada tahun 3004. Clear?”

Sekali lagi bibir Wiki terjungkit. “Ish, menyampah aku! Dahlah, kita tak payah kawan dengan robot ni. Macamlah dia tu tahu semuanya.”

“Lufi, boleh tak kau pura-pura bodoh sehari. Kau tahu tak bertapa tersiksanya kami kerana mempunyai kawan yang berotak genius macam kau ni.” Kata Esy serius walaupun dalam hatinya terasa macam nak ketawa.

Eleh, macamlah aku tak tersiksa kawan dengan orang yang hilang akal macam korang ni. Huh, aku lagi menderita tahu tak! Lufi menjeling.

“Eh, mana Aoriko dan Ven?” Tanya Wiki. Serentak dengan itu Lufi dan Esy turut tercari-cari kelibat Aoriko dan Ven. “Eh, dah lesap..?” tambah Wiki lagi.

“Wei, diorang dan pergi pejabat guru besarlah. Itulah, meralit lagi!” jerit liha sambil terjeling-jeling.

“Cis, boleh buat tak tahu dekat kita. Ni korang punya pasallah ni. Sibuk nak bertekak sangat. Jom..” Lufi tiba-tiba terdiam apabila melihat tempat duduk Wiki dan Esy telah kosong. Aku yang ketinggalan akhirnya “Aduhai, sebaknya rasa..” Lufi menepuk dadanya sebelum berlari menuju ke pejabat sekolah mereka. Kenapalah aku selalu jadi mangsa perangai tak betul diorang ni?

“MANA kamu pergi tadi?” Tanya Sir Leo serius sambil tangannya ligat menulis sesuatu di atas kertas berwarna pink.

“Eh, Sir Leo tulis surat cinta ke?” Tanya Esy kepada Wiki. Wiki hany mengangkat bahunya tanda tak tahu. Kemudian soalan yang sama ditanya oleh Wiki kepada Aoriko. Kerana tak tahu jawapannya, Aoriko bertanya pyla kepada Lufi dan Ven. Malangnya kedua-duanya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Hai, semua tak tahu ni. Habis tu apa yang korang tau!” Bisik Esy keras. Kerana semua inginkan jawapan kepada persoalan tadi, mereka pun mengintai perlahan apa yang dikarang oleh Sir Leo.


Kehadapan adinda,

Sayang minta maaf di atas apa yang sayang lakukan kepada sayang. Sayang tahu ini semua salah sayang..


“Ooo…” Mereka semua terangguk perlahan.

“Sir!” Panggil Wiki dengan kuat. Sir Leo menggangkat kepalanya.

“Ha, kenapa?”

“Sir nak tahu tak kenapa kami tak masuk kelas tadi?” Tanya Wiki lagi. Sir Leo menggangguk hairan. Kenapa tiba-tiba sedih semacam je budak ni. Esy, Aoriko, Vend an Lufi pula kehairanan. Alasan apa pulalah yang Wiki nak bagi. Lantas kesemua mereka merenung Wiki, menunggunya bersuara.

“Sebenarnya, Ven mengalami masalah keluarga.”

“Woi!” jerit Ven. Tetapi, dia terdiam apabila Wiki mencubit pinggangnya. Rakan-rakan yang lain bertambah hairan.

“Seperti yang saya cakapkan tadi, Ven mengalami masalah keluarga. Ibu bapanya bergaduh dah ingin bercerai...” Wiki berhanti seketika. Ven bertambah tak faham, begitu juga dengan rakan-rakannya. Tetapi, Sir Leo nampak teruja untuk mengetahui kisah seterusnya. “Lepas tu?” tanya Sir Leo.

“Lepas tu...” Lepas two, three lah! Hahahaha. Ketawa Wiki di dalam hati kemudian dia menyambung lagi. “Lepas tu, kami tengok Ven selalu murung. Kadang-kadang tu nampak macam orang gila. Dia tak terurus! Tengoklah baju dia, kotorkan?” Wiki menunjukkan kesan kotoran berwarna coklat di bahagian kiri baju Ven.

Ven mengetap bibir. Kurang asam punya Wiki! Dia yang tumpahkan air milo dekat baju aku tadi, cakap aku tak terurus pulak. Jaga kau!

“Oleh sebab kami simpati dengan Ven, kami pun berjumpa dengan parent dia untuk selesaikan masalah ni.”

Ooh... Esy dan yang lain-lain mula faham agenda sebenar Wiki. Bagus betul rancangan dia ni. Kadang-kadang, kalau nak selamatkan diri, kita terpaksa mengorbankan orang lain. So, Ven adalah mangsa korban Wiki kali ini. Kesian... Mereka bertiga tergeleng serentak.

“Betul, Sir! Sebab kami simpati dekat Ven, kami pun tolonglah dia.” Tambah Aoriko.

Esy disebelahnya terangguk. “Yelah, maklumlah kami ni memiliki semangat setia kawan yang tinggi. Kalau Ven tak terurus macam orang gila, kami pun terasa bahang gila dia tu.” Lufi yang mendengar hanya tersenyum kelat dan mengangguk. Dia tak menyangka yang dia akan terlibat dalam penipuan ini. Manakala Ven semakin tak cukup nafas. Wah, wah, wah! Senang hatinya mengutuk aku.

Sir Leo terangguk-angguk seketika. Tetapi kemudiannya dia kehairanan. “Eh, bukan ke parent Ven ada dekat United Kingdom.”

“Hah?” semua tercengang-cengang.

“United Kingdom? Oh, betullah sir. Semalam parent dia beru je sampai dekat Empty Soul kingdom sebab nak bagitahu keputusan perceraian mereka dekat Ven.” Jawab Wiki terangguk-angguk dan kemudiannya mereka berempat melepaskan nafas lega apabila Sir Leo kelihatan seperti mempercayai apa yang dikatakan Wiki.

Sir Leo tersenyum. “So, macam mana hubungan parent kamu, Ven?”

“Parent saya? Er... diorang dah kembali kepada keadaan biasa. Well, asam garam rumah tangga. Suami isteri kalau tak bergaduh memang tak sah.” Balas Ven tenang dalam geram. Dia menjegilkan matanya apabila ternampak rakan-rakan yang lain mengangkat ibu jari mereka kepadanya.

“Saya kagum dengan semangat setiakawan kamu. Tapi...”

“Loh, ada tapi lagi?”

Sir Leo tertawa kecil mendengar kata-kata Wiki itu. “Kamu tetap telah melanggar peraturan sekolah. Jadi, kamu didenda membersihkan kolam Lafayeeland. SEKARANG!”

“Hah? Kena denda jugak!” penat je aku belakon tadi. Wiki mengeluh. Begitu juga dengan yang lain.

“Tapi Sir, takkan kami saja yang kena denda? Max, Micky dan Houx pun tak masuk kelas hari ni. Oh, mana aci!” Bantah Lufi tak puas hati. Tau tak betapa tersiksanya aku kerana terpaksa terlibat dalam pembohongan tak bermoral ni, tengok-tengok kena denda jugak!

Terangkat kening Sir Leo mendengar bantahan yang daripada Lufi itu. “Ehm, itu kamu tak payah risau. Awal-awal lagi saya dah dimaklumkan yang mereka terpaksa ponteng sekolah untuk menghadiri kelas vokal di Orangestep Town. Jadi, tiada bantahan, kan?”

Lufi mencebik.

“Orangestep Town? Waa... bestnya!” Esy dan Ven saling berpandangan.

“Baiklah, kalau kamu tak ada apa-apa nak dicakapkan lagi. Kamu oleh pulang. Er... bukan pulang. Kamu boleh menjalani denda kamu sekarang.”

Wiki, Esy, Ven, Lufi dan Aoriko yang dikenali sebagai Dark Magicians ataupun nama singkatannya DM, menapak keluar.

“Er.. tunggu.”

Cepat-cepat DM beralih. “Kenapa? Nak batalkan denda kami ke?”

Sir Leo menggeleng. “Tak. Cuma nak cakap, cuci kolam tu bersih-bersih ye.”

“Huh!” Kali ini DM mendengus sekuat yang mungkin untuk menunjukkan tanda protes mereka. Tapi, Sir Leo buat tak tahu je.

Mereka masuk ke kelas dengan tersenyum semanis mungkin untuk mengelakkan orang lain tahu yang mereka di denda.

“Wei, korang tak kena marah ke?” tanya Liha. Hairan melihat senyuman lima gadis jelita itu.

“Eh, siapa yang berani nak denda kami.” Aoriko terus berusaha untuk tersenyum.

“Takkanlah...”

“Miss Liha, please shut up!” Lufi bertambah tertekan mendengar suara pondan penyibuk tu. Aku nak release stress sikit pun tak boleh.. ish!

No comments:

Post a Comment